Pages

Sunday, February 6, 2011

pertemuan indah perpisahan pahit

setiap pertemuan akan ada perpisahan..itulah kelaziman atau kitaran hidup wajib yang kita kena lalui
saat pertemuan indah mengukir banyak kenangan yang tidak akan mungkin kita lupakan
pertemuan mengubah sesuatu kehidupan menjadikan yang kelam berwarna warni
pertemuan juga boleh mengubah diri seseorang sama ada menjadi semakin baik atau sebaliknya
sedarkah kita setiap pertemuan itu adalah berlaku atas takdir olehNYA..

sepanjang melewati perjalanan hidup ini..sudah tentu kita telah banyak bertemu dgn ramai manusia
ada pertemuan yang indah memberi kenangan manis dan ada pertemuan yang pahit memberi kesan sepanjang kehidupan..
tapi setiap apa yang ALLAH takdirkan itu ada hikmahnya..usahlah kita buta menilai apa yang tersirat di sebalik pertemuan itu..

pertemuan itu akan lebih indah dan manis jika niatnya kerana ALLAH..bertemu kerana ALLAH berkasih sayang kerana ALLAH dan kemudian berpisah kerana ALLAH..

Perpisahan...

pisah..memutuskan sesuatu..dengar sebutan sudah tentu kita terbayangkan kesakitan..yang ditanggung..tidak ada siapa di dunia ini inginkan perpisahan..kita sume mahu hidup bersama dengan orang yang kita suka apatah lagi menjadi kesayangan kita..

tapi.....

kenapa ALLAH ciptakan perpisahan?

sebab ALLAH nak kita hargai setiap detik pertemuan itu..bukankah dunia ini sementara..apa yang kita pegang kita akan hilang.selagi benda itu di genggam kita..kita dakaplah seeratnya..
just nikmati saatp-saat terindah..walaupun kita tahu kelak akhirnya kita akan terpaksa meninggalkan dalam rela..

cuti seminggu yang lalu..aku menghabiskan 8 hari bersama ibubapa,adik beradik..indahnya pertemuan kali ini..terasa dekat kami semua..dan semakin menghargai antara satu sama lain..
perjalanan takdir memaksa aku meninggalkan kampung halaman dan terpaksa merantau mencari rezeki di daerah lain..itu bukan kemahuan ku..tapi ALLAH telah menuliskan segalanya
dan sering kali aku memujuk hatiku dengan janji ALLAH ini..

"barangkali aku membenci sume ini sedangkan inilah yang terbaik buatku yang telah ALLAH tetapkan untukku"

maka hatiku yang meronta-ronta resah dan takut kembali tenang..sebab janji ALLAH tidak pernah dusta seperti manisnya mulut manusia melontarkan janji2..

saat 2,3 hari awal percutian aku menghabiskan masa bersama ibu abahku..mak is my besfren kami pillow talk sampai ke pagi bercerita tentang sume benda..malam tido bersama dan indahnya dalam tido dalam dakapan ibu..

tentang masakan pula jangan ceritalah..mak memang tukang masak terbaik..hingga punah dietku sebab tak leh tahan lah..lagipun bukan selalu..bila dah balik Kl nanti mesti tak dapat nak nikmati sume ini..

hari-hari terakhir pula aku mula menjauhi ibuku..aku mula duduk dalam dunia ku sendiri..bukan kerana ku bosan tapi aku takut aku akan kesedihan saat nanti tibanya hari aku balik ke KL..
aku takut..aku takut hidup di KL..di sini aku tiada sesiapa..hanya kepada ALLAH lah tempat aku brgantung harap..sedangkan dahulu ibubapakulah sumber kekuatan ku..tapi demi mereka aku gagahkan jugak harungi takdir ini..lagipun ini adalah masa depan ku..aku semakin meningkat dewasa sampai bila harus bergantung kepada mereka..

saat tadi aku meninggalkan mereka..mak dan abah berkaca-kaca mata mereka..anak-anak sume akan balik ke dunia masing-masing..aku berlakon je cool..sebab aku tak nak tunjukkan pada mereka aku adalah selemah-lemah manusia..

sesungguhnya akulah insan yang sedih hari ini..tapi bila sampai Kl,aku kembali sedar..ini adalah kehidupan ku..walaupun aku terpisah secara fizikal dgn kedua ibubapaku..tapi di hati tidak akan pernah meninggalkan..mereka selalu di hati..

kan dah kata tadi perpisahan itu pedih dan pahit rasanya..tu baru nak tinggalkan padahal minggu depan boleh balik lagi..tapi kalau meninggalkan selama-lamanya bukan lagi double dia punya perit..

sebgai anak yang berada di perantauan .. korang hargai parents korang selagi mereka masih ada..

kembali semula kepada pertemuan dan perpisahan dalam dimensi lain..

lewat hari ini..kita dikejutkan pengakuan jejai mengenai perpisahanya dengan fasha sahda..dan fasha dengan cool bagitahu yang dia redha dan anggap tiada jodoh bersama jejai..satu malaysia yang tak suka fasha pakat ramai-ramai gelakkan dia..what u give u get back..(jangan) jangan gelakkan orang saat orang di timpa bala.sebab kita jua akan kena gelak saat kita kena bala..
saya bukan peminat fasha tapi saya memandangnya sebagai insan..manusia yang jua punyai hati dan perasaan..

fasha kelihatan cool dan anggap tiada apa-apa berlaku..tapi di sebalik itu kita tidak tahu..peritnya dia menangung perpisahan..perpisahan itu tidak pernah muda...walaupun dibibir kita cakap ok..tapi di hati diri sendiri yang tahu..

kesan perpisahan itu mengambil masa yang lama untuk sembuh..ada yang kejap ada yang lambat dan ada yang paling kejam seumur hidup..

apa pun semua itu pengalaman..
kata kunci dia hargailah setiap pertemuan..kelak bila tiba masanya perpisahan kita tidak akan berapa sakit kerana sepanjang pertemuan itu kita telah memberikan yang terbaik untuk nya..

sebab perpisahan
ada yang berpisah sebab tidak sehaluan lagi
ada yang berpisah sebab dah benci each other
ada yang berpisah sebab untuk kebahagiaan orang lain
dan
ada yang berpisah kerana ALLAH..

biar apa yang berlaku..hidup ini tetap akan terus berjalan..

PERPISAHAN BOLEH BERLAKU TAPI KENANGAN PERTEMUAN ITU TETAP TERTINGGAL..

manusia boleh datang dan pergi..tapi kenangan itu tetap abadi..

maka..
bila masa perpisahan itu berlaku kerana ALLAH yakinlah ALLAH telah menuliskan yang terbaik untuk kita..

usah terlalu berdukacita kerana..ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA
maka jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu..

dan diakhirnya kelak nanti

JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH
BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH
PERPISAHAN ITU KERANA ALLAH

Allah akan melindungi kita saat manusia memerlukan perlindungan saat perhitungan nanti..
Insyallah..berpisah secara fizikal,suara,rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi iringan doa dan harapan di sandarkan kepadaNYA..

No comments:

Post a Comment