Pages

Thursday, May 12, 2011

Aib

sebagai manusia yang lemah kita tak pernah lepas lakukan kesilapan dan ada ketikanya kita melampaui batas-batas kita sebagai seorang hambaNYa..

Lantas terpalitlah aib dalam diri kita..
kadang kesilapan yang kita lakukan akan memberi kesan seumur hidup kita..

tapi adakah kita layak membuka keaiban kita kepada orang lain..
sedang ALLAH menasihati kita dalam Al-quran tutuplah aib saudara mu nescaya AKU akan menutup aib mu kelak..

bayangkan kita di saran menutup aib orang apatah lagi aib sendiri..

tapi dewasa kita..

dapat kita lihat..dengan kewujudan facebook..

kadang2 ada orang rendah akal..semudah2 mempamerkan keaiban diri sendiri di khalayak dunia.. bergaduh laki bini di wall..ceritakan keburukan diri sendiri wall..seolah - olah bangga dengan aib diri sendiri..

apakah tandanya itu..

pada aku senang je..ibarat artis..jika tiada publisiti maka tiadalah ko hot..then kena wat benda pelik2 baru nama ko naik..

manusia yang suka paparkan aib diri sendiri ibarat manusia yang suka cari publisiti murahan..
anggaplah diri korang cool kalu ko terlalu berkongsi perkara peribadi di wall..
please lah..

nampak sangat yang kamu tu terlalu terdesak nak popular..

tutup lah aib diri sendiri..hiasi diri sendiri dengan perasaan malu,..pasti dunia akhirat kita kan selamat..

dan nasihat ku buat kamu yang membaca..

setiap orang ada aibnya diri sendiri yang hanya diri sendiri sahaja yang tahu.. maka simpanlah dalam hati sendiri rahsia itu bersama ALLAH.. bukan berdusta jika kita tak bercerita aib kita masa lalu..tapi jika ALLAH telah menutup aib itu dengan taubat yang kita lakukan mengapa kita harus membukanya kembali...

dan ada sesetengah insan terpilih..ALLAH akan pilih kamu untuk dijadikan pendengar terbaik..
orang akan percaya pada kamu dan menceritakan segala rahsia diri mereka pada kamu.. jika kamu insan terpilih seperti itu..

jaga lah amanah itu sebaiknya...usah di jaja aib orang.. dan yakinlah ALLAH akan jaga aib kita kalau kita menutup aib orang..

~kadang aku sendiri pelik..ramai orang suka bercerita benda2 sulit pada aku..jika kamu jua begitu berfikiran positif sahaja lah.. ALLAH telah pilih kamu..jadi terpulang pada kamu untuk menjaga amanah itu atau tidak..

dan aku..

segala rahsia dan keaiban manusia yang pernah berterus terang padaku..aku akan simpan sampai liang lahad.. InsyALLAH..

dan jika kamu mengetahui tentang keaibanku..tolong tutupkan nya.. kerana aku memang tetap insan biasa yang penuh dengan noda..

sekian..terima kasih.. ;-)

No comments:

Post a Comment