Pages

Monday, May 30, 2011

bila perkhawinan adalah sebuah kesilapan

aku belum bernikah
tapi usia dah sepatutnya bernikah - kata seseorang..

tapi sekeliling aku sumenye telah bernikah..
mendengar pengalaman-pengalaman mereka tentang rahsia perkhawinan
membuat aku kadang-kadang fobia dan ada sedikit keraguan dengan institusi itu

baru-baru ini..
rakan sepejabat ku..
ada insan ketiga dalam rumah tangga mereka
luaran nampak mereka bahagia tetapi rupanya sebaliknya..
sedih nak habaq kat sini..

segalanya buat aku kembali terpikir
untuk apa sebuah perkhawinan itu
adakah hanya untuk melunaskan sebuah nafsu..

benarlah kata nabi itu..
jika hendak memilih perempuan ada 4 pilihan

1.rupanya
2.hartanya
3.darjatnya
4.agamanya

jika kau memilih rupa - rupa akan berubah menjadi buruk apabila tua
jika memilih hartanya - harta akan habis
jika kerana darjat - akan terhakis
tapi jika akan kerana agama kau akan selamat dunia akhirat..

bagaimana pula jika wanita ingin memilih lelaki...

nasihat aku..

jika seorang lelaki itu hanya memandang kejelitaan kau..
lupakan sahaja
kerana bila kau sudah tua..dia akan mencari kecantikan lain

jika lelaki itu memilih kau kerana harta kau..lupakan jua kerana bila telah habis harta-harta kau
dia akan meninggalkan kau

tapi jika dia tidak memandang semua itu..dan dia berkata tiada alasan untuk mencintai kau maka
tiada alasan untuk kau menolak dia..


lagi satu..pada yang dah berumah tangga nasihat aku..

usah riak..jangan kau fikir bila kau dah berumah tangga hidup kau telah sempurna hingga kau memandang sebelah mata pada kami yang masih menanti jodoh ini..

kerana kelak dunia ini bulat kadang kau di bawah dan kadang kau di atas..

jagalah mulut dan patah bicara mu..

usah memandang jijik kepada poligami usah memandang apa yang islam dan ALLAH tetapkan itu menjijikkan kau.

kerana zina itulah sejijik2 perkara..

satu je yang aku belajar hari ini..

semakin kau menolak sesuatu itu atas kerana kau benci atau jijik.. maka perkara itulah yang akan sentiasa dekat pada kau..

pada yang belum bernikah seperti aku..

aku tidak mahu perkhawinan ku itu nanti sebagai satu kesilapan
maka ku serahkan cinta ini selayaknya kepada ALLAH untuk memilih yang terbaik untuk
dan untuk kamu jua
si pembaca yang bijak

perkhawinan itu tak pernah silap..cuma manusia sahaja yang tak berapa bijak mengemudi bahtera perkhawinan itu..

apapun.. hadirnya insan ketiga.. memang pedih..

buat seseorang itu. tabahkan hati.. lepaskan sahaja sebab apa yang kita miliki hari ini segalanya pinjaman sahaja

Sunday, May 29, 2011

aku memang bukan perempuan yang baik

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan gambar mereka..

aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar dapat dilihat oleh semua orang..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya..

aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya..

aku malah terbiasa duduk berbual dengan budak lelaki..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat..

aku pula suka bergOsip dan mengumpat tentang orang lain..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik..

aku pula sering menyakiti hati orang lain dengan kata-kata ku..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantikkan hati dan akhlaknya..

aku lebih asyik memperhatikan tubuh badan dan muka ku je..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah..

aku lebih memilih untuk selalu mengenyangkan perut ku..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya..

aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya..

aku lebih memilih untuk bersantai dan menonton tv di rumah..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat redha dan cinta-Nya..

aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja..

aku bukan muslimah yang baik..

ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun..

aku malah semakin lalai dengan hal dunia ini..

aku memang bukan muslimah yang baik..

Namun, aku berharap agar dapat menjadi seperti muslimah lain yang senantiasa beristiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-Nya....Ya Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.

Semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu...Amin ya rabbal alamin...

Saturday, May 28, 2011

cinta dari pandangan seorang perempuan

lelaki kaum yang hebat..
memberi janji kemudian selalu mampu pergi begitu sahaja

tapi perempuan
insan yang mudah percaya kan janji
lantas hingga terperangkap dalam ruang waktu

lelaki selalu anggap cinta seperti mainan
sedangkan perempuan menganggap itu adalah destinasinya

bagi lelaki cinta hanya satu fasa dalam kehidupannya
berbanding wanita yang menganggap cinta adalah dunianya

Thursday, May 26, 2011

ketika cinta berbicara

[1] Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

[2] Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

[3] Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

[4] Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

[5] Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

[6] Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


[7] Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

[8] Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

[9] Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

[10] Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

[11] Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka



[12] Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

[13] Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

[14] Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

[15] Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

[16] Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

[17] Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

[18] Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

[19] Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.




[20] Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

[21] Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

[22] Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

[23] Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

[24] Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

[25] Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

[26] Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

dan

ketika ku berbicara tentang cintaku

1) cinta itu hadir antara kita tanpa kita duga..mulanya setitik kemudian merebak dan membinasakan kita

2)cinta itu hadir secara tiba-tiba tanpa kita sedari oh aku tidak mampu kehilangannya

3)cinta itu suci andainya kedua-duanya bertahan menjaga perasaan dan batasan

4)cintailah seadanya kerana seseorang pernah berkata pada ku..

sekali kita langgar batas perhubungan kita..ALLAH akan tarik nikmat kebahagiaan rumahtangga kita..

Wednesday, May 25, 2011

keputusan

sebagai manusia pernah tak korang rasa sukarnya untuk buat sebarang keputusan
kadang-kadang dalam kehidupan ini kita disajikan dengan pelbagai pilihan hingga kita jadi rambang mata dan buta hati untuk memilih keputusan yang terbaik untuk diri kita.

sukar bukan untuk buat sebarang keputusan
bagi ketua seperti aku
kadang untuk buat sebarang keputusan
banyak masa yang perlu aku pikirkan untuk berikan sebarang keputusan
sejak itu hidup aku jadi stress

sume disebabkan diri aku yang tak pandai buat keputusan
sebab..
aku tak sanggup nak lukai hati orang lain
bayangkan apa yang aku lalui..
bila aku kena buat keputusan untuk staff unit ini unit lagi satu terus band aku
"bias"
kadang-kadang aku memang tak boleh nak penuhi kehendak dan keperluan semua orang
sifat semulajadi yang ada pada aku
menghalang aku mengambil keputusan yang akan menguris hati pihak lain

sudahnya
diri sendiri terpaksa berkorban
hati sendiri yang terpaksa diguris..

itu ceritera tempat pejabat

sebenarnya aku rasa aku memang weak,lembab atau bahasa sedikit kasar BODOH
kadang aku sendiri pun tak pandai buat apa-apa keputusan untuk diri aku sendiri..
cuba bayangkan jika aku tak pandai untuk buat keputusan untuk diri sendiri tapi hari2 aku di desak untuk buat keputusan untuk sebuah organisasi..

jujur aku cakap aku suka orang yang buat keputusan untuk diri aku..
lemah bukan?ye itulah diriku..
selalu yang buat keputusan untuk diri aku adalah ALLAH SWT..

bila pelbagai pilihan yang datang menghadap aku untuk aku memilih
aku hnya berbisik kepada ALLAH
tolong pilihkan apa yang terbaik untuk
dan hasilnya
selalu keputusan yang aku buat adalah diluar jangkaan aku..
yang aku sendiri kadang kala cam tak caya je aku ambik keputusan begitu..

bukan mudah untuk kita sebagai manusia ini untuk buat keputusan
ikut hati mati ikut kata binasa

selalu jgk lah aku buntu dalam buat keputusan
baru-baru ini aku telah pun buat keputusan
aku nak letak jawatan sebagai penunggu

dan berkobar-kobar dah
sume sebab aku terpikir..
kalau kami jumpa pun
kalau guna logik akal
untuk kami bersatu adalah mustahil
sungguh mustahil

bagaimana aku harus bertemu dengan nya
sedangkan harapan aku untuk menjadi hanya kekasih halalnya
aku mahu restu ibu dan bapanya
tapi aku takut..
akhirnya kelak seperti selalu..
aku akan give up dan tarik diri..

aku taknak dia jadi anak derhaka
mesti mak dia kata
"kalau betul aku sayangkan dia, aku mesti tinggalkan dia"
so nak prove aku betul2 sayangkan anak dia?
aku sanggup tinggalkan anak dia..sebab aku memang sayang anak dia
tapi
sekuat mana aku, aku berani berkorban..berani mengalah
tapi
aku terbayang camne aku tarik diri dulu demi kebahagian orang lain
sakit..sakit sangat..

dan bila kita pergi atau mengalah
memang nampak dari luar kita adalah cool
tapi inside..damage..luluh..mati..terkubur

semalam aku dan buat keputusan
berhenti jadi penunggu dan kembali ke dunia nyata..

tapi hari ini.
keputusan itu berubah..
bila hati kecil ku berkata
"bukan ke kata-kata slogan hidup kau ~ kita tak akan pernah tahu kalau kita tak cuba..

selalu aku gunakan kata-kata ini bila aku bertembung dengan benda baru dalam hidup aku
contoh
aku takut main paintball sebelum ini
tapi bila dah cuba ketagih

so..
aku tukar balik fikiran
aku nak terus tunggu
aku tak tahu lagi mak dia camne
tak salah rasanya mencuba

ALAH..
kalau kena reject tu..macam tak biasa
karma ok..
sebab selalu reject orang sebelum ini

entry seperti merapu..mabuk laut dan mabut udara..

Sunday, May 22, 2011

kudusnya hadiah sekuntum doa kamu

kekuatan doa..

hanya pernah merasai kehebatan doa akan mengakui tadahan doa itu memang benar2 berkuasa.
dengan adanya doalah yang membezakan islam itu dengan agama yang lain
doa itu juga adalah senjata dalam diam seorang mukmin
doa juga adalah sebuah harapan
bukan kah hidup ini adalah sebuah pengharapan
kita tak pernah tahu hari esok apa yang tertakdir untuk kita

yang kita mampu lakukan adalah berdoa dan berharap
bila membaca kan belog ini
dari komen-komen kalian sume
jujur tulus hati kalian mendoakan saya
kudusnya hati lantas berjujuran air mata
terharu..terlalu payah diri ini laluinya segalanya bersendirian
ada jua ALLAH hadiahkan hati-hati yang tulus
bermurah hati mendoakan saya..

TERIMA KASIH SEMUA

mungkin pada sesetengah orang ucapan doa itu adalah ringan semata-mata
tapi tidak pada saya
jika seseorang mendoakan kita saya yakin ALLAH lebih bermurah hati untuk memakbulkan setiap permintaan dan hajat itu
bukan semua orang bermurah hati untuk mendoakan kita
tapi kamu..dah lah sudi baca belog saya kemudian bermurah hati mendoakan saya
indahnya saya rasakan..
ALLAH telah menghadiahkan kamu - kamu untuk saya
mungkin di dunia ini saya tidak mampu membalas yang setimpalnya
tapi yakinlah jika hajat saya tertunai mungkin satu hari nanti hajat2 kamu jua tertunai..

bukan ALLAH pernah berkata..
jika kita penuhi hajat seorang hambanya..lantas DIA akan memakbulkan segala hajat kita nanti jika tidak di dunia fana ini mungkin di akhirat kekal abadi nanti..
InsyALLAH..

yang penting janganlah kamu berputus asa dan berhenti berharap
kukuhkan senjata kamu
tuluskan hati kamu
ikhlaskan segala pemberian daripadaNYA
ALLAH MAHA ADIL

sekuntum doa itu hadiah istimewa
yang datangnya tulus dari hati seorang manusia
pernah dengar jika 40 orang mendoakan kita dengan ikhlas ALLAH jua akan memakbulkan permintaan doa 40 orang tersebut..

sebab itu dalam dunia ini kita harus berbuat kebaikan kepada orang lain maka orang lain akan bermurah hati mendoakan kita
jika kita berbuat kejahatan kepada orang lain dan orang itu berdoa yang buruk2 tentang kita ALLAH jua akan memakbulkan sebab ALLAH lebih dengar doa orang-orang yang teraniaya..

setiap butir kata yang keluar dari mulut kita adalah sebuah doa.
maka ucapkanlah perkara yang mulia dan baik2 belaka
jauhi dari maki memaki..sebab kita mendoakan diri kita sendiri

sedar tak doa itu juga bahasa hubungan kita dengan ALLAH semakin banyak kita berdoa semakin dekat kita dengan ALLAH..

dan yang terakhir..

buat awak,
hanya sebuah doa sahaja yang mampu saya hadiah untuk awak..

buat kamu si pembaca terbaik.
pahala kamu telah dicatat oleh ALLAH
tulisan ini datang dari tulus hulu hati saya
ilham itu datang daripada ALLAH
harapan saya..jika tidak sedikit pun saya harap apa yang saya tulis ini bukan sia-sia semata-mata tapi untuk diri sendiri dan untuk kamu jua

akhir kalam,

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN SEMUA ~ AMIN

Saturday, May 21, 2011

manusia itu tak pernah losers

di pagi sabtu yang indah permai ini..
tenang nya dirasakan..
alhamdulilah..
jiwa makin tenang..

walaupun ditimpa-timpa dengan tangungjawab dunia yang tiada kesudahan..
tapi berkat berpegang doa dan harapan..
segalanya dipermudahkan..

sebelum ini aku rasakan diri sangat losers
hidup hanya berpaksikan kerja-kerja hakiki semata-mata
kadang aku bosan
kadang aku rasa mahu lari
kadang aku rasa moral down

memperlihatkan kehidupan ku telah lengkap segalanya
aku bersyukur dipermudahkan segalanya
tapi ada dalam satu hal yang buat aku selalu rasa moral down
itu adalah hubungan cinta aku

terfaktab dalam fasa menunggu sesuatu yang tak pasti
adalah sangat menyeksa kan
ok..mesti nak nasihatkan aku kan jangan tunggu lagi
teruskan perjalanan..
yup..
kalau boleh pun aku memang tak nak tunggu
tapi macamna nak buat malam tadi aku berkobar-kobar dan benci
dan berazam taknak lagi tunggu
nak teruskan perjalanan..
tapi pagi ni..
perasaan benci itu hilang
sebab tak alasan yang kuat kenapa aku nak benci dia
so aku fikir..
jangan berkerja keras hal-hal sebegini sebab ianya kerja ALLAH
so kita just jalankanlah kerja-kerja yang ALLAH dah amanahkan buat kita..

manusia itu tak pernah losers
yes aku losers dalam soal cinta
sampai sekarang single lagi
sedangkan ex bf aku yang tinggalkan aku sebab perempuan lain itu
sudah berkhawin
see how that losers me..

aku memang tak sempurna..
yes maybe in love..
but

dalam soal kerjaya
aku rasakan aku insan terpenting di pejabat aku
bayangkan kalau aku outstation or cuti sehari je
maknanya huru-haralah pejabat itu..
trust me beb
sebenarnya kita hidup ini selalu kita hanya pandang satu sudut yang kita gagal je
padahal banyak lagi sudut yang kita dapat lihat kecemerlangan kita..

maka bukalah mata..
kalau rasa diri itu down..pandanglah mereka yang memang ada di bawah..
bagaimana gigih meneruskan kehidupan
jika nak dibandingkan dengan kita
jangan marah dengan takdir yang ALLAH berikan

aku tahu apa kau rasa
aku pernah lalui
jangan kata jatuh di timpa tangga dan jatuh dari tangga kemudian tangga itu hempap aku kemudian aku tersembam kat bumi..
aku pernah berlari dalam hujan semata-mata nak melupakan tragedi kejam itu
aku rasa aku tinggal jasad sahaja
aku pernah rasa makan tapi tak rasa apa
aku pernah mandi tapi tak basah
betapa kejam aku dikhianati
dan hari ini aku diuji lagi
si pengkhianati itu selamat berkhawin
sedang aku
baru nak merangkak..apa cite dengan luka yang aku lakukan hasil pengkhianatan itu?..

betapa dunia sungguh kejam pada aku
tapi itu hanya satu sudut daripada hidup aku

dan bagaimana pula
salah satu sudut
aku berjaya dapat jawatan yang lebih baik
berkerjaya untuk masa depan

sedang aku melihat orang lain berpusu2 mencari kerja
sedang aku mendengar keluhan makcik cleaner tempat kerja aku yang tidak disambung kontrak
itu semua ALLAH nak buka mata aku..
aku tahu..

kunci segala kepedihan yang korang alami adalah dengan

MENSYUKURI APA YANG KAU MILIKI HARI INI
kadang orang jeles tengok apa yang ko ada
sedang pada ko benda itu tiada apa-apa makna pun
ko tetap anggap benda lain lebih bermakna

itulah salah satu tanda tiada kesyukuran dalam hati kamu..

dan di situlah timbul rasa down self..rasa losers..rasa mahu bunuh diri..rasa diri telah mati..

Yup.. aku pernah rasa semua itu..
malah aku pernah alami kematian jiwa..hingga aku tak sengaja terguris jari ketika sedang memasak tapi aku langsung tidak rasa sakit
sebab sakit itu telah imune pada aku
hari-hari aku rasa sakit..sampai satu part aku rasa sakit itulah kebahagian untuk aku..

dan boleh jadi aku lupa kali terakhir aku benar-benar ketawa..
ye aku senyum setiap hari but its it fake smile
bukan dari hati aku yang berderai luka berdarah..

tapi cuba korang tengok
sepedih atau sejatuh mana diri yang pernah kau lalui semalam
tapi kenapa kau tetap bernyawa pada hari ini?
kenapa?..kenapa?.

sebab hidup ini berjalan..bumi ini berjalan..
semalam yang berlaku walau pedih atau sakit
kau tetap hidup sampai hari ini
bermakna kau boleh lalui setiap dugaan dan cabaran

jadi manusia itu tidak pernah losers..

jika kau seorang yang losers dalam hubungan cinta..
ko mungkin pemenang dalam soal lain
kerjaya..anak yang soleh dan lebih utama kalau ko dapat gapai
pemenang sebagai peraih cintaNYA..

hidup kita ini banyak tanggungjawab..
semakin banyak usia yang kau lalui sebenarnya akan mematangkan kau
cuba ada masa ko kenang balik kronologi perjalanan usia kau..
setiap apa yang berlaku dalam hidup kamu
pasti ada hikmahnya

jangan pernah bersedih
kalau kau pernah salah buat pilihan
aku jua pernah salah aku jua pernah sesat

bila kau terjatuh itulah sebenarnya
signal dari ALLAH
DIA beritahu kau telah salah buat pilihan
jadi cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan

pada yang tengah bersedih itu
kamu tidak bersalah
teruskan kesedihan itu
sebab aku yakin seperti hujan..kesedihan itu pasti berhenti

pada yang tengah bahagia
kamu jua tidak bersalah
tapi usah terlalu asik dengan bahagia itu
sebab kebahagian kadang buat kita lalai.

sekian.. akhir kalam
bersiaran daripada pejabat..
dan esok akan flight outstation keluar negeri
untuk beberapa hari..

pintaku pada dunia
Tolong doakan segala agendaku berjalan lancar
sungguh aku letih menguruskan segalannya

pintaku pada ALLAH
tolonglah berkati perjalanan ku

pintaku pada sipeluka hati
tolonglah menjauhi

sekian.. semua
love u foreber..

Thursday, May 19, 2011

mati

pernah korang terpikir..
orang yang korang gelak sama-sama hari ni
dan kemudian esok korang lihat dia terbaring kaku

pernah?..
pernah lalui situasi itu?..

pada yang pernah mungkin faham..
it HURT..

tapi pada yang tak pernah laluinya lagi..
belajarlah menghargai tiap detik - detik yang kamu lalui
sebab apa pun yang berlaku
tidak akan berulang kembali..
dan kalau kita nak ulang kembali pun ianya tetap tidak akan sama pada permulaan..

kenapa aku bicara soal mati hari ini??..
urmmm
rujuk pada post di bawah
semua disebabkan hati aku kian berpenyakit
serba rasa kekurangan kan..

so..ubat dia senang je..
cukuplah mengingati kematian itu sebagai penasihat terbaik..

aku mula terpikir..
kalaulah esok aku dah takde dekat mukabumi ini..
bagaimanalah dengan belog aku ini..
bila aku dah jadi mayat nanti
pasti belog ini akan terbiar sepi..

tapi adakah manusia lain kisah?..

dahlah hanya dua orang manusia je tahu sapa aku sebenarnya..
seorang manusia itu biasalah tidak pernah ambil peduli tentang kehidupan aku
dan lagi seorang manusia itu adalah sahabat minyak wangi aku..

belog aku ni memang underground..
takde sapa yang tahu kewujudan belog aku ni
walaupun kawan baik terbaik aku sendiri..
aku suka membaca..
dan aku suka menulis apa yang aku lihat dan rasa

aku harap bila aku dah takde kat dunia ni nanti sekurang2nya
ayat dan kebaikan yang aku paparkan dalam belog ini terus berjalan
aku harap sedikit sebanyak memberi panduan kepada manusia lain

dan ada sesuatu lagi..

ku harapkan belog ini menjadi kenangan kepada seseorang..
kisah yang tercipta dalam belog ini
sedikit sebanyak berkisar tentang dia dan aku
tentang pertemuan/perpisahan dan kepayahan aku melalui kehidupan ini..
cerita tentang bangkitnya aku setelah jatuh ditimpa tangga dan kemudian tersembam ke bumi
cerita tentang kisah cinta yang unik antara aku dan dia
mungkin jua ceritera sebuah kisah cinta yang tiada kesampaian di dunia ini
belog ini pada mula nya bertujuan untuk menulis tentang dia saat kali pertama dia pergi meninggalkan aku..

banyak entry yang aku tulis dalam belog ini berkisar tentang dia dan aku..
dan dia ada dalam senarai follower aku..

kepada dia..
saya simpan perasaan saya ini pada awak
saya takut nak luahkan
sebab saya tahu haram hukumnya...
tapi kenangan tentang kita takde sapa boleh nafikan..
awak teristimewa dalam kehidupan saya...

Buat semua penduduk dunia yang ALLAH telah takdirkan untuk kamu membaca belog ini..

jika dalam masa sebulan saya tidak lagi mengupdate belog ini
anggaplah saya telah menjadi mayat
tiada apa yang saya minta pada kalian yang membaca
sedekah bait-bait al fatihah serta doa
semoga saya tenang di sana..

jika kita pendam perasaan kita sampailah kita mati..ALLAH akan berikan kita syahid.
insyALLAH..

bila cerita soal kematian..
ce bayang kan kalau esok kita nak tinggalkan dunia ini..
apa perkara terakhir yang kita nak lakukan??..

mati itu tidak mengenal usia..
tiap saat malaikat maut memperhatikan kita..
dan al fatihah untuk penulis belog telur dibasuh
telah pergi meninggalkan dunia ini..
di kala usia yang muda belaka...

mungkin esok giliran aku pula..
kebelangkangan ini aku rasa seolah2 bernafas dalam air..
untuk aku hirup udara seperti biasa aku merasaikan sangat lelah..
ada sesuatu yang mengganggu sanubari hatiku..
aku rasa kosong..

ye..
mungkin ramai akan kata kembalikan merai kasih yang satu..
memang itu sahaja jalan yang ada..tapi hati ku tetap rasa kosong..
aku mungkin rindukan keluarga aku
aku rindu kan ibuku
aku rindukan gelak tawa bersama rakan2
aku rindukan majlis agama
aku rindukan diri aku yang dulu..

kini perjalanan hidup seperti mesin yang tiada henti
bertambah rungsing bila mana aku terpaksa berperang dengan perasaan
menambah jawatan yang sedia ada
sebagai seorang penunggu
menanti sesuatu yang tiada pasti dia adalah untuk ku

mungkin kau akan kata berhentilah menunggu..
urmm.. katakan pada aku bagaimana caranya..
bukan aku tak cuba..
ada pelbagai percubaan yang dah aku lakukan
tak akhirnya keputusan tetap gagal
aku tak boleh keluar dari dunia menunggu itu..

segalanya memainkan emosi dan perasaanku
mengganggu lena peraduan ku..
lantas inilah hasilnya..

mungkin hatiku semakin kotor
harus lebih daripada mempolish hatiku...

telah ku lakukan tapi aku tetap rasa tak lengkap..
aku ingin bicara aku ingin muhasabah diriku

apa sebenarnya hatiku mahukan..
kesilapan yang ketara aku rasakan aku rindukan sesuatu yang haram untuk ku
korang paham penderitaan aku
kalau kau baca ko rasa bila kau rasa sesuatu tapi kau terpaksa buat2 tak tahu tentang rasa itu
menyeksakan..
aku nak keluar aku nak pergi..
tapi aku tak tahu mana jalan keluar..
penyelesaian terakhir..
hatiku berkata..sabar itu indah..
tapi syaitan memang hebat..tidak pernah sekali dia nak lepaskan aku..
saat aku begini tak keharuan..diyakinkan aku tentang keindahan nafsu
keindahan jika aku melampaui batas ku.......

apa mungkin aku berpaling dari jalan ku
perit hanya sapa je pernah melaluinya
boleh rasa apa itu mujahadah
berperang antara memilih jalan yang di redhai atau dimurkai..

syaitan selalu tewas aku tahu dia menangis
aku pun menangis jgk
pukul 3.00 pagi waktu malaysia

i cannot closed my eyed
kalau kat kampung,terjaga tengah malam begini..
terus pergi kepada ibu dan peluk beliau
rasa selamat sebab rasa dilindungi..

hati tetap tak tenang..
aku ada buat salah ke?
tapi pada siapa
ALLAH...atau hambanya..

wahai dunia jika aku pernah menyakiti mu maafkan aku..

dan jika aku bersalah pada ALLAH

aku tahu bagaimana untuk memperbaikinya..

tak perlu habar satu dunia..

bukan kah cinta itu lebih indah jika rasia..

akhir kalam..
mata lelaplah
hati tenanglah
akal bercambahlah



Tuesday, May 17, 2011

bagaimana sebuah perkhawinan itu

ada apa dengan perkhawinan

sempena cuti umum di kawasan malaysia menyambut hari wesak tiada aktiviti mahu dilakukan..mahu keluar jua malas..al maklum kl tengah hangat dengan lelaki menyimbah asid ke atas perempuan cantik..kemalasan mahu keluar..mengilap bakat memasak sahaja di rumah.. best keje sebagai surirumah ini..

akhirnya penat.. then boring tetiba.. memang malas mahu keluar maka hanya laptop n broadband sahaja sudi menemani..

apa lagi.. maka dilayankan jelah cite hindustan bertajuk salam namaste..cite agak kebaratan.. dan sedikit lucah.. (abis sume amal aku harini)...tapi nak highligt sini pengajaran dari cite tu..

mengisahkan prety zinta dan saif ali khan.. bercinta then amik keputusan untuk hidup bersama tapi taknak kawen..at last prety termengandung...saif suh gugurkan..tapi prety taknak nak jaga jgk anak mereka itu..last saif insaf terus nak bersama prety sebab bila tgk baby mereka lahir kembar..

itu jalan cerita cite tuh..

yang aku nampak kat sini saat mereka amik keputusan untuk hidup serumah..
masing-masing ada cara hidup sendiri..

so bagaimana dengan perkhawinan?..

perkhawinan itu adalah dua jiwa akan menjadi satu dan berkongsi segala-galanya...

soal kat sini... bila melihatkan cerita itu aku mula terpikir..

satu hari nanti aku akan berkawen dan berkongsi kehidupan dengan seorang yang asing dalam hidup aku..

adakah dia akan memahami gaya dan cara kehidupan ku sepanjang aku bernafas di dunia ini..

adakah dia seorang pembersih dan tak suka sepah-sepah seperti aku

adakah dia suka akan warna kegemaran aku?

adakah dia sudi untuk hidup bersederhaan dengan aku?

adakah dia sudi merasai masakan aku yang biasa-biasa je rasanya berbanding chef yang handal?

adakah dia akan memahami sikap kemanjaan ku dan rasa penuh kasih ku pada binatang?

adakah dia akan mengerti kedua ibu bapa ku adalah segala-galanya

adakah dia akan menjaga solatnya seperti mana aku menjaga solat ku?

adakah dia akan bangun di tengah-tengah menemaniku menemui pencipta yang agung?

adakah dia akan menyayangi anak-anak kecil yang ku lihat sangat suci seperti malaikat kecil

adakah dia milik rasa sabar untuk melayani karenah ku?

adakah dia akan tegas mendidik ku?

apa yang aku lihat kat sini..perkhawinan itu akan menjadikan dua jiwa menjadi satu..dia akan menjadi aku dan aku akan menjadi dia..menyakiti dia adalah seperti menyakiti aku dan mengkhianatinya adalah seperti mengkhianati diriku sendiri..

dia mungkin lelaki asing.. yang ALLAH telah pilih untuk bersama-sama melayari kehidupan ini..
tapi lafaz nikah untuk akan memecahkan segala tembok yang mengasingkan dia selama ini..

bila dah bersama sebagai suami isteri.. masing2 ada ego masing-masing..dan masing-masing mesti nak tegakkan ego masing-masing..

contoh benda kecil pun menjadi besar..

contoh dalam cite dalam salam namaste tu.. sorang nak bela ikan sorang lagi nak bela kucing..
sorang tu pulak ala dengan bulu kucing..so kat sini timbullah konflik..

contoh lain..aku tak suka bersepah-sepah..kalau dia suka sepah-sepah..maka akan timbullah konflik..

tapi.. yang best nye konflik yang berlaku antara suami isteri akan selesai di katil.. auwmmm malu..

tapi cite tu tunjukkan mereka selalu gaduh2 tapi bila malam peluk2 dah baik.. ;-)

so..mcm best je perkhawinan..

tapi perkhawinan akan menjadi terindah jika kita mendapat pasangan yang tepat dan menglengkapkan diri kita..tapi perkhawinan akan menjadi mimpi ngeri jika salah memilih pasangan..

seseorang pernah menasihati aku "kwan baik jgk" dia berkata begini "sampai bila ko nak tutup pintu hati ko" cuba ko berkawan..mana tahu tu jodoh ko..

aku jawab.. aku tak pernah tutup pintu hati aku untuk mana-mana lelaki..cuma lelaki itu yang tak mampu memiliki hati aku..

ada lagi yang berkata "ko jgn terlalu memilih"..

dan ini jawapan aku .. aku tak berhak memilih sesiapa.. bukan aku menolak dia..tapi ALLAH yang menyuruh aku menolak dia..

ada jgk yang mencadangkan.. ko kena kawan dengan sume lelaki..lepas itu baru kau buat pilihan yang mana yang terbaik?

aku.. maksud ko aku kena keluar dengan sume-sume lelaki tu.. then kasik dorang pegang2 aku.. then kasi dorang raba-raba aku.. ?? whathefishkek ko punya cadangan.. lelaki ni kalau keluar atau bersama-sama dengan mana2 perempuan saham they all tak akan jatuh.tapi perempuan yang bertukar2 keluar dengan lelaki senang je dorang nak judge ko murah..

aku tak perlukan untuk berkawan dengan sume lelaki..sumpah aku geli..sumpah gila..sumpah aku jijik kalau lelaki yang merayu-rayu aku minta sayang kat dia..ase nak bagi kaki je..

sumpah aku pun rasa nak lempang2 je ada kawan yang jual2 agih2 no tipon aku kat lelaki.. seolah2 aku desparate sangat ke apa..

aku tak pernah mengeluh pada sesiapa mengenai kesinglelan aku..kalau sayang kat aku mengapa di berikan lelaki yang bukan memahami jiwa aku...

ada yang kata jodoh itu pun kena usaha jgk..

usaha tak semestiya kena gedik2 depan lelaki post gamba seksi2 kat fb..

usaha aku berteraskan agama..doa itu sebagai senjata..sabar itu sebagai amalan dan redha itu sebagai kekuatan..

aku berusaha berdoa di lewat2 malam dalam solat istiharah ku..moga ALLAH akan simpati mengurniakan lelaki yang terbaik untuk ku..

bukan kah itu satu usaha juga..tapi kalau cita yang kat buta agama dia bukan faham pun kekuatan doa..

hanya yang tahu hebatnya sebuah doa je.. yakin bertawakal pada ALLAH..

ok..impian perkhawinan aku simple je..asal ada akad nikah..dan restu dari kedua ibu bapa dia dan ibu bapa aku telah cukup melengkapkan diri ku sebgai seorang perempuan..

ok.. dah nak pergi mandi wajib dulu ;p..

warkah untuk bakal ibu mertua ku

assalamualaikum

maafkan saya jika kehadiran warkah ini akan mengganggu ketenangan makcik sekeluarga
saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon kebenaran makcik dan pakcik untuk bernikah dengan anak lelaki makcik.
saya berkenalan dengannya setahun yang lepas di laman web facebook.pertemuan tanpa senjaga kami di laman web berkaitan aurat telah menerbitkan satu ukhuwah antara kami..

ukhuwah yang pada asalnya bernama sebuah persahabatan telah melahirkan satu perasaan aneh dalam diri kami berdua.
saya sedar dia masih di bangku pengajian dan perjalanan hidupnya masih jauh..tapi saya ingin bersama-sama dengannya dalam melayari perjalanan hidupnya..

saya terpikat dengan bukan kerana rupanya mahupun kepandaiannya tapi saya tertarik dengan bicara agamanya..semangat jihad yang ada dalam dirinya..sikap zuhud dan kesederhaannya..

sungguh saya tak berniat merampas kasihnya sebagai seorang anak makcik..saya cuma mahu berkongsi malah saya rela terletak di tempat terakhir dalam hatinya..malah sayalah insan yang paling sedih jika dia membelakang makcik dalam kehidupannya kelak..

dan kerana itulah saya ingin memohon restu makcik untuk bernikah awal dengan nya.. hubungan kami tidak seperti pasangan lain.. tanya lah dia..dalam tahun ini hanya 2 kali saya bersykper dgn dia.. malah kami tidak lagi berhubungan dalam facebook..yang ada antara kami cuma harapan pada ALLAH..

untuk pengetahuan telah banyak kali dia dan saya melafazkan kata perpisahan antara kami..secara fizikalnya mungkin kami berpisah..tanpa kata,tanpa bicara yang melalaikan..tapi hati saya masih merasai dia..

saya berusaha gigih untuk melupakan dia..mulakan hidup baru..berazam tak akan mesej dia lagi..tapi perasaan yang ada dalam hati ini adalah anugerah ALLAH.. malah saya yakin dia hadir dalam hidup saya jua kerana takdir ALLAH.. mana mungkin saya menafikan segala-galanya..
saya insan yang lemah..

saya faham hubungan dan perasaan ini adalah terlarang..dan kerana itu dia,saya membina dinding besar untuk menghalang antara satu sama lain untuk terus hanyut dan mengkhayalkan lantas membinasakan kami berdua.

dengan itu saya dengan rendah dirinya memohon untuk menikah dengan anak makcik..saya redha kalau makcik tak setuju atau tak sudi terima saya sebagai menantu..tapi sekurang2 ini adalah usaha saya.. saya jua rela pergi andai makcik tak merestui hubungan ini..sebab saya taknak dia jadi anak derhaka..takpe makcik jalan risau..saya faham hukum dunia ini.. hidup ini datang dan pergi..tanya lah dia..bagaimana dia mengajar saya untuk redha tentang kehidupan..

cuma memohon izin ini adalah usaha saya untuk menghalalkan hubungan kami..kalau makcik tak setuju..saya faham dan saya rela dan redha lepaskan dia..dalam masa setahun ini.. anak makcik datang dan pergi dalam hidup saya.. saya dah cukup tabah untuk menerima hakikat jika permohonan ini tak di terima. dia pernah mengajar saya..yakinlah dengan takdir ALLAH..kalau takde pasti ada yang lain yang terbaik yang ALLAH dah sediakan untuk kami berdua.

cuma yang pasti saya tak sanggup kehilangan dia sebagai seorang sahabat..dia lah yang memberi impak ke atas perubahan saya hari ini..

makcik saya benar-benar ingin bersama dia..bukan kerana nafsu..tapi kerana saya cuma taknak kami tergolongan dalam hubungan terlarang..izinkan kami bersama..saya ingin menjadi yang halal untuknya..yang mententeramkan jiwa remajanya yang dapat menhalangnya ke lembah yang hina.. saya ingin menjadi pendorong semangatnya..menjadi semangat dalam kegiatan dakwahnya..kami cuma ingin bersama untuk mengapai redha ilahi.. dan kerana itu kami ingin memohon restu dari makcik dan pakcik..

andai kami bernikah segera..sudah pasti tiada apa yang menghalang kami dari merindui antara satu sama lain..tiada fitnah lagi antara kami..saya dah tanya dia sama ada dia benar-benar nak bernikah dan dia dah setuju..dia yang suruh saya minta izin dengan makcik..yakinkan makcik.. selama kami berhubungan pun dia masih cemerlang dalam pelajaran..hubungan antara kami tidak melalaikan tanggungjawab dia sebagai seorang pelajar..saya harap dengan pernikahan kami berdua bukan sahaja menyatukan dua hati tapi dua keluarga..saya cuma nak menyayangi makcik dan pakcik seperti mana kasihnya saya kepada kedua ibubapa saya..

makcik,
benarkanlah kami bersama..kami taknak bertunang sebab bertunang bukan tiket menghalalkan hubungan antara kami..kami nak bernikah.. apa yang saya belajar.. zina itu haram jika nak dibandingkan dengan cerai.. talak itu halal tapi dibenci ALLAH..saya tidak berdoa hubungan kami berakhir dengan talak.tapi nikah itu menghalalkan yang haram iaitu zina..saya dan dia takut dengan kemurkaan ALLAH atas zina.maka izinkanlah kami bersama dengan cara yang halal..

sekian, dahulu penjelasan saya tentang hasrat saya ini.. makcik pikirlah sedalamnya..percayalah saya bukan nak merampas kasih anak makcik saya cuma mahu berkongsi kasihnya malah saya tak kisah jika saya bukan pertama dalam hati nya..makcik lebih layak untuknya.. bukan saya..

ikhlas dari hati..
________________________

Thursday, May 12, 2011

Aib

sebagai manusia yang lemah kita tak pernah lepas lakukan kesilapan dan ada ketikanya kita melampaui batas-batas kita sebagai seorang hambaNYa..

Lantas terpalitlah aib dalam diri kita..
kadang kesilapan yang kita lakukan akan memberi kesan seumur hidup kita..

tapi adakah kita layak membuka keaiban kita kepada orang lain..
sedang ALLAH menasihati kita dalam Al-quran tutuplah aib saudara mu nescaya AKU akan menutup aib mu kelak..

bayangkan kita di saran menutup aib orang apatah lagi aib sendiri..

tapi dewasa kita..

dapat kita lihat..dengan kewujudan facebook..

kadang2 ada orang rendah akal..semudah2 mempamerkan keaiban diri sendiri di khalayak dunia.. bergaduh laki bini di wall..ceritakan keburukan diri sendiri wall..seolah - olah bangga dengan aib diri sendiri..

apakah tandanya itu..

pada aku senang je..ibarat artis..jika tiada publisiti maka tiadalah ko hot..then kena wat benda pelik2 baru nama ko naik..

manusia yang suka paparkan aib diri sendiri ibarat manusia yang suka cari publisiti murahan..
anggaplah diri korang cool kalu ko terlalu berkongsi perkara peribadi di wall..
please lah..

nampak sangat yang kamu tu terlalu terdesak nak popular..

tutup lah aib diri sendiri..hiasi diri sendiri dengan perasaan malu,..pasti dunia akhirat kita kan selamat..

dan nasihat ku buat kamu yang membaca..

setiap orang ada aibnya diri sendiri yang hanya diri sendiri sahaja yang tahu.. maka simpanlah dalam hati sendiri rahsia itu bersama ALLAH.. bukan berdusta jika kita tak bercerita aib kita masa lalu..tapi jika ALLAH telah menutup aib itu dengan taubat yang kita lakukan mengapa kita harus membukanya kembali...

dan ada sesetengah insan terpilih..ALLAH akan pilih kamu untuk dijadikan pendengar terbaik..
orang akan percaya pada kamu dan menceritakan segala rahsia diri mereka pada kamu.. jika kamu insan terpilih seperti itu..

jaga lah amanah itu sebaiknya...usah di jaja aib orang.. dan yakinlah ALLAH akan jaga aib kita kalau kita menutup aib orang..

~kadang aku sendiri pelik..ramai orang suka bercerita benda2 sulit pada aku..jika kamu jua begitu berfikiran positif sahaja lah.. ALLAH telah pilih kamu..jadi terpulang pada kamu untuk menjaga amanah itu atau tidak..

dan aku..

segala rahsia dan keaiban manusia yang pernah berterus terang padaku..aku akan simpan sampai liang lahad.. InsyALLAH..

dan jika kamu mengetahui tentang keaibanku..tolong tutupkan nya.. kerana aku memang tetap insan biasa yang penuh dengan noda..

sekian..terima kasih.. ;-)

Wednesday, May 11, 2011

Bila orang mula menilai kamu

pernah tak korang terpikir korang dua tahun sebelum ini?
atau 3 tahun sebelum hari ini?
atau lebih senang lagi korang ketika masih lagi duduk di bangku kuliah
mendengor bebelan pensyarah..berkumpul, bergosip sesama rakan-rakan sebaya
menjalani indahnya dunia remaja...

saat itu kamu mungkin terpikir tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar
misi adalah lulus hingga cemerlang dan dapat anugerah dekan every sem..
dan visi dpt gradute dengan cgpa kelas pertama..

simple bukan tangungjawab itu?...

tapi saat itu korang tak nampak senang nye korang kena pikul tanggungjawab sebagai student berbanding tahun akan datangnya korang kena bertanggungjawab dengan kerjaya korang..
time student kalau korang wat mistake..diri sendiri akan hadap sendiri.. kalau malas diri korang sendiri yang failed tanpa ada kesan pada orang lain..

simple kan tanggungjawab itu?

so pada yang baca ini jika masih student.. tanggungjawab yang korang pegang sekarang ini.. sangat simple lagi ringan..kalau korang main-main.. untuk tahun akan datang mesti korang menyesal..

aku?..aku tak menyesal lah sangat..walaupun bukan best student mase grade dulu..tapi aku rasa kalau ada peluang kembali aku jadi seorang pelajar yang wajib pakai kad matrik dalam kampus..kena ikut undang2 kampus bagai.. mesti aku nak baiki poiter aku.. hahahaha..

so belajarlah rajin2 pada sesiapa yang tengah menuntut ilmu itu ;-)

tiba-tiba malam ni nak balik pada mood old skool pula..

punca nya sebab i bermesej dengan rakan sekuliah dulu..

then dia bicara bosan dengan tanggungjawab pada hari ini dan mahu kembali ke zaman kegemilangan ketika di bangku kuliah..

aku dengan berhemahnya menasihati beliau.. (mana ada orang pandang ke belakang dan terus ke belakang .. memang kadang2 aku pun suka pandang belakang..tapi aku taknak jalan ke belakang sedangkan kita masih tak tahu apa yang best esok hari..

aku nasihatkan lagi..bila kita sudah bosan dengan dunia ini itu tandanya hati kita mula mencintai akhirat..dan aku bicara lagi.. bangkitlah kawan kita tambah amal ibadat sebagai bekalan ke sana..

then she reply my mesej..

dia - aku tak sangka ko betul2 dah berubah..aku ingat sekadar kabar agin semata-mata..bicara ko kelihatan mendamaikan dan matang kau bukan seperti kau yang dahulu...

aku - eh mana ada.. biasa je kot.. barangkali usia semakin meningkat.
aku highligt.. ya..dulu aku bukan seperti hari ini..dahulu aku jahil..dahulu aku penuh dengan kesilapan..satu peristiwa besar telah terjadi dalam hidup aku umpama rahmat terbesar dalam perjalanan hidup aku sebagai hambaNYA..

ye..sahabat..aku memang bukan seperti yang kau kenali dahulu..kejahilan dahulu ku jadikan sebagai panduan hari esok. supaya aku tak terus lakukan kesilapan yang lama...

aku dah berubah..daripada segala pemikiran,penampilan,pergaulan..rupa fizikal..dan hati aku jua baru..ALLAH telah menggantikan hatiku dahulu yang telah dipijak2 oleh manusia bernama lelaki..

kini baru aku sedar..hati dan cinta tidak layak untuk manusia..yang berhak cuma ALLAH..

jika kau masih mencintai ALLAH mungkin barangkali aku jua akan turut mencintaimu kerana ALLAH..

semoga kita berubah untuk menjadi lebih baik daripada semalam..

mujahadah itu pahit..aku tahu..aku melalui setiap hari... tabah kan hati dan relaks2 sudar.

Tuesday, May 10, 2011

ada apa dengan gamba

gamba..
orang cakap berikan seribu kesan dan makna..
dengan menatap sekeping gambar pun boleh buat cinta itu jatuh

sekarang ni..
musim orang sume nak upload gamba kat fb
aku pun tak faham mengapa motif mereka berbuat demikian
kenangan?..
tapi perlu ke post yang gedik2

sungguh tak sesuai..

ceritera pasal gamba

bila aku tengok gamba aku yang lama-lama dulu
rasa nak muntah pun ada
sebab seksi
YA ALLAH ampunkan segala dosa-dosa silam ku..

tapi serius banding dengan gamba aku yang sekarang ni
sumpah seksi itu lebih lawa daripada yang menutup aurat
aku sebenarnya sekarang dah bersaiz m dahulu aku saiz xl..
biasalah dah duk merantau
kurang kasih sayang..kurang masa..kurang makanan
dari saiz xl jadi saiz m..esok tahun depan kalau aku terus hidup macam mesin
boleh jadi aku cuma tinggal saiz xs je..

seyes..


tapi aku suka sekarang pakai baju saiz yang besar-besar..
tengok gamba sekarang buruk gile.
gemuk,chuby...sebab baju untuk buat aku nampak besar
menutup kesliman aku...

nak tahu kenapa?

sebab aku nak menutup sesuatu
menutup sesuatu yang indah cuma untuk yang halal..

entry post berbau mulia..
tapi kalau kita istiqomah berubah..
lama-lama dah jadi sebati dengan kita..

eh...saya lebih swet berpakaian baju kurung dan tudung menutup dada sambil memakai stokin tangan..

berbanding.. shawal bawal..yang melilit2 cam pocong..atau cam paderi perempuan.. sumpah kau nak nampak unik tapi sebenarnya kau mangsa fesyen..

i dari dulu suka yang biasa-biasa je..

eh..janji bahagia..

seyes..nak kuruskan badan..maraton puasa dan berbuka dengan makan hati..

Hampir setahun

tenggalamnya matahari timbulnya bulan
turun hujan bertukarnya musim
diam..tanpa suara..
datang pergi
benci sayang
menjauh mendekati
ke utara ke selatan

genap hampir setahun perkenalan kita

awak dah pergi kan
saya?
entah..
tak pasti masih kat tempat kita jumpa dulu awak
atau dah pun pergi macam awak

cuma yang pasti

ada ingatan yang berbekas dalam hati
ada perkataan yang terniagang di telinga
ada gambar yang terlukis di hati

bila saya pejamkan mata saya masih melihat awak
walaupun dah berzaman tak melihat awak..

ce awak bayangkan..

kalau cinta tak pernah hadir antara kita..
mungkin hari ini saya tak akan kehilangan
sahabat seperti awak
mungkin awak tak perlu susah payah larikan diri daripada saya

walaupun seindah mana gubahan pertama yang awak berikan
tetap ianya tak bermakna tanpa redha dari ALLAH..

Monday, May 9, 2011

tak mengapa

walaupun kau dah berusaha dengan keras sekali
menanam benih kasih sayang sayang
tapi sering kali di campak di pijak malah di hina

usah berputus asa..

ALLAH tahu akan lelah mu itu..
ALLAH tahu usaha mu itu

walaupun sering kali kau di sakiti dan kemudiaannya dikhianti
jangan kau balas dengan kebencian malah dengan pengkhianatan

kerana

hadiah terindah dalam kehidupan ini adalah
bila kau bersabar
dan kemudian kau dapat apa yang kau hajati

walaupun dia sering kali melukai kau
walaupun dia sering kali meninggalkan kau

usah

membalasnya dengan kebencian
sebaliknya balaslah dengan sekuntum doa ikhlas
atas nama persahabatan..

wahai hati ku

jangan kau lelah

bila berhadapan dengan

manusia yang berperangai plastik
manusia yang bermuka-muka
manusia yang membenci kau bila kau menabur kasih sayang
manusia yang bercerita tentang keburukan kau
manusia yang menghina kau
manusia yang mengherdik kau..

kerana ALLAH pernah berjanji dalam ayat seribu dinar..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu

Wassalam


wahai hati ku

masih kau ingat saat kau rebah menyembam bumi satu ketika dahulu

saat kau dikhianati oleh orang yang kau cintai

saat kau ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh

saat kau menangis dalam hujan ketika kau berlari untuk menyembuh luka kau

saat kau kehilangan orang yang cintai

saat kau merasakan dunia ini telah berakhir...

masih kah kau ingat tentang perasaan itu?...

sepedih mana..sesesakit mana yang telah kau lalui dari jatuh itu

mengapa kau masih bernafas hingga hari ini?..

dan masih dapat menulis di blog ini?..

wahai sahabat-sahabat sekelian

jika kau jua terluka..lelah menghadapi dunia..


berlapang dada dengan dugaan itu..

jika duka nestapa itu sudah sebati dalam kehidupan mu

terima ianya ibarat sebuah bagia untuk mu..

selagi kita bernafas selagi itu..

hidup ini masih berhak untuk kita.

Thursday, May 5, 2011

Dedikasi buat sahabat

Kalau kau ada jodoh dengan dia, akulah yang paling gembira.Jaga dia.Bahagiakan dia, bercintalah sampai Syurga. Tapi, jika bukan jodoh kau dengan dia, moga Allah ganti dengan yang lebih baik dan yang terbaik untuk kau. Ameen. Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab kau adalah sahabat yang aku sayang. Moga Allah meredhai dan merahmati kau.

sahabat means

They are there to be obnoxious with you…

And to listen to your stupid stories.

They know how to cheer you up…

And how to bring you down.

They know when you like someone…

Or when you need to rebuild your self esteem.

Sometimes, they can be annoying…

Or just simply embarrassing…

But they will be always there for you, forever.

Tuesday, May 3, 2011

Dia yang istimewa

tak tahu cam na nak istiharkan hubungan ini..
tapi seolah-olah tiada pengakhiran antara kami..

bila terkenangkan dia
pemilik usia yang baru berusia 20 tahun
mungkin baru mengenal apa itu cinta manusia..

Dia.
Pelik
Aneh
Istimewa
Kesayangan
saya

kadang kita terpisah berbulan2..
berhubung kembali..

kemudian berpisah..

berhubung kembali..

dia akan kembali ke malaysia..InsyALLAH..

aritu gaduh2 lah sangat..
masing-masing sakitkan hati masing2..

then tadi mesej dari dia..

yang buat saya sengih2 sorang2 bila teringatkan dia..

"nanti kita jumpa..kalau berkenan kita terus tunang..kalau tak takdelah"..

lawak tak?... sumpah lawak untuk tunggu sampai dia balik.. buat aku sengih2 lagi sorang depan lappy...

aku tanya diri aku.. mungkin BERKENAN itu datang daripada dirinya..tapi dia tak tanya pula kalau aku BERKENAN ke tak dengan dia..

sayang..
awak tak kenal sepenuhnya diri saya..
saya suka mengambil keputusan yang pelik sehingga tak tercapai dek akal..
saya seorang penyayang
juga setia..
awak pernah kenal siapa saya..kita pernah nagis sama-sama kan..

so

kesimpulannya saya seorang yang mesra alam..tapi untuk dimiliki.. tidak semudah yang disangkakan..

hati saya milik ALLAH...saya tertarik dengan awak kerana agama awak..tapi tidak sehingga untuk memiliki awak,,

untuk pengetahuan awak,

saya dibesarkan dengan kaseh sayang..saya percaya jika kita memberi kasih sayang semua akan rasa bahagia..mungkin awak salah seorang yang istimewa memiliki kasih sayang saya...tapi percayalah..

saya tidak semudah itu untuk dimiliki..

. tapi best awak buat saya hilang stress..
awak memang istimewa sangat dalam hidup saya.. kadang awak buat saya sedih,menderita..kemudian awak buat lawak mcmni..

sumpah saya memang sayang awak..

masuklah RAJA LAWAK..pasti saya apundi nanti

02.05.2011 hingga 02.07.2011

semalam 02.05.2011..sebak hati tinggalkan mak abah dan kampung halaman...

hari ini sampai sudah kl..

pagi-pagi subuh dah bangun..untuk mencari rezeki..merentas lebuh raya daripada bangi ke kuala lumpur bersendirian..

aku terpikir ada yang tak kena dengan 02.05.2011..

tapi apa eh?...

aku pejam kan mata..

dan hati merasa..

genap lagi dua bulan pulang lah si dia ke malaysia

dua bulan lagi..

apa-apa boleh berlaku dalam masa dua bulan ini..

pelbagai persoalan bermain-minda dalam hati minda dan sanubari..

buat aku terjaga di tengah lewat malam..

ku panjat doa dalam sujud istiharah ku..

hati berbisik kepada Yang Maha Satu..

adakah dia masih situ..

dan hati aku kuat menyatakan sesuatu..

lagu cinta terakhir dari aiman berkumandang..

USAH RAGU DENGAN TAKDIR..

aku tak tahu harus ke aku countdown tarikh itu..
sedang aku tak tahu..masih aku di ingatannya
atau sebenarnya dah lama berlalu..

02.07.2011...percayalah kejap je masa berlalu..