Pages

Saturday, October 22, 2011

Rasa penat itu normal

setelah setahun lebih peristiwa kejam itu berlaku padaku
dikhianati ditinggalkan dan ditertawakan
dek kerana kecurangan cinta manusia bernama lelaki
perempuan yang merampasnya jua seolah-olah bukan manusia normal berperasaan..

mereka kini bahagia miliki kelengkapan separuh daripada kehidupan menglengkapkan separuh daripada agama iaitu dengan perkhawinan..

mulanya hanya kabar angin sahaja ku dengar mereka telah berkhawin
akhirnya ALLAH membuka hijab itu membenarkan bersaksikan dengan mata ku sendiri
melihat gambar perkhawinan mereka..

walaupun peristiwa itu telah lama berlaku
sedikit sebanyak luka lama berdarah kembali
tapi aku tidak rebah kerana itu

aku kini ibarat satu entiti yang berawangan kepenatan dan keletihan melayari perjalanan dunia ini

selalu dan setiap hari aku ditawarkan watak-watak untuk menjadi jahat..
tapi aku terpenjara oleh imankan
menyeksa jiwa dan nurani ku
katanya harus jujur dengan diri sendiri

sesetengah perkara itu aku benci
tapi aku terpaksa suka
sesetengah perkara itu aku mahu
tapi aku tidak perolehi

aku benci orang mengumpat tapi setiap hari aku dihidangkan dengan suasana begitu
orang sekelilingku penuh dengan kepuraaan-puraan
aku mahu bernikah kerana aku takut terpedaya dengan godaan nafsu, aku menahan rasa cintaku membuang rinduku membuang dunia ini kerana aku ingin mengejar akhirat..

aku dipijak di pinggirkan
dan aku melihat orang yang kejam di angkat ke medan bahagia sedang orang yang bersabar itu diperah2 kesabaran jiwanya

itu kah kehidupan
adakah bahagia itu sebuah kepedihan semata-mata
hingga ku rasa terlalu hina untuk menghirup bau kebahagian

TUhanku
bukan aku menrungut dan tidak mensyukuri
ku cuma terlalu letih mencuba dan terus mencuba
dijatuh kan di pijak ku gagahkan diri bangun
lantas pijakan itu terusan aku perolehi

mungkin jua ini adalah balasan dosa - dosa silam ku
ye aku terima pembalasan

tapi di mana keadilan mereka yang menaniya keluarga ku melukakan harapan ibuku
menyakit ku
meninggalkan aku

mereka berbahagia punyai anak.. sedang aku.. berpapah bangun dari kedukaan.
adakah itu sebenarnya bahagia apabila kita berbahagia dengan air mata orang lain
aku jua pernah di tawarkan untuk memegang watak itu
tapi kenapa aku tidak kekuatan untuk seperti itu

Ya ALLAH jika dunia ini terlalu kejam aku sedar dan terima dengan redha
tapi aku merayu kurniakan sedikit sahaja kekuatan untuk aku terus bangun
sesungguhnya aku letih..tapi bukan bermakna aku ingin berpatah balik ke jalan silam ku
tidak tidak
tidak mungkin

aku mahu berehat mencari jiwa ku yang hilang
dan di sini lah aku meluahkan

No comments:

Post a Comment