Pages

Wednesday, December 22, 2010

Doaku Harapanku Impianku

Tolong ingatkan aku,

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Aku mensyukuri nikmat Tuhanku
Berusaha mencukupi keperluan
Tanpa menggadaikan akhiratku

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Pada sikap sederhanaku
cermat berbelanja, hemah membeli
memenuhi hak dan kehendak
mencukupi bagiku, juga yang memerlukan

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Pada sikap simpatiku
Sering memberi,tidak pula meminta
Dari ruang harta,masa juga tenaga,
Hanya malam, waktu ku adukan kekuranganku.

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Aku mendahulukan ibuku dan bapaku
Kerana mereka lah aku di sini
Untuk kutunaikan perananku
sebagai seorang anak yang soleh
namun tidak akan aku menidakkan hak mu.

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Rencah sebuah kehidupan
Pasti kesabaran kan teruji, air mata kan menitis
Ku harap kamu tabah dan ikhlas
Kerana susah senang, kita bersama Allah.

Kekasih
Ketika yang lain berbangga dengan kemewahan
Tenangkan resahku,supaya aku tidak kufur
Tidak mendustakan rezeki kurniaan Tuhan
Yang tidak terhingga kepada kita.

Kekasih
Tidak dapat aku menjanjikan padamu
Melebihi apa yang ditetapkan Tuhan
Dengan berusaha dan bersyukur
Pasti bertambah-tambah nikmat Allah.

Kekasih
Ketika yang lain memuji kelebihanku
Kamu menerima kelemahanku
Melihat isak tangis dalam ketabahanku
Melihat kerisauan dalam tawaku
menjadi pendampingku.

Kekasih
Dorong jiwaku
Sebagai makmum kesayanganmu
Menghias malam dengan tahajud
Mencorak keluarga dengan taalim
Melazimi rohani dengan tilawah
Mencetus bahagia,indah keluarga diredha Allah

Kekasih
Ingatkan aku
Untuk melihat keindahan alam bersamamu
Menghayati terbit benam matahari
Berjalan berdua di pesisir pantai
Berbaring melihat hamparan bintang
Melayani segala kemanjaanmu
Ingatkan aku
Pada rasa kasihku padamu

Kekasih
Moga Allah kabulkan inginku
Hilangkan resah bimbangku
Pada pesona kasihku
Untuk kamu yang ku sayangi....

Yang ALLAH sedang rancangkan pertemuan kita..
Di mana kamu aku sendiri tidak tahu..tapi yakinlah janji ALLAH
sejauh mana kita terpisah..andai takdir tertulis kamu milikku...
kita kan bersatu pada satu hari yang indah nanti..


AMIN

Sunday, December 19, 2010

heart 2 heart

bila kali terakhir aku ketawa?
bila kali terakhir aku tersenyum manis
bila kali terakhir aku nikmati bahagia

sungguh aku terlupa...bila kali terakhir semua itu?

yang aku pasti...kali terakhir air mati menitis..

dan aku suka lagu ini



dan liriknya

Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada
Kecewanya hatiku hilangkan relung hati
Hampir saja ku mati mati rasa padamu

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyumku

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

....................................................................

bilalah aku akan tersenyum manis...
aku sendiri tak tahu....

oh..mungkin inilah hukuman buatku..5 tahun aku lalu aku jarang menangis..
lebih baik menangis di sini..dan gumbira di sana...

Saturday, December 18, 2010

Bala yang paling dasyat

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba
Bukan ditimpa bencana alam
Seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang
Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang
Bukan juga ditohmah dan difitnah
Juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum
Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara
Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat
Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman
Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal
Keyakinan yang kental kembali longgar
Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai
Ibadah yang selama ini istiqamah
Sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa
Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya
Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi
Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan
Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya
Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya
Halal haram sudah tidak diambil kira
Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung
Pintu hatinya ditutup rapat-rapat
Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi
Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya
Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya
Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula
Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat
Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula
Setelah mendapat iman dibuang pula
Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman

Kisah Cinta Hatib Dan Ummi Qais (Niat kerana....)‏

Sekali peristiwa, diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais. Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti.

Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga- moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Oleh kerana itulah, maka Hadith ini telah disabdakan, iaitu:

"Hanyasanya amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niat-niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab- sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]

Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah mencelanya secara tidak langsung dengan menyabdakan Hadith tersebut di atas tadi.

Bagi kita kaum Muslimin yang mengikuti cerita Hatib tadi, janganlah dianggap celaan itu hanya ditujukan untuk Hatib seorang saja. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Akan tetapi di sebalik peristiwa Hatib itu ada pengajaran lain yang harus kita perhatikan, supaya kita tidak menjadi seperti Hatib pula, sehingga celaan itu akan menimpa kita sama.

Dalam menjalankan perintah-perintah agama, janganlah hendaknya kita menyaingi ibadat-ibadat kita itu dengan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan keduniaan. Misalnya ibadah Haji. Ada orang yang menyaingi ibadat Hajinya dengan kerja-kerja keduniaan, seperti berniaga sewaktu dalam perjalanan ke Haji, atau dalam musim Haji, kerana keuntungannya berlipat-ganda ketika itu. Ataupun orang itu sengaja menawarkan dirinya untuk menguruskan hal-ehwal orang-orang Haji tentang keperluan-keperluannya dalam perjalanan atau sewaktu mengerjakan Haji itu, sebab seolah-olah dia bekerja dengan bakal-bakal Haji itu, dan mungkin sekali semua wang pelayarannya pun dikutip dan berasal dari bakal-bakal Haji itu samada sebagai komisen ataupun faedah pekerjaannya, yang kalau tiada kerana itu,tiadalah ia akan berangkat sama untuk menunaikan Hajinya. Amalan yang serupa ini tentu sekali tiada sepenuhnya tertumpu pada Pekerjaan ibadat terhadap Allah. Oleh kerana itu dikhuatiri tidak ada gunanya dan tidak ada pahalanya dari Allah subhanahu wa ta`ala.

Lain-lain misalan dalam perkara yang sama banyak sekali, dan semuanya adalah bergantung kepada niat masing-masing pelakunya. Maka hendaklah kita sentiasa waspada dalam hal ini, supaya ibadat-ibadat kita tiada dikongsi dengan amalan-amalan keduniaan, yang nyata sekali ditegah oleb agama, seperti dalam Hadith Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tersebut di atas.

Untuk menentukan samada ibadat kita itu 100% kerana Allah atau tidak, tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan bukan secara helah atau putar-belit, nescaya kita akan mendapati jawapannya yang betul. Seterusnya, Hadith ini, walaupun ditujukan khas kepada Hatib kerana niatnya yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya, namun hukumnya umum ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, walaupun sebabnya yang pertama kerana Si Hatib tadi. Sebab Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tidak pernah menujukan sesuatu kecelaan atau kemarahannya terhadap seseorang yang tertentu. Bahkan pengisytiharannya sentiasa umum untuk menjadi pengajaran kepada kaum Muslimin yang lain.Selain itu, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam adalah pemalu orangnya dan tidak pernah menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi untuk membocorkan rahsia orang di hadapan khalayak ramai, itu tentulah jauh sekali.

WaAllahu A'lam...

sumber rujukan:["Kuliah Subuh" oleh Syed Ahmad Semait - kitab rujukan: "Matnul-Arba'in an-Nawawiyah" oleh Imam Nawawi dan "Fathul-Mubin Li-yarhil Arba'in" oleh Ibnu Hajar]

Friday, December 17, 2010

hijrah

meninggalkan kehidupan lalu untuk mencorak kebaikan hidup di masa hadapan.
itulah yang sedang aku perjuangkan..semua yang berjalan di atas takdirNYA..

aku just follow the flow..

aku kian dewasa...meninggalkan zaman atau zon selesa ku selama abes pengajian..berpayung di bawah lembayung kasih sayang kedua ibu bapa..
oh indahnya..

tapi kini semua sudah berubah aku kian mencorak kematangan dalam naluri perjalanan kehidupanku..

aku tinggalkan mereka..yang sangat aku sayangi..benarlah hidup ini pengorbanan..bila kita miliki something kita jua akan kehilangan something..

dan kalu kita tak berani untuk memilih atau berkorban..kita tidak akan berubah atau maju..

Ye..kini aku hidup di tengah kesibukan ibu kota tempat terletaknya seribu kesibukan yang menyesakkan ruang kepala ku..Sahabat-sahabat ku yang mencintai dunia mengucapkan taniah kepada ku selamat menjadi orang KL...

uhu..apa sangat ada di KL ini..semuanya penuh kepentingan diri sendiri..sedang aku makan..ada makcik buta yang meminta sedekah..orang-orang kl buat dek jerk..wey makcik tu buta..kita yang nampak ni buat dunoo jerk..apa nak jadi dunia ini??

soal teknik pemanduan jangan cite ah..semua laju2 giler.........aku yang sengal..yelah asal dari kampung..aku tak malu mengaku memang aku duk kampung..jauh di balik penipuan dan hanya kedamaian semata-mata..

perubahan ini memberi seribu kekuatan kepada aku..korang tahu aku buat semua ini .. merantau..kerja bersendirian sume kerana Kedua ibubapa ku..mereka yang beriya-riya suh aku amek peluang ini..bukan senang nak dapat kerja kerajaan..tapi kena tinggalkan parit raja..oh..giler pikirkannya...

so aku jalani jelah hidup ini..bila tinggal kat KL ni rasa pantas berlalu..dan aku harap masa mmg akan segera berlalu..aku nak mohon tukar JB..bukan jiwa ku di KL ini..segalanya tertinggal di parit raja.

selalu aku rasa down..yelah hidup sume sendiri..single women mujor ada abang kandungku di sini.,,menjaga ku dan kepada hanya ALLAH YANG MAHA BESAR sahajalah tempat aku bergantung harap..series beb..aku memang takde sapa-sapa..aku cuma ada ALLAH je..ni memang tahap tawakal meningkat lah.

kadang2 bila aku rasa down..aku pandang orang sekeliling aku..

KORANG tahu apa aku nampak?

1. mat bangla yang tengah gigih buat jalan tengah panas
-mereka lagi merantau jauh tinggalkan negara tercinta semata-mata nak buat jalan kat malaysia..aku??setakat KL-JB..ni petang ni aku dah plan nak balik jb mana leh tak balik wey...cinta dan jiwa ku tertinggal di pt raja..

2. makcik tukang cuci..kasihan bertungkus lumus memberus lantai bilik air di malaysia..sedangkan aku..hijrah ke KL duk dalam pejabat yang selesa ada PC..oh tak akan aku nak mengeluhkan.

3. aku selalu teringatkan tentang seseorang...yang tengah merantau keluar negera tinggalkan keluarga tersayang semata-mata nak menuntut ilmu..dia tabah giler..
YE-awak lah..kalau awak baca..memang saya jadikan awak sumber inspirasi kekuatan..
awak kat mana saya pergi..saya tetap bawa awak..awak selalu ada dalam hati saya...

Aku yakin ketentuan ALLAH ini ada hikmahnya..dan aku akan tabah melaluinya..aku harap..masa ini pantas berlalu dan aku akan hidup bagia di samping ibubapaku...
cakaplah apa sahaja tentang aku..anak manja ke apa ke..tapi aku memang tak sangup berpisah lama dengan kedua ibubapaku..mereka lah harta termahal yang aku miliki sekarang....

dan aku berdoa setiap hari..aku harap aku akan terus menjadi seperti ikan yang hidup di tengah laut yang masin tapi isinya tetap tawar..so?ada kaitan ke...sila tolong pikirkan..

wey..kadang aku terkejut dengan dress up budak perempuan KL..perghhh manjang skirt pendek..rambut karat..smoking..sungguh aku terkejut dan takut..

oh..YA ALLAH pelihara diriku..

ok..lama giler tak up date blog kesayangan ini..ok..semua tahu rindu..
jumpa lagi di lain waktu jika tak jadi mayat..

SESUNGGUHNYA DUNIA INI HANYA TAMAN PERMAINAN..DAN KEJARLAH AKHIRAT YANG KEKAL ABADI
hanya imam sahaja penyelamat

Sunday, November 28, 2010

andai

andai mampu ku ulang kan masa dahulu..
andai ada peluang kejadian itu berlaku kembali
aku cuma ingin mengubah sesuatu
tentang hakikat perasaan..
tentang hakikat cinta..
tentang hakikat masa depan

masa terus berlalu
benarlah..masa adalah ubat yang terbaik sebuah luka
sedalam mana tikam belakang itu
perjalanan masa mampu mengubatinya..

hari ini yang bersejarah
aku kembali ke tempat aku menyulam cinta pertama yang tidak kesampaian
tempat itu maseh sama
kenangan itu maseh sama
tapi jalan cerita kami berdua telah berbeza..

Dia..?..entah dimana..wujud lagi ke?ada aku kisah?
aku?..kini semakin bangkit..dari kejatuhan zaman silam
berlari mengapai impian yang telah lama aku tinggalkan semata-mata lebihkan hati orang lain..

aku bersyukur..aku normal
normal di sini..aku cool je..tiada lagi kesan darah yang mengalir di hati
aku pasrah..kehilangan sesuatu yang sepatutnya aku lama hilang..
tapi aku degil..telah beberapa kali takdir menyuruh aku meninggalkan dia.tapi
aku buta..akhirnya Dia meninggalkan aku..
rupanya itulah yang terbaik.

tapi sebaik mana luka itu telah sembuh
tikaman itu sangat dalam
dan meninggalkan parut..
andainyalah
aku mampu mengulangi waktu dahulu..


AKU INGIN MENYAYANGI DIRIKU SENDIRI
AKU TAK INGIN KENAL ERTI CINTA
AKU TAK INGIN KENAL ERTI RINDU
AKU TAK INGIN KENAL DIA
AKU TAK INGIN LUKAKAN DIRI SENDIRI
DAN AKU HARUS BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN LEBIH CEMERLANG DARI APA YANG TELAH AKU DAPAT

tapi tak mungkin kan?
bila di kenang

Semalam yang aku lalui sangat pedih..pedih gile..pedih sampai rasa hati luluh..
aku takut dengan pedih itu..sumpah..aku takut..

tapi bila aku jatuh cinta lagi..aku tak mampu menafikan..aku rasa akulah bangang..
kenapa..kenapa..aku selalu tulus menyayangi tapi di sakiti..

aku tak penah merayu atau memulakan perhubungan itu..tapi akhirnya bila aku dah berikan aku kena tikam dalam-dalam

wey..apa salah aku kat korang hah?...sebab jujur..sebab naif..sebab lemah..sebab bangang?..sebab kasih sayang..

if u just want to play..saya rasa memang daripada dahulukala lagi saya bukan pelakon yang baik apatah lagi pemain cinta yang handal..

Saturday, November 27, 2010

tulis,cakap,tahu tapi amalkan ke?

belakang ini ramai yang menulis di belog..ada yang berciri isihati,luahan rasa,novel,bisnes,gosip,dunia..dunia..dunia..blah..bla..blah..

ada juga yang menulis belog BERCIRIKAN islamik..ok..yang bila buka sejuk je mata memandang...

tapi yang penulis islamik itu mengamalkan ke apa yang korang paparkan dalam belog korang tuh?..korang beriya-riya cakap pasal agama..pasal agama..siap paparkan ayat al - quran..untuk menguatkan fatwa korang..

KALU KAOrang AMALKan baguslah..tapi bagaimana kalu itu sebagai tanda korang atau signature korang yang digelar islamik..

ISLAM itu tidak memandang luaran,ilmu atau kehebatan korang menulis..tapi biarlah apa yang korang syer kan bersama-sama itu korang amalkan jua..

sebgai contoh..aku lah ni..

2 perkara yang kita kena selalu ingat.

1. Kebaikan yang ALLAH berikan pada kita
2. Dosa-dosa aku kepada ALLAH..

2 perkara yang kena lupakan itu..tak perlulah nak study sangat..fokus jelah pada benda yang korang kena ingat..

INGAT.

tiap kali musibah yang korang tima..jangan merungut..marah takdir..bunuh diri..tapi korang ingatlah nikmat ALLAH yang lain yang korang terima..kalu korang tak buta tengok pada orang yang buta..

selalulah kenangkan dosa-dosa yang pernah korang lakukan,,ingat panasnya terik matahari sekarang panas lagi api dalam neraka...ingatlah pada taubat..

tinggalkan dunia ini..cintailah akhirat.

TAPI

usah jadi PLASTIK..wah cakap kat belog pasal agama bukan main..tapi korang amalkan tak?..jaga aurat dengan tepat..jaga hubungan dengan ALLAH,,jaga hubungan dengan manusia?......


satu jelah yang aku dah belajar dari pengalaman aku sendiri..

KALAU KORANG TAK MAMPU NAK TUNAIKAN JANJI KORANG DENGAN MANUSIA..APATAH LAGI JANJI KORANG DENGAN ALLAH...?

KALAU KORANG TAK SANGGUP NAK BERKORBAN..tak sohlah beranggan nak jadi ahli syurga..

HIDUP INI PENGORBANAN..BIARLAH MENDERITA DI DUNIA..BAHAGIA YANG ABADI DI SANA..

sekian..minta maaflah pada yang terasa..aku bercakap kat diri aku juga ni..

kadang memang suka kita nak terima orang yang pernah mengkhianati kita..aku setuju..
TAPI KENAPA AKU HARUS INGAT HANYA KEBURUKAN DIA..SEDANGKAN DIA JUGA PERNAH MEMBERI BAKTI BUKAN DALAM HIDUPKU...

hidup terlalu singkat untuk membenci..penuhi hati korang dengan kasih sayang..insyALLAH ketenangan itu lah paling indah.. oh ALLAH

Friday, November 26, 2010

Kisah Mencari Tuhan

Bosan dengan cerita dunia?..bosan dengan drama Asmara....benci dengan cerita hantu kum2...dan semak dengan berita korea selatan kena serang dengan korea utara?..atau dendam dengan pakwe lama yang tikam belakang anda secara diam2?....atau hati dah tertutup rapat untuk bercinta..dan apa sahaja lah korang dah bosan dengan apa yang korang lalui setiap hari?.....

Maka dengan ini..marilah membaca cerita ku di bawah ini...read smpai abes barulah faham dan jelas dan nyata..dan jika kamu sedang mencari tuhan...mungkin boleh jadikan kisah di bawah ini sebagai pedoman..

Ringkasan awal daripada kisah dibawah ini adalah :

1. 2 perkara wajib yang kita kena selalu ingat :

- KEBAIKAN YANG KITA TERIMA - contoh ingat nikmat yang ALLAH berikan pada kita
- KEBURUKAN KITA PADA ORG - contoh dosa-dosa kita pada ALLAH ingatlah selalu nescaya pintu taubat itu dekat

2. 2 perkara yang kita kena lupakan

- KEBAIKAN KITA PADA ORANG
-KEBURUKAN ORANG PADA KITA

UNTUK ULASAN LEBIH LANJUT.... BACA SENDIRI DAN AMALKAN NESCAYA KAUORANG DAN DIRIKU AKAN KETEMU TUHAN KITA IAITU ALLAH...


Tersebutlah satu kisah bahawa sewaktu Nabi Musa AS telah sampai di negeri Mesir setelah kembali dari negeri isteri Baginda di Madyan, maka Baginda telah menyampaikan risalah ke Rasulannya dan ajaran-ajaran agama yang telah diterima dari Tuhannya sewaktu menyendiri di bukit Tursina (Sinai) di lembah Thuwaa dengan ayat-ayat dalam kitab Taurat.

Dimulainya seruan ini kepada kaumnya Bani Israil di samping menghadapi Firaun dengan kaumnya yang memerintah Mesir waktu itu. Yang menjadi pokok ajaran Nabi Musa sama saja dengan asas ajaran segala Nabi SAW dan Rasul sebelum dan sesudahnya. laitu:

Bahawa kamu menyembah Allah dan janganlan kamu persekutukan-Nya dengan sesuatu pun!

Akhirnya sampailah seruan dan ajaran Nabi Musa ini ke satu negeri kecil yang jauh terpencil di hulu sungai Nil. Nama negeri itu Qiryah.

Adapun penduduk negeri ini antara seribu ke tiga ribu orang yang kebanyakannya terdiri dari suku-suku Bani Israil. Di antara orang-orang beriman yang tinggal di sana termasuklah seorang pemuda yang bernama Abdullah Syarafi. Pemuda tersebut tidak berasa puas hati sekadar beriman begitu saja kepada Allah SWT, malahan timbul keinginan dalam dirinya untuk mengetahui nyata siapakah sebenarnya Allah, Tuhan yang akan disembahnya nanti.

Perasaan ini mengganggu benaknya siang dan malam. Akhirnya beliau membuat satu keputusan. laitu dia akan pergi ke Mesir untuk menemui Nabi Musa AS supaya dapat bertanyakan halnya itu.

Qiryah ialah satu negeri yang jauh. Perjalanan ke Mesir memakan masa berhari-hari dengan menempuhi berbagai kesukaran mendaki bukit-bukau, merentasi hutan rimba yang tebal, penuh dengan binatang buas, melintas pula padang pasir tandus yang kering kontang. Semua itu sudah terbayang di kotak ingatannya.

Tetapi adakah itu semua menghalang beliau untuk meneruskan niatnya. Sama sekali tidak. Abdullah Syarafi terus bersiap-siap dan pada satu saat dan hari yang dikiranya baik, lalu mulalah beliau mengatur langkah seorang diri.

Sesudah menempuh beberapa hari perjalanan, kini hutan rimba menanti di hadapannya. Hutan rimba itu merupakan suatu pemandangan yang mengerikan. Sunyi dari suara manusia. Beliau terus melangkah semakin jauh ke tengah hutan rimba.

Tiba-tiba, beliau dikejutkan oleh satu pemandangan yang menakutkan sekaligus amat menyedihkan. Apa yang ditemuinya ialah sekujur tubuh manusia yang sudah dianiayai. Tubuh yang cuma tinggal badan dan kepala itu terlantar di bawah satu pohon. Kedua-dua kaki dan tangannya telah dipotong. Dia tidak dapat bergerak lagi kemana walaupun sekadar untuk mengiring ke kiri atau ke kanan.

Kaki dan tangannya yang sudah terpisah itu telah hampir reput dan penuh dikerumui ulat, lalat dan bermacam-macam binatang kecil yang memakan bangkai. Demikianlah keadaannya sehingga tiada apa lagi yang dinanti melainkan maut sahaja. Pemandangan itu amat mengharukan perasaan Abdullah Syarafi.

Namun! Satu perkara sangat mengejutkan beliau. Dilihatnya beratus-ratus ekor semut bergotong royong mengusung dengan susah payahnya akan buah-buah hutan. Dengan perlahan-lahan buah hutan itu dibawa hingga ke mulut insan yang malang itu. Lalu dapatlah dia makan dan menyambung sisa-sisa nyawa yang masih ada.

Kepada Abdullah Syarafi lalu diceritakan kisah dirinya hinggalah beliau jadi begitu sengsara. Katanya, semua itu berpunca dari perbuatan satu kumpulan penyamun yang telah merampas harta bendanya. Kemudian diceraikan pula kaki tangannya dan ditinggalkan di dalam hutan itu sejak lima hari yang lalu.

Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa besarnya kesengsaraan yang ditanggungnya. Tetapi rupanya, ajal belum ditakdirkan untuknya lalu digerak Tuhan akan ratusan semut-semut untuk membawakan buah hutan sebagai rezekinya.

Itulah makanannya sejak terlantar tidak berkaki dan tidak bertangan.

Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuannya untuk ke Mesir. Setelah habis diceritakan lalu orang itu berkata:

"Kalau begitu, tolonglah tanyakan kepada Nabi Musa, sesudah sampai begini rupa kekejaman orang terhadap diriku, maka adakah aku akan masuk syurga dengan menanggungnya?"

"Baiklah," balas Abdullah Syarafi dengan perasaan yang hancur luluh, lalu dia pun meminta izin untuk menyambung perjalanannya.

Abdullah Syarafi pun meneruskan perjalanannya yang masih jauh itu.

Beberapa hari kemudian, beliau terserempak dengan kumpulan penyamun yang telah menzalimi lelaki malang yang ditemuinya sebelum itu.

Rupanya Abddulah telah memasuki kawasan 'sarang' penyamun. Didapatinya mereka amat garang, bengis dan tidak ada tanda bersifat belas kasihan di wajah mereka. Sembilan orang semuanya.

Mulanya mereka hendak merampas barang-barang yang ada pada Abdullah, tetapi bila tidak mereka temui sesuatu pun yang berharga, lalu mereka bercadang untuk membunuhnya.

Berkata Abdullah, "Jikalau kematianku ada guna dan manfaatnya kepada tuan-tuan semua, maka bunuhlah hamba."

Tenang saja Abdullah menuturkan kata-katanya. Tidak ada rasa takut sedikit pun kerana beliau yakin bahawa Allah yang sudah dipercayainya diimaninya itu tidak akan membiarkan hal itu berlaku jika ianya memang tidak ditakdirkan atas dirinya.

"Tetapi," sambung Abdullah lagi, "Menurut fikiranku, tiada gunanya sama sekali tindakan tuan-tuan. Bahkan hanya akan mendatangkan kesusahan dan jadi beban pula kepada tuan-tuan. Kerana jika aku tuan-tuan bunuh, terpaksa pula mayat aku ditanam. Bermakna tuan-tuan terpaksa menggali tanah. Alangkah banyaknya kerja tuan-tuan hanya untuk menguruskan sekujur mayatku."

Abdullah Syarafi memerhatikan riak di wajah mereka. Kata-katanya memberi kesan terus ke hati mereka.

"Atau, jika tuan-tuan ingin membuang mayatku dari sini, tentulah terpaksa pula mengheret mayatku sekian jauh

Jikalau tidak, maka akan terganggulah tempat tuan-tuan ini oleh sebab busuknya bau mayatku nanti.

Maka jelaslah, jika tuan-tuan tetap akan membunuhku, hanya akan menyusahkan diri tuan-tuan juga.

Sedangkan manusia diberi akal oleh Tuhan. Supiaya dapat dengannya kita menimbang buruk baiknya sesuatu yang akan dikerjakan. Adakah ia memberi faedah atau sebaliknya. .."

Demikianlah Abdullah Syarafi terus berbicara hingga mulalah dia menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuan dia menempuh perjalanan yang penuh bahaya itu. Selanjutnya berkata Abdullah, "Tuan-tuan, selama mana pun manusia hidup, akhirnya. akan mati juga.

Dan kelak sesudah mati, tiap-tiap manusia akan menghadapi pengadilan Tuhan. Menerima hukuman atas segala kejahatan yang telah dilakukannya. Jadi, bertaubatlah tuan-tuan dan berhentilah dari kejahatan ini sementara pintu dan jalan untuk taubat masih terbuka."

Demikianlah Abdullah mengakhiri nasihatnya. Dengan kehendak Allah jualah, maka segala tutor kata dan nasihat Abdullah Syarafi yang bersungguh-sungguh dian dengan penuh ikhlas itu rupanya menyelinap masuk ke dalam hati mereka langsung meresap masuk ke dalam perasaan keinsafan.

Lantas berbicara seorang dari mereka. "Bagaimanakah kami akan bertaubat Sedangkan dosa-dosa kami sudah terlalu amat banyak. Sudah sekian banyak harta benda manusia yang kami rampas, kami samun. Belum lagi dihitung penganiayaan yang telah kami lakukan terhadap mereka. Adapun nyawa manusia sahaja, sudah sembilan puluh sembilan yang terbang melayang.

Tetapi, meskipun demikian, memang kami telah mempunyai rasa takut terhadap azab-azab Allah di akhirat kelak. Oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, maka tolonglah tanyakan keadaan kami ini. Adakah Allah akan menerima taubat kami ini.. ?"

"Baiklah, akan hamba tanyakan kepada Nabi Musa," jawab Abdullah Syarafi dan dia pun meneruskan perjalanannya.

Selanjutnya, tinggal satu pertiga saja lagi perjalanannya, Abdullah Syarafi sedang melewati padang pasir yang tandus pula. Terdapat bukit-bukit berbatu-batan di beberapa tempat.

Tiba-tiba, beliau terserempak pula dengan seorang perempuan yang tinggal dalam sebuah gua batu. Perempuan setengah umur itu didapatinya tinggal di situ seorang diri.

Wanita separuh umur itu sedang tekun beribadah ketika Abdullah Syarafi terpegun melihatnya dengan rasa kagum.

Takala dia sudah selesai dari solatnya dan mendapati ada seorang pemuda tercegat di pintu guanya maka terkejutlah dia seraya membentak, "Siapa kamu? Apa yang kamu mahu? Adakah kamu hendak mengganggu ibadatku di sini?"
"Tidak! Sama sekali tidak bahkan hamba tidak tahu menahu adanya tuan hamba di sini. "Jawab Abdullah dengan tenang saja. Dan tidak langsung terlintas dalam benaknya untuk berlaku jahat.

"Tapi hamba amat hairan. Sebab melihat keadaan tuan hamba yang sendirian di sini. Jauh dari manusia dan tekun pula beribadah. Tidakkah tuan hamba berasa takut tinggal seorang di sini? Bahkan hamba pada mulanya menyangka tuan hamba ini entahkah jin atau peri yang menghuni tempat ini. Bolehkah tuan hamba menceritakan mengapa tuan hamba berada di sini?"

"Tuan hamba pula dari mana dan apa tujuan?" Tanya perempuan itu pula.

Lalu untuk kali ketiganya, Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya dari mula dia beriman dengan risalah yang disampaikan oleh Nabi Musa AS hinggalah dia menempuh perjalanan yang serba sukar, bahaya dan meletihkan itu.

Setelah itu perempuan itu pula menceritakan hal ehwal dirinya. Maka fahamlah oleh Abdullah bahawa perempuam itu berada di situ kerana mahu mengasingkan dirinya dari manusia untuk melakukan ibadatnya dengan tekun.

Tidak diganggu oleh sesiapa. Dia juga berasal dari Mesir. Sudah bersuami dan punya beberapa orang anak.

Tetapi lantaran berasa khuatir, semua itu akan menghalanginya dari melakukan ibadat kepada Tuhannya, maka dia pun ber'uzlah' ke tempat sunyi itu.

"Hamba senang berada di sini." Tambah wanita itu lagi, "Asyik beribadat. Siang berpuasa. Malam beramal. Hidup hamba kini semata-mata untuk Tuhan dan hamba tidak lagi rasa khuatir akan terganggu oleh urusan rumah tangga, suami dan anak-anak juga masyarakat dan oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, tolonglah tanyakan kepada Baginda, adakah Tuhan menerima sekelian ibadat dan amal hamba ini dan memasukkan hamba ke dalam syurga-Nya lantaran demikian banyaknya amalan hamba ini." "Baiklah. Akan hamba tanyakan."

Lalu Abdullah Syarafi pun mohon izin dan dia pun berlalu dari situ, Tiada lama kemudian, sampailah dia di Mesir dan setelah dapat berjumpa dengan Nabi Musa AS maka segeralah dia menyatakan maksud kedatangannya yang hendak mencari Tuhan supaya biar tentu benar siapa Allah Tuhan yang hendak disembahnya itu.

Sebelum dia menutup kisah dirinya, sempat dia menyampaikan pertanyaan-pertanyaan yang dipesankan oleh mereka yang ditemuinya semasa dalam perjalanan. Jawab Nabi Musa AS:

"Wahai Abdullah Syarafi! Engkau fikirkanlah dan renungkanlah akan sifat-sifat dan makhluk bekas kekuasaan Allah SWT itu. Jangan sekali-kali engkau memikirkan zat Nya. Kerana engkau tidak akan sama sekali dapat memikir-Nya walau bagaimama sekali susah payahnya engkau.

Tetapi sentiasalah engkau akan menemui bukti kewujudan Allah itu pada semua bekas kekuasaannya yakni kejadianNya. Lihatlah alam yang terbentang ini. Termasuk juga kejadian dirimu sendiri, adalah menjadi saksi dan bukti akan adanya Tuhan. Dari mana engkau dan semua makhluk yang ada telah datang dan kemanakah nanti akan pergi?

Wahai Abdullah Syarafi, jangankan hendak menemui wujudnya Zat Tuhan itu yang memang sudah sengaja dighaibkan oleh-Nya kepada kita semua sekarang ini. Entah mungkin nanti dizahirkan-Nya di akhirat, kalau memang hijab sudah diangkatNya. Bahkan sesuatu yang ada dalam tubuhmu yang kamu sendiri pasti akan adanya dan kamu dapati bekas-bekas dan kesan perbuatanya, itupun tidak dapat kamu melihatnya. Yakni ruh kamu sendiri.

Maka apatah lagi Zat Dia yang telah mengadakan segalanya itu!

Jikalau Allah SWT menzahirkan Zat-Nya kepada kita ummat manusia sekarang ini... maka apalah gunanya lagi tugas kami sebagai Rasul utusan-Nya ini. Sedangkan kami ini menyampaikan khabar-khabar ghaib yang wajib diimani dipercayai itu?

Maka bukankah telah nyata bahawa ghaibnya Zat Tuhan dijadikan suatu ujian bagi keimanan seseorang hamba."

Termenung. Terpegun dan bungkamlah Abdullah Syarafi mendengar huraian yang sangat tepat dari Nabi Musa AS itu. Terus meresap ke dalam relung-relung kesedaran jiwanya akan segala kebenaran yang dituturkan oleh RasuluLlah Musa AS itu.

Dan dia mendengar lagi huraian-huraian selanjutnya bagi tiga persoalan yang dibawanya.

"Adapun kemudian dari itu, sehubungan dengan tiga jenis pertanyaan dari tiga golongan yang telah engkau temui itu, beginilah keterangannya.

Adapun yang ditimbulkan oleh Hakikat Iman seseorang manusia itu, ialah adanya empat macam sifat pada dirinya: Dua yang wajib diingati dan dua yang wajib dilupakan.

Maka dua yang wajib diingati ialah jasa-jasa orang terutama nikmat Allah terhadap dirinya. Dan kedua, ialah kesalahan- kesalahan dan kejahatann dirinya terhadap orang lain, terutama dosa-dosanya terhadap Allah.

Serta dua macam yang wajib dilupakan, ialah jasa-jasa dan kebaikan dirinya kepada orang lain, termasuklah amal-amal dan ibadatnya kepada Allah.

Serta yang kedua, akan kesalahan-kesalahan dan kejahatan orang terhadap dirinya.

Dari itu, wahai Abdullah Syarafi, adapun orang yang engkau temui menderita di dalam rimba itu sengsara dengan sebab kekejaman-kekejaman dan aniaya orang ke atas dirinya, maka ia telah mengingat-ingati barang yang wajib dilupakan. Dan sebaliknya dia telah melupakan apa yang wajib diingati.

Diingat-ingatinya kejahatan penyamun yang dialaminya, tetapi ia melupakan jasa-jasa semut yang telah disuruh Allah untuk menghantarkan makanan ke mulutnya. Maka dengan demikian itu dia tidak mempumyai "Hakikat Iman", dan dari itu tidaklah akan masuk syurga.

Begitu pula tentang perempuan yang engkau temui mengasingkan diri ke tempat yang sunyi itu.

Ketahuilah bahawasanya agama itu disyariatkan Tuhan kepada umat manusia, ialah untuk membawakan ajaran dan petunjuk-petunjuk hukum bagi mereka, bagaimana adanya peraturan hubungan dengan Allah dan hubungan antara manusia.

Nyatalah dengan tindakannya mementingkan dirinya meninggalkan rumah tangga, suami dan anak-anak serta masyarakatnya itu, suatu tindakan putus asa, yang dengan sendirinya dia telah merosakkan ajaran agamanya sendiri kerana ia telah memutuskan hubungannya dengan manusia.

Padahal, menanggung kesusahan kerana perhubungan demgan manusia itu, baik berupa hubungannya dalam melayani kepentingan suami sendiri, anak-anak atau masyarakatnya, adalah yang demikian itu termasuk amal dan ibadat juga baginya. Dan itu juga termasuk ajaran-ajaran agama kepada manusia.

Dan lagi sebabnya Tuhan mengharamkan bunuh-membunuhnya dan peperangan terjadi, ialah kerana akibatnya memusnahkan isi dunia, memutuskan perhubungan antara manusia dan memutuskan keturunan. Sedangkan tujuan Tuhan ialah supaya dunia ini diramaikan dengan manusia.

Maka kalau sama sajalah pendapat segala manusia dengan perempuan itu, yang lelaki tidak hendak beristeri dan yang perempuan tidak pula hendak bersuami lagi, maka tentulah dengan sendirinya, paling lama sesudah satu keturunan yang akan datang ini, akan putuslah keturunan manusia, mereka akan musnahlah dari permukaan bumi. Dari itu, samalah dosanya dengan membunuh orang ramai.

Lagi pula yang dikehendaki oleh Hakikat-lman, ialah melupakan jasa-jasa diri, termasuk amalan dan ibadat kepada Tuhan. Maka sikap perempuan itu menunjuk-nunjukkan ibadatnya, seakan-akan ia telah berasa cukup mengadap Tuhan dengan ibadatnya itu.

Teranglah dengan demikian, dia pun tidak mempunyai Hakikat-lman. Kerana itu dia tidak akan masuk syurga, malahan masuk ke dalam golongan isi Neraka.

Tetapi tentang penyamun yang sembilan orang itu, mereka telah mengakui kesalahan-kesalahannya. Bahkan mereka telah saling merasa takut akan hukum siksaan, akibat daripada dosa-dosanya itu.

Maka justeru kerana itulah mereka telah bertanya tentang taubat kepada aku. Jikalau tiada kerana keinginannya hendak bertaubat itu, tentulah mereka tidak akan bertanya sedangkan Allah SWT. tidak pernah menutup pintu taubat buat sekalian hamba-Nya (kecuali dosa syirik), sekalipun banyaknya dosa-dosanya itu memenuhi ruang langit.

Dari itu, dengan demikian merekalah yang mempunyai Hakikat Iman. Dan jikalau mereka meneruskan taubatnya itu, maka merekalah yang akan masuk syurga ...."

Sunday, November 21, 2010

jenis darah kamu

personaliti berdasarkan jenis darah kamu

Darah O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri..Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan..

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun..Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat..Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri..Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi dirimu agar tidak dikuasai dengan tekanan..

Darah A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu..Seorang yang bekerja secara teratur..Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan..Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan kamu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai..

Darah B
Cool..Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu..Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan..Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara..Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri..Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu..Kamu adalah individu yang bijak bersosial..Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri..Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian..

Darah AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini..Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu..Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri..Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri..

Saya jenis darah B...mmg cool pun...darah yang mengalir ini penuh dengan kasih sayang..saya tidak akan menyakiti..sebab saya tahu sakit..

Thursday, November 18, 2010

barang pinjaman

salam semua para pembaca

syukur masih belum jadi mayat lagi..masih berpeluang menikmati dunia yg hanya tipu daya ini.

belakang ini saya semakin perasan sibuk..sibuk ler sgt..

baiklah dipendekkan ceritera..pada hari nan indah ini saya telah menjalani medikal chek up bertujuan..biarlah rahsia..nak kawen barangkali...weeee...

pemeriksaan mata dilakukan dan akhirnya saya telah disyaki menghidap rabun..alhamdulilah..mujor rabun belum buta lagi..

apa yang saya nak syer kat sini..lihat wahai penduduk dunia yang akan jadi mayat..betapa apa yang korang miliki sume hari ini adalah tidak akan pernah kekal..segala akan musnah rosak dan tidak berguna lagi..

Contoh 1..

mata ku yang asal kejadian terang lagi bersuluh kini mencecah usia 24 tahun sudah rabun dan perlukan bantuan cermin mata barangkali..oh...aku sudah semakin tua..mungkin masa untuk chek in dalam kubur sudah semakin hampir..

ceritera lain..

sahabat NAbi pernah bertanya tidak malaikat maut itu menghantar signal untuk memberitahu akan kehadirannya kepada manusia?...dan nabi berkata...ADA malaikat maut ada menghantar tanda sebelum kehadirannya..iaitu UBAN di rambut mu..

bayangkan rambut yang itam berkilat,lurus menawan bertukar menjadi putih..buruk kasar dan berkutu barangkali...

INILAH TANDA2 dunia ini hanya sementara...sedarlah sahabat-sahabat sekelian..

jadikanlah DUNIA INI TEMPAT UNTUK KITA MEMBINA AKHIRAT...

cuba korang try check badan korang,,mana yang rosak.,,.bayangkan itulah nikmat yang ALLAH dah tarik sikit2..so sedarlah sebelum terlambat..

Thursday, November 11, 2010

apa yang dibimbangkan hari ini

Manusia memang bersifat bimbang,
Yg belajar bimbang tak lulus periksa
Yg lulus periksa bimbang tak dapat masuk U
Yg masuk U, bimbang tak dapat kerja
Yg dapat kerja, bimbang tak berkahwin..
Yg dah kahwin bimbang tak dapat anak
Yg dah dpt anak bimbang anak tak lulus periksa
Yg lulus periksa bimbang tak dapat masuk U
Yg masuk U, bimbang tak dapat kerja
Yg blabblabbla bla
Bimbang bimbang BIMBANG!

Aku ada baca satu belog yang penulis sangat pintar hasil daripada anugerah ALLAH kepada beliau. Beliau mencadangkan empat perkara yg korang kena buat untuk hilangkan bimbang, ingat! empat perkara…

Sila baca dengan teliti dan perlahan2 kerana apa yg korang faham nanti akan mempengaruhi seluruh kehidupan korang. Oleh kerana bimbang datangnya dari hati maka korang (dan aku) kena buat empat perkara pada hati korang..ini adalah SOAL HATI…

Perkara Pertama hilang:

Hilangkan ‘HARTA’ korang…
Manusia cukup bimbang harta yg sedia ada –hilang!, Hilangkan harta di sini Bukan bermaksud korang kena buang, jual atau campak TV perabot mcm yg selalu ”pengarah malaysia faham.dan gambarkan dlm drama”..korang kena buang perkataan harta AKU - kepada; harta Allah,

bila korang dah dapat hakikat bahawa semuanya ini adalah milik Allah maka korang takkan ada bimbang lagi pasal harta!, org yg paling bimbang adalah org yg ada banyak harta, krn itulah dari segi psikologi, manusia akan dapat mengurangkan bimbang bila dia mengalihkan tannggungjawab hartanya kepada pihak lain , seperti upah Jaga, simpan duit dlm bank, buat rumah tepi balai polis, berkahwin dengan doctor dan lain-lain, perbuatan begini tetap mendatangkan bimbang kerana semua itu adalah makhluk, makhluk tak boleh bagi manafaat ataupun mudarat! sesiapa yg mengharapkan makluk pasti (kebanyakkanya) akn bunuh diri atau jadi giler!…

di sini apabila korang hilangkan harta dari hati korang dan Faham Hakikat bahawa semuanya ini adalah milik Allah, pasti dan pasti hati korang akan tenang setenang tenangnyer…memang itulah hakikatnya..mata, telinga, lubang hidung, tangan, tahi lalat semuanya dari Allah dan semuanya milik Allah, nyawa kita, anak dan isteripun milik Allah, Allah boleh ‘ambil’ bila2 masa..kerana itulah org yg bunuh diri akan di azab oleh Allah kerana telah mengganggap nyawanya adalah miliknya sendiri…nyawa adalah milik Allah…!

Bila korang dan aku dah yakin bahawa Allahlah yg jaga semua perkara di dunia ini, walaupun bergesernya pasir di lautan, gugurnya daun di hutan… maka korang akn tenang, setenang tenangnya…walaupun tahi bintang nak langgar bumi, walaupun yahudi nak musnahkan islam, walaupun harga minyak naik lagi.., bukankan Allah yg jaga aku dan harta aku, aku nak jaga diri sendiri pun tak mampu…inilah TAWAKKAL!

Org yg bertawakkal akan selamat, dan org yg selamat akan dapat segala-galanya, manakala org yg tak bertawakkal, adalah org yg tak selamat dan org yg tak selamat akan hilang segala-galanya…org yg selamat dari azab Allah akan dapat segala-galanya di akhirat kelak..korang lihat org kapir yg ada kereta besar, rumah besar, tapi mereka hidup dlm kebimbangan, kenapa?

Kerana mereka rasa semua itu milik mereka, mereka tak belajar tawakkal..mereka tak selamat dari azab Allah dan mereka akan hilang segala-galanya di akhirat kelak…kalau nak bimbang,..bimbanglah tentang hari akhirat..inilah bimbang yg membawa korang ke shurga!

TIADA KESEDIHAN, KETAKUTAN, KEMBIMBANGAN, KERISAUAN UNTUK PERKARA DUNIA…
KESEDIHAN, KETAKUTAN, KEMBIMBANGAN, KERISAUAN HANYA UNTUK PERKARA AKHIRAT…

Satu cerita:

Seorang miskin telah berjiran dengan org kaya, hari2 apabila org kaya ni nak keluar rumah simiskin ni akn datang dan buka pintu pagar…satu hari, org kaya nie bagi hadiah seratus ringgit sekeping kat org miskin ni, apa lagi gembiralah org tua tu, tapi bila malam tak boleh tidur, tak lena di buatnya, simpan duit bawah bantal tak kena, simpan dlm beras bimbang tikus gigit, simpan celah atap, takut diterbangkan angin, pendek cerita sampai ke pagi si miskin ni pegang duit dan tak boleh tidur.. esoknya seperti biasa org miskin ni pergi buka pintu pagar si kaya dan bagi balik seratus ringgit kat org kaya tuh
Kenapa? Tanya si kaya..
Saya tak boleh tidurlah tuan…saya tak tahu tuan macamana, tentu tuan tak boleh tidur kan?

Org kaya tu menangis…..benarlah, aku dirikan pagar dan upah jaga kerana aku begitu bimbang…aku ingin sekali tidur lena ..oh…
Moral: tak salah korang kaya, tapi kebimbangan akan datang apabila korang tak berjaya ‘hilangkan’ harta korang yg banyak dari hati korang(termasuk aku), semua yg dimilikki adalah pinjaman…dah adab pinjam kenalah pulangkan, tak faham2 lagi?

Lagi satu cerita..

Sekiranya korang bawak duit seratus ribu ringgit kat dlm poket dan naik BAS..apa akan jadi? Tentu korang tak boleh tidur, sekejap2 pegang poket, mata melilau tengok kiri kanan, org nak tekan loceng nak Turun, korang dah gelabah…he he..tapi sekiranya korang bawak sepuluh ringgit jer dlm poket..tidur macam mayatlah…siap meleleh air liur basi … ha ha ha ha….Bertawakal lah pada Allah dengan sebenar-benar tawakkal..nafikan milik anda, semuanya adalah milk Allah!

Hilangkan perkataan ‘aku’ pada setiap harta…aku adalah milik Allah, Allah boleh ambil nyawaku pada hari ini, aku berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah….jadikanlah aku org yg bertawakal…amin…

Perkara kedua hilang:

Hilangkan ‘HASIL’ korang…
Orang yg merasakan dirinya telah berjaya buat sesuatu akan mengharap pulangan…dan perkatan ‘patut’ akan banyak terpancul dari mulutnya..
Cth:
Aku guru besar, cikgu2 lain patut hormat aku..
Aku org tua, org muda patut memuliakan aku…
Anak aku patut balik jengah aku, dulu aku yg susah payah besarkan dia…
Kau patut tolong aku , sebab dulu aku dah tolong kau
Kau patut komen kat blog aku sebab aku dah banyak komen kat blog engko
Saya patut dpt itu…

Sekurang2nya kamu berterima kasih dengan saya
(boleh blah!)
dan lain2…

Jadi org yang tak nafikan hasil usahanya akn mengharapkan sesuatu dari hasilnya dan sekiranya tak dapat maka dia akan tersangat bimbang, resah dan gelisah dan perkataan patut patut patut akan membimbangkannya lagi ….org sebegini hidup dlm kebimbangan kerana tak faham Hakikat Ikhlas…kerana itulah selalu sebut “PATUT”…memng tak patut..kah kah kah!

Jadi, Korang kena nafikan apa yg telah korang buat sebagai semuanya dari izin dan pertolongan Allah, hari ini bila korang manusia mengaku telah buat itu ini, sekali bila ada org takwil@pertikaikan maka korang mula meradang, atau bimbang hasilnya tidak di sanjung org, atau korang tulis blog tapi bimbang org tak komen, tak payah bimbang…walaupun korang buat masjid, dah ajak sejuta perpuluhan enan manusia masuk islam, atau selamatkan semua org dari selsema burung, tiba2 satu org pun tak ucapkan terimakasih, malah org membalas ‘tuba’…tak perla sedih dan bimbangpun! Tak perlu!
ikhlaslah kawan, semua yg telah berjaya di buat tu adalah ehsan dari Allah…tanpa ehsan Allah kita tak dapat buat apa2 pun..nak kedip mata pun tak boleh, nak baca tulisan ni pun tak boleh..jadi nafikanlah hasil korang walaupun dah berpeluh bulu ketiak…nafikan…

Cth korang lukis satu lukisan …korang letak tandatangan..sekali datang org kutuk lukisan korang, apa rasa, sedih? Marah. Bimbang org lain kata benda yg sama? Ha! itulah moralnya..cuba korang tak tanda tangan..org puji ke, org kutuk ke..kau tak payah bimbang…

Inilah HAKIKAT IKHLAS…bila dah buat nafikan..semuanya dari Allah…
Akhirat nanti Allah tak nilai kejayaan daqwah melalui ramai pengikut..tapi melalui ihklas, walaupun satu org tak ikut engko! Mengerti?!
jangan rasa apa yg telah kita buat tu adalah dari kita..semuanya dari Allah,,kalau tak korang akan hidup dalam kebimbangan apabila org lain tak hargai terutamanya org yg tak hargai itu adalah anak dan isteri…jangan mengharap daripada makhluk walaupun ucapan terima kasih…jgn kisah pun org yg tak balas senyuman, jangan benci org yg tak jawab salam…jangan perasan dengan org yg senyum kat kita ha ha ha…
Moral: hasil korang di puji akn menjadikan korang sombong …jika tidak di puji, sebaliknya di kutuk akan mendatangkan kesedihan dan kebimbangan…nafikanlah hasil tu…dan bila korang berjaya nafikan hasil korang maka korang akan dapat hakikat ikhlas..wallaualam…
Jika korang dpt islamkan sejuta perpuluhan enam org kapir kat Malaysiapun, nafikanlah..semua dengan ehsan Allah….korang akan mengerti hakikat IKHLAS….insyaAllah


Perkara ketiga hilang:

HIlangkan ‘DIRI’ korang.
I’m not somebody, I am nobody…
sesorang yg bangga dengan kedudukkanya pasti hidup dlam kebimbangan…
org besar bimbang hilang pengaruh..
org kaya bimbang miskin,
org cantik bimbang hilang kecantikkan…bla bla la bla
hilangkanlah ‘diri’ korang dari hati…maka korang akan belajar hakikat TAWADHUK…
org yg merendah diri akan tenang setenang tenangnya…org yg tahu bahawa dia adalah hamba Allah dan semua org lain pun hamba Allah maka tak akan ada apa kerisauan lagi…
sekali Allah Tanya Nabi kita Muhammad s.a.w,
siapa engkau? Nabi jawab: saya anak yatim…
(subhanaAllah alangkah indahnya…)

Disini aku ada copy/paste satu keadaan yg mana ‘hilangkan diri dan hasil’ tidak berlaku:
seorang pengarah filem dikritik oleh wartawan yg mengatakan filemnya adalah filem ciplak, mari kita sama sama saksikan:

Pengarah filem kata:
Rasional saya kepada segala tuduhan ini ialah, jika benar-benar jelas karya ini menciplak karya yang saudari katakan, kenapakah sewaktu skrip filem ini di hantar untuk kelulusan daripada Thai Film office, yang di anggotai oleh para pembikin dan ilmuan perfileman, tiada seorangpun yang menyatakan ada persamaan dengan February? Kalau saya menciplak karya Thailand, mengapakah saya buat penggambaran di Thailand? Mengambil tenaga kerja Thailand dan juga filem ini kemudiannya dipasarkan di Thailand? Apakah saudari lebih hebat menilai filem ini berbanding mereka yang sudah tentu lebih arif tentang indusrtri filem mereka sendiri.

Setelah penat lelah menerbitkan filem, saya terkilan dengan kenyataan anda. Mungkin ada benar nasihat saudara Aziz M Osman kepada saya, katanya, apabila anda ingin membuat perubahan, ada segilintir golongan yang akan menuduh kita ni tiru orang lain, sebab pada mereka orang Melayu tidak mampu buat benda yang baik. Kalau kita buat benda yang baik, bukan datang dari kepala otak Melayu kita, tapi mesti dari orang asing. Saya berharap anda bukanlah orang yang sedemikian.

Wartawan vovin kata:
Agak keras kenyataan saya, tapi saya tidak peduli dengan penat lelah saudara. Saudara sudah memilih jalan untuk menjadi seorang pengarah filem, ini adalah risiko yang perlu saudara tanggung. Mengeluh betapa penatnya menghasilkan filem adalah satu sifat yang cukup mengecewakan. Saya tidak nampak kekuatan seorang pengarah dalam diri saudara bila mengeluarkan kenyataan demikian.
Tampak seperti sentimen 'kau tahu apa? kau pernah buat filem?'. Ini juga boleh kita samakan seperti orang yang mempunyai ijazah tak boleh ditegur oleh graduasi diploma ke bawah, graduasi diploma tak boleh ditegur oleh orang yang hanya mempunyai lulusan SPM dan sebagainya. Adakah ini bermakna bahawa lulusan darjah 6 langsung tidak boleh memberikan sebarang buah fikiran bernas hanya kerana dia tidak mempunyai segulung ijazah? Agak melukakan hati bila ada sesetengah orang mengambil pendekatan ini bila hasil kerjanya dinilai oleh orang lain. Adakah ini bermakna saya langsung tidak boleh memberi komen tentang sinematografi sesebuah filem kerana saya langsung tidak mempunyai sijil dalam bidang berkenaan?

Adakah ini juga bermakna semua yang tidak mempunyai sebarang sijil dan lulusan berkaitan filem atau mempunyai portfolio dalam dunia filem harus menutup mulut dan terima dengan segala sogokan yang ada? Atau mungkin juga khalayak seperti saya ini terlalu tidak berakal untuk menilai filem-filem seperti ini?

Perkara ke empat hilang.
HIlangkan ‘HARI’ esok…
Last…(dah panjang sangat dah ni)korang akn hilang segala kebimbangan tentang hari esok..bila korang anggap korang akan jadi mayat esok…
Seperkara lagi, bukan korang je yg jadi mayat besok, korang kena anggap org lain pun jadi mayat besok…maka korang akan belajar untuk menghargai tiap detik waktu dan masa yang tiap saat ada depan mata korang.
Satu cerita: Seorang ayah yg baru kematian anaknya menangis bagitahu bahawa semalam anaknya menangis nak aiskerim..tapi dia tak beli..dia kata kalau lah tahu anaknya mati hari ni, tentu dia akan beli aiskerim sebanyak2nya semalam..oh….
Dan ini adalah kisah benar berlaku di depan
Jadi aku fikir korang semua akan mati besok..bila korang tak komen kat blog aku, aku fikir, korang semua dah jadi mayat..ha ha…
Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg mengetahui dirinya akan menjadi mayat dan membuat persediaan untuknya.

Siapakah org yang paling bodoh?
Orang yg paling bodoh adalah org yg sudah tahu dirinya akan menjadi mayat tapi tidak membuat persediaan, maka bila mati jadilah dia mayat seorang yang bodoh.
Kesimpulan.
Hilangkanlah harta, hasil, diri, dan hari esok dari hati korang…atau :
1.-Bertawakallah kepada Allah dengan segala harta korang
2.-Ikhlaslah pada Allah dengan hasil usaha korang
3.-Bertawaduklah dengan sesiap sajer dijalanan kerana kita adalah hamba Allah…
4.-Jadilah org yg paling bijak dengan mengingati maut…(mayat..)
Keempat2 perkara di atas akn menhilangkan BIMBANG korang(kita semua)..insyaAllah…wallahu’lam…

Ps: sekiranya aku tak up date blog ni dalam satu jangkamasa yg panjang…yakinlah bahawa aku telah menjadi mayat……(al fatihah)
Isk..isk….

Sunday, November 7, 2010

Anda di mata orang lain…

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

inside my heart ~ sebenarnya benda yang paling kejam dalam dunia adalah dunia itu sendiri.manusia di dunia ini suka menjalankan tugas-tugas menghukum seseorang..lihatlah bagaimana dunia melayan manusia..yang miskin di hina yang kaya di agung-agungkan..yang kaya di kayakan lagi yang miskin dipedulikan..itulah dunia..yang cantik itu di puji yang buruk itu dihina-hina..dunia ini sangat kejamm..kejam..

dan kita yang buta juga sibuk dan takut dengan dunia ini.takut dengan penilaian manusia.takut dengan kata-kata hinaan tuduhan serta kutukan..

Persetankan semua itu.mereka yang menghina itu jua tetap manusia biasa.sama seperti kita..

jangan takut kalu kita dipinggirkan jika kita memilih untuk berubah menjadi lebih baik..jangan takut takde orang mahu berkawan dengan kita kalu kita membawa perubahan yang baik dalam hidup orang lain..PEDULIKAN mereka..

jika kita yakin kita berubah kerana ALLAH..jgn pernah takut..jangan takut dihina dikutuk di umpat..biarkan je..

kadang hidup dalam dunia bersendirian lebih baik hidup dalam dunia bersama orang-orang hipokrit..yang ada dalam spesis itu membawa pisau tajam dan dah ready tikam belakang kita ...ada yang menanam tebu di bibir...ada yang macam2 lagi lah...

cintailah akhirat tinggalkan dunia..tinggalkan hiburan yang melalaikan..pilih jalan yang lurus..

bayangkan kalu kita dipersimpangan kalu 10 orang pilih belok ke kiri dan hanya KITA SEORANG yakin untuk belok KANAN..go on dengan belah kanan...YAKIN KERANA ALLAH..nescaya ALLAH AKAN MELINDUNGI KITA..

tapi untuk dapat pilihan yang tepat perkara pertama yang perlu kita buat adalah MEMBERSIHKAN HATI..dekatilah ALLAH..ALLAH akan tunjukkan jalan yang lurus..

jangan pulak kita ego degil taknak dengar nasihat orang lain itu namanya KERAS KEPALA..syaitan sukalah sikap itu..

so...renungrenungkan..

Saturday, November 6, 2010

cinta,couple??...penting ke?

salam pembuka bicara..

di hujung minggu ini..pada pasangan bercinta inilah masa menyulam cinta..tgk wayang ukur shoping mall..n bla...bla..bla

tapi apa pula aktiviti yang tiada pasangan?..bersantai,berbelog,berfesbuk dan bla..bla...bla

so..apakah perbezAan ada partner berbanding dengan tiada partner?...

rasanya sama sahaja bukan..kita masih bernafas..kita masih boleh ketawa..kita boleh makan..kita boleh segala-galanya..either kita ada pasangan atau tidak?..

MAKA DI MANA pentingnya cinta??

pernah dengar tak..ada orang mati akibat sakit tiada cinta atau kanser cinta ke..mesti tak pernah kan..

pada yang pernah bercinta kemudiaan putus..selepas putus adakah anda punya kehidupan terhenti??tidak bukan..kita masih teruskan kehidupan ini..pedih sakit,indah kita tetap hadapi kerana kita pasti akan boleh teruskan kehidupan tanpa cinta..tanpa sebarang hubungan..sebab manusia itu adalah manusia..manusia itu hamba..dan ALLAH itu tuannya..bukan kita hidup sebab pakwe or girfren kita..

jadi kenapa takut bila masih tak berpasangan..adakah berpasangan hidup kita lebih sempurna?..sedangkan tiada pasangan kita tak sempurna ke??..

sunyi..sepi..tgk orang lain ada maka nak jgk..??..

ada manusia yang kesepian tapi sedang mengadai imannya demi mencari kenikmatan yang sementara..sedang kan ade manusia yang sepi sunyi sedang bermujahadah melawan rasa kesepian dengan mencari cinta hakiki..anda manusia yang mana?..

saya jua suka kan seseorang tapi atas tertentu dia terpaksa pergi...saya redhakan pemergiaannya kerana jika itu yang terbaik buatnya.dan buat kami berdua amnya.
selepas pemergiaannya..saya masih seperti biasa..saya makan..saya minum..saya ketawa..saya menangis..saya kecewa..tiada apa yang berubah either dia ada atau dia tiada...ok tipu..sometimes rindu jua sama dia..tapi bukan rindukan kata-kata sayangnya...tapi rindukan seorang sahabat yang sama-sama suka tak bercerita tentang perkara dunia..bercerita tentang kasih sayang ALLAH..oh rindunya sama kamu..saya rindukan kamu kerana ALLAH...

tapi sekalipun rindu tidak semestinya kita kena gadai iman kita untuk hilangkan rasa rindu pada dia..

perhubungan itu tidak semestinya memerlukan..pertemuan..perbualan..pesentuhan dan percintaan melalaikan..tapi hanya satu hadiah tulusnya sebuah doa yang sentiasa mengiring perjalanannya..lebih kuat daripada pertemuan perbualan persentuhan..dan etc..kuasa doa itu lebih tulus..kerana ianya datang daripada dalam hati..hati memohon untuk insan yang kita sayangi..dan permohonan itu dibuat kepada ALLAH..dengan rasa rendah diri kita mendoakan kebahagiaan orang lain..insyALLAH ALLAH akan makbulkan..

MAka kesimpulannya...cinta.couple.tgk wayang..bergayut lama2..wish nite..n morning..itu tidak penting..kita tetap hamba kepada ALLAH..cintailah ALLAH kerana kalu anda perasan kita lebih perlukan ALLAH lebih daripada udara yang kita sedut ini..

YE hidup ini adalah pilihan..dan jika sentiasa bermohon tunjukkan jalan yang lurus maka kita akan membuat pilihan yang tepat dalam kehidupan kita...sedarkah dunia ini cuma taman permainan tiada apa yang kekal..dunia adalah tempat membina akhirat yang abadi..

MAri kejar cinta sejati ALLAH yang satu..kita lebih perlukan itu..

Wednesday, November 3, 2010

menaip mesej ATAU berbicara

mana lebih tulus ikhlas luahan menerusi taipan papan kekunci ataupun berbicara menerusi mulut ke mulut??..

my oficemate say...bila kita berbual menerusi mesej contoh chating di ym or sykper..itu lebih tulus berbanding kita bergayut menerusi telefon..KERANA..bilamana tiap butir perkataan yang diluah dari mulut kita,kita boleh.berbohong..tapi bila kita taip mesej apa yang kita taip..itulah yang kata hati kita katakan...

dan saya mencuba teknik itu..memang betul..sekarang saya sedang menaip apa yang hati saya katakan...tapi bila kita nak bercakap..kita akan cuba mengalis contoh untuk elak orang itu sakit hati or takut kena marah..sebab apa yang hati kita katakan..mulut cuba luahkan tapi akal akan menapis apa yang mulut akan keluarkan..

tapi bila menaip..dan perkataan yang terpapar itu sebenarnya datang tulus daripada hati kita..

sebab itu sesetengah blog yang saya dah melawat..kita boleh rasa hati penulisnya..jika penulis sedang bersedih maka sedihlah tulisannya..jika penulis sedang hepi maka berbunggalah tulisannya..

so,apa yang hati anda sedang kata kan sekarang?..penah dengar..Kadang-kadang papan kekunci lagi tajam dr lidah~...

Ketika Allah berkata tidak

“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”
Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”

“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.”
Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”


“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”

“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!”
Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”

“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!”
Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”

“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”

“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!”
Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”

“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.”
Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”

“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku”
Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”

Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam, tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali – orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan. Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.

Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil).

Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.

Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Maka, sembuhkan dulu “selsema” dan “demam” dalam diri kita itu dengan meningkatkan kesedaran diri.

Tuesday, November 2, 2010

selamat ulang tahun kelahiran awak




Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.

To the world, you may be one person. But to me, you are the world.

It's as easy to stay in love with you as it was to fall in love.

Happy Birthday my love!

It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.

With each year I love you more and more


saya suka awak senyum..senyumlah selalu...saya selalu di sisi awak..percayalah..

Love u ~


saya tak tahu awak baca kenyataan ini atau tidak..tapi saya berdoa semoga ALLAH gerakkan hati awak untuk membacanya..sebab saya tak mampu mengucapkan secara terus pada awak.saya ingin menjadi hadiah yang paling istimewa di hari lahir awak seperti mana kehadiran awak di hari lahir saya 6 bulan yang lepas.tapi saya tak mampu..saya tak mampu mendekati awak..sebab jalan untuk menghubungi awak telah terputus..maafkan saya..maafkan saya..hanya ini yang mampu saya buat untuk awak..

Monday, November 1, 2010

Tujuh keajaiban dunia

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….


Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya Keajaiban Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

tapi itulah manusia..selalu menda yang nampak pelik baru nak jakun baru nak sedar kebesaran ALLAH sedang apa yang berlaku disekeliling kita setiap saat itulah keajaiban ALLAH,kebesaran ALLAH,,contoh berpeluh..tak ke pelik tetiba-tiba air kuar celah liang roma kulit?...cuba tengok hujan..hujan itu pun dah di kira ajaib..air menitis dari atas..mana salur airnya..bagaimana air boleh naik di ats langit dan turun semula?...takjub bukan?

sebenarnya kalu kita ase lah kita ni sgt handal berilmu pandai,belajar kat oversea ke kan...sume itu jika nak dibandingkan dengan keajaiban ALLAH adalah sebelah sayap nyamuk jerk..maka bila berada di tempat tinggi..tundukkan kepala kebawah..amalkan sikap tawaduk selalu...kita sume tetap lemah..tetap takde kuasa..

urmmmm..cuba pikir balik..apa keajaiban yang berlaku hari ini?..kita merasai..kita merindui..kita menyayangi..bukankan itu keajaiban ALLAH...even boleh korek hidung pun ajaib apa..bayangkan kalu takde kurniaan boleh mengorek hidung..boleh ke kita bernafas dengan lancar macam kereta baru serbis minyak itam??..

dan...ajaib tak kekuasaan ALLAH..bila mana mengurniakan perasaan cinta kepada sepasang jiwa..yang tidak pernah bertemu secara nyata..tapi hati mereka tetap bertaut walaupun beribu-ribu kilometer memisahkan mereka?..ajaib bukan?...dan lebih ajaib bila mana kedua hati itu mengambil keputusan perpisahan..tapi hati mereka tetap bertaut?..oh..adakah itu nama cinta?,,,mana tahu kan kuasa ALLAH..menyatukan dua hati itu dengan ikatan yang halal..tengok lemahnya seorang hamba itu..langsung tidak tahu perancangan ALLAH..tapi ajaib bukan?..

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.

ALLAH MAHA BESAR..