Pages

Sunday, October 23, 2011

Perjalanan kisah cintaku

sepanjang aku telah menghirup udara dunia ini
ada 3 kali aku pernah terjatuh dalam sesuatu perasaan yang di pangil CINTA

sesungguhnya tiap kali aku mulai jatuh cinta pasti sesuatu itu bermula dengan kebencian atau aku sendiri tak sendiri betapa aku mula dicintai oleh seseorang..

Ku tak mahu bercerita tentang kisah cinta ku yang terdahulu..

ku ingin mekarkan kisah cinta epik terhebat alaf ini. tahun 2011 yang berlaku dalam kehidupan..

perkenalan yang secara indah di temukan atas asbab melalui sepupu maka dengan izin Tuhan dua jiwa ini bersahabat..

masing ku terkenang lagi kata-kata ku kepada sepupu..

alah kakak tolonglah carikan..

dan si dia jua alah akk tolong carikan...

benarlah ALLAH yang Maha Mempertemukan dua jiwa ini

dua jiwa yang selama ini sepi

Dunia dia hanya kerja dan kerja

begitu jua dunia ku jua kerja dan kerja

tapi dalam persahabatan itu

aku melihat hemahnya sebagai seorang lelaki
mengejutkan aku untuk solat subuh
bersama ku dan mampu berjaga malam sepertiku

hati ku mula terdetik..
dia miliki ciri-ciri seperti yang ku mahukan.
dari dulu aku mahu lelaki yang mampu bangun untuk solat subuh..
aku sejujurnya tidak perlu dibangunkan ku sedar tanggungjawab ku dan ku mahu lelaki yang bakal memimpin ku nanti jua lebih sedar akan tanggungjawab nya

pada ku

ANDAI JANJI DENGAN TUHAN PUN KAU TAK MAMPU TUNAIKAN APATAH LAGI JANJI KAU DENGAN AKU..

ye.. dalam senarai lelaki yg aku kenal dialah seorang yang mampu berjaga dan mengejutkan aku untuk solat subuh..

YA ALLAH aku jatuh suka pada nya kerana itu.. masih ku igt lagi mesej2 indah darinya..

Tuhan sungguh aku rindu padanya...

dalam persahabatan yang berlangsung itu aku mulai terpesona dengan apa yang ada padanya..
keindahan kata-katanya kematangan nya.. lemah sopan dan berhemah tinggi serta nakal seperti lelaki normal.. ye aku suka itu

bila dia menjadi dirinya sendiri..tidak seperti plastik yang berpura-pura alim ulamak.. menunturkan kata-kata agama tapi nafsu mengotori diri..

berkawan dengan nya ibarat kanvas kehidupan ku mula berwarna warni. yg dahulu cuma ada dua warna sahaja dalam kehidupan ku iaitu Kelabu dan hitam.. kini aku sangat bahagia..
dia warna kegembiraan dan kadang warnakan keriangan..

kami bersama..bertengkar hal kecil pun menjadi besar..

dan akhirnya aku mulai sedar aku telah melampaui batas ku.. aku melebihkan dirinya dan aku mula lalai dan leka.. aku gembira dan bahagia tapi dalam masa yang sama aku rasa berdosa pada ALLAH..

dan aku tak tahu kenapa secara tiba-tiba aku mengambil keputusan perpisahan.. aku masih igt mesej kejam yang aku hantar padanya.. ku katakan yang aku rasa berdosa.. sedang YA ALLAH dia tidak pernah menjual maruah ku.. menjaga batas perhubungan ini.. tapi aku silap.. aku mohon perpisahan kerana ALLAH.. kerana AKU takut.. dan dia, dia pergi untuk kali pertamanya..

dia memutuskan secara perhubungan kami.. YA ALLAH sedihnya.. aku kehilangan dia..

sebulan lebih kami berpisah dan berkat ramadhan 1432 H.. satu ramadhan aku masih igt lagi dia mengucapkan salam ramadhan kepadaku dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ku kerana pernah membuatnya ketawa dan menangis..

sungguh hati ku jadi sayu.. dan aku mohon selagi kepadanya andainya aku diberikan peluang sekali lagi aku mahu membuatnya bahagia..

dan kami berkawan semula..

tapi 1 syawal kami berselisih faham dan aku pinta dia pergi jika tidak menyayangi aku dan hingga ke hari ini saat ini.. dia telah pergi..tapi hingga kini hati tak pernah berhenti mendoakan dia.

pada ku andainya dia telah temui yang lain aku tumpang bahagia kerana aku yakin ALLAH jua akan berikan yang sama untuk ku..
cuma yang ku sedih ukhwah itu terhenti begitu sahaja..dan aku mahu bersama nya sebagai seorang sahabat jika di izinkan..

aku mahu dipilih untuk menjadi sahabatnya dunia dan akhirat

satu ruang hati ku begitu yakin ALLAH telah merancangkan sesuatu untuk kami berdua..tapi andainya

ALLAH berikan peluang kali ketiga.. aku janji aku akan hargai persahabatan itu sampai hujung nafas aku yang terakhir.. aku janji..

No comments:

Post a Comment