Pages

Tuesday, May 17, 2011

warkah untuk bakal ibu mertua ku

assalamualaikum

maafkan saya jika kehadiran warkah ini akan mengganggu ketenangan makcik sekeluarga
saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon kebenaran makcik dan pakcik untuk bernikah dengan anak lelaki makcik.
saya berkenalan dengannya setahun yang lepas di laman web facebook.pertemuan tanpa senjaga kami di laman web berkaitan aurat telah menerbitkan satu ukhuwah antara kami..

ukhuwah yang pada asalnya bernama sebuah persahabatan telah melahirkan satu perasaan aneh dalam diri kami berdua.
saya sedar dia masih di bangku pengajian dan perjalanan hidupnya masih jauh..tapi saya ingin bersama-sama dengannya dalam melayari perjalanan hidupnya..

saya terpikat dengan bukan kerana rupanya mahupun kepandaiannya tapi saya tertarik dengan bicara agamanya..semangat jihad yang ada dalam dirinya..sikap zuhud dan kesederhaannya..

sungguh saya tak berniat merampas kasihnya sebagai seorang anak makcik..saya cuma mahu berkongsi malah saya rela terletak di tempat terakhir dalam hatinya..malah sayalah insan yang paling sedih jika dia membelakang makcik dalam kehidupannya kelak..

dan kerana itulah saya ingin memohon restu makcik untuk bernikah awal dengan nya.. hubungan kami tidak seperti pasangan lain.. tanya lah dia..dalam tahun ini hanya 2 kali saya bersykper dgn dia.. malah kami tidak lagi berhubungan dalam facebook..yang ada antara kami cuma harapan pada ALLAH..

untuk pengetahuan telah banyak kali dia dan saya melafazkan kata perpisahan antara kami..secara fizikalnya mungkin kami berpisah..tanpa kata,tanpa bicara yang melalaikan..tapi hati saya masih merasai dia..

saya berusaha gigih untuk melupakan dia..mulakan hidup baru..berazam tak akan mesej dia lagi..tapi perasaan yang ada dalam hati ini adalah anugerah ALLAH.. malah saya yakin dia hadir dalam hidup saya jua kerana takdir ALLAH.. mana mungkin saya menafikan segala-galanya..
saya insan yang lemah..

saya faham hubungan dan perasaan ini adalah terlarang..dan kerana itu dia,saya membina dinding besar untuk menghalang antara satu sama lain untuk terus hanyut dan mengkhayalkan lantas membinasakan kami berdua.

dengan itu saya dengan rendah dirinya memohon untuk menikah dengan anak makcik..saya redha kalau makcik tak setuju atau tak sudi terima saya sebagai menantu..tapi sekurang2 ini adalah usaha saya.. saya jua rela pergi andai makcik tak merestui hubungan ini..sebab saya taknak dia jadi anak derhaka..takpe makcik jalan risau..saya faham hukum dunia ini.. hidup ini datang dan pergi..tanya lah dia..bagaimana dia mengajar saya untuk redha tentang kehidupan..

cuma memohon izin ini adalah usaha saya untuk menghalalkan hubungan kami..kalau makcik tak setuju..saya faham dan saya rela dan redha lepaskan dia..dalam masa setahun ini.. anak makcik datang dan pergi dalam hidup saya.. saya dah cukup tabah untuk menerima hakikat jika permohonan ini tak di terima. dia pernah mengajar saya..yakinlah dengan takdir ALLAH..kalau takde pasti ada yang lain yang terbaik yang ALLAH dah sediakan untuk kami berdua.

cuma yang pasti saya tak sanggup kehilangan dia sebagai seorang sahabat..dia lah yang memberi impak ke atas perubahan saya hari ini..

makcik saya benar-benar ingin bersama dia..bukan kerana nafsu..tapi kerana saya cuma taknak kami tergolongan dalam hubungan terlarang..izinkan kami bersama..saya ingin menjadi yang halal untuknya..yang mententeramkan jiwa remajanya yang dapat menhalangnya ke lembah yang hina.. saya ingin menjadi pendorong semangatnya..menjadi semangat dalam kegiatan dakwahnya..kami cuma ingin bersama untuk mengapai redha ilahi.. dan kerana itu kami ingin memohon restu dari makcik dan pakcik..

andai kami bernikah segera..sudah pasti tiada apa yang menghalang kami dari merindui antara satu sama lain..tiada fitnah lagi antara kami..saya dah tanya dia sama ada dia benar-benar nak bernikah dan dia dah setuju..dia yang suruh saya minta izin dengan makcik..yakinkan makcik.. selama kami berhubungan pun dia masih cemerlang dalam pelajaran..hubungan antara kami tidak melalaikan tanggungjawab dia sebagai seorang pelajar..saya harap dengan pernikahan kami berdua bukan sahaja menyatukan dua hati tapi dua keluarga..saya cuma nak menyayangi makcik dan pakcik seperti mana kasihnya saya kepada kedua ibubapa saya..

makcik,
benarkanlah kami bersama..kami taknak bertunang sebab bertunang bukan tiket menghalalkan hubungan antara kami..kami nak bernikah.. apa yang saya belajar.. zina itu haram jika nak dibandingkan dengan cerai.. talak itu halal tapi dibenci ALLAH..saya tidak berdoa hubungan kami berakhir dengan talak.tapi nikah itu menghalalkan yang haram iaitu zina..saya dan dia takut dengan kemurkaan ALLAH atas zina.maka izinkanlah kami bersama dengan cara yang halal..

sekian, dahulu penjelasan saya tentang hasrat saya ini.. makcik pikirlah sedalamnya..percayalah saya bukan nak merampas kasih anak makcik saya cuma mahu berkongsi kasihnya malah saya tak kisah jika saya bukan pertama dalam hati nya..makcik lebih layak untuknya.. bukan saya..

ikhlas dari hati..
________________________

5 comments:

  1. awk..saya akn doakn awk ye..
    insyaallh segalanya dipermudahkn..
    mari bedoa sentiasa...doa tu senjata org islam..
    sangat tulus hati awak..saya pon nk ajar hati saya macam tu jgk la

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..kau eratkanlah hubungan silaturrahim antara keluarga ku dan keluarganya..walaupun kedua keluarga belum pernah bertemu, pasti mereka dapat beramah mesra dengan baik jika ade kesempatan dan peluang untuk berjumpa nanti..
    Ya Allah..jadikan lah aku sebahagian dpd keluarganya..
    Ya Allah..kau yang maha pengasih lagi maha penyaynag..
    sesungguhnya Engkau adalah pemberi rahmat..
    Ya Allah..Ya Tuhanku

    -sab-

    ReplyDelete
  3. teman..
    aku sdg merindukan keluarganya..
    tahan diri utk tak talipon maknye..
    makcik..pakcik..sehat?

    ya allah..berikanla kesihatan yg baek kpd mcik dan pcik..murahkn dan luaskn lah rezeki mereka..dan lindungilah mereka dari perkara yg tidak diingini..

    -SS-

    ReplyDelete
  4. Kenapa kamu nak tahan diri lak dari mesej family dia
    Kalau aku mesej jelah..
    Kau percaya aku masih memesej dengan ibubapa ex aku dulu
    mak bapak dia tak salah pada aku
    jangan cipta jurang kebencian sebaliknya
    ciptalah kasih sayang
    kadang satu mesej
    berbunyi
    assalamualaikum
    pun dah buat seseorang itu bersemangat untuk hidup
    Lagipun kita tak rugi apa-apa pun kalau saling bertanya kabar sesama islam
    Sama ada dia nak reply ke tak biar lah urusan dia dengan ALLAH
    Yang penting niat kita.. kita nak jaga siratulrahim antara sesame muslim
    Ingat soklan ketiga yang malaikat Tanya dalam kubur..
    SIAPA SEDARA-MARA KAMU
    Kalau kita saling berbalah sesame islam, kita dah failed soklan itu
    Dan bersedialah menghadapi hukuman terbaik

    ReplyDelete
  5. Betol...kekadang dgn 1 msj saje da buat kite ase cm berbunge hati riang...
    tak tak..ku tak mahu cipta jurang silaturrahim itu..malah aku mendoakan agar jalinan silaturrahim ini berpanjangan shgga aku dapat menjadi sebahagian dpd keluarganya..

    -SS-

    ReplyDelete