Pages

Saturday, February 19, 2011

aku ingin menikah

sesungguh aku bukan malaikat
aku adalah manusia yang telah ALLAH kirimkan nafsu,cinta dan menyayangi dan disayangi
itu adalah fitrah kejadiaan ku..

tapi soal jodoh bukan di tanganku
itu adalah rasia ALLAH
dan rasia itu tetap rasia..

bukan tiada pernah cinta itu singgah
aku bersyukur..pernah mencintai di cintai dan berikan harapan sebuah perkhawinan
tapi akhirnya pelamin anganku musnah
aku bersyukur aku pernah melewati keperitan kejatuhan,kebinasaan akibat sebuah cinta
aku bersyukur aku masih mampu mempertahankan kesucian ku..
di usia-usia begini melihatkan sahabat-sahabat semua sedang indah menyusun hari bahagia
dan aku pula hanya mampu menumpang bahagia..

aku jadi neutral soal perkhawinan
pada ku ada, adalah..tiada pasti ada yang lain yang DIA dah sediakan untuk aku..

soal berkawan
aku tidak pernah memasang ikrar untuk membenci kaum lelaki
tapi bila mana lelaki nak berkawan dgn aku..
ada standard yang aku telah tetapkan..
lelaki point pertama kalau nak berkenalan mesti nak ajak dating,ajak kuar..
dan aku pula tidak akan keluar dgn lelaki bukan mahramku..
akhirnya mereka-mereka bosan
dan faham..aku bukan untukmu

sahabat baik ku berkata..bila kita hanya menanti jodoh itu datang dan tidak berusaha mencarinya
itulah petanda aku akan jadi anak dara tua

aku jawab dalam hati je?
..oh yeke...abis keluar berpeleseran,kuar mengukur shoping complex..tgk wayang padahal boleh guling2 tgk kat laptop..itu usaha ke untuk dapat jodoh?
lagi satu..letak gamba gedik2 dalam fb,post repek2 kesepian,...pe jadah lagi itu usaha untuk dapat jodoh ke??

itu sume senjata syaitan untuk memusnah kan perempuan..
apa guna cinta jika ianya bernafsu kan syaitan
bila luaran menjadi ukuran......

oh..

sesungguhnya aku tetap perempuan biasa..
aku ingin menikah,,
bukan kerana ku ingin menduakan cintaku pada cinta yang satu
tapi kerana bukankah ALLAH menjadikan segalanya berpasangan-pasangan
niat ku ingin segera bernikah bukan kerana nafsu tapi kerana aku takut..aku takut
kelemahan ku...
aku tiada lagi cinta sejati..aku tidak perlukan belaian mesra..
aku hanya perlukan agama
jika kau punya agama..itulah yang menawan hatiku
kan ku serahkan kesetiaanku kepada mu seumur hidupku

jika kau sanggup untuk bangun di tengah malam menjadi imam dalam tahajud cintaku
jika kau sanggup membimbingku menuju jalannya
jika kau sanggup meningalkan dunia ini dan mencintai akhirat
jika kau mencintai kesederhanaan
jika kau mencintai kebiasaan
jika kau mencintai ALLAH,ibumu dan keluargamu melebihi aku
jika kau sanggup memegang tanganku kita bersama melewati pelayaran kehidupan ini
bersama-sama..

aku rela menjadi milikmu..
kamulah belahan jiwa ku

Wahai kamu,,
ye kamu yang pernah menghiasi seketika kehidupanku..
kamu yang kalau kamu baca kamu tahu kamulah yang aku maksudkan

"AKU MENCINTAIMU KERANA AGAMA YANG ADA DALAM DIRIMU SELAGI AGAMA ITU BERSAMA MU SELAGI ITU CINTAKU TETAP UNTUKMU"

kerana agama..aku jatuh cinta padamu
kerana agama..aku masih setia
kerana agama kamu pergi

tapi entah kenapa...aku sungguh yakin sepotong janji ALLAH

'PEREMPUAN YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK"

wahai perempuan-perempuan diluar sana..
peganglah ayat ini..walaupun kini kamu kesendirian melalui kehidupan..jangan sedih jika diri tak berpakwe..takdapat mention dalam fb in relationship with.. blajajajajalala..

kerana itu semua cinta palsu..yang tidak ALLAH redhakan
tetapkan keimanan percayalah janji ALLAH..

dan nak tahu apa usaha ku mencari jodoh???

bangunlah solat malam bercintalah bersama ALLAH..
buatlah kebaikan memberi kasih sayang kepada insan yang lebih memerlukan,anak yatim piatu..orang miskin..jangan membenci sesama manusia
buatlah extra solat hajat memohon datangnya jodoh yang DARIPADA ALLAH..bukan daripada syaitan ataupun daripada kemahuan kita sendiri..
dan paling utama..nasihat diri sendiri jua..
JANGAN PUTUS ASA BERHARAP..kerana ALLAH sentiasa mendengar doa hambaNYA

PERNAH DGR..

DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN..

percayalah sahabat-sahabat perempuan..jodoh itu akan datang sama seperti maut akan datang pada kita...jangan diragu janji ALLAH..

aku ingin menikah..sungguh..please..kalau kamu lelaki yang ada ciri-ciri seperti di atas..

6 comments:

  1. bestnya sayapn ingin juga...tapi saya bukanla baik mana tapi saya nak seorang suami yg baik yang mampu membinbing saya.bolehkh saya dapat lelaki macam tu?

    ReplyDelete
  2. insyALLAH..boleh..selagi kita perbaiki diri kita sendiri..
    yang penting kat sini diri kita..
    kalau kita baik kita akan dapat yang baik
    sempurnakanlah diri kita..walaupun sampai bila2 kita tidak akan sempurna
    saya pun bukan baik lagi sempurna..hina lagi adalah..

    ReplyDelete
  3. entry yang menarik ~!syukran ya ukhti!imemang benar semua org inginkan kebahagiaan dalam kehidupn dgn ikatan nikah yang sah dan diredhaiNya.Siapa yang tak nak khwinkan?bersabarlah~!Pasti jodoh akan tiba~!Telah tercatat seungkkap nama lelaki di luh mahfuz untukm..Semoga mendapat pendamping yang soleh dan membawa kita ke jalan yang diredhai Allah~!ameen~!=)

    ReplyDelete
  4. mekasih dik
    besnya ada org doakan
    amin..kamu jua

    ReplyDelete
  5. kan saye dah cakap...blog awak ni best...ade sesuatu yang menarik saye untuk baca entri-entri awak...apa2 pun saya sangat suka entri ni...teruskan menulis! :)

    ReplyDelete
  6. mencari keredhaanNya..
    mencari cinta hakikiNya..
    berlindung di bawah sayapNya..

    Ya Allah Ya Tuhanku..
    Berikanlah aku kesabaran di dalam menunggu kemanisan yg Engkau janjikan..
    sesungguhnya segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam

    -SS-

    ReplyDelete