Pages

Tuesday, March 8, 2011

hebat sgt ke si pemanas baran

marah..
adalah satu intipati yang ALLAH letakkan dalam jasad setiap anak adam
bila terlalu suka meluahkan perasaan marah
kita akan rasa hebat bila kita berkuasa marah orang lain yang tak sempurna

marah/panas baran adalah miliki maksud yang sama
melepaskan satu bentuk emosi perasaan kepada manusia lain
untuk kepuasan diri sendiri

contoh
marahkan nyamuk habes bakar kelambu

apakah kesudahan daripada membako kelambu itu
adakah nyamuk itu mati atau kita akan lihat debu2 kelambu itu bertebangan
itulah implikasi akibat kemarahan kita
sia-sia..nothing

sama lah seperti bila kita marahkan seseorang
tanpa kita sedar kita telah menghuris perasaan manusia itu
sapa dalam dunia ini suka kena marah?
tiada bukan?

kalau kita tak suka kena marah
jangan mudah melepaskan perasaan marah itu
simpanlah dan kemudian redakan dengan air wuduk
api panas baran itu daripada syaitan
hapuskan dia dengan air wuduk

adakah lebih kejam
bila mula2 marah kemudian caci tengking makin
dan diakhiri dengan kepuasaan fizikal dengan memukul sepak terajang
ada perempuan sanggup kena sepak terajang sebab sayang

for me lelaki yang melepaskan kemarahan pada perempuan
dengan tindakan fizikal adalah lelaki yang amat loser
sebab korang nak tunjuk jantan dengan insan yang memang lemah
bacul ke apa pukul perempuan???

n then kalau perempuan itu perempuan yang kau kata ko sayang dia
tapi kenapa kau sakiti dia?
lagilah kalau perempuan itu isteri kau
perempuan yang menjadi teman hidup kau
boleh tergamak kau menyakiti dia??

kemudian ko insaf minta maaf dan keadaan kembali seperti biasa??

kau silap besar..

ada orang kata..luka yang kita boleh nampak senang nak baik sapu ubat kuning ke minyak gamat ke

tapi jika kau huris hati seseorang luka memang tak nyata tapi kesan dia tertinggal untuk seumur kehidupan

nasihat aku kepada tukang panas baran

apa kata setiap kali korang marah..amek paku kemudian ketuk2 di sebuah dinding papan
amalkan terapi ini
insyALLAH berkesan
dan apabila telah berkesan cabutlah paku2-paku daripada dinding kayu itu
lihat itulah kesan di hati orang yang kau marah tanpa kau sedar

jangan marah pada benda yang tak sepatutnya kita marah
tegurlah secara demokrasi dan kasih sayang
bukankah itu lebih baik...
marah itu setan
kenapa nak ikut perangai setan

Saturday, March 5, 2011

bahasa kesunyian

ada orang kata sunyi itu indah
ada orang kata sunyi itu mendamaikan

tapi bila dalam satu masa yang lama kita terperangkap dalam kesunyian
sebenarnya bunyi sunyi itu lebih bising daripada bunyi bising kita selalu dengar

dalam satu ketika
it fine kalu kita memilih untuk single tapi dalam satu masa yang panjang
bunyi sunyi itu terus menggangu kehidupan manusia itu
dan saat itu kita sebagai manusia perlu menghilang bunyi kesunyian itu

jgn menafikan lah wahai manusia
sekalipun kamu alim ulama
tapi bunyi sunyi itu tetap akan menganggu kamu

sedangkan Nabi Adam pun sunyi tanpa Hawa
inikah pula kita sebagai manusia??

kerana itu adalah hukum alam
manusia itu di jadikan berpasangan

lantas kini lihatlah bagaimana manusia itu menghilang kesunyian
ada yang memilih jalan mensesatkan
menggadai imam,menjaja maruah atas kerana tidak tahan dengan bunyi sunyi yang membingit
dan ada juga
yang memilih menghapuskan bunyi sunyi itu dengan mendekati kepada cinta yang satu..iaitu ALLAH...

tiada sesiapa di dunia itu mahu hidup berteman kan sepi
tiada..aku pasti tiada
tapi bila masa nya kesunyian itu belum mahu pergi
bersabarlah
sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar
janganlah kamu menggadai iman lantaran tidak sanggup menanggung kesunyiaan itu

sunyi itu sebenarnya sungguh bising
yang selalu membuatkan warna dunia ini kelam berkelabu
tapi nikmati kesunyian itu seadanya
kerana
biasanya bila kesunyian itu pergi
kita akan pula merinduinya

Wednesday, March 2, 2011

dia rindukan arwah suami dia

menaip sambil hujan dan perasaan hiba

si suami telah meninggalkan dunia ini secara tiba-tiba
sadis saat itu umat islam sedang dalam 8 hari lagi mahu menyambut aidilfitri
dan saat si suami menghembuskan nafas terakhir nya adalah di pangkuan isterinya.............
..............................

kejadian itu 31 Ogos 2010

dan hingga kini isteri nya masih merindui arwah suaminya...
it hurts sangat2

sebab aku pernah terjebak merindui seseorang yang hanya pergi sementara
aku boleh paham perasaan merindu seseorang itu

setiap saat aku menanti dia
menunggu dia
jika aku on ym..on skyper..
adalah matlamatnya adalah menunggu dia
setiap hari aku tunggu tanpa jemu
ada kala aku bosan..apa sebenarnya yang aku tunggu
aku pun tak tahu
tapi aku tetap menunggu dan merindui dia

kadang aku berdoa sehingga berjujuran air mata
aku bagitahu pada ALLAH YA,ALLAH aku rindukan dia
kadang Alhamdulilah dia mesej jgk
walaupun hanya ucap salam
aku dah bersyukur sangat

tapi bayangkan dia..sang isteri itu
merindui arwah suaminya
mana mungkin arwah suaminya akan kembali
mungkin lagi pedih rindu yang sang isteri itu tanggung berbanding aku

moral of story ~ kalau kita rasa kita dah cukup derita or terseksa...percayalah ada orang lain yang lebih menderita daripada kita

ALLAH tak akan ujia ujian yang hambaNYA tak mampu untuk pikul..kalau kita di duga..percaya ALLAH dah tahu kita boleh hadapi ujian itu..

tapi sayang...
aku telah keluar dari zon gelap merindui itu
aku bukan bosan..
cuma aku nak teruskan perjalanan aku yang telah lama terhenti

buat aku yang selalu aku tunggu

Maafkan..aku telah berlalu..seperti kemahuan kamu..

selamat tinggal dunia

kalaulah kita bisa memilih itu
mahu kamu semua meninggalkan dunia ini
dunia yang penuh tipu daya
dunia yang penuh dengan undang2
dunia yang penuh dengan........................

tapi sudah cukup ke bekalan ku kesana
hingga nanti aku berjumpa yang MAHA SATU
layakkah cinta ku yang penuh debu ini
untuk ku persembahankan

gaya penulisan yang berbau putus asa

aku mula bosan dengan dunia ini
hidup di tengah ibukota
hiruk pikuk tikam tujahan pangkat darjat jadi taruhan
aku lemas

aku rindukan dunia ku dahulu
ye..walaupun sunyi..di pendalaman kekampungan tapi aku sudah cukup sempurna
aku rindu
tiap saat aku rindu

tapi aku gagahkan juga
ini ujian ku
aku perlukan kekuatan
mohon ALLAH kasihan aku dan kirimkan aku dan kamu kekuatan

jika hidup ini kita bisa memilih
kita pasti rasa segala pilihan kita adalah terbaik
tapi sebenarnya apa yang ALLAH takdirkan itulah yang terbaik
kini aku mengatur langkah mengikut arahan alam tentang takdirku
ALLAH lindungi aku dari putus asa..............

dan ingin selalu aku pergi meninggalkan dunia ini tanpa bercadang mahu kembali
dan aku yakin seperti biasa tiada sesiapa akan peduli mengenai ketiadaanku...

;-(

Sunday, February 27, 2011

HaraPan

ada apa dengan harapan?
pernah kamu,kamu,anda,kalian berharap kepada sesuatu...
dan sebab adanya harapan itulah kamu sekalian gagah nak teruskan kehidupan ini
harapan itu umpama satu cagaran kepada kita..atau dalam bahasa kasar sikit gambling
kita tak tahu hidup kita ini adalah pilihan
derita atau bahagia
pilihnya
adalah diri kita

harapan
pula ada
terdiri daripada
pemberi harapan dan yang berharap pada harapan
pemberi harapan ada dua pilihan
derita atau bahagia seseorang adalah di tangan dia
dah berharap pula
sama ada terus berharap atau berhenti berharap
dah move up your life

tapi pernah korang diberikan harapan kemudian korang di tinggalkan tanpa sebab tanpa alasan yang kukuh..........

kejam bukan?

itulah pilihan sipemberi harapan..menghadiahkan sebuah penderitaan kepada yg berharap padanya

akulah tulah
aku takpenah melutut merayu pada dia
please love me
tapi
ko tawarkan aku macam2...
aku ke yang slow sebab percaya
atau ko kejam pilih jalan itu?

nasihat aku

pada yang nak berikan harapan
berhentilah memainkan hati dan perasaan orang yang berharap
Ko
bukan manusia ke
yang takde perasaan?
ko
dinding ke
bila ko biarkan sipenunggu itu terus menunggu?
nasihat aku
cuba ko tunggu bus kat tempat yang takde bus nak berhenti
tgu bus itu sampai datang..
apa perasaan ko??

biar ko kenal erti
PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN

lebih kejam ko cakap jangan tunggu ko
tapi ko kembali balik play the game
apa ko bukan manusia ke
ko mahluk asing yang singgah jap kat bumi ke?

itu luahan perasaan aku...dedikasi untuk manusia yang beri harapan kemudian blah camtu je..HEBAT sgt ko..taniah..

ini nasihat aku..

Kepada si pemberi harapan...

bayangkan ko melihat seorang yang buta..kemudian ko bermurah hati kasihan tgk dia buta..pastu ko cakap dengan si buta itu ko nak hadiah sepasang mata ko....

bayangkan perasaan si buta itu??...............................

tapi bila kau balik gumah hati ko berubah..ko tak jadi dermakan mata ko...

aku harap satu hari nanti ko akan buta nescaya ko akan rasa perasaan si buta itu..

harapan ni sebenarnya kehidupan
sebab ada haraplah kita kuatkan semangat nak teruskan hidup

contoh kes
putus cinta tapi bangkit balik sebab harapan untuk bagia itu ada...

betapa hebatnya sebuah harapan itu..mampu mengubah yang kelabu berwarna warni bak pelangi
yang masam bertambah manis dan yang paling indah adalah memberi harapan bagia sesudah derita.........

maka dengan itu kamu semua usahlah bermain-main dengan harapan..

hari ini kamu musnah kan harapan orang adalah tidak mustahil di hari akan datang harapan korang pula punah

pada yang tak berani beri harapan..ambil langkah bijak..jangan permainkan-mainkan harapan orang sebab...ada yg sanggup tunggu seumur hidup sebab dijanjikan harapan bagia..tapi last2 korang just cakap maafkan saya..

sian beb..jgnlah buat gitu
contoh kalau kita rasa orang itu tak serasi dengan kita..awal2 lagi kita dah mention...jgn tawarkan sebarang harapan..sebab kalau kita tanak tapi kita kasik kasik harapan dia akan menderita

lebih baik dia derita waktu kita lafazkan...saya rasa kita tak mungkin bersama lebih daripada seorang kawan..dia tahu kita reject dia..yang bestnya dia sedih time itu..lebih baik kn daripada dia sedih sepanjang hayat dia..dengan kita menipu dia sedangkan..dia memang takde harapan dalam hati kita...

dan last sekali

KALAU KITA LETAKKAN HARAPAN KAT MANUSIA KAT DUNIA INI KITA AKAN SEDIH AKHIRNYA TAPI KALAU KITA BERHARAP PADA ALLAH,INSYALLAH ALLAH AKAN TUNAIKAN HARAPAN KITA ITU..

lastly musabahlah diri kita
kita banyak berharap kat manusia atau kita lebih berharap pada ALLAH..

Friday, February 25, 2011

menyesal

ke belakang ini
aku banyak pikirkan hal dunia
kejar cinta manusia

aku disebelungi rasa bersalah-salah sangat2
aku banyak buang masa dengan perkara lagha
maka dengan itu

aku mahu keluar daripada fasa kelabu ini
pada semua yang pernah berharap
jangan terlalu mengharap...sebab apa yang ALLAH bagi itu,itulah untuk kita
kalau takde pasti ada yang lain dah di sediakan untuk kita

bayangkan aku dah hidup dalam fasa kelabu dari julai 2010 hingga 25 februari 2011
bayangkan berapa banyak air mata yang telah aku bazirkan
bayangkan berapa banyak rindu yang telah aku lukiskan
bayangkan berapa banyak penderitaan yang aku rasakan
bayangkan berapa besar harapan yang aku laung2kan

aku menyesal

aku tido selama ini..aku hidup dalam mimpi..aku macam pungguk yang rindukan bulan
sedangkan bulan itu langsung tidak berperasaan..

mempermainkan / memberi harapan......dan melukakan

kini dah tiba masanya..aku basuh muka kaki dan mandi

selamat tinggal fasa mengharap/merindu

kita tidak akan kenal erti makna cinta sebenar selagi kita tidak pernah mencintai diri kita sendiri.

sesungguhnya baru aku sedar.......segala-segala perasaan yang aku lalui cuma..perasaan persinggahan sahaja.

esok matahari akan muncul..dan aku perlu warnakan kanvas kehidupan ku..ALLAH dah tunjukkan jalan..keputusan itu di tangan aku sendiri....


berhenti lah mengharap.....bila kita tahu ALLAH dah signal dia bukan untuk kita

Thursday, February 24, 2011

maafkan

salam
maafkan jika saudara/saudari membaca post sengal saya sebelum ini
tentang rumit gila..kelakar pun ada.. (boleh tak ajar camne nak link kan)


di post ini saya stori pasal pertemuan kembali dengan admire saya sekolah rendah..
urmmmmm..............
saya??...
uhu
aku rasa ini adalah ujian buat aku
dulu aku terlibat dalam pertubuhan single mingle dan polisi kami kami tidak akan rampas hak orang lain..
dua kawan aku dah tersungkur bila mana tegar memilih untuk merampas yang bukan hak mereka..
rujuk post terdahulu..........

dan semalam aku rasa bersalah
aku tertarik dengan dia sebab dia kacak berbanding dulu masa zaman sekolah
apa ada pada rupa??

aku tak nak terlibat benda2 yang rumit ini
last aku remove dia dari friend list
lantak lah ko nak cakap aku sumbunk ke apa
aku takut gile..
dia dah kawen dan bini dia lak jauh.
so mereka jumpa wekend je
bini dia lagi tua daripada dia

maafkanlah kalau post sebelum ini
aku seperti hilang pedoman
lantas korang sume mesti menilai aku ni perempuan jahat...

aku tak kisah korang nak pikir apa
kita ni manusia biasa...
tak lepas daripada buat salah
atau salah pilih jalan
selalu korang puji aku nyer entry best,ler.

sebenarnya aku tidak sesempurna mana
aku pinjam ehsan daripada ALLAH je
aku tak nk hipokrit bila korang baca blog aku
korang akan assume aku terlalu suci daripda dosa2

tak........tak.......tak

aku manusia biasa
aku menyesal bila mana aku biarkan nafsu menguasi aku

dan alhamdulilah
aku semakin dah rasa tak bersalah bila aku mula pandai ingore atau pasang block pada lelaki yang cuba nak menghampiri aku

ohsungguhpun aku ingin menikah tapi tak akan aku nak rampas yang bukan hak aku kemudian aku bangga istiharkan oh aku bahagia......

it no my ways..........jgn rebut2

Allah dah tetapkan bahagian kita..InsyALLAH

maafkan aku,sebab aku tak sesempurna mana........

so hidup ini kembali sepi sunyi kembali...........tapi best..