Pages

Monday, October 24, 2011

Move on.. Move on

hari ini lebih baik daripada semalam..ye adalah sedikit peningkatan
sekurang-kurangnya luka itu terubat bila kita serahkan kepada Allah..

tapi air mata tetap mengalir bila teringat tentang itu..
aku tak tahu
entah bila aku tewas akan perasaan ku sendiri

bagaimana persahabatan itu merubah perasaan ku mengambil seluruh ketenangan ku
hati di timpa kegelisahan
inikah cinta yang suci yang aku dambakan andai ALLAH sendiri tak merestui
betapa dalam perasaan ini

tapi untuk apa walaupun beribu liter air mata mengalir setiap hari..
tapi untuk apa..
tanyakan ku pada diri ku

andai dalam mana perasaan ini tapi untuk apa.. ALLAH tetap menghalang dan menjauhkan dia daripada aku..

siapa kah aku untuk persoalan segala nya ini

DIA pasti merancang yang terbaik untuk aku dan dia
dan kini

aku mengambil keputusan..

ku serahkan perasaan ini kepada Mu Ya ALLAH

tapi aku tetap tak mampu membuang dia dalam hati ku

masih ku ingat lagi.. dia berbicara.. kenapa awak cari saya lagi sedangkan awak suruh saya pergi.. bukan kah awak punya agama yang kuat setakat kehilangan saya apalah sangat..

aku hanya mendiam kan diri..

dan baru kini aku ada jawapannya...

kenapa aku tidak pernah melupakan dia

KERANA

bila aku menuturkan kata sayang ku kepada kau, aku bukan sekadar menanam tebu di bibir
sekali ku istiharkan, kau adalah sahabat ku, sayang ku itu selama-lamanya.

aku menulis nya di hati.. ye di hati ku yang paling dalam.. dan sampai bila-bila pun nama itu kekal berada di situ sekali pun di mamah waktu berlalu..

biarpun terpisah ruang dan waktu.. mengapa harus ku hentikan perasaan ini.. ku sayang kamu kerana ALLAH.. semoga jika ALLAH merestui persahabatan ini sekalipun mungkin takdir tidak menyatukan kita berdua.

aku nak move on.. tinggalkan perhentian kita.. doakan aku..

andainya.. (HARAPAN LAGI)

kita terjumpa lagi di perhentian akan datang.. tegur lah aku kerana kau tetap ada dalam hatiku sampai bila-bila

Doa Ku Harapan ku dan Penyerahan Ku

Ya Allah,
aku terima kondisiku yang sulit melupakannya dan masih menyayanginya, maka terimalah aku dan ibadah- ibadahku.

Ya Allah,
aku maafkan hadirnya rasa sayang yang tak layak ini, aku maafkan dirinya yang sulit kulupakan, aku maafkan diriku yang terjebak dalam rasa cinta yang menggelisahkan, maka maafkanlah ia dan maafkanlah aku.

Ya Allah,
aku lepaskan rasa sayang ini dariku, maka lepaskanlah rasa sayang yang tak layak ini dariku, aku adalah aku, rasa sayang kepadanya bukanlah aku. Aku adalah hamba yang hanya bergantung kepada-Mu dan berharap kasih sayang-Mu.

Ya Allah,
aku serahkan urusan hati ini sepenuhnya kepada-Mu , maka serahkanlah ketetapan-Mu yang terbaik kepadaku. Dan sayangilah aku dalam peluk kasih sayang-Mu.

Sunday, October 23, 2011

Perjalanan kisah cintaku

sepanjang aku telah menghirup udara dunia ini
ada 3 kali aku pernah terjatuh dalam sesuatu perasaan yang di pangil CINTA

sesungguhnya tiap kali aku mulai jatuh cinta pasti sesuatu itu bermula dengan kebencian atau aku sendiri tak sendiri betapa aku mula dicintai oleh seseorang..

Ku tak mahu bercerita tentang kisah cinta ku yang terdahulu..

ku ingin mekarkan kisah cinta epik terhebat alaf ini. tahun 2011 yang berlaku dalam kehidupan..

perkenalan yang secara indah di temukan atas asbab melalui sepupu maka dengan izin Tuhan dua jiwa ini bersahabat..

masing ku terkenang lagi kata-kata ku kepada sepupu..

alah kakak tolonglah carikan..

dan si dia jua alah akk tolong carikan...

benarlah ALLAH yang Maha Mempertemukan dua jiwa ini

dua jiwa yang selama ini sepi

Dunia dia hanya kerja dan kerja

begitu jua dunia ku jua kerja dan kerja

tapi dalam persahabatan itu

aku melihat hemahnya sebagai seorang lelaki
mengejutkan aku untuk solat subuh
bersama ku dan mampu berjaga malam sepertiku

hati ku mula terdetik..
dia miliki ciri-ciri seperti yang ku mahukan.
dari dulu aku mahu lelaki yang mampu bangun untuk solat subuh..
aku sejujurnya tidak perlu dibangunkan ku sedar tanggungjawab ku dan ku mahu lelaki yang bakal memimpin ku nanti jua lebih sedar akan tanggungjawab nya

pada ku

ANDAI JANJI DENGAN TUHAN PUN KAU TAK MAMPU TUNAIKAN APATAH LAGI JANJI KAU DENGAN AKU..

ye.. dalam senarai lelaki yg aku kenal dialah seorang yang mampu berjaga dan mengejutkan aku untuk solat subuh..

YA ALLAH aku jatuh suka pada nya kerana itu.. masih ku igt lagi mesej2 indah darinya..

Tuhan sungguh aku rindu padanya...

dalam persahabatan yang berlangsung itu aku mulai terpesona dengan apa yang ada padanya..
keindahan kata-katanya kematangan nya.. lemah sopan dan berhemah tinggi serta nakal seperti lelaki normal.. ye aku suka itu

bila dia menjadi dirinya sendiri..tidak seperti plastik yang berpura-pura alim ulamak.. menunturkan kata-kata agama tapi nafsu mengotori diri..

berkawan dengan nya ibarat kanvas kehidupan ku mula berwarna warni. yg dahulu cuma ada dua warna sahaja dalam kehidupan ku iaitu Kelabu dan hitam.. kini aku sangat bahagia..
dia warna kegembiraan dan kadang warnakan keriangan..

kami bersama..bertengkar hal kecil pun menjadi besar..

dan akhirnya aku mulai sedar aku telah melampaui batas ku.. aku melebihkan dirinya dan aku mula lalai dan leka.. aku gembira dan bahagia tapi dalam masa yang sama aku rasa berdosa pada ALLAH..

dan aku tak tahu kenapa secara tiba-tiba aku mengambil keputusan perpisahan.. aku masih igt mesej kejam yang aku hantar padanya.. ku katakan yang aku rasa berdosa.. sedang YA ALLAH dia tidak pernah menjual maruah ku.. menjaga batas perhubungan ini.. tapi aku silap.. aku mohon perpisahan kerana ALLAH.. kerana AKU takut.. dan dia, dia pergi untuk kali pertamanya..

dia memutuskan secara perhubungan kami.. YA ALLAH sedihnya.. aku kehilangan dia..

sebulan lebih kami berpisah dan berkat ramadhan 1432 H.. satu ramadhan aku masih igt lagi dia mengucapkan salam ramadhan kepadaku dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ku kerana pernah membuatnya ketawa dan menangis..

sungguh hati ku jadi sayu.. dan aku mohon selagi kepadanya andainya aku diberikan peluang sekali lagi aku mahu membuatnya bahagia..

dan kami berkawan semula..

tapi 1 syawal kami berselisih faham dan aku pinta dia pergi jika tidak menyayangi aku dan hingga ke hari ini saat ini.. dia telah pergi..tapi hingga kini hati tak pernah berhenti mendoakan dia.

pada ku andainya dia telah temui yang lain aku tumpang bahagia kerana aku yakin ALLAH jua akan berikan yang sama untuk ku..
cuma yang ku sedih ukhwah itu terhenti begitu sahaja..dan aku mahu bersama nya sebagai seorang sahabat jika di izinkan..

aku mahu dipilih untuk menjadi sahabatnya dunia dan akhirat

satu ruang hati ku begitu yakin ALLAH telah merancangkan sesuatu untuk kami berdua..tapi andainya

ALLAH berikan peluang kali ketiga.. aku janji aku akan hargai persahabatan itu sampai hujung nafas aku yang terakhir.. aku janji..

bibir merayu hati bernafsu

melewati perjalanan hidup ini kadang di uji dengan duka dan gembira
bila duka menghampiri mulalah diri sibuk mencari tikar sejadah sujud lama-lama memohon keampunan daripada NYA

bibir merayu keampunan
tapi bersihkah hati kita
tulus kah hati kita dalam memohon keampunan daripada NYA
atau sebenarnya kita hanya bersujud disebabkan hati kita yang tak tahan di duga dengan dugaan..

sebab itu diri akan mudah letih dan penat jika dugaan dan ujian terus-terusan menghujani kita
kita tidak istiqamah dalam melalui hari-hari yg mendatang

bibir kita merayu keampunan tapi hati kita masih bernafsu pada dunia

kita itu adalah AKU.. AKu yang sedang menulis entry ini..

Saturday, October 22, 2011

Rasa penat itu normal

setelah setahun lebih peristiwa kejam itu berlaku padaku
dikhianati ditinggalkan dan ditertawakan
dek kerana kecurangan cinta manusia bernama lelaki
perempuan yang merampasnya jua seolah-olah bukan manusia normal berperasaan..

mereka kini bahagia miliki kelengkapan separuh daripada kehidupan menglengkapkan separuh daripada agama iaitu dengan perkhawinan..

mulanya hanya kabar angin sahaja ku dengar mereka telah berkhawin
akhirnya ALLAH membuka hijab itu membenarkan bersaksikan dengan mata ku sendiri
melihat gambar perkhawinan mereka..

walaupun peristiwa itu telah lama berlaku
sedikit sebanyak luka lama berdarah kembali
tapi aku tidak rebah kerana itu

aku kini ibarat satu entiti yang berawangan kepenatan dan keletihan melayari perjalanan dunia ini

selalu dan setiap hari aku ditawarkan watak-watak untuk menjadi jahat..
tapi aku terpenjara oleh imankan
menyeksa jiwa dan nurani ku
katanya harus jujur dengan diri sendiri

sesetengah perkara itu aku benci
tapi aku terpaksa suka
sesetengah perkara itu aku mahu
tapi aku tidak perolehi

aku benci orang mengumpat tapi setiap hari aku dihidangkan dengan suasana begitu
orang sekelilingku penuh dengan kepuraaan-puraan
aku mahu bernikah kerana aku takut terpedaya dengan godaan nafsu, aku menahan rasa cintaku membuang rinduku membuang dunia ini kerana aku ingin mengejar akhirat..

aku dipijak di pinggirkan
dan aku melihat orang yang kejam di angkat ke medan bahagia sedang orang yang bersabar itu diperah2 kesabaran jiwanya

itu kah kehidupan
adakah bahagia itu sebuah kepedihan semata-mata
hingga ku rasa terlalu hina untuk menghirup bau kebahagian

TUhanku
bukan aku menrungut dan tidak mensyukuri
ku cuma terlalu letih mencuba dan terus mencuba
dijatuh kan di pijak ku gagahkan diri bangun
lantas pijakan itu terusan aku perolehi

mungkin jua ini adalah balasan dosa - dosa silam ku
ye aku terima pembalasan

tapi di mana keadilan mereka yang menaniya keluarga ku melukakan harapan ibuku
menyakit ku
meninggalkan aku

mereka berbahagia punyai anak.. sedang aku.. berpapah bangun dari kedukaan.
adakah itu sebenarnya bahagia apabila kita berbahagia dengan air mata orang lain
aku jua pernah di tawarkan untuk memegang watak itu
tapi kenapa aku tidak kekuatan untuk seperti itu

Ya ALLAH jika dunia ini terlalu kejam aku sedar dan terima dengan redha
tapi aku merayu kurniakan sedikit sahaja kekuatan untuk aku terus bangun
sesungguhnya aku letih..tapi bukan bermakna aku ingin berpatah balik ke jalan silam ku
tidak tidak
tidak mungkin

aku mahu berehat mencari jiwa ku yang hilang
dan di sini lah aku meluahkan

Thursday, October 13, 2011

AKU RINDU

Wahai Tuhanku
Ampunkan aku
bila terbit rasa rindu ini dalam kamar hatiku

puas aku berlari-lari
agar rindu ini tidak mengejar aku
tapi aku kehilangan

aku terdampar
lemas dalam rindu yang tiada kesudahan

KAU takdirkan pertemuan
kami
telah terbit rasa
KAU takdirkan perpisahan

aku rindu dia YA ALLAH
ampunkan aku jika ini satu dosa
apa yang aku boleh lakukan
pada siapa ingin ku ceritakan rasa ini
melainkan pada MU

tolong lah aku
peliharalah Salleh ku walaupun di mana dia berada
pisahkan kami secara fizikal tetapi jangan pisahkan kami dari mendoakan satu sama lain..

andai telah Kau tuliskan takdir satukan kami
aku yakin jika tidak hari ini bertemu
pasti esok mungkin kami akan bertemu

dan aku menyayangi nya kerana MU YA ALLAH
kerana KAU yang menghadirkan dia dalam perjalanan hidupku
bahagia kan dia dan semoga esok aku jua akan tumpang bahagia nya