Pages

Monday, September 17, 2012

adakah namanya sayang

kalau kita penjarakan orang yang kita sayang.. (KONGKONG)
..
itu tanda cinta or sayang ke..

please lah..aku rimas tengok korang cinta bergaduh pasal.. mandi..

hello..hahahah..

tanpa kepercayaan apa guna nak bersama..
ni sume benda nak report nak berak pun kena report..
kasihan bakal tunang ko tuh..

lama-lama dia pun boleh bosan dengan kau
aku yang dengor ni pun bosan dah..

hello beb..
kalau kita saya kita lepaskan orang yang kita sayang itu
kalau dia milik kita..insyALLAH DIA akan datang balik pada kita..

tengok orang n insafi diri.. satu ketika dulu pernah macam tuh..
bersikap kuku besi dalam pemerintahan cinta

Impian sebuah majlis perkhawinan idaman

berangan itu bukan satu dosa kan.
so, cuti-cuti nih marilah kita memasang imginasi tentang kemeriahan majlis perkahwinan kita nanti..

--blushing..sngih bahgia.. even segalanya adalah angan2..

ok.majlis akad nikah adalah wajib bukan..
penetapan mas kawin adalah terpulang pada bakal suami untuk tetapkan berapa..
aku menerima nya dengan seadanya..
malah aku bangga jika hanya RM 22.50.. sebab ALLAH kata perkawinan yang diberkati adalah serendah2 mahar..
aku redha.. kerana yang aku mahu ALLAH redha..

aku hanya impikan majlis yang bersederhana..
ada mak ada abah..ada keluarga..dan ada sahabat-sahabat aku..
sahabat aku haruslah vip..mereka sumber kekuatan aku
dan paling VVIP sudah tentu IBU aku.. ye.. majlis indah itu tidak akan berlangsung tanpa doanya..
aku impikan wrna tema putih.. + pink..
pelamin silver + pink..

arghh.. aku senyum bahagia lagi..

khemah cukup kot 5 khemah.. nak jemput orang-orang susah..orang miskin dan anak-anak yatim pada weding aku nanti..

maaf tiada majlis hiburan..
makan dan makanan..
so after zuhur baru kami sanding..alah bukan sanding macam biasa2 tuh..
kami akan pi khemah salam pada para jemputan..

jazakallah sebab sudi hadir ke majlis kami dan mendoakan kami..

;-)/// ;-)

harap ALLAH maklbulkan impian ini..
amin

bertunang.. perlu atau tidak

Hukum Bertunang
apakah hikmah bertunang?
adakah bertunang ni ade masa zaman nabi?
jika tidak bertunang,boleh terus nikah ke? ♥♥♥

Diantara hikmah bertunang adalah :- ♥♥♥

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing
c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan ♥♥♥

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :- ♥♥♥

Quote:
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. ♥♥♥

Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah. ♥♥♥

Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu (semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :- ♥♥♥

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul ♥♥♥
 
 
sebenarnya rasa dalam diri ini teringin pula nak bertunang.. kadang taknak pula..takut  tak tahan menghadapi dugaan darah manis.. 
 
tapi rasanya nak bertunang jgk..kot.. paling lambat 3 bulan je.. tu pun untuk tempoh nak mengenali pasangan dan menyiapkan segala persiapan..
 
tapi aku rasa kalau aku bertunang..aku tak bgitahu 1 dunia..
mungkin tunangan secara rahsia..
 
amin.. insyALLAH..