Pages

Showing posts with label coolbelog penyejuk hati. Show all posts
Showing posts with label coolbelog penyejuk hati. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Kenapa masih SINGLE

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Inside in my life ~ belakang ni ada seorang sahabat sepengajian telah berkhawin tapi rumahtangga mereka ibarat dalam satu kapal yang banyak sangat nakhodanya..aku yang mendengar cerita beliau pun naek pening..keserabutan hidupnya..semoga dia tabah mengharungi dugaan alam perkhawinan itu..dan aku mulai sedih bila isu penceraian mula dibincangkan..kesilapan dalam perkhawinan jua diperbesarkan..kadang isu yang kecil diperbesarkan ditambah lagi campur tangan keluarga masing-masing..mengapakah ALLAH meminta aku mendengar keluhan sahabatku itu?

Aku yakini setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..bila sesuatu perkara berlaku tiada redha ILAHI segalanya nampak serabut..tapi jika kita sentiasa mengharapkan keredhaanNYA insyALLAH jalan itu akan mudah walaupun penuh duggan berduri..

Mendengarkan luahannya aku terimbas kenangan kepada sesuatu "Awak sekali kita langgar batas perhubungan kita ALLAH akan tarik nikmat kebahagiaan rumahtangga kita"..

awak..ingat lagi tak?.adakah penderitaan yang sedang saya lalui ini akan membahagiakan kita pada suatu hari nanti?

entahlah awak..biarlah waktu menentukan takdir kisah cinta kita yang penuh tragik ini..


Sunday, November 7, 2010

Anda di mata orang lain…

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

inside my heart ~ sebenarnya benda yang paling kejam dalam dunia adalah dunia itu sendiri.manusia di dunia ini suka menjalankan tugas-tugas menghukum seseorang..lihatlah bagaimana dunia melayan manusia..yang miskin di hina yang kaya di agung-agungkan..yang kaya di kayakan lagi yang miskin dipedulikan..itulah dunia..yang cantik itu di puji yang buruk itu dihina-hina..dunia ini sangat kejamm..kejam..

dan kita yang buta juga sibuk dan takut dengan dunia ini.takut dengan penilaian manusia.takut dengan kata-kata hinaan tuduhan serta kutukan..

Persetankan semua itu.mereka yang menghina itu jua tetap manusia biasa.sama seperti kita..

jangan takut kalu kita dipinggirkan jika kita memilih untuk berubah menjadi lebih baik..jangan takut takde orang mahu berkawan dengan kita kalu kita membawa perubahan yang baik dalam hidup orang lain..PEDULIKAN mereka..

jika kita yakin kita berubah kerana ALLAH..jgn pernah takut..jangan takut dihina dikutuk di umpat..biarkan je..

kadang hidup dalam dunia bersendirian lebih baik hidup dalam dunia bersama orang-orang hipokrit..yang ada dalam spesis itu membawa pisau tajam dan dah ready tikam belakang kita ...ada yang menanam tebu di bibir...ada yang macam2 lagi lah...

cintailah akhirat tinggalkan dunia..tinggalkan hiburan yang melalaikan..pilih jalan yang lurus..

bayangkan kalu kita dipersimpangan kalu 10 orang pilih belok ke kiri dan hanya KITA SEORANG yakin untuk belok KANAN..go on dengan belah kanan...YAKIN KERANA ALLAH..nescaya ALLAH AKAN MELINDUNGI KITA..

tapi untuk dapat pilihan yang tepat perkara pertama yang perlu kita buat adalah MEMBERSIHKAN HATI..dekatilah ALLAH..ALLAH akan tunjukkan jalan yang lurus..

jangan pulak kita ego degil taknak dengar nasihat orang lain itu namanya KERAS KEPALA..syaitan sukalah sikap itu..

so...renungrenungkan..

Saturday, July 24, 2010

bukan warak bertopengkan riak

Yang kelihatan sampah,
Janganlah di sumpah,
Dalam istilah falsafah,
Ada haluan yang berubah

Melihat ke arah wajah,
Dalam lorong indah,
Dikau merasakan gundah,
Ku tahu hati mu pasrah,

Usah bersedih wahai teman ku,
Ku tahu hati mu sayu,
Seperti bunga yang semakin layu,
Anggaplah mereka tidak mengenali diri mu

Keikhlasan bukanlah sebuah iklan,
Keikhlasan bukanlah bahan pameran,
Kasih sayang dalam titisan ihsan,
Walau tidak terpamer melalui luaran

Walau bukan berpurdah,
Walau bukan berkopiah,
Wajah yang sering bermuhasabah,
Di sebalik jernih mata yang basah

Luarannya biasa sahaja,
Tapi ku rasa keikhlasan hatinya,
Kebaikannya dalam sifat yang terbuka,
Dikau akan lebih baik dari yang sebelumnya

Oleh: Mohamad Nazar

dedikasi sahabat i buat diri i....u so awesome ok..knowing about me ~ knowing who i'm....thanks sahabat ~~

MY HEART SAY ~ NAPE NAK SEDEY RAMAI JE LAGI YAYANG KAT KO

Thursday, July 15, 2010

Kemaafan Suatu Kelegaan.. Siapa Kita Untuk Berdendam?




kesakitan bila teraniya

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.






Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"


Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara.

Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..




my heart say ~ Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci