Pages

Monday, May 9, 2011

tak mengapa

walaupun kau dah berusaha dengan keras sekali
menanam benih kasih sayang sayang
tapi sering kali di campak di pijak malah di hina

usah berputus asa..

ALLAH tahu akan lelah mu itu..
ALLAH tahu usaha mu itu

walaupun sering kali kau di sakiti dan kemudiaannya dikhianti
jangan kau balas dengan kebencian malah dengan pengkhianatan

kerana

hadiah terindah dalam kehidupan ini adalah
bila kau bersabar
dan kemudian kau dapat apa yang kau hajati

walaupun dia sering kali melukai kau
walaupun dia sering kali meninggalkan kau

usah

membalasnya dengan kebencian
sebaliknya balaslah dengan sekuntum doa ikhlas
atas nama persahabatan..

wahai hati ku

jangan kau lelah

bila berhadapan dengan

manusia yang berperangai plastik
manusia yang bermuka-muka
manusia yang membenci kau bila kau menabur kasih sayang
manusia yang bercerita tentang keburukan kau
manusia yang menghina kau
manusia yang mengherdik kau..

kerana ALLAH pernah berjanji dalam ayat seribu dinar..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu

Wassalam


wahai hati ku

masih kau ingat saat kau rebah menyembam bumi satu ketika dahulu

saat kau dikhianati oleh orang yang kau cintai

saat kau ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh

saat kau menangis dalam hujan ketika kau berlari untuk menyembuh luka kau

saat kau kehilangan orang yang cintai

saat kau merasakan dunia ini telah berakhir...

masih kah kau ingat tentang perasaan itu?...

sepedih mana..sesesakit mana yang telah kau lalui dari jatuh itu

mengapa kau masih bernafas hingga hari ini?..

dan masih dapat menulis di blog ini?..

wahai sahabat-sahabat sekelian

jika kau jua terluka..lelah menghadapi dunia..


berlapang dada dengan dugaan itu..

jika duka nestapa itu sudah sebati dalam kehidupan mu

terima ianya ibarat sebuah bagia untuk mu..

selagi kita bernafas selagi itu..

hidup ini masih berhak untuk kita.

No comments:

Post a Comment