Pages

Saturday, July 31, 2010

mandi wajib

ok..sebgai manusia.. mesti setiap hari kita akan mandi atau dalam erti kata lain WAJIB mandi..
jika tak mandi my be kamu bukan spesis daripada manusia..haiwan barang kali tak pun gobok baju ke.. hangbeg ke..

sebelum melalut atau ke laut atau berpatah arah atau tertinggal flight nak balik kampong..

jom kita baca atau kaji apa kah itu MANDI WAJIB.. kenapa dia diwajibkan kan dan apa kebaikan jika kita mandi wajib ini.... :-) (dengan nada cam ustazah pendidikan islam yg lembut n sopan)

permulaan nya kenalah terbitkan dalil dulu tak ~ jom cek de out

مينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)..

paham idak?..meh i yg kurang bijak ni ringkaskan ye

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki....


Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

sunat adalah perkara yang kalu kita buat dapat pahala tak buat tak dapat dosa.. tapi mesti nak pahala lebihkan .. bukan susah sgt pun nak wat kan..so buatlah..

selalu bahan yang perlu ada untuk mandi wajib adalah CONFIRM LAH airkan..takkan nak guna tuala je lap2kan..tapi kalu tiada air anda jgn sedey atau kerisauan..anda boleh guna

Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.

Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

TAYAMUN PAHAM TAYAMUN...GUNA DEBU2 TUH..YG MASE FORM3 ADE UJIAN PAFA TUH ~~ so gi chek sendiri kalu nak tahu teknik tayamun gi mana..

sekian anda paham tak cara-cara nye?

skang tak belajar lagikan KENAPA kita kena mandi wajib..

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

  • melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
  • Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
  • Mati
  • Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
jika ada terjebak dalam perkara yang tersebut di atas..SILA AMEK TINDAKAN OK..

tapi biasanya kalu takde buat seperti perkara di atas pun tak dosa atau tak salah kita mandi wajib setiap hari setiap pagi..SEYES..apa yang kita ase adalah diri kita lebih bersih dan suci murni..try ler..alang2 dah mandi tuh..apa salahnyer niat sekali n korek2 mane yg patut kan..

sejujurnya saya suka mandi wajib setiap hari..IS DIS MEAN I ADE WAT PERKARA DI ATAS K..tapi dah alang2 mandi,.niat jelah sekali..gipun rambut i yg pendek senang untuk di uruskan..
rambut pendek sgt awesome walaupun rambut panjang mmg mengoda dan hebat..tapi mana nak..CANTEK DAN BERSIH KAT SISI ALLAH KE ATAU HANYA JELITA DI MATA MANUSIA..

korang pikir sendiri..yg baik datang dari ALLAH yang buruk datang dari saya yg tak pandai tapi gatal nak syer ilmu



No comments:

Post a Comment