Pages

Tuesday, February 15, 2011

I AM loser WHEN

aku rasa sangat2 tidak berguna menjadi manusia
pabila aku melihat teman-teman baikku mengadai imam
mencari kebahagiaan duniawi

dan aku hanya diam dan mengucapkan terpulanglah padamu sahabat
sahabat ke aku..bila aku membiarkan sahabatku menempah tiket ke neraka
sempurnakah imamku bila aku tidak mampu memimpin sahabatku kembali ke pangkal jalan
mereka boleh berkata nanti kubur masing-masing..sedar aku tahu kamu memilih jalan yang salah
tapi aku tetap berdiam..aku berdiam..melihat kehancuran kamu wahai sahabat..

benarlah ALLAH berkata..jangan kamu katakan kamu beriman selagi kamu belum diuji..
hidup ini penuh ujian..

dahulu..kawanku berkobar-kobar melaungkan tidak akan merampas hak orang lain..tapi kini ALLAH hadirkan situasi yang sama ke atasnya..dan dia berpaling ingin meruntuhkan masjid orang lain..katanya dengan bangga.."aku telah lama derita..aku telah lama mengalah..aku telah bosan dipermainkan...aku telah letih menangis"..mengapa mereka berbahagia..sedangkan aku kesendirian menangung derita???..aku cuma mahu hak ku..aku mahu ketiga-tiganya derita dalam cinta 3 segi ini...

aku hanya mampu diam..apa yang aku nak katakan..aku pernah melalui keadaan yang dia sedang lalui sekarang..penderitaan itu selalu hadir..air mata itu teman sejati..memang kalau bukan dikatakan tiada keimanan..jalan singkat membunuh diri di ambik..

jangan kau hina orang yang kecewa lantaran cinta kecundang di tengah jalan selagi kau belum hadapi peritnya..

setinggi mana keimanan jika masih belum diuji itu belum tandanya iman mu penuh di dada..

aku tidak menghina sahabatku..aku cuma mampu berdiam diri..mendengarkan keluhannya..
tapi harus bagaimana hendak ku katakan..

hendak ku keluarkan berbagai dalil..nasihat..sekarang hatinya telah membeku..dia bukan lagi sahabat yang ku kenali dahulu...

memang keperitan atau penderitaan akan mengubah kita..menjadi lebih tabah atau lebih buas yang kita sendiri tak sangka itu adalah diri kita.

dan sahabatku kini memilih untuk menjadi kekasih gelap..dalam perhubungan itu..aku?apa yang aku terdaya buat??

aku rasa tak guna bila aku hanya mampu berdiam diri..melihatkan perubahan sahabatku yang tidak lagi aku kenali siapa dia..

itu cerita pertama..

aku rasa tak guna bila aku hanya berdiam diri melihat sahabatku bebas menayangkan aurat kepada yang bukan mahramnya..aku tidak mampu menyelamatkan mereka daripada menjadi bahan api neraka sedangkan aku tahu itulah kesudahannya nanti..

aku membiarkan sahabatku menjadi alat senjata syaitan...dan aku tidak berguna apa-apa tidak mampu menghalang...................................oh lemah dan hinanya aku ini..

aku rasa tak guna bila ku lihat sahabatku berpelukan bersama bukan mahram sedang kan aku?aku hanya membiarkan kejadian itu..aku lebih hina kerana ku tahu itu dosa tapi aku tidak berbuat apa-apa..

dan buat sahabat kesayanganku........
aku sedih melihat kamu membuang titis air mata mu kerana cinta manusia sedang kau tahu cinta manusia itu hanya tipu daya..aku sedih kau mengorbankan masa depanmu demi cinta yang tiada pasti lagi

sedang apa yang aku lakukan untuk menegur mu??..TIada apa-apa...

KAMU SEMUA SAHABATKU..
melihat aku aku yang aku rasa diri ini sangat hina tenang menghadapi segalanya...dan kamu semua suka mencari aku meluahkan segalanya..tapi aku?..aku MASIH LEMAH MEMIMPIN KAMU KE JALAN YANG BENAR...

aku ke yang kamu pangil sahabat..atau sebenarnya aku cuma tin kosong buat kamu semua

maafkan aku sahabatku...maafkan aku

benda yang paling hina dan selemah2 imam kita hanya mampu berdiam diri melihat kemungkaran berlaku di depan mata tapi kita tidak berbuat apa-apa..

AKU?..berusaha mencari jalan yang lurus..tapi aku tidak dapat memimpin sahabat2ku..
AMPUNKAN AKU YA ALLAH..akulah sehina2 hamba MU..

sesungguhnya tulus dari hatiku..ampunkanlah jika aku tiada sempurna di mataMU YA ALLAH

No comments:

Post a Comment