Pages

Tuesday, May 17, 2011

bagaimana sebuah perkhawinan itu

ada apa dengan perkhawinan

sempena cuti umum di kawasan malaysia menyambut hari wesak tiada aktiviti mahu dilakukan..mahu keluar jua malas..al maklum kl tengah hangat dengan lelaki menyimbah asid ke atas perempuan cantik..kemalasan mahu keluar..mengilap bakat memasak sahaja di rumah.. best keje sebagai surirumah ini..

akhirnya penat.. then boring tetiba.. memang malas mahu keluar maka hanya laptop n broadband sahaja sudi menemani..

apa lagi.. maka dilayankan jelah cite hindustan bertajuk salam namaste..cite agak kebaratan.. dan sedikit lucah.. (abis sume amal aku harini)...tapi nak highligt sini pengajaran dari cite tu..

mengisahkan prety zinta dan saif ali khan.. bercinta then amik keputusan untuk hidup bersama tapi taknak kawen..at last prety termengandung...saif suh gugurkan..tapi prety taknak nak jaga jgk anak mereka itu..last saif insaf terus nak bersama prety sebab bila tgk baby mereka lahir kembar..

itu jalan cerita cite tuh..

yang aku nampak kat sini saat mereka amik keputusan untuk hidup serumah..
masing-masing ada cara hidup sendiri..

so bagaimana dengan perkhawinan?..

perkhawinan itu adalah dua jiwa akan menjadi satu dan berkongsi segala-galanya...

soal kat sini... bila melihatkan cerita itu aku mula terpikir..

satu hari nanti aku akan berkawen dan berkongsi kehidupan dengan seorang yang asing dalam hidup aku..

adakah dia akan memahami gaya dan cara kehidupan ku sepanjang aku bernafas di dunia ini..

adakah dia seorang pembersih dan tak suka sepah-sepah seperti aku

adakah dia suka akan warna kegemaran aku?

adakah dia sudi untuk hidup bersederhaan dengan aku?

adakah dia sudi merasai masakan aku yang biasa-biasa je rasanya berbanding chef yang handal?

adakah dia akan memahami sikap kemanjaan ku dan rasa penuh kasih ku pada binatang?

adakah dia akan mengerti kedua ibu bapa ku adalah segala-galanya

adakah dia akan menjaga solatnya seperti mana aku menjaga solat ku?

adakah dia akan bangun di tengah-tengah menemaniku menemui pencipta yang agung?

adakah dia akan menyayangi anak-anak kecil yang ku lihat sangat suci seperti malaikat kecil

adakah dia milik rasa sabar untuk melayani karenah ku?

adakah dia akan tegas mendidik ku?

apa yang aku lihat kat sini..perkhawinan itu akan menjadikan dua jiwa menjadi satu..dia akan menjadi aku dan aku akan menjadi dia..menyakiti dia adalah seperti menyakiti aku dan mengkhianatinya adalah seperti mengkhianati diriku sendiri..

dia mungkin lelaki asing.. yang ALLAH telah pilih untuk bersama-sama melayari kehidupan ini..
tapi lafaz nikah untuk akan memecahkan segala tembok yang mengasingkan dia selama ini..

bila dah bersama sebagai suami isteri.. masing2 ada ego masing-masing..dan masing-masing mesti nak tegakkan ego masing-masing..

contoh benda kecil pun menjadi besar..

contoh dalam cite dalam salam namaste tu.. sorang nak bela ikan sorang lagi nak bela kucing..
sorang tu pulak ala dengan bulu kucing..so kat sini timbullah konflik..

contoh lain..aku tak suka bersepah-sepah..kalau dia suka sepah-sepah..maka akan timbullah konflik..

tapi.. yang best nye konflik yang berlaku antara suami isteri akan selesai di katil.. auwmmm malu..

tapi cite tu tunjukkan mereka selalu gaduh2 tapi bila malam peluk2 dah baik.. ;-)

so..mcm best je perkhawinan..

tapi perkhawinan akan menjadi terindah jika kita mendapat pasangan yang tepat dan menglengkapkan diri kita..tapi perkhawinan akan menjadi mimpi ngeri jika salah memilih pasangan..

seseorang pernah menasihati aku "kwan baik jgk" dia berkata begini "sampai bila ko nak tutup pintu hati ko" cuba ko berkawan..mana tahu tu jodoh ko..

aku jawab.. aku tak pernah tutup pintu hati aku untuk mana-mana lelaki..cuma lelaki itu yang tak mampu memiliki hati aku..

ada lagi yang berkata "ko jgn terlalu memilih"..

dan ini jawapan aku .. aku tak berhak memilih sesiapa.. bukan aku menolak dia..tapi ALLAH yang menyuruh aku menolak dia..

ada jgk yang mencadangkan.. ko kena kawan dengan sume lelaki..lepas itu baru kau buat pilihan yang mana yang terbaik?

aku.. maksud ko aku kena keluar dengan sume-sume lelaki tu.. then kasik dorang pegang2 aku.. then kasi dorang raba-raba aku.. ?? whathefishkek ko punya cadangan.. lelaki ni kalau keluar atau bersama-sama dengan mana2 perempuan saham they all tak akan jatuh.tapi perempuan yang bertukar2 keluar dengan lelaki senang je dorang nak judge ko murah..

aku tak perlukan untuk berkawan dengan sume lelaki..sumpah aku geli..sumpah gila..sumpah aku jijik kalau lelaki yang merayu-rayu aku minta sayang kat dia..ase nak bagi kaki je..

sumpah aku pun rasa nak lempang2 je ada kawan yang jual2 agih2 no tipon aku kat lelaki.. seolah2 aku desparate sangat ke apa..

aku tak pernah mengeluh pada sesiapa mengenai kesinglelan aku..kalau sayang kat aku mengapa di berikan lelaki yang bukan memahami jiwa aku...

ada yang kata jodoh itu pun kena usaha jgk..

usaha tak semestiya kena gedik2 depan lelaki post gamba seksi2 kat fb..

usaha aku berteraskan agama..doa itu sebagai senjata..sabar itu sebagai amalan dan redha itu sebagai kekuatan..

aku berusaha berdoa di lewat2 malam dalam solat istiharah ku..moga ALLAH akan simpati mengurniakan lelaki yang terbaik untuk ku..

bukan kah itu satu usaha juga..tapi kalau cita yang kat buta agama dia bukan faham pun kekuatan doa..

hanya yang tahu hebatnya sebuah doa je.. yakin bertawakal pada ALLAH..

ok..impian perkhawinan aku simple je..asal ada akad nikah..dan restu dari kedua ibu bapa dia dan ibu bapa aku telah cukup melengkapkan diri ku sebgai seorang perempuan..

ok.. dah nak pergi mandi wajib dulu ;p..

1 comment:

  1. perkahwinan..ye...indahnye jika berkawin..akan ada teman sentiasa tak kira susah dan senang..perkahwinan jgk..jika salah org..pon jd mimpi burok..betoll..jodoh dah ditentukan,tp kita pon perlu usaha dan tawakal jgk..
    hmm..saya pon tak tahu mcm mane nk eksplen lagi..cm ade bende nk kongsi..tp ntah taktahu nk cerita..

    ReplyDelete