"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." (Al-Hijr : 98-99) Cinta bertasbih untuk misi mencari cinta abadi
Sunday, February 27, 2011
HaraPan
pernah kamu,kamu,anda,kalian berharap kepada sesuatu...
dan sebab adanya harapan itulah kamu sekalian gagah nak teruskan kehidupan ini
harapan itu umpama satu cagaran kepada kita..atau dalam bahasa kasar sikit gambling
kita tak tahu hidup kita ini adalah pilihan
derita atau bahagia
pilihnya
adalah diri kita
harapan
pula ada
terdiri daripada
pemberi harapan dan yang berharap pada harapan
pemberi harapan ada dua pilihan
derita atau bahagia seseorang adalah di tangan dia
dah berharap pula
sama ada terus berharap atau berhenti berharap
dah move up your life
tapi pernah korang diberikan harapan kemudian korang di tinggalkan tanpa sebab tanpa alasan yang kukuh..........
kejam bukan?
itulah pilihan sipemberi harapan..menghadiahkan sebuah penderitaan kepada yg berharap padanya
akulah tulah
aku takpenah melutut merayu pada dia
please love me
tapi
ko tawarkan aku macam2...
aku ke yang slow sebab percaya
atau ko kejam pilih jalan itu?
nasihat aku
pada yang nak berikan harapan
berhentilah memainkan hati dan perasaan orang yang berharap
Ko
bukan manusia ke
yang takde perasaan?
ko
dinding ke
bila ko biarkan sipenunggu itu terus menunggu?
nasihat aku
cuba ko tunggu bus kat tempat yang takde bus nak berhenti
tgu bus itu sampai datang..
apa perasaan ko??
biar ko kenal erti
PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN
lebih kejam ko cakap jangan tunggu ko
tapi ko kembali balik play the game
apa ko bukan manusia ke
ko mahluk asing yang singgah jap kat bumi ke?
itu luahan perasaan aku...dedikasi untuk manusia yang beri harapan kemudian blah camtu je..HEBAT sgt ko..taniah..
ini nasihat aku..
Kepada si pemberi harapan...
bayangkan ko melihat seorang yang buta..kemudian ko bermurah hati kasihan tgk dia buta..pastu ko cakap dengan si buta itu ko nak hadiah sepasang mata ko....
bayangkan perasaan si buta itu??...............................
tapi bila kau balik gumah hati ko berubah..ko tak jadi dermakan mata ko...
aku harap satu hari nanti ko akan buta nescaya ko akan rasa perasaan si buta itu..
harapan ni sebenarnya kehidupan
sebab ada haraplah kita kuatkan semangat nak teruskan hidup
contoh kes
putus cinta tapi bangkit balik sebab harapan untuk bagia itu ada...
betapa hebatnya sebuah harapan itu..mampu mengubah yang kelabu berwarna warni bak pelangi
yang masam bertambah manis dan yang paling indah adalah memberi harapan bagia sesudah derita.........
maka dengan itu kamu semua usahlah bermain-main dengan harapan..
hari ini kamu musnah kan harapan orang adalah tidak mustahil di hari akan datang harapan korang pula punah
pada yang tak berani beri harapan..ambil langkah bijak..jangan permainkan-mainkan harapan orang sebab...ada yg sanggup tunggu seumur hidup sebab dijanjikan harapan bagia..tapi last2 korang just cakap maafkan saya..
sian beb..jgnlah buat gitu
contoh kalau kita rasa orang itu tak serasi dengan kita..awal2 lagi kita dah mention...jgn tawarkan sebarang harapan..sebab kalau kita tanak tapi kita kasik kasik harapan dia akan menderita
lebih baik dia derita waktu kita lafazkan...saya rasa kita tak mungkin bersama lebih daripada seorang kawan..dia tahu kita reject dia..yang bestnya dia sedih time itu..lebih baik kn daripada dia sedih sepanjang hayat dia..dengan kita menipu dia sedangkan..dia memang takde harapan dalam hati kita...
dan last sekali
KALAU KITA LETAKKAN HARAPAN KAT MANUSIA KAT DUNIA INI KITA AKAN SEDIH AKHIRNYA TAPI KALAU KITA BERHARAP PADA ALLAH,INSYALLAH ALLAH AKAN TUNAIKAN HARAPAN KITA ITU..
lastly musabahlah diri kita
kita banyak berharap kat manusia atau kita lebih berharap pada ALLAH..
Friday, February 25, 2011
menyesal
aku banyak pikirkan hal dunia
kejar cinta manusia
aku disebelungi rasa bersalah-salah sangat2
aku banyak buang masa dengan perkara lagha
maka dengan itu
aku mahu keluar daripada fasa kelabu ini
pada semua yang pernah berharap
jangan terlalu mengharap...sebab apa yang ALLAH bagi itu,itulah untuk kita
kalau takde pasti ada yang lain dah di sediakan untuk kita
bayangkan aku dah hidup dalam fasa kelabu dari julai 2010 hingga 25 februari 2011
bayangkan berapa banyak air mata yang telah aku bazirkan
bayangkan berapa banyak rindu yang telah aku lukiskan
bayangkan berapa banyak penderitaan yang aku rasakan
bayangkan berapa besar harapan yang aku laung2kan
aku menyesal
aku tido selama ini..aku hidup dalam mimpi..aku macam pungguk yang rindukan bulan
sedangkan bulan itu langsung tidak berperasaan..
mempermainkan / memberi harapan......dan melukakan
kini dah tiba masanya..aku basuh muka kaki dan mandi
selamat tinggal fasa mengharap/merindu
kita tidak akan kenal erti makna cinta sebenar selagi kita tidak pernah mencintai diri kita sendiri.
sesungguhnya baru aku sedar.......segala-segala perasaan yang aku lalui cuma..perasaan persinggahan sahaja.
esok matahari akan muncul..dan aku perlu warnakan kanvas kehidupan ku..ALLAH dah tunjukkan jalan..keputusan itu di tangan aku sendiri....
berhenti lah mengharap.....bila kita tahu ALLAH dah signal dia bukan untuk kita
Thursday, February 24, 2011
maafkan
maafkan jika saudara/saudari membaca post sengal saya sebelum ini
tentang rumit gila..kelakar pun ada.. (boleh tak ajar camne nak link kan)
di post ini saya stori pasal pertemuan kembali dengan admire saya sekolah rendah..
urmmmmm..............
saya??...
uhu
aku rasa ini adalah ujian buat aku
dulu aku terlibat dalam pertubuhan single mingle dan polisi kami kami tidak akan rampas hak orang lain..
dua kawan aku dah tersungkur bila mana tegar memilih untuk merampas yang bukan hak mereka..
rujuk post terdahulu..........
dan semalam aku rasa bersalah
aku tertarik dengan dia sebab dia kacak berbanding dulu masa zaman sekolah
apa ada pada rupa??
aku tak nak terlibat benda2 yang rumit ini
last aku remove dia dari friend list
lantak lah ko nak cakap aku sumbunk ke apa
aku takut gile..
dia dah kawen dan bini dia lak jauh.
so mereka jumpa wekend je
bini dia lagi tua daripada dia
maafkanlah kalau post sebelum ini
aku seperti hilang pedoman
lantas korang sume mesti menilai aku ni perempuan jahat...
aku tak kisah korang nak pikir apa
kita ni manusia biasa...
tak lepas daripada buat salah
atau salah pilih jalan
selalu korang puji aku nyer entry best,ler.
sebenarnya aku tidak sesempurna mana
aku pinjam ehsan daripada ALLAH je
aku tak nk hipokrit bila korang baca blog aku
korang akan assume aku terlalu suci daripda dosa2
tak........tak.......tak
aku manusia biasa
aku menyesal bila mana aku biarkan nafsu menguasi aku
dan alhamdulilah
aku semakin dah rasa tak bersalah bila aku mula pandai ingore atau pasang block pada lelaki yang cuba nak menghampiri aku
ohsungguhpun aku ingin menikah tapi tak akan aku nak rampas yang bukan hak aku kemudian aku bangga istiharkan oh aku bahagia......
it no my ways..........jgn rebut2
Allah dah tetapkan bahagian kita..InsyALLAH
maafkan aku,sebab aku tak sesempurna mana........
so hidup ini kembali sepi sunyi kembali...........tapi best..
Wednesday, February 23, 2011
ada apa dengan perkhawinan
apa sebenarnya ada dalam perkhawinan
yang dianggapkan indah je?
1st sebab seks..
2 sebab ada teman hidup
3 sebab orang luar boleh nilai hidup dia dah lengkap
4 sebab dah jodoh dialah kan...
tapi korang sedar tak sebenarnya perkhawinan boleh menjadi tiket sama ada kita ke syurga atau neraka..
lelaki menginginkan perkhawinan kerana fitrah lelaki akan sunyi tanpa wanita..
tapi wanita inginkan perkhawinan kerana apa?
jawablah diri masing2..
la ni..ramai perempuan yang sepatutnya tak lulus lagi boleh kawen dah nak kawen.
last2 tak boleh manage rumahtangga..tak sehaluan n the bercerai..
sedih kan?dalam dunia ini tiada siapa ingin perpisahan..
tapi kita manusia biasa ini hanya mampu merancang tapi rancangan ALLAH lagi terbaik
aku tak anti perkhawinan..gila apa..nabi tak ngaku umat nanti..
aku cuma nak kalau betul2 memilih untuk berkhawin lengkapkan lah diri masing-masing..
perkhawinan bukan mudah..bukan untuk sehari dua...tapi seumur hidup..bayangkan kepada perempuan kalau kita tersalah pilih suami..kita hidup dengan mak ayah kita mungkin 23 tahun tapi bersama suami kita mungkin lebih daripada 40 tahun..kalau main serkup je....kita nak telan pahit selama 40 tahun akan datang...
selain itu...pada yang dah bertunang jagalah batas pergaulan usah melangkaui batas...sebab nanti kalu ALLAH murka kita tidak akan bahagia dunia dan akhirat...
pada yang belum kawen tu jangan push2 diri...jgn gadai iman semata-mata kesunyian takut takde jodoh
ingat janji ALLAH perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
pada yang cam belangkas..ingatlah yang buat korang rasa indah bestt,,,stimm...romantik.sejiwa semati itu adalah tipu daya syaitan...sedarlah wey...jgn kotori cinta itu..sebab cinta itu sebenarnya suci.tapi korang yang letakkan dia di tempat yang kotor...........
inmemory~seseorang pernah berkata "sayang sekali kita langgar batas kita ALLAH akan tarik nikmati kebahagian rumahtangga kita"...dulu dia pernah cakap cam gini..tapi tu dulu sekarang dia dah takde...ALLAH akan satukan kita,awak?...
hati saya kata MUSTAHIL............ thanks awak sebab ingatkan saya tentang ini.....
Tuesday, February 22, 2011
Tips bila kawan lelaki
buat kamu wahai kamu lelaki yang ingin mendekat aku.
bukan lah ramai mana pun
just nak share dengan kaum sejantina sekelian
tips bagaimana memilih calon suami yang membawa anda ke syurga ...InsyALLAH..
1.masa awal perkenalan
-lelaki biasanya akan memberikan lakonan yang amat cemerlang...bila mana segala permintaan kita mereka akan penuhi walaupun terpaksa berhujan berpanas semata-mata memenuhi kehendak kita.. Be care ful gurls..mereka ada agenda..mereka,sedang pancing umpan..jangan terpedaya..bila mana mereka..selalu memberi pertolongan di awal perkenalan..anda perempuan akan rasa safety bila ada pelindung..dan start kita akan terus bergantung pada dia..itu tanda umpan dia telah mengena...dan kita akan terkulai dalam dakapan mereka..
bila mereka berjaya membeli jiwa kita.
jiwa kita ini selalu wanita..memang sangat halus..fragile..kerana itu wahai wanita/perempuan tulen yang memiliki hati seperti kapas..usah terlalu bergantung pada lelaki..atau kawan lelaki..
ello tanpa lelaki kita tidak akan mati ok..
example..perempuan ada yang menjanda mampu sara anak..tapi lelaki?...bini baru meninggal 2 bulan gatal nak menikah baru.. ;p
2.berkawan dengan sistematik.
dah kenal..dah msej2..lelaki mesti nak ajak jumpa..
awas...inilah permulaan nya...
detik ini mungkin merubah kehidupan anda sama ada lebih manis atau pahit hitam legam...
jangan terlalu murah lah beb kalau lelaki ajak keluar terus keluar..
tunggu sampai dia ajak 100x..kali yang keseratus itu kalau dia berminat lagi nak ajak korang keluar makna dia mmg ikhlas nak mendekati korang..
percaya cakap aku....bila korang tolak pelawaan dorang sebanyak 4x je..mereka akan bosan n anggap korang tak berminat dengan dia..
relaks beb...jual mahal sikit..bukan ke benda mahal ada kualiti tinggi..
percayalah...kalau betul dia ikhlas..dengan kamu..dia akan tetap sabar menanti..sebab dia tahu batas2 pergaulan..
3.selalu mesej dia time subuh..
kat sini korang buatlah ujian..dia solat subuh ke tak..
sebenarnya solat ni kunci utama satu perhubungan..
pilihlah lelaki yang menjaga solatnya sama seperti dia menjaga dirinya
nescaya...itulah lelaki yang terbaik buat kamu..
kalau dia pesan nanti subuh kejut dia..
KIRA KORANG BOLEH KELUARKAN DIA DALAM LISTING..
ello..ADA KE MAKMUN YANG KENA KEJUT IMAM UNTUK SOLAT??
solat tiang segala2nya..
solat kunci segalanya
kalau korang kuar date..dia just pakai selipar jepun..tapi bila masuk waktu zuhor dia tak kerauan..mencari masjid..SESUNGGUH CINTAI DIA..kerana dia SANGAT MENCINTAI ALLAH..
TAPI.......................
kena make sure gak sama ada mereka berlakon alim ke tak..
tapi kalu kita jenis sama jaga solat kita sendiri boleh nilai orang itu sayang solat dia betul2 ke atau berlakon..
kita pun kena tunjukkan contoh yang baik
JANGAN GEDIK2 DEPAN LELAKI
JANGAN MANJA2 DEPAN LELAKI
JANGAN SEKSI2 DEPAN LELAKI
kita pun akan dapat yang tak gediks2,yang poyo2..
last..tak payah kuar berdua lelaki dan perempuan..perempuan ini fitna..kita jauhilah kuar berdua kalu nak jumpa2..ajak kawan perempuan lain teman..
dan kalau dia tak suka..tak selesa ke apa
TINGGALKAN JE DIA..JANGAN KAWAN LAGI DENGAN LELAKI PESEN NI..
sekian..terima kasih..
sori i pun ada garis panduan ok..macam i cakap direject itu perkara biasa..dan i pun biasa jgk mereject orang..karma barangkali..
yang penting hanya ALLAH tahu apa yang hati i tahu..
the world is unfair. But you have to accept it.
tak adil
kadang itu yang memang aku rasakan
mengapakah..
aku cuba nak fahami
last2 aku semakin pening...
lalu ku pujuk hati sendiri
ALLAH tak berikan apa yang kita nak tapi DIA akan berikan apa yang kita perlukan
aku nak sgt pada dia..
berkurun aku tunggu dia.
sometimes aku pun pelik..
aku tunggu apa ni?..
dan kini aku mula yakin
perjalanan ini tidak akan terhenti lantaran aku direject..
mcm tak biasa kan..
so..pada hari yang indah ini
aku berazam..
wahai cinta..
selamat tinggal..
hidup ini memang tak adil
tapi belajarlah menerima nya
dunia adalah penjara orang kafir
kita adalah orang islam yang duduk di atas dunia ini
yg kena patuhi undang2.
big gurls jangan nages lagi..
esok pelangi akan datang lagi
tengok hujan...
pasti akan berhenti..
Sunday, February 20, 2011
kisah cinta benar...cinta yang terlarang
yang terakhir.... assalamualaikum
Ye yang terakhir buat dia.tapi tak pernah berakhir buat aku............
betul lah.kita boleh jatuh cinta dengan seseorang satu saat..tapi nak lupakan seumur hidup belum tentu...
awak..kat mana awak sekarang?..
sekalipun cinta kita terlarang..tapi hati ini.................
DIA tengah rancangkan sesuatu untuk kita..
maafkanlah saya...tanpa bicara kata..kepastian janji
saya masih..................
maafkan saya
AMPUNKAN aku YA ALLAH..
tolonglah pelihara si dia ini walaupun di mana dia bernafas..
sampaikan pesan padanya tentang perasaan ini...
maafkan..maafkan..maafkan...
Bisikan yang indah
rasa takjub..?
sapa yang kalu tgk maksiat
rasa meluat yang amat?
sapa yang sunyi
rasa damai?
sapa yang diuji
rasa indahnya dan bahagia menikmatinya
sapa yang menanti sesuatu yang tak pasti
tapi yakin akan pasti akhirnya?
siapa..siapa.siapa yang merasai tiap kali sunyi satu suara berbisik kepadanya..?
itu bukan hantu...itu bukan mahluk halus..itu bukan bisikan syaitan..
tapi itulah bisikan daripada ALLAH kepada kekasihnya yang sentiasa mengingati kebesaranNYA..
Yang apabila melihat langit ciptaanNYA
dia kagum dan merasai kebesaranNYA
Yang apabila melihat kemungkaran di hadapanNYA
sungguh dibenciNYA
Yang apabila kekasihnya menguji
dia tersenyum sambil meredhai
Yang menyerahkan seluruh kehidupan ini kepada
HANYA ALLAH YANG SATU
bertawakal dan yakin ketentuan ALLAH..
itulah BISIKAN indah daripada ALLAH..
cubalah..
BERZIKIR,dan bersolat malam..
InsyALLAH
Saturday, February 19, 2011
aku ingin menikah
aku adalah manusia yang telah ALLAH kirimkan nafsu,cinta dan menyayangi dan disayangi
itu adalah fitrah kejadiaan ku..
tapi soal jodoh bukan di tanganku
itu adalah rasia ALLAH
dan rasia itu tetap rasia..
bukan tiada pernah cinta itu singgah
aku bersyukur..pernah mencintai di cintai dan berikan harapan sebuah perkhawinan
tapi akhirnya pelamin anganku musnah
aku bersyukur aku pernah melewati keperitan kejatuhan,kebinasaan akibat sebuah cinta
aku bersyukur aku masih mampu mempertahankan kesucian ku..
di usia-usia begini melihatkan sahabat-sahabat semua sedang indah menyusun hari bahagia
dan aku pula hanya mampu menumpang bahagia..
aku jadi neutral soal perkhawinan
pada ku ada, adalah..tiada pasti ada yang lain yang DIA dah sediakan untuk aku..
soal berkawan
aku tidak pernah memasang ikrar untuk membenci kaum lelaki
tapi bila mana lelaki nak berkawan dgn aku..
ada standard yang aku telah tetapkan..
lelaki point pertama kalau nak berkenalan mesti nak ajak dating,ajak kuar..
dan aku pula tidak akan keluar dgn lelaki bukan mahramku..
akhirnya mereka-mereka bosan
dan faham..aku bukan untukmu
sahabat baik ku berkata..bila kita hanya menanti jodoh itu datang dan tidak berusaha mencarinya
itulah petanda aku akan jadi anak dara tua
aku jawab dalam hati je?
..oh yeke...abis keluar berpeleseran,kuar mengukur shoping complex..tgk wayang padahal boleh guling2 tgk kat laptop..itu usaha ke untuk dapat jodoh?
lagi satu..letak gamba gedik2 dalam fb,post repek2 kesepian,...pe jadah lagi itu usaha untuk dapat jodoh ke??
itu sume senjata syaitan untuk memusnah kan perempuan..
apa guna cinta jika ianya bernafsu kan syaitan
bila luaran menjadi ukuran......
oh..
sesungguhnya aku tetap perempuan biasa..
aku ingin menikah,,
bukan kerana ku ingin menduakan cintaku pada cinta yang satu
tapi kerana bukankah ALLAH menjadikan segalanya berpasangan-pasangan
niat ku ingin segera bernikah bukan kerana nafsu tapi kerana aku takut..aku takut
kelemahan ku...
aku tiada lagi cinta sejati..aku tidak perlukan belaian mesra..
aku hanya perlukan agama
jika kau punya agama..itulah yang menawan hatiku
kan ku serahkan kesetiaanku kepada mu seumur hidupku
jika kau sanggup untuk bangun di tengah malam menjadi imam dalam tahajud cintaku
jika kau sanggup membimbingku menuju jalannya
jika kau sanggup meningalkan dunia ini dan mencintai akhirat
jika kau mencintai kesederhanaan
jika kau mencintai kebiasaan
jika kau mencintai ALLAH,ibumu dan keluargamu melebihi aku
jika kau sanggup memegang tanganku kita bersama melewati pelayaran kehidupan ini
bersama-sama..
aku rela menjadi milikmu..
kamulah belahan jiwa ku
Wahai kamu,,
ye kamu yang pernah menghiasi seketika kehidupanku..
kamu yang kalau kamu baca kamu tahu kamulah yang aku maksudkan
"AKU MENCINTAIMU KERANA AGAMA YANG ADA DALAM DIRIMU SELAGI AGAMA ITU BERSAMA MU SELAGI ITU CINTAKU TETAP UNTUKMU"
kerana agama..aku jatuh cinta padamu
kerana agama..aku masih setia
kerana agama kamu pergi
tapi entah kenapa...aku sungguh yakin sepotong janji ALLAH
'PEREMPUAN YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK"
wahai perempuan-perempuan diluar sana..
peganglah ayat ini..walaupun kini kamu kesendirian melalui kehidupan..jangan sedih jika diri tak berpakwe..takdapat mention dalam fb in relationship with.. blajajajajalala..
kerana itu semua cinta palsu..yang tidak ALLAH redhakan
tetapkan keimanan percayalah janji ALLAH..
dan nak tahu apa usaha ku mencari jodoh???
bangunlah solat malam bercintalah bersama ALLAH..
buatlah kebaikan memberi kasih sayang kepada insan yang lebih memerlukan,anak yatim piatu..orang miskin..jangan membenci sesama manusia
buatlah extra solat hajat memohon datangnya jodoh yang DARIPADA ALLAH..bukan daripada syaitan ataupun daripada kemahuan kita sendiri..
dan paling utama..nasihat diri sendiri jua..
JANGAN PUTUS ASA BERHARAP..kerana ALLAH sentiasa mendengar doa hambaNYA
PERNAH DGR..
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN..
percayalah sahabat-sahabat perempuan..jodoh itu akan datang sama seperti maut akan datang pada kita...jangan diragu janji ALLAH..
aku ingin menikah..sungguh..please..kalau kamu lelaki yang ada ciri-ciri seperti di atas..
Thursday, February 17, 2011
letakkan di tempat yang tepat
kita tak boleh halang hak org lain untuk benci antara satu sama lain.....
kita manusia ini adalah sebaik-baik kejadian
ALLAH menjadikan cukup sempurna sifat
kemudiaan ALLAH letakkan pelbagai rasa perasa contoh benci,sayang,cinta,kelembutan..dan lain2 sifat manusia.
bila aku pindah KL..aku hidup dalam pesekitaran yang berbeza..hidup berpuak-puak..ko..ko aku..aku..
aku mengalami kejutan budaya atas budaya ini..MENGAPAKAH..
aku tahu ini ujian untuk ku..
alhamdulilah hingga ke hari ini aku menetap di KL ini..hatiku masih tidak lagi membahagikan kasih sayang yg ada..
aku tetap aku yang semasa aku di kampung dahulu
aku tetap menyayangi sume lapisan manusia..dari pak guard..acik cleaner,pegawai atasan,bawahan..dan even haiwan pun aku ttp sayang lagi..
tapi..virus puak-mepuak dalam pesekitaran aku..buat aku sedikit stress..
benarlah mereka kata rambut sama hitam dan hati lain2..
aku yang suci lagi lurus berkata..
kenapa kita kena saling benci membenci kenapa kita tak hidup berksh sayang?
jawapan cam cibai..
HANI,KO TAK BOLEH HALANG HAK ORG LAIN UNTUK BENCI ATAU SALING TAK SUKA..SEBAB ITU HAK MASING2..
aejrfalwi1933~menyumpah sambil berhemah..astrafirullah al azim
HAK?..BENCI?..
eh dalam kubur esok bila malaikat tanya sapa saudara kamu??,..korang nak jawab apa kalau korang saling benci membenci sesama islam..
ALLAH mmg kirimkan sekali perasaan benci dalam diri manusia..tapi manusia sering meletakkannya di tempat yang salah..cuba benci yang sangat benci itu korang sume letakkan pada maksiat,pada keburukan..pada dosa..
itulah hikmah perasaan benci dalam diri manusia..tapi manusia ini tak sedar..
sekali korang benci sesama manusia..tambah titik hitam dalam hati dan ALLAH semakin jauh dari korang..benda paling sedih bila ALLAH jauh dari korang adalah korang tak dapat nak dengar bisikan daripada ALLAH...
dalam tubuh badan anak adam ini ada segumpal daging yang kalau elok maka baiklah seluruh bahagian iaitu hati..
jika hati dah ditaburi benci benda tak sepatutnya benci..elok seluruh bahagian yang lain..
OH>.sedih..sedih sangat aku melihat persekitaran ini..untuk mempengaruhi ku??
maafkan...aku dibesarkan oleh keluargaku dengan kasih sayang..dan aku hidup dgn kasih sayang..
dan aku tidak pandai membahagikan kasih sayangku..aku rasa sume manusia berhak mendapatkan kasih sayangku..
dan kamu..kamu semua mahu menghasutku?..oh tidak..tidak mungkin kamu berjaya..kerana ..
benci itu memang tiada dalam diriku..
mana mungkin aku boleh membenci manusia..sedangkan manusia yang mengkhianatiku pun aku masih sayangkan dia..masih mahu menolong dia..aku percaya diriku.aku tetap aku..
persetanlah korang nak katakan NANTI ORANG PIJAK KEPALA AKU KE..lantaklah..
PANDANGAN MANUSIA ITU TAK AKAN BAWA KE MANA..TAPI PANDANGAN ALLAH ITU PALING UTAMA..
bila aku di aniya aku lagi suka..sebab ALLAH suka dekat dengan orang yang sabar walaupun teraniya.. ;-)
nak sabar sampai jadi mayat nak jadikan NABI MUHAMMAD SAW sebagai idola..kesabarannya lebih hebat..
INsyALLAH..
last..BENCI PADA MAKSIAT..CINTA PADA AKHIRAT..PERSETAN KAN KATA MANUSIA..PERCAYA JANJI ALLAH...
kita semua tetap akn jumpa kat sana nanti..
Tuesday, February 15, 2011
I AM loser WHEN
pabila aku melihat teman-teman baikku mengadai imam
mencari kebahagiaan duniawi
dan aku hanya diam dan mengucapkan terpulanglah padamu sahabat
sahabat ke aku..bila aku membiarkan sahabatku menempah tiket ke neraka
sempurnakah imamku bila aku tidak mampu memimpin sahabatku kembali ke pangkal jalan
mereka boleh berkata nanti kubur masing-masing..sedar aku tahu kamu memilih jalan yang salah
tapi aku tetap berdiam..aku berdiam..melihat kehancuran kamu wahai sahabat..
benarlah ALLAH berkata..jangan kamu katakan kamu beriman selagi kamu belum diuji..
hidup ini penuh ujian..
dahulu..kawanku berkobar-kobar melaungkan tidak akan merampas hak orang lain..tapi kini ALLAH hadirkan situasi yang sama ke atasnya..dan dia berpaling ingin meruntuhkan masjid orang lain..katanya dengan bangga.."aku telah lama derita..aku telah lama mengalah..aku telah bosan dipermainkan...aku telah letih menangis"..mengapa mereka berbahagia..sedangkan aku kesendirian menangung derita???..aku cuma mahu hak ku..aku mahu ketiga-tiganya derita dalam cinta 3 segi ini...
aku hanya mampu diam..apa yang aku nak katakan..aku pernah melalui keadaan yang dia sedang lalui sekarang..penderitaan itu selalu hadir..air mata itu teman sejati..memang kalau bukan dikatakan tiada keimanan..jalan singkat membunuh diri di ambik..
jangan kau hina orang yang kecewa lantaran cinta kecundang di tengah jalan selagi kau belum hadapi peritnya..
setinggi mana keimanan jika masih belum diuji itu belum tandanya iman mu penuh di dada..
aku tidak menghina sahabatku..aku cuma mampu berdiam diri..mendengarkan keluhannya..
tapi harus bagaimana hendak ku katakan..
hendak ku keluarkan berbagai dalil..nasihat..sekarang hatinya telah membeku..dia bukan lagi sahabat yang ku kenali dahulu...
memang keperitan atau penderitaan akan mengubah kita..menjadi lebih tabah atau lebih buas yang kita sendiri tak sangka itu adalah diri kita.
dan sahabatku kini memilih untuk menjadi kekasih gelap..dalam perhubungan itu..aku?apa yang aku terdaya buat??
aku rasa tak guna bila aku hanya mampu berdiam diri..melihatkan perubahan sahabatku yang tidak lagi aku kenali siapa dia..
itu cerita pertama..
aku rasa tak guna bila aku hanya berdiam diri melihat sahabatku bebas menayangkan aurat kepada yang bukan mahramnya..aku tidak mampu menyelamatkan mereka daripada menjadi bahan api neraka sedangkan aku tahu itulah kesudahannya nanti..
aku membiarkan sahabatku menjadi alat senjata syaitan...dan aku tidak berguna apa-apa tidak mampu menghalang...................................oh lemah dan hinanya aku ini..
aku rasa tak guna bila ku lihat sahabatku berpelukan bersama bukan mahram sedang kan aku?aku hanya membiarkan kejadian itu..aku lebih hina kerana ku tahu itu dosa tapi aku tidak berbuat apa-apa..
dan buat sahabat kesayanganku........
aku sedih melihat kamu membuang titis air mata mu kerana cinta manusia sedang kau tahu cinta manusia itu hanya tipu daya..aku sedih kau mengorbankan masa depanmu demi cinta yang tiada pasti lagi
sedang apa yang aku lakukan untuk menegur mu??..TIada apa-apa...
KAMU SEMUA SAHABATKU..
melihat aku aku yang aku rasa diri ini sangat hina tenang menghadapi segalanya...dan kamu semua suka mencari aku meluahkan segalanya..tapi aku?..aku MASIH LEMAH MEMIMPIN KAMU KE JALAN YANG BENAR...
aku ke yang kamu pangil sahabat..atau sebenarnya aku cuma tin kosong buat kamu semua
maafkan aku sahabatku...maafkan aku
benda yang paling hina dan selemah2 imam kita hanya mampu berdiam diri melihat kemungkaran berlaku di depan mata tapi kita tidak berbuat apa-apa..
AKU?..berusaha mencari jalan yang lurus..tapi aku tidak dapat memimpin sahabat2ku..
AMPUNKAN AKU YA ALLAH..akulah sehina2 hamba MU..
sesungguhnya tulus dari hatiku..ampunkanlah jika aku tiada sempurna di mataMU YA ALLAH
Rasulullah kekasih saya
bersyukurlah para sahabat..stop thinking about dunia ini..
mari kita berselawat..
Monday, February 14, 2011
sepi
malam biar gelap
siang jangan kau terang
biar alam ini sunyi
biar alam ini kelam
seperti hatiku
sepi lah aku di dunia tipu daya ini
dari aku serabut di sana kelak
nasihatku pada diriku,dirimu,
walaupun kau melaung2kan mujahadah..
ALLAH telah semaikan perasaan ingin disayangi dan menyayangi
apakah itu dosa jika kita mengharapkan
cinta yang halal dari NYA
alam..jangan terang..
nanti sinarnya membutakan ku
biarku sendiri
andai ini ketentuan TUHANku
Sunday, February 13, 2011
valentine day tu apa
abes tiap2 hari hari apa..hari benci2..hari gaduh2
tak logik sungguh wujudkan benda ni
nmpak sgt dakyah yahudi nak menyusahkan orang ramai..
saje nak naikkan ekonomi dialah ni
sebab bila hari V ni sume yang berkaitan LOVE2 harga dia naek berganda2
orang islam yang lurus bendul..tertipu sungguh dgn dakyah yahudi ni
aku pelik nanti tak pasal2 harga bunga ros tiba2 mahal..harga bantal bentuk love2 mahal
cuba korang sambut hari kasih sayang setiap hari..rasa-rasanya aman dunia ni..tade gaduh2..
apa pun yg penting kat sini..nak tunjukkan kasih sayang kenapa nak pilih tarikh tertentu
cuba KORANG SAYANG ORANG YANG KORANG SAYANG MACAM ESOK KORANG DAH TAK JUMPA LAGI ORANG YANG KORANG SAYANG ITU SELAMA-LAMANYA...
aku pelik manusia kalau nak sayang MESTI nak buktikan MESTI nak bersebab..
CINTA SUCI ITU DALAM HATI..kita..dan dia je yang tahu..BUKAN UNTUK WAR-WARKAN SATU DUNIA KESUCIAN CINTA KORANG..
itu bukan cinta lagi itu..DRAMA CINTA POYO KORANG..PELUK2 DALAM FB..INGAT SUCI TERSANGATLAH CINTA KORANG ITU..
ITU MAKSIAT..
hati..ko yang nak buat camtuh..bila jatuh cinta nanti..
Saturday, February 12, 2011
kasihannya perempuan
berbagai dugaan serta tomahan yang terpaksa dilalui
jika kita terlebih mesra di gelar gedik
jika kita terlalu pemalu sgt kita akan ketinggalan
jika kita terlalu penyayang kita akn dilukai
perempuan diciptakan daripada tulang rusak adam
tujuan utama sebagai penghilang keresahan kaum adam..
tapi sedarkah walaupun seindah2 ciptaan wanita ini
betapa sukarnya menjadi seorang perempuan..
apa bila tidak tahu memasak
dikeji pemalas
apabila tidak pandai berhias
dituduh selekeh atau pengotor
apabila terlalu berpandai
diselar tidak akan kemana-mana
apabila mahu berkawen selepas abis sekolah
dituduh gatal,miang
apabila tidak kawen2 lagi
dicerca anak dara tak laku...
kasihannya menjadi perempuan..
suara nya itu jua fitna
kejelitaannya jua fitna
lengang lengoknya jua fitna
kebaikannya jua sering disalah erti
perempuan jua sering menjadi mangsa
mangsa ragut
mangsa rogol
mangsa penipuan
mangsa pengkhianatan
mangsa itu mangsa ini
lemahnya perempuan..
perasaan mereka sungguh halus..
senjata perempuan air mata
disebalik kelemahan itu
PEREMPUAN ADALAh
perempuan mudah setia
tangan seorang perempuan mampu mengocang dunia
perempuan soleha bidadari syurga
disebalik kejayaan seorang lelaki adalah wanita
wanita penenang jiwa lelaki
dan kekuatan utama perempuan adalah
LELAKI TIDAK AKAN DAPAT HIDUP TENANG TANPA SEORANG PEREMPUAN ~~
Thursday, February 10, 2011
be yourself
harum wangi tapi berduri melukai orang lain..
tapi saya menjadi seperti seekor rama-rama yang cantik yang bisa membuat manusia tenang dan apabila cuba dihampiri saya akan terbang setingginya..
soal cintakan agama..soal keperibadiaan diri...bukankah itu rasia diri sendiri..bukan setiap kebaikan dan amal ibadat itu kita kena rahsiakan daripada umum kan..
tapi manusia selalu menilai luaran..bila nampakyang bertudung labuh...bersopan santun...itulah tersangat mulia tanpa dosa..
aku pernah tersangat membenci golongan ini..sebab..perempuan yang rampas bofren aku dulu belajar dekat UIA..tudung labuh..pakai stokin tangan..tapi perangai..ko gile apa nak rampas tunang orang..?..beragama ke tu? rampas hak orang lain?..
nak dibandingkan dengan aku yang cetak ilmu agama ini..aku mengakui..tak curi bukan hak aku aku malu..
mungkin saat itu aku sangat marah..lantas aku menilai perempuan yang nampak SUCI tapi hakikatnya DEBU gile..semuanya sama sahaja..
tapi sekarang aku dah sedar..kita sebenarnya jangan menilai orang apa-apa..
kadang orang yang tak menutup aurat hati dia lebih mulia daripada yang sebaliknya..tapi kenapa manusia suka menilai..
Biarlah hanya ALLAH yang menjalankan tugasannya..
aku suka berkawan..dan aku boleh berkwan dengan ahli geng surau/masjid..aku jgk boleh join group gonjeng2/gile2..aku jua sukakan hiburan..bersosial seperti manusia lain..
tapi selagi kita jaga batasan kita kita tidak akan sesat..
cuma tolonglah wahai Korang yang Korang anggap muslimah sejati..jangan cemari personaliti korang dengan imej yang korang bawakkan..
"aku paling bengang kalau dalam masjid masih nak cite pasal hal dunia..dan siap mengumpat..blalalalalallaa..bila aku pandang..pakai tudung labuh..berbaju kurung berbanding aku yang bertudung ariyani..
tolonglah perempuan..tolonglah...
ALLAH pun tak suka seorang pelakon..just be yourself sudar..
aku jua selesa jadi sendiri
aku seorang yang manja,emosi sometimes..dan pemalu..sometimes pendiam sometimes cakap bukan-bukan..
aku tidak sejelita artis malaysia..tapi mungkin sempurna mampu menyejukkan hati seorang rijal..
dan kerana itu aku takut..setan amek kesempatan nak jadikan aku senjata dia untuk mengumpan rijal maka aku letakkan batas..
MAAFKAN SAYA TIDAK AKAN KELUAR BERDUA BERSAMA KAMU TANPA MAHRAM SAYA..
pujuklah aku dengan emas intan belian..jangan kau harap walaupun ko kata just nak ajak minum n borak2..sebab itulah pemulaan..
saya jarang serius..jangan amek keputusan yang tepat..dan paling lemah dalam diri ini..
AKU TIADA PERASAAN BENCI...ini paling ketara..aku boleh benci manusia selama 3hari paling lama paling kejap 3 jam je..
dan kelebihan aku..aku boleh maafkan seseorang yg dah tikam aku sedalam-dalamnya dari belakang iaitu bekas x aku dan perempuan alim bertudung labuh suci macam embun pagi yang merampas dia..
tidak kira sapa kita..atau watak apa yang kita bawak..hanya ALLAH je yang berhak menilai manusia..jangan kau nilai manusia lain sedangkan diri kau pun tak sempurna..
aku nasihatkan kat diri sendiri je..
Indahnya penderitaan
beruntungnya orang yang Allah pilih untuk diuji kerana dengan ujian dan musibah yang menimpa itu mendekatkan diri kepada kekasihNYA..
korang sedar tak betapa kasihnya ALLAH kepada setiap hambaNYA..
bayangkan situasi ini..
bercouple..buat maksiat..kemudian ALLAH uji orang yang disayangi meninggalkan kita..Kemudian kita kecewa lantas kita menyesali keterlanjuran kita..
betapa ALLAH nak tingkatkan darjat hambanYA dengan setiap ujian dan musibat yang diberikan..
bayangkan kalau kita kaya..punyai segala-galanya..ingat ke kita pada ALLAH..kita ada rumah besa keta besa..duit..muka lawa..harta..kita akan mengadu pada Allah..kita mahu itu kita mahu ini?..doa orang kaya berbeza dengan doa orang miskin..tapi kadang walaupun ada yang kaya raya mereka masih rasa diri mereka tidak lengkap..itulah tanda kasih ALLAH kepada hambaNYA>.
DIA tidak mahu hambaNYA lupa kepadanya..
dan setiap kali diuji sedar dan jangan berburuk sangka pada ALLAH
ALLAH itu dekat dengan kita lebih dekat daripada urat di leher kita..tapi kenapa ada manusia yang diuji terus menjauhi ALLAH..
keputusan di tangan manusia itu sendiri..ALLAH berikan banyak jalan dan terpulang pada kita untuk memilih jalan yang baik..
Kalau kita rajin solat..mesti kita banyak baca surah Al-fatihah..terdapat permohonan kita kepada ALLAH agar tunjukan kita jalan yang diredhai oleh NYA..
maka dengan itu..mohonlah pada ALLAH ditunjukkn jalan yang lurus jala-jalan orang yang kau redhai bukan jalan-jalan orang yang menzalimi dirinya sendiri..
dan sesungguh...bila hambaKu memerlukan KU ketahui AKU dekat pada Mu..
Kalau kita mohon pada ALLAH, ALLAH berlari mendengar permintaan kita tapi KENAPA BILA ALLAH MEMANGGIL KITA,AKU,KORANG,MANUSIA LUPA DIRI,KITA MELEWAT2KAN SOLAT..dan BILA KITA,AKU KORANG,MANUSIA MEMOHON KORANG NAK UNDER SOPT PERMINTAAN KORANG DIKABULKAN..
aku sila amek ingat sebagai pengajaran..
DAH ABIS BACA??...DAH SOLAT BELUM?..PERGI SOLAT SEGERA..!!!
Tuesday, February 8, 2011
Bila kisah lama terungkit kembali
tapi sume itu adalah pengalaman
pengalamanlah cikgu yang terbaik dalam memimpin hidup ini..
minggu ini paling mencabar hati nuraniku
dengan bebanan tugas...dan lebih teruk luahan hati sahabat kesayangan aku
aku hampir meleleh air mata saat pagi awal semalam ketika aku sedang khusyuk merangka bajet perbelanjaan 2012,dia menelefon ku.......
mengadu kepadaku yang kekasih hati kesayangannya akan berkawen sabtu ini.
?????
gila apakah..dan kawan aku baru tahu semalam
hebat tak lelaki tu bermain wayang??.
aku terus tak boleh fokus buat kerja selepas itu..fikiran aku menerawang terbayangkan kisah tragik yang pernah aku lalui satu ketika dahulu..
CINTA TIGA SEGI..
apa pun pilihannya jika dan terjebak dengan cinta bersegi tiga ini..jawapannya sama ada ada pihak yang teraniya dan ketiga-tiganya menderita..
dan kini sahabat baikku telah terjebak dalam cinta 3 segi ini..
bakal isteri lelaki itu tidak tahu apa-apa..bakal suaminya lebih menyayangi kawan aku...dan berjanji nak menjadikan kawan aku ni isteri no2 satu hari yang tak tahu bila..
Bangang..itu je jawapan aku..
ko lelaki kalu berani..pilihlah mana yang ko nak bersama.ni kau nak kawen lain n then ko nak gak pasang lain..
kenapalah nak tamak..
cinta itu perasaan je..sayang itu pun perasaan je..dia macam makan gula kapas.manis dan akhirnya akan cair..
dan sekarang kawan aku terus berharap mahukan jua lelaki itu.. (complated gile kan)
aku serabut ni..serabut dgn keje..serabut dengan masalah ni..serabut serabut..
dan lebih kejam bila dah serabut syaitan mula mengambil kesempatan mengungkit kembali
tragedi yang aku pernah alami satu ketika dahulu..(bangang ko setan)
aku penah lalui cinta 3 segi..5 tahun aku mencintai seorang lelaki berjanji sehidup semati susah senang..jalan kaki tgh panas..berhujan..kemudiaan kehadiran cinta pertama dia yang dia baru kenal sebulan meranap kan pelamin anganku..
dan lebih kejam perempuan tu siap mention tidak akan mengalah melepaskan bekas kekasihku ini..aku cakap..eh bukan aku mangsa ke?..tapi mcm sapa yang tahu kelemahan aku ni aku jenis ok redha..korang bersamalah dan aku tarik diri..
simple kan?mereka berbahagia..dan akulah yang teraniya..
setahun dah kejadian itu..dan kawan aku yang lain membandingkan kisah kawan aku ni dgn aku..dia cakap
cuba tgk ko(aku) dulu pernah ptus cinta..tapi still alive jgk smpai sekarang..
dan kata-kata itu buat aku mula terkenang perit nak mati aku bangun balik dulu..bukan semudah kata-kata kita nak bangun kalau kita terjatuh..
aku mula fobia..mengenang saat aku meroyan dahulu kala..sapa besfren terbaik (airmata)..setiap detik waktu airmata ni mengalir..pepatah mandi tak basah tido tak lena..makan tak lalu..memang aku pernah alami..sapa pernah putus cinta..PERIT siottttttt...
TAPI..aku dah melalui fasa-fasa kejatuhan itu dengan bangkit semula..betul orang cakap ubat terbaik sebuah kelukaan itu adalah masa..dan lagi satu kita jangan pandang atau kejar benda yang kita dah lepaskan..
aku selalu amalkan ayat ni cakap..kalau kita sayangkan sesuatu kita lepaskn kalau dia kembali balik kat kita maknanya itu mmg milik kita.tapi kalau dia tak pernah kembali balik dia mmg bukan untuk kita..
dan,,bila aku terkenang saat aku royan dulu..aku jadi fobia..aku takut nak membenarkan hatiku terbuka kembali..
abaikan post ini..sebab aku tak tahu nak meluahkan pada sapa..maafkan kalau buat anda loya
congratulations sayang
melihatkan awak memakai jubah berserta topi konvokesyen daripada jauh membuatkan saya bangga..
awak dah lepas stage pertama..dan selepas ini cabaran akan lagi besar menanti awak
awak adalah lelaki yang hebat..
biarpun hebat dugaan yang melanda
awak tetap cool..
saya tahu nak melahirkan bagaimana perasaan saya tentang kejayaan awak
untuk mesej awak personally saya tak berani..
seolah-olah ada tembok besar menghalang saya..
saya tidak tahu awak membaca ini atau tidak
tapi harapan saya kepada ALLAH gerakkan hati awak untuk membaca ini
walaupun saya tiada di sisi awak..ketahuilah sayang...
saya sentiasa menyokong awak..
semoga biarpun tanpa sebarang kata bicara..
ukhwah antara kita kan terus terjalin
selagi harapan kita sandarkan kepadaNYA
akhir kata,
masa kini semakin berlalu..
tapi saya tidak pernah jemu menunggu
kalau jodoh kita pasti ketemu lagi...
amin..
with truly inside in my heart
hani
Sunday, February 6, 2011
bicara hati
kadang kita suka sangat dengan seseorang tapi orang tu tak suka kita pun
kadang kita disukai oleh seseorang tapi kita tak suka pun orang tu?
kenapa?
sebab hati kita kan..dalam badan anak adam ini ada seketul daging..jika daging itu suci maka mulialah pekertinya dan jika daging itu rusak maka segala2nya rosak..
kadang-kadang kita tak tahu pun kenapa kita suka orang itu dan kita tak dapat nak tima orang itu..
sebab segalanya adalah urusan ALLAH..walaupun hati ini dalam badan kita tapi pemilik sebenarnya adalah ALLAH..
aku pun kadang-kadang muskil..kenapa aku tak boleh terima orang yang suka aku dan suka tunggu orang yang taknak dengan aku..
bila aku lemparkan balik persoalan tu kat diri aku..aku pun tak tahu nak jawab menda..
sekarang..orang yang suka aku dah nak kawen dgn orang lain..alhamdulilah..aku ucap kat dia..aku suka sangat sebab dia akan kawen..aku tumpang gembira..tiada penyesalan yang wujud dalam hati aku saat aku tidak memilih untuk bersamanya..
paling tak boleh blah..
dia cakap "aku harap ko tak marah dgn keputusan aku nak kawen ni"..
aku cakap "lah napa lak nak marah"
dia cakap "abes kenapa ko senyap je"..ko ok tak ni?
aku cakap.. "ok lah sengal..pe hal aku nak tak ok..bagus gak ada orang nak kat ko..cam aku takde sapa nak"
dia cakap "dulu aku nak ko taknak"..
aku cakap "tak yah ungkit kot benda lama"...ini yang terbaik buat kita
ends..
aku terpikir sikap dia yang sgt baik hati,charming...dan naif..takecare..dan lain-lain ciri2 lelaki yang baik..tapi sume itu tidak mampu buka pintu hati aku..
kadang aku pikir ni karma ke..aku reject dia dan aku direject...aku tak tahu..selalu aku berdoa pada ALLAH aku tak reti memilih mana yang terbaik..dan aku pinta ALLAH pilihlah mana yang terbaik untuk aku..
dan pasti hati aku bukan untuk dia..dan mmg jodoh dia bukan aku..
tapi dia cakap tak kira apa berlaku..dia nak kami kawan foreber n eber..aku ye jekan je..
kenapalah aku tak boleh nak kawan foreber n eber dengan orang yang reject aku tuh..kadang aku menyesal...kalau lah cinta itu tak pernah wujud antara kami..pasti aku tak akan kehilangan dia..pasti dia tak yah pasang tembok besaw2 dgn aku..pasti aku tak payah sibuk tgk acount fb kawan2 dia untuk tahu perkembangan dia..pasti aku tak payah memandang dia hanya dari jauh tgk dia online tapi tak berani mesej apa-apa..
kadang aku rasa adalah lebih baik tiada permulaan antara kami supaya segalanya tidak akan pernah berakhir...kini sume tinggal kenangan...sebab kenangan dan kata-kata semangat dia buat aku kuat teruskan hidup ini sendirian..andainyalah dia tak pasang tembok antara kami..tapi kenapa aku..kenapa aku..sedangkan perempuan lain boleh je..sepupu dia..bebas je berbual dgn dia..
aku dia sampai block kat fb..sebab tak nak langsung tengok kewujudan aku..kadang kalulah aku boleh bicara sekali je pada dia dan dia mampu bersuara dan bukan diam je..
aku teringin nak tanya..
apa salah aku pada dia?.
kenapa kita tak boleh nak berkawan
dan harap dia ada jawapan pada soalan di atas...
aku cuma nak bersahabat je dengan dia..bukan ingin mencintai dia..bukan ingin bersama dia...aku hina sangat ke..sebab aku tak belajar tinggi macam dia kot..korang tahu tak..sampai hari ni aku tak pandai nak call dia..nak buat panggilan antara bangsa..aku mmg tak pandai kot kejar apa yang aku nak..aku jenis pasif..menunggu je..redha..atau lembab..
sebab itu tak sedarjat dengan dia gaknya...
macam aku nak sedarkan diri aku ni..Ya ALLAH..tolonglah..camne nak wat ni?...
pertemuan indah perpisahan pahit
saat pertemuan indah mengukir banyak kenangan yang tidak akan mungkin kita lupakan
pertemuan mengubah sesuatu kehidupan menjadikan yang kelam berwarna warni
pertemuan juga boleh mengubah diri seseorang sama ada menjadi semakin baik atau sebaliknya
sedarkah kita setiap pertemuan itu adalah berlaku atas takdir olehNYA..
sepanjang melewati perjalanan hidup ini..sudah tentu kita telah banyak bertemu dgn ramai manusia
ada pertemuan yang indah memberi kenangan manis dan ada pertemuan yang pahit memberi kesan sepanjang kehidupan..
tapi setiap apa yang ALLAH takdirkan itu ada hikmahnya..usahlah kita buta menilai apa yang tersirat di sebalik pertemuan itu..
pertemuan itu akan lebih indah dan manis jika niatnya kerana ALLAH..bertemu kerana ALLAH berkasih sayang kerana ALLAH dan kemudian berpisah kerana ALLAH..
Perpisahan...
pisah..memutuskan sesuatu..dengar sebutan sudah tentu kita terbayangkan kesakitan..yang ditanggung..tidak ada siapa di dunia ini inginkan perpisahan..kita sume mahu hidup bersama dengan orang yang kita suka apatah lagi menjadi kesayangan kita..
tapi.....
kenapa ALLAH ciptakan perpisahan?
sebab ALLAH nak kita hargai setiap detik pertemuan itu..bukankah dunia ini sementara..apa yang kita pegang kita akan hilang.selagi benda itu di genggam kita..kita dakaplah seeratnya..
just nikmati saatp-saat terindah..walaupun kita tahu kelak akhirnya kita akan terpaksa meninggalkan dalam rela..
cuti seminggu yang lalu..aku menghabiskan 8 hari bersama ibubapa,adik beradik..indahnya pertemuan kali ini..terasa dekat kami semua..dan semakin menghargai antara satu sama lain..
perjalanan takdir memaksa aku meninggalkan kampung halaman dan terpaksa merantau mencari rezeki di daerah lain..itu bukan kemahuan ku..tapi ALLAH telah menuliskan segalanya
dan sering kali aku memujuk hatiku dengan janji ALLAH ini..
"barangkali aku membenci sume ini sedangkan inilah yang terbaik buatku yang telah ALLAH tetapkan untukku"
maka hatiku yang meronta-ronta resah dan takut kembali tenang..sebab janji ALLAH tidak pernah dusta seperti manisnya mulut manusia melontarkan janji2..
saat 2,3 hari awal percutian aku menghabiskan masa bersama ibu abahku..mak is my besfren kami pillow talk sampai ke pagi bercerita tentang sume benda..malam tido bersama dan indahnya dalam tido dalam dakapan ibu..
tentang masakan pula jangan ceritalah..mak memang tukang masak terbaik..hingga punah dietku sebab tak leh tahan lah..lagipun bukan selalu..bila dah balik Kl nanti mesti tak dapat nak nikmati sume ini..
hari-hari terakhir pula aku mula menjauhi ibuku..aku mula duduk dalam dunia ku sendiri..bukan kerana ku bosan tapi aku takut aku akan kesedihan saat nanti tibanya hari aku balik ke KL..
aku takut..aku takut hidup di KL..di sini aku tiada sesiapa..hanya kepada ALLAH lah tempat aku brgantung harap..sedangkan dahulu ibubapakulah sumber kekuatan ku..tapi demi mereka aku gagahkan jugak harungi takdir ini..lagipun ini adalah masa depan ku..aku semakin meningkat dewasa sampai bila harus bergantung kepada mereka..
saat tadi aku meninggalkan mereka..mak dan abah berkaca-kaca mata mereka..anak-anak sume akan balik ke dunia masing-masing..aku berlakon je cool..sebab aku tak nak tunjukkan pada mereka aku adalah selemah-lemah manusia..
sesungguhnya akulah insan yang sedih hari ini..tapi bila sampai Kl,aku kembali sedar..ini adalah kehidupan ku..walaupun aku terpisah secara fizikal dgn kedua ibubapaku..tapi di hati tidak akan pernah meninggalkan..mereka selalu di hati..
kan dah kata tadi perpisahan itu pedih dan pahit rasanya..tu baru nak tinggalkan padahal minggu depan boleh balik lagi..tapi kalau meninggalkan selama-lamanya bukan lagi double dia punya perit..
sebgai anak yang berada di perantauan .. korang hargai parents korang selagi mereka masih ada..
kembali semula kepada pertemuan dan perpisahan dalam dimensi lain..
lewat hari ini..kita dikejutkan pengakuan jejai mengenai perpisahanya dengan fasha sahda..dan fasha dengan cool bagitahu yang dia redha dan anggap tiada jodoh bersama jejai..satu malaysia yang tak suka fasha pakat ramai-ramai gelakkan dia..what u give u get back..(jangan) jangan gelakkan orang saat orang di timpa bala.sebab kita jua akan kena gelak saat kita kena bala..
saya bukan peminat fasha tapi saya memandangnya sebagai insan..manusia yang jua punyai hati dan perasaan..
fasha kelihatan cool dan anggap tiada apa-apa berlaku..tapi di sebalik itu kita tidak tahu..peritnya dia menangung perpisahan..perpisahan itu tidak pernah muda...walaupun dibibir kita cakap ok..tapi di hati diri sendiri yang tahu..
kesan perpisahan itu mengambil masa yang lama untuk sembuh..ada yang kejap ada yang lambat dan ada yang paling kejam seumur hidup..
apa pun semua itu pengalaman..
kata kunci dia hargailah setiap pertemuan..kelak bila tiba masanya perpisahan kita tidak akan berapa sakit kerana sepanjang pertemuan itu kita telah memberikan yang terbaik untuk nya..
sebab perpisahan
ada yang berpisah sebab tidak sehaluan lagi
ada yang berpisah sebab dah benci each other
ada yang berpisah sebab untuk kebahagiaan orang lain
dan
ada yang berpisah kerana ALLAH..
biar apa yang berlaku..hidup ini tetap akan terus berjalan..
PERPISAHAN BOLEH BERLAKU TAPI KENANGAN PERTEMUAN ITU TETAP TERTINGGAL..
manusia boleh datang dan pergi..tapi kenangan itu tetap abadi..
maka..
bila masa perpisahan itu berlaku kerana ALLAH yakinlah ALLAH telah menuliskan yang terbaik untuk kita..
usah terlalu berdukacita kerana..ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA
maka jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu..
dan diakhirnya kelak nanti
JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH
BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH
PERPISAHAN ITU KERANA ALLAH
Allah akan melindungi kita saat manusia memerlukan perlindungan saat perhitungan nanti..
Insyallah..berpisah secara fizikal,suara,rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi iringan doa dan harapan di sandarkan kepadaNYA..
Saturday, February 5, 2011
tips cinta bila kena tolak
sebab ALLAH akan berikan apa yang kita perlukan untuk teruskan kehidupan
so bila sesuatu permintaan kita di tolak usah lah terlalu meroyan sedih lantas nak bunuh diri ke apa.. relaks2 sudar...tahu sakit..abes nak wat lagu mana?..
sakit cinta kena reject tidak dapat diubati dengan pil-pil perubatan keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia,atau ubat-ubat daripada jualan farmasi-farmasi kecualilah ubat yang buat anda sume tak bangun foreber adalah.(racun tikus)ubat gegat.kalau amek ubat itu memang kamu semua adalah tergolongan dalam golongan yang tak reti bersyukur..(sengal)
saya selaku yang direject tersangatlah memahami perasaan anda yang direject..
disini saya ingin berkongsi sedikit tips sekiranya cinta anda di tolak..
alah mengaku jelah..kena reject nak malu wat menda?.....
1. Menangislah sepuas hati..nages guling-guling atas katil..sampai jatuh katil pun takpe..dengan syarat kunci dulu pintu bilik..jap lagi kantoi lak satu malaysia tahu you all sume kena reject..
menangis adalah terapi yang sgt baik sebab air mata itu keluar apabila hati tidak dapat menahan lagi kepedihan dalam hati..dan gugurlah butir-butir mutiara yang tidak berdosa itu..menangis sampai air mata tu dah tak boleh keluar lagi..
n then korang akan rasa lega..
2. lepas dah puas nages pergi amek wuduk dengan segera..rawat luka yang berdarah dalam hati itu dengan basuhan wuduk..lepas itu tengok muka kat cermin..betapa bercahaya dan sempurnanya muka ciptaan ALLAH yang ada pada kita ni..jadik mengapa nak menagis lagi sebab kena reject..tiada sebarang kemusnahan pun yang berlaku pada anggota badan kita bila kita direject cintanya bukan?...
yang rosak teruk adalah bahagian dalaman..iaitu hati...perasaan dan jiwa..
3.lepas korang kena reject confrim tak dapat tido dgn lena..ok..jangan buang masa segera amek wuduk dan buatlah solat tahajud..berdoa..solat taubat betapa berdosa diri kamu..kenang balik dosa-dosa silam yang lalu..kemudian mengadulah kepada ALLAH..berzikir lah kemudian mengaji Al-quran smpai subuh..terus solat subuh..
saat ni kalau korang berjaya stay sampai subuh..korang sebenarnya dah berjaya dalam satu stage bangkit semula..Tahniah..
4.Haramkan dengan lagu cinta dunia yang melalaikan..Haramkan terus dengan lagu yang mengingatkan korang pada Dia,yang menolak cinta korang..kuat semangat untuk halang telinga korang dengan benda-benda lagha ni..sebaliknya dgrlah nyanyian AL-quran..janji2 ALLAH yang indah kepada hambaNYa yang teraniya..(saya anti lagu 4 rest of my life)maaf maher zain..terdesak..
5.pujuk hati..terima hakikat..redha lah ini sume ketentuan ALLAH..pasti ada yang lain yang DIA dah rancangkan..
6.positif thinking..bila kita direject tak semestinya kita tak bagus or tak elok..tapi sebab ALLAH nak kasi kita yang lebih baik daripada yang kita nak..sebab yang kita nak ni tak bagus untuk kita..
7.jangan bersangka buruk..jangan benci pada orang yang reject kita..doakan yang terbaik buat dia..percaya dalam hati buat kehendak dia nak reject kita tapi ALLAH yang gerakkan hati dia untuk reject kita..
8.tak paya pikir apa-apa..jaga solat wajib..buat banyak2 solat sunat..berdoa..berhajat berserah..jangan membenci tapi teruskan menyayangi walaupun cinta kita ditolak..
9.ingat pepatah ini "bila mencintai tak semestinya memiliki,dan tidak semestinya bersama..kalau betul kita mencintai si dia seikhlasnya..even dia reject kita sekalipun cinta kita pada dia tidak akan berubah..selagi kita berdaya kita akan buat dia bagia..dan jika dia bahagia bila kita tiada..bawak lah diri sejauhnya daripada dia kerana itu adalah kebahagiaan dia.. "itulah erti sebenar bila mencintai"
so..usah terlalu bersedih sebaliknya kita berdoa..dan terus berdoa..ALLAH bantulah kami..sebab kami lemah..mana kan jalan yang terbaik untuk kami pilih..
ALLAH Maha Mendengar..kepercayaan kepada ALLAH itulah amat tersangat penting..
facebook oh facebook
masing-masing pakat papar kan status yang merepek2
setiap lokasi nak hebahkan kat dunia
sampai dalam tandas pun tak akan korang nak mention dalam fb kot
dasar kejutan budaya apakah?
yang masing-masing baru nak join fb paparkan gambar-gambar yang korang bajet tersangatlah comel..
aduh..sahabat-sahabat
apa yang korang dapat lastnya
bila korang terpampang di fb itu
menjadi tontotan ribuan mata-mata berbaukan nafsu
sedar tak korang
wahai perempuan oh perempuan
aku?
Yes..poyolah cakap kalau takde fb..
aku ada gak fb..sekadar buat syarat je
untuk berkomunikasi dgn membe-membe sekolah
agar ukhwah itu tidak terputus..
dulu aku suka post menda yang baik2
tapi ramai orang keji
plastik,cober lah jadik baik
aku stop
bukan sebab aku takut hinaan mangkuk-mangkuk bermulut longkang itu
tapi mmg aku saja tak nak poyo
wey,
apa guna kita papar benda-benda yang baik tapi diri kita?
kita buat tak?
kita sempurna tak?
atau kita saje je nak suh orang tgk kita berdakwah kita letaklah post-post berbau islamik
aku tak salahkan korang yang berdakwah guna teknologi tinggi ni..tapi bergantunglah pada niat masing-masing..aku tak boleh jugde korang biarlah hanya ALLAH je yang tahu..
fb ni berhantu..
pada yang imam setipis bawang bila rasa sunyi or sepi nak cari lelaki
mulalah memaparkan gambar yang seksi-yang hot tujuan nak tarik perhatian lelaki
TAK PAYAH LAH WEY
jangan gadai imam sebab nak cari bahagia yang sementara..setan tu pantang kita lepa..so berhati-hati wahai perempuan..
perempuan yang baik aku tak cakap aku soleha..tapi yang baik dan yang cantik budi perkerti itu tidak memandang dan dipandang..
korang carilah gamba aku dalam belog ni..ada..ada?..aku berdoa semoga kecantikan dan kecomelan ku ini hanya untuk bakal suami ku..
pada perempuan yang rasa diri dia tak dipandang oleh lelaki..jangan risau sebab ALLAH ada pasang hijab depan korang untuk tak dipandang oleh lelaki yang tak baik..sebab perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik..
bila tak dipandang jangan sedih terus nak singkap tudung..singkap aurat.gelak kuat-kuat..cakap kuat-kuat semata-mata nak tarik perhatian lelaki gatal..
kita berusaha lah jadi baik..trust me ALLAH itu Maha Adil..kita kuat semangat bermujadah kerana ALLAH
tutup mana yang patut tutup..buat apa yang patut di buat..
Allah maha hebat merancang..percayalah wahai perempuan-perempuan..
dalam fb tu yah taruk gamba..buat fitnah je..wanita ni fitnah terbesar dunia lelaki.
kita sama-samalah jaga maruah kita..
jangan biarkan lelaki perkotak katikan kita
walaupun pada hakikatnya kita adalah insan yang lemah..
tapi jangan lemah imam
Friday, February 4, 2011
pasrah
aku sedar ini bukan kemahuan dia
segalanya telah tertulis di takdir
kerana aku lemah dan aku berpasrah kepada MU
bantulah aku YA ALLAH..
bila hati ini benar-benar berbisik
bantu aku..
kerana dalam hati ini tiada perasaan benci itu
bantu melontarkan bayangan nya ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
benarkan aku bahagia walaupun bukan bersamanya
dan benarkan dia bahagia selamanya..
Kasihanilah diri Ya ALLAH..kasihanlah..kasihanlah..
aku sangat lemah..dan ini adalah kelemahanku
Thursday, February 3, 2011
Aduan kepada NYA
Ya ALLAH, Ya Tuhan ku
Aku mengadukan kepadamu akan kelemahanku dan penganiyaan orang terhadap diriku
Wahai Tuhan Maha Pengasih dari sekelian manusia
Kepada siapakah Engkau ingin menyerahkan diriku ini? Apakah Engkau akan menyerahkan kepada kelemahanku yang akan dapat membinasakanku
ataupun
kepada seseorang yang bertimbang rasa yang dapt menimbangkan perkaraku
Tetapi jika Engkau tidak murka kepadaku,
maka aku tidak menghiraukan semua itu
selain belas kasihanmu itu yang lebih banyak yang aku harapkan
Aku berlindung kepadaMu demi ZatMu yang mencetuskan cahaya yang dapat menghapuskan segala kegelapan
dan yang mana digantungkan padanya segala urusan dunia dan akhirta
agar tiadalah turun ke atas diriku ini kemurkaanMu
atau menempatkan pada diriku kebencianMu
bagiMu segala rupa keredhaan sehingga Engkau Meredhai
dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah sahaja
Amin, Ya Raball Alamin
Wednesday, February 2, 2011
wahai hati
Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu.
Sedangkan dunia itu sering menipumu.
Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?
Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati,
Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa.
Setiap saat masanya adalah berharga.
Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa.
Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti..
Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..?
Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA?
Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?
Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah.
Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..
Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa.
Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah.
Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya.
Yang punya Ihsan dalam hatinya.
Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada..
sekalipun mata tidak melihat,
tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT.
sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan..
dari Tuhan sekalian alam..
Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan,
tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan.
Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa,
zat yang sempurna penuh keagungan.
Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..
”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran.
Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
Bahawasanya Allah bersama-sama mereka yang SABAR.
Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan?
Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan.
Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan.
Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan.
Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman.
Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..
Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini.
Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara..
akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..
Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya.
Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar,
mengikut sunnah kekasihNya.
Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah,
dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya,
Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya.
Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi.
Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti.
Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.
Kembalikanlah hatimu kepada Rab..
Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki’..
Segalanya hanya pinjaman untuk menguji.
Kentalkanlah semangat juangmu.
Jadilah seperti syaidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr..
Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah!
Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana,
tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya.
Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista.
Insafilah duhai diri yang lemah,
Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil..
sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.
Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah
kerana engkau insan terpilih.
ada apa dengan follow mengfollow
saya adalah seperti beruang panda
belakang ini ramai pun yang follow "ketika cinta bertasbih"
serius sapa yang follow jgn menyesal..
belog saya ini bukan belog yang serius..
tapi apa guna saya paparkan di sini
apa guna saya melaung2 hanya di belog mujahadah saya
sedangkan realiti saya?..tidak sesempurna taipan di belog saya
saya tak nak jadi plastik,saya bukan pelakon terbaik
apa yang terpapar di sini itulah tulusnya daripada ulu hati saya
cukuplah saya hanya mampu lemparkan senyuman plastik ketawa pura-pura
hakikatnya dalaman saya berperang dengan kenangan luka
saya sedang terperangkap dalam jurang cinta dusta
berkali-kali saya cuba untuk keluar
hingga kini saya terperangkap
kerana itulah lahir belog ini
belog ini memang bukan tujuan famous amous
belog ini adalah lipatan hati yang berbisik
bila mana bibir tidak mampu meluahkan
maka dibiarkan ketikan pada keyboard bersuara
akhir kata
usah menilai,jgn menghukum,jgn menyukai,apatah lagi sanjungi jua jangan membenci
belog ini cuma bila hati berbisik dan tiada telinga sudi mendengar
maafkan jika saya tidak sempurna
maafkan saya jika anda loya membaca post repek2 saya
tapi jika anda dah terbaca belog saya
maka itu sebenarnya ALLAH yang dah rancangkan
sesungguhnya yang baik,yang sempurna,yang berguna itu
hanya datang dari ALLAH
sedang sayalah yang hina cuma meminjam ehsan daripadaNYA
apa-apapun salam ukhwah salam perkenalan...saya suka siapa yang tidak mencintai dunia ini..
kalau anda pun sama...maka kita adalah sama..ALLAH dah takdirkan kita bersama..
jom kita mencintai Akhirat yang abadi
pada siapa yang sedang menderita
Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?