Pages

Tuesday, March 8, 2011

hebat sgt ke si pemanas baran

marah..
adalah satu intipati yang ALLAH letakkan dalam jasad setiap anak adam
bila terlalu suka meluahkan perasaan marah
kita akan rasa hebat bila kita berkuasa marah orang lain yang tak sempurna

marah/panas baran adalah miliki maksud yang sama
melepaskan satu bentuk emosi perasaan kepada manusia lain
untuk kepuasan diri sendiri

contoh
marahkan nyamuk habes bakar kelambu

apakah kesudahan daripada membako kelambu itu
adakah nyamuk itu mati atau kita akan lihat debu2 kelambu itu bertebangan
itulah implikasi akibat kemarahan kita
sia-sia..nothing

sama lah seperti bila kita marahkan seseorang
tanpa kita sedar kita telah menghuris perasaan manusia itu
sapa dalam dunia ini suka kena marah?
tiada bukan?

kalau kita tak suka kena marah
jangan mudah melepaskan perasaan marah itu
simpanlah dan kemudian redakan dengan air wuduk
api panas baran itu daripada syaitan
hapuskan dia dengan air wuduk

adakah lebih kejam
bila mula2 marah kemudian caci tengking makin
dan diakhiri dengan kepuasaan fizikal dengan memukul sepak terajang
ada perempuan sanggup kena sepak terajang sebab sayang

for me lelaki yang melepaskan kemarahan pada perempuan
dengan tindakan fizikal adalah lelaki yang amat loser
sebab korang nak tunjuk jantan dengan insan yang memang lemah
bacul ke apa pukul perempuan???

n then kalau perempuan itu perempuan yang kau kata ko sayang dia
tapi kenapa kau sakiti dia?
lagilah kalau perempuan itu isteri kau
perempuan yang menjadi teman hidup kau
boleh tergamak kau menyakiti dia??

kemudian ko insaf minta maaf dan keadaan kembali seperti biasa??

kau silap besar..

ada orang kata..luka yang kita boleh nampak senang nak baik sapu ubat kuning ke minyak gamat ke

tapi jika kau huris hati seseorang luka memang tak nyata tapi kesan dia tertinggal untuk seumur kehidupan

nasihat aku kepada tukang panas baran

apa kata setiap kali korang marah..amek paku kemudian ketuk2 di sebuah dinding papan
amalkan terapi ini
insyALLAH berkesan
dan apabila telah berkesan cabutlah paku2-paku daripada dinding kayu itu
lihat itulah kesan di hati orang yang kau marah tanpa kau sedar

jangan marah pada benda yang tak sepatutnya kita marah
tegurlah secara demokrasi dan kasih sayang
bukankah itu lebih baik...
marah itu setan
kenapa nak ikut perangai setan

Saturday, March 5, 2011

bahasa kesunyian

ada orang kata sunyi itu indah
ada orang kata sunyi itu mendamaikan

tapi bila dalam satu masa yang lama kita terperangkap dalam kesunyian
sebenarnya bunyi sunyi itu lebih bising daripada bunyi bising kita selalu dengar

dalam satu ketika
it fine kalu kita memilih untuk single tapi dalam satu masa yang panjang
bunyi sunyi itu terus menggangu kehidupan manusia itu
dan saat itu kita sebagai manusia perlu menghilang bunyi kesunyian itu

jgn menafikan lah wahai manusia
sekalipun kamu alim ulama
tapi bunyi sunyi itu tetap akan menganggu kamu

sedangkan Nabi Adam pun sunyi tanpa Hawa
inikah pula kita sebagai manusia??

kerana itu adalah hukum alam
manusia itu di jadikan berpasangan

lantas kini lihatlah bagaimana manusia itu menghilang kesunyian
ada yang memilih jalan mensesatkan
menggadai imam,menjaja maruah atas kerana tidak tahan dengan bunyi sunyi yang membingit
dan ada juga
yang memilih menghapuskan bunyi sunyi itu dengan mendekati kepada cinta yang satu..iaitu ALLAH...

tiada sesiapa di dunia itu mahu hidup berteman kan sepi
tiada..aku pasti tiada
tapi bila masa nya kesunyian itu belum mahu pergi
bersabarlah
sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar
janganlah kamu menggadai iman lantaran tidak sanggup menanggung kesunyiaan itu

sunyi itu sebenarnya sungguh bising
yang selalu membuatkan warna dunia ini kelam berkelabu
tapi nikmati kesunyian itu seadanya
kerana
biasanya bila kesunyian itu pergi
kita akan pula merinduinya

Wednesday, March 2, 2011

dia rindukan arwah suami dia

menaip sambil hujan dan perasaan hiba

si suami telah meninggalkan dunia ini secara tiba-tiba
sadis saat itu umat islam sedang dalam 8 hari lagi mahu menyambut aidilfitri
dan saat si suami menghembuskan nafas terakhir nya adalah di pangkuan isterinya.............
..............................

kejadian itu 31 Ogos 2010

dan hingga kini isteri nya masih merindui arwah suaminya...
it hurts sangat2

sebab aku pernah terjebak merindui seseorang yang hanya pergi sementara
aku boleh paham perasaan merindu seseorang itu

setiap saat aku menanti dia
menunggu dia
jika aku on ym..on skyper..
adalah matlamatnya adalah menunggu dia
setiap hari aku tunggu tanpa jemu
ada kala aku bosan..apa sebenarnya yang aku tunggu
aku pun tak tahu
tapi aku tetap menunggu dan merindui dia

kadang aku berdoa sehingga berjujuran air mata
aku bagitahu pada ALLAH YA,ALLAH aku rindukan dia
kadang Alhamdulilah dia mesej jgk
walaupun hanya ucap salam
aku dah bersyukur sangat

tapi bayangkan dia..sang isteri itu
merindui arwah suaminya
mana mungkin arwah suaminya akan kembali
mungkin lagi pedih rindu yang sang isteri itu tanggung berbanding aku

moral of story ~ kalau kita rasa kita dah cukup derita or terseksa...percayalah ada orang lain yang lebih menderita daripada kita

ALLAH tak akan ujia ujian yang hambaNYA tak mampu untuk pikul..kalau kita di duga..percaya ALLAH dah tahu kita boleh hadapi ujian itu..

tapi sayang...
aku telah keluar dari zon gelap merindui itu
aku bukan bosan..
cuma aku nak teruskan perjalanan aku yang telah lama terhenti

buat aku yang selalu aku tunggu

Maafkan..aku telah berlalu..seperti kemahuan kamu..

selamat tinggal dunia

kalaulah kita bisa memilih itu
mahu kamu semua meninggalkan dunia ini
dunia yang penuh tipu daya
dunia yang penuh dengan undang2
dunia yang penuh dengan........................

tapi sudah cukup ke bekalan ku kesana
hingga nanti aku berjumpa yang MAHA SATU
layakkah cinta ku yang penuh debu ini
untuk ku persembahankan

gaya penulisan yang berbau putus asa

aku mula bosan dengan dunia ini
hidup di tengah ibukota
hiruk pikuk tikam tujahan pangkat darjat jadi taruhan
aku lemas

aku rindukan dunia ku dahulu
ye..walaupun sunyi..di pendalaman kekampungan tapi aku sudah cukup sempurna
aku rindu
tiap saat aku rindu

tapi aku gagahkan juga
ini ujian ku
aku perlukan kekuatan
mohon ALLAH kasihan aku dan kirimkan aku dan kamu kekuatan

jika hidup ini kita bisa memilih
kita pasti rasa segala pilihan kita adalah terbaik
tapi sebenarnya apa yang ALLAH takdirkan itulah yang terbaik
kini aku mengatur langkah mengikut arahan alam tentang takdirku
ALLAH lindungi aku dari putus asa..............

dan ingin selalu aku pergi meninggalkan dunia ini tanpa bercadang mahu kembali
dan aku yakin seperti biasa tiada sesiapa akan peduli mengenai ketiadaanku...

;-(