Pages

Wednesday, May 11, 2011

Bila orang mula menilai kamu

pernah tak korang terpikir korang dua tahun sebelum ini?
atau 3 tahun sebelum hari ini?
atau lebih senang lagi korang ketika masih lagi duduk di bangku kuliah
mendengor bebelan pensyarah..berkumpul, bergosip sesama rakan-rakan sebaya
menjalani indahnya dunia remaja...

saat itu kamu mungkin terpikir tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar
misi adalah lulus hingga cemerlang dan dapat anugerah dekan every sem..
dan visi dpt gradute dengan cgpa kelas pertama..

simple bukan tangungjawab itu?...

tapi saat itu korang tak nampak senang nye korang kena pikul tanggungjawab sebagai student berbanding tahun akan datangnya korang kena bertanggungjawab dengan kerjaya korang..
time student kalau korang wat mistake..diri sendiri akan hadap sendiri.. kalau malas diri korang sendiri yang failed tanpa ada kesan pada orang lain..

simple kan tanggungjawab itu?

so pada yang baca ini jika masih student.. tanggungjawab yang korang pegang sekarang ini.. sangat simple lagi ringan..kalau korang main-main.. untuk tahun akan datang mesti korang menyesal..

aku?..aku tak menyesal lah sangat..walaupun bukan best student mase grade dulu..tapi aku rasa kalau ada peluang kembali aku jadi seorang pelajar yang wajib pakai kad matrik dalam kampus..kena ikut undang2 kampus bagai.. mesti aku nak baiki poiter aku.. hahahaha..

so belajarlah rajin2 pada sesiapa yang tengah menuntut ilmu itu ;-)

tiba-tiba malam ni nak balik pada mood old skool pula..

punca nya sebab i bermesej dengan rakan sekuliah dulu..

then dia bicara bosan dengan tanggungjawab pada hari ini dan mahu kembali ke zaman kegemilangan ketika di bangku kuliah..

aku dengan berhemahnya menasihati beliau.. (mana ada orang pandang ke belakang dan terus ke belakang .. memang kadang2 aku pun suka pandang belakang..tapi aku taknak jalan ke belakang sedangkan kita masih tak tahu apa yang best esok hari..

aku nasihatkan lagi..bila kita sudah bosan dengan dunia ini itu tandanya hati kita mula mencintai akhirat..dan aku bicara lagi.. bangkitlah kawan kita tambah amal ibadat sebagai bekalan ke sana..

then she reply my mesej..

dia - aku tak sangka ko betul2 dah berubah..aku ingat sekadar kabar agin semata-mata..bicara ko kelihatan mendamaikan dan matang kau bukan seperti kau yang dahulu...

aku - eh mana ada.. biasa je kot.. barangkali usia semakin meningkat.
aku highligt.. ya..dulu aku bukan seperti hari ini..dahulu aku jahil..dahulu aku penuh dengan kesilapan..satu peristiwa besar telah terjadi dalam hidup aku umpama rahmat terbesar dalam perjalanan hidup aku sebagai hambaNYA..

ye..sahabat..aku memang bukan seperti yang kau kenali dahulu..kejahilan dahulu ku jadikan sebagai panduan hari esok. supaya aku tak terus lakukan kesilapan yang lama...

aku dah berubah..daripada segala pemikiran,penampilan,pergaulan..rupa fizikal..dan hati aku jua baru..ALLAH telah menggantikan hatiku dahulu yang telah dipijak2 oleh manusia bernama lelaki..

kini baru aku sedar..hati dan cinta tidak layak untuk manusia..yang berhak cuma ALLAH..

jika kau masih mencintai ALLAH mungkin barangkali aku jua akan turut mencintaimu kerana ALLAH..

semoga kita berubah untuk menjadi lebih baik daripada semalam..

mujahadah itu pahit..aku tahu..aku melalui setiap hari... tabah kan hati dan relaks2 sudar.

No comments:

Post a Comment