Pages

Tuesday, February 8, 2011

Bila kisah lama terungkit kembali

orang cakap barang yang lepas jangan dikenang
tapi sume itu adalah pengalaman
pengalamanlah cikgu yang terbaik dalam memimpin hidup ini..

minggu ini paling mencabar hati nuraniku
dengan bebanan tugas...dan lebih teruk luahan hati sahabat kesayangan aku
aku hampir meleleh air mata saat pagi awal semalam ketika aku sedang khusyuk merangka bajet perbelanjaan 2012,dia menelefon ku.......

mengadu kepadaku yang kekasih hati kesayangannya akan berkawen sabtu ini.
?????
gila apakah..dan kawan aku baru tahu semalam
hebat tak lelaki tu bermain wayang??.

aku terus tak boleh fokus buat kerja selepas itu..fikiran aku menerawang terbayangkan kisah tragik yang pernah aku lalui satu ketika dahulu..

CINTA TIGA SEGI..
apa pun pilihannya jika dan terjebak dengan cinta bersegi tiga ini..jawapannya sama ada ada pihak yang teraniya dan ketiga-tiganya menderita..

dan kini sahabat baikku telah terjebak dalam cinta 3 segi ini..
bakal isteri lelaki itu tidak tahu apa-apa..bakal suaminya lebih menyayangi kawan aku...dan berjanji nak menjadikan kawan aku ni isteri no2 satu hari yang tak tahu bila..

Bangang..itu je jawapan aku..

ko lelaki kalu berani..pilihlah mana yang ko nak bersama.ni kau nak kawen lain n then ko nak gak pasang lain..

kenapalah nak tamak..

cinta itu perasaan je..sayang itu pun perasaan je..dia macam makan gula kapas.manis dan akhirnya akan cair..

dan sekarang kawan aku terus berharap mahukan jua lelaki itu.. (complated gile kan)

aku serabut ni..serabut dgn keje..serabut dengan masalah ni..serabut serabut..

dan lebih kejam bila dah serabut syaitan mula mengambil kesempatan mengungkit kembali
tragedi yang aku pernah alami satu ketika dahulu..(bangang ko setan)

aku penah lalui cinta 3 segi..5 tahun aku mencintai seorang lelaki berjanji sehidup semati susah senang..jalan kaki tgh panas..berhujan..kemudiaan kehadiran cinta pertama dia yang dia baru kenal sebulan meranap kan pelamin anganku..

dan lebih kejam perempuan tu siap mention tidak akan mengalah melepaskan bekas kekasihku ini..aku cakap..eh bukan aku mangsa ke?..tapi mcm sapa yang tahu kelemahan aku ni aku jenis ok redha..korang bersamalah dan aku tarik diri..

simple kan?mereka berbahagia..dan akulah yang teraniya..

setahun dah kejadian itu..dan kawan aku yang lain membandingkan kisah kawan aku ni dgn aku..dia cakap

cuba tgk ko(aku) dulu pernah ptus cinta..tapi still alive jgk smpai sekarang..
dan kata-kata itu buat aku mula terkenang perit nak mati aku bangun balik dulu..bukan semudah kata-kata kita nak bangun kalau kita terjatuh..

aku mula fobia..mengenang saat aku meroyan dahulu kala..sapa besfren terbaik (airmata)..setiap detik waktu airmata ni mengalir..pepatah mandi tak basah tido tak lena..makan tak lalu..memang aku pernah alami..sapa pernah putus cinta..PERIT siottttttt...

TAPI..aku dah melalui fasa-fasa kejatuhan itu dengan bangkit semula..betul orang cakap ubat terbaik sebuah kelukaan itu adalah masa..dan lagi satu kita jangan pandang atau kejar benda yang kita dah lepaskan..

aku selalu amalkan ayat ni cakap..kalau kita sayangkan sesuatu kita lepaskn kalau dia kembali balik kat kita maknanya itu mmg milik kita.tapi kalau dia tak pernah kembali balik dia mmg bukan untuk kita..

dan,,bila aku terkenang saat aku royan dulu..aku jadi fobia..aku takut nak membenarkan hatiku terbuka kembali..

abaikan post ini..sebab aku tak tahu nak meluahkan pada sapa..maafkan kalau buat anda loya

1 comment:

  1. salam.. cerita cinta kamu sungguh sedih..
    begitu juga dengan kawan kamu...
    semoga cekal mengharungi hidup ini..

    suka dengan ayat kamu yang berbunyi..

    "aku selalu amalkan ayat ni cakap..kalau kita sayangkan sesuatu kita lepaskn kalau dia kembali balik kat kita maknanya itu mmg milik kita.tapi kalau dia tak pernah kembali balik dia mmg bukan untuk kita.."

    sebenarnya saya pun berpegang pada ayat ini..

    ReplyDelete