Pages

Friday, January 13, 2012

Selamat Datang 2012

Assalamualaikum
telah 13 hari kita melalui tahun baru 2012
setelah sekian lama meminggirkan blog ini

biarlah ini menjadi entry pertama tapi bukan terakhir dalam tahun ini
InsyALLAH..

ada apa dengan tahun baru

berlalu seperti hari-hari biasa
semalam itu hari ini dan hari ini seperti semalam
esok.. entah tak pasti..
sebab belum tentu milik aku

diam-tak diam setahun jua telah aku berkhidmat dalam badan kerajaan
menjadi penjawat awam
syukur.. alhamdulilah
meninggalkan tahun 2011 penuh dengan pelbagai kenangan dan pengalaman baru
menjadi acuan dan panduan dalam melayari perjalanan 2012 hendaknya

tentang diri sendiri
rasanya semakin matang dan percaya
kukuh dan rasa kuat meneruskan amanah ALLAH
berjanji menjadi hambaNYA
mematuhi setiap perintahNYA dan meninggalkan setiap laranganNYA
berjanji pada agama bangsa dan negara menjalankan tangunggjawab sebagai manusia
yang ada hati dan iman
berjanji menjadi anak yang soleha berbakti untuk ayah dan ibu
dan akhir sekali berharap
menjadi pelengkap kepada agama seorang rijal kekasih pilihan ALLAH

cuma mahu berharap tahun 2012 ini akan lebih baik
ibarat seperti layar putih
di tangan inilah kuasa untuk memilih corak nya
buat masa 13 hari ini
aku melalui nya penuh dengan warna suram
hidup seperti kosong
pujian seperti tiada makna
entah apa sebenarnya yang hilang
aku sendiri tiada pasti..

adakah aku bukan diriku yang terdahulu
aku telah meninggalkan perjalanan ku
atau sebenarnya aku telah kesesatan dalam ujian dugaan
atau sebenarnya
aku terhenti..terhenti mencari cahaya sejati
aku tahu aku sedang berhenti..
memilih untuk ke barat atau selatan
meneruskan atau berpatah balik
aku sebenarnya pura-pura tak kisahkan
pura - pura tiada apa berlaku

tapi hati ku ini penuh pelbagai persoalan

wahai pelangi 2012 jangan engkau sembunyi langkah ku penat mencari
hadirlah kau warnai hidup ini

-haney.. (aku tanpa cintamu)
dying.............13012012