Pages

Tuesday, July 27, 2010

buku baru azam baru

hati saya merindui dia..
tapi tahu dia sedang berjuang demi masa depannyaso..saya pun view lah belog musafir di bumi sonata kesayangan saya ini ~penulis nya yg telah berjaya menawan hati saya..

Belog dia mmg sgt memberi inpirasi pembangunan diri ummah~
puas saya view satu2..saya sgt tertarik dengan post dia yang ini ~


Buat semua muslimah umumnya, & buat yg tersayang khususnya.


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.



2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.



3. Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.



4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.



5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.

Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.



6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


Hati kecil saya amat tertarik yang ke 4 itu..
Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

saya mahu berubah sempena buku baru saya ini..saya mahu menjadi muslimah sejati..perempuan yg menjaga adab bahasa serta akhlak yg mulia..saya tidak mahu lagi mengeluarkan kata-kata yg sia-sia..seperti jua mengeluarkan perumpamaan yg kadang2 tak masuk akal dan menyalahi syariat islam..

saya tak tahu..kenapa ni hati saya benar2 ingin berubah..saya taknak buat lawak2 yg sengal lagi..saya mahu selepas ini saya boleh berpikir panjang sebelum menuturkan kata-kata..

tapi masalah saya..adakah orang disekeliling saya dapat menerima perubahan saya nanti..dapat menerima kelembutan tutur kata saya.tiada lagi kata-kata,atau perkataaan pelik yang akan saya gunakan?..

di sini delima hidup saya..tiap kali saya mahu berubah ke arah kebaikan masyarakat yg akrab sendiri dgn saya tidak mampu atau berlapang dada menerima perubahan saya.. saya sedih.tapi tulah sebenarnya dugaan..sama ada saya benar mahu berubah atau sekadar saja2 nak berubah.

tapi dalam pada itu ada seorang insan yang sgt baik hatinya.. dia sentiasa menyokong malah menyokong dan menyokong perubahan yang saya nak lakukan..mulanya saya pikir saya berubah kerana dia..tapi bila dia pergi meninggalkan saya .. naluri hati saya semakin kuat mahu ke arah NYA.. mungkin ALLAH sengaja mahu menguji saya..

bersama dia saya benar-benar tenang..

segala TITAH ARAHAN dia saya terima dengan redha dan rela..
saya sangat menghormatinya dan mengharapkan dia jua dapat menghormati saya
bila dia mahu lagi saya berjanji jangan lagi membuang masa menulis perkara lagha di FB
(saya patuh arahannya)
bila mana dia minta saya menunggu nya sehingga habes study
(saya tunggu dengan penuh sabar)
bersama dia segala arahan serta permintaan nya yg tidak melanggar syariat agama saya akan buat..tanpa banyak soal..

Saya sendiri tak paham..saat org lain gelakkan saya bila nak buat perubahan, TAPI dialah org pertama yang akan mengeluarkan kata-kata hikmah buat menguatkan saya untuk berubah..

ALLAH takdirkan dia buat saya..tapi saya tak pasti lagi takdir kami berdua..
SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI AWAK,KESAYANGAN SAYA..

No comments:

Post a Comment