"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." (Al-Hijr : 98-99) Cinta bertasbih untuk misi mencari cinta abadi
Tuesday, May 10, 2011
ada apa dengan gamba
orang cakap berikan seribu kesan dan makna..
dengan menatap sekeping gambar pun boleh buat cinta itu jatuh
sekarang ni..
musim orang sume nak upload gamba kat fb
aku pun tak faham mengapa motif mereka berbuat demikian
kenangan?..
tapi perlu ke post yang gedik2
sungguh tak sesuai..
ceritera pasal gamba
bila aku tengok gamba aku yang lama-lama dulu
rasa nak muntah pun ada
sebab seksi
YA ALLAH ampunkan segala dosa-dosa silam ku..
tapi serius banding dengan gamba aku yang sekarang ni
sumpah seksi itu lebih lawa daripada yang menutup aurat
aku sebenarnya sekarang dah bersaiz m dahulu aku saiz xl..
biasalah dah duk merantau
kurang kasih sayang..kurang masa..kurang makanan
dari saiz xl jadi saiz m..esok tahun depan kalau aku terus hidup macam mesin
boleh jadi aku cuma tinggal saiz xs je..
seyes..
tapi aku suka sekarang pakai baju saiz yang besar-besar..
tengok gamba sekarang buruk gile.
gemuk,chuby...sebab baju untuk buat aku nampak besar
menutup kesliman aku...
nak tahu kenapa?
sebab aku nak menutup sesuatu
menutup sesuatu yang indah cuma untuk yang halal..
entry post berbau mulia..
tapi kalau kita istiqomah berubah..
lama-lama dah jadi sebati dengan kita..
eh...saya lebih swet berpakaian baju kurung dan tudung menutup dada sambil memakai stokin tangan..
berbanding.. shawal bawal..yang melilit2 cam pocong..atau cam paderi perempuan.. sumpah kau nak nampak unik tapi sebenarnya kau mangsa fesyen..
i dari dulu suka yang biasa-biasa je..
eh..janji bahagia..
seyes..nak kuruskan badan..maraton puasa dan berbuka dengan makan hati..
Monday, May 9, 2011
tak mengapa
menanam benih kasih sayang sayang
tapi sering kali di campak di pijak malah di hina
usah berputus asa..
ALLAH tahu akan lelah mu itu..
ALLAH tahu usaha mu itu
walaupun sering kali kau di sakiti dan kemudiaannya dikhianti
jangan kau balas dengan kebencian malah dengan pengkhianatan
kerana
hadiah terindah dalam kehidupan ini adalah
bila kau bersabar
dan kemudian kau dapat apa yang kau hajati
walaupun dia sering kali melukai kau
walaupun dia sering kali meninggalkan kau
usah
membalasnya dengan kebencian
sebaliknya balaslah dengan sekuntum doa ikhlas
atas nama persahabatan..
wahai hati ku
jangan kau lelah
bila berhadapan dengan
manusia yang berperangai plastik
manusia yang bermuka-muka
manusia yang membenci kau bila kau menabur kasih sayang
manusia yang bercerita tentang keburukan kau
manusia yang menghina kau
manusia yang mengherdik kau..
kerana ALLAH pernah berjanji dalam ayat seribu dinar..
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu
Wassalam
wahai hati ku
masih kau ingat saat kau rebah menyembam bumi satu ketika dahulu
saat kau dikhianati oleh orang yang kau cintai
saat kau ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh
saat kau menangis dalam hujan ketika kau berlari untuk menyembuh luka kau
saat kau kehilangan orang yang cintai
saat kau merasakan dunia ini telah berakhir...
masih kah kau ingat tentang perasaan itu?...
sepedih mana..sesesakit mana yang telah kau lalui dari jatuh itu
mengapa kau masih bernafas hingga hari ini?..
dan masih dapat menulis di blog ini?..
wahai sahabat-sahabat sekelian
jika kau jua terluka..lelah menghadapi dunia..
berlapang dada dengan dugaan itu..
jika duka nestapa itu sudah sebati dalam kehidupan mu
terima ianya ibarat sebuah bagia untuk mu..
selagi kita bernafas selagi itu..
hidup ini masih berhak untuk kita.
Sunday, April 24, 2011
saya memang tak " HOT" kat dunia sebab saya tak nak " HOT" dekat Akhirat
tundukkan pandangan mu
tutuplah aurat mu
jadikan malu itu pakaian mu..
walaupun kita sembunyikan kecomelan kita..
walaupun saham kita di dunia tidak setinggi mana..
biarlah..
jangan kita glamour kat dunia..dinobatkan wanita melayu terindah...
tapi di akhirat kelak..tubuh badan kita menjadi bahan api neraka..
masih tak terlambat lagi..
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu hanya kepadaku semata-mata.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan berapinya jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai sama ataupun tidak dengan kehendak hati, Insya Allah ku redha kemahuan pilihan Illahi…
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian… Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Amin.
Friday, February 25, 2011
menyesal
aku banyak pikirkan hal dunia
kejar cinta manusia
aku disebelungi rasa bersalah-salah sangat2
aku banyak buang masa dengan perkara lagha
maka dengan itu
aku mahu keluar daripada fasa kelabu ini
pada semua yang pernah berharap
jangan terlalu mengharap...sebab apa yang ALLAH bagi itu,itulah untuk kita
kalau takde pasti ada yang lain dah di sediakan untuk kita
bayangkan aku dah hidup dalam fasa kelabu dari julai 2010 hingga 25 februari 2011
bayangkan berapa banyak air mata yang telah aku bazirkan
bayangkan berapa banyak rindu yang telah aku lukiskan
bayangkan berapa banyak penderitaan yang aku rasakan
bayangkan berapa besar harapan yang aku laung2kan
aku menyesal
aku tido selama ini..aku hidup dalam mimpi..aku macam pungguk yang rindukan bulan
sedangkan bulan itu langsung tidak berperasaan..
mempermainkan / memberi harapan......dan melukakan
kini dah tiba masanya..aku basuh muka kaki dan mandi
selamat tinggal fasa mengharap/merindu
kita tidak akan kenal erti makna cinta sebenar selagi kita tidak pernah mencintai diri kita sendiri.
sesungguhnya baru aku sedar.......segala-segala perasaan yang aku lalui cuma..perasaan persinggahan sahaja.
esok matahari akan muncul..dan aku perlu warnakan kanvas kehidupan ku..ALLAH dah tunjukkan jalan..keputusan itu di tangan aku sendiri....
berhenti lah mengharap.....bila kita tahu ALLAH dah signal dia bukan untuk kita
Tuesday, February 22, 2011
the world is unfair. But you have to accept it.
tak adil
kadang itu yang memang aku rasakan
mengapakah..
aku cuba nak fahami
last2 aku semakin pening...
lalu ku pujuk hati sendiri
ALLAH tak berikan apa yang kita nak tapi DIA akan berikan apa yang kita perlukan
aku nak sgt pada dia..
berkurun aku tunggu dia.
sometimes aku pun pelik..
aku tunggu apa ni?..
dan kini aku mula yakin
perjalanan ini tidak akan terhenti lantaran aku direject..
mcm tak biasa kan..
so..pada hari yang indah ini
aku berazam..
wahai cinta..
selamat tinggal..
hidup ini memang tak adil
tapi belajarlah menerima nya
dunia adalah penjara orang kafir
kita adalah orang islam yang duduk di atas dunia ini
yg kena patuhi undang2.
big gurls jangan nages lagi..
esok pelangi akan datang lagi
tengok hujan...
pasti akan berhenti..
Wednesday, February 2, 2011
ada apa dengan follow mengfollow

saya adalah seperti beruang panda
belakang ini ramai pun yang follow "ketika cinta bertasbih"
serius sapa yang follow jgn menyesal..
belog saya ini bukan belog yang serius..
tapi apa guna saya paparkan di sini
apa guna saya melaung2 hanya di belog mujahadah saya
sedangkan realiti saya?..tidak sesempurna taipan di belog saya
saya tak nak jadi plastik,saya bukan pelakon terbaik
apa yang terpapar di sini itulah tulusnya daripada ulu hati saya
cukuplah saya hanya mampu lemparkan senyuman plastik ketawa pura-pura
hakikatnya dalaman saya berperang dengan kenangan luka
saya sedang terperangkap dalam jurang cinta dusta
berkali-kali saya cuba untuk keluar
hingga kini saya terperangkap
kerana itulah lahir belog ini
belog ini memang bukan tujuan famous amous
belog ini adalah lipatan hati yang berbisik
bila mana bibir tidak mampu meluahkan
maka dibiarkan ketikan pada keyboard bersuara
akhir kata
usah menilai,jgn menghukum,jgn menyukai,apatah lagi sanjungi jua jangan membenci
belog ini cuma bila hati berbisik dan tiada telinga sudi mendengar
maafkan jika saya tidak sempurna
maafkan saya jika anda loya membaca post repek2 saya
tapi jika anda dah terbaca belog saya
maka itu sebenarnya ALLAH yang dah rancangkan
sesungguhnya yang baik,yang sempurna,yang berguna itu
hanya datang dari ALLAH
sedang sayalah yang hina cuma meminjam ehsan daripadaNYA
apa-apapun salam ukhwah salam perkenalan...saya suka siapa yang tidak mencintai dunia ini..
kalau anda pun sama...maka kita adalah sama..ALLAH dah takdirkan kita bersama..
jom kita mencintai Akhirat yang abadi
Friday, January 7, 2011
~Thru' my window..~
now i not alone cause my parent overthere with me at KL..
i boleh rasa memang kita memerlukan manusia lain dalam melayari kehidupan ini..CiNTA kepada ALLAH tetap yang utama..
tapi untuk buka pintu hati i balik pada manusia bernama lelaki it not easy like u open your window evermorning..
bermula tahun 2011 ini.. i akan paparkan apa yang i lalui,see,or rasai.dan kita sama-sama nikmati perjalanan sebagai hamba ALLAH..
bermula tahun baru 2011..catatan hidup i di mulakan dengan my hunnny bunny niece kena oprate di bahagian bawah dagu because have a cysst..mujor ALLAHMDULILAH it not dangerous like CA.or canser..
but, hani it notty punya budak..dah kena masuk air pun stil active lagi bukan sahaja active 5 malah 100% active..alhamdulilah sume selamat selamat pun dah keluar hospital.
the pic i will upload later.
n this the picture


