Pages

Sunday, January 30, 2011

PEMINDAHAN ORGAN MENURUT ISLAM

Seorang doktor (pensyarah) bertanyakan saya tentang hukum pemindahan atau derma organ. Agak sukar untuk saya menjawab kerana ia isu yang agak rumit dan banyak berlaku khilaf di kalangan ulama'. Doktor berkenaan memberitahu saya bahawa penerima organ kebanyakannya adalah di kalangan orang Islam.

Untuk menjawab persoalan ini, saya tertarik dengan kertas kerja yang disediakan oleh saudara Zaharuddin Abd Rahman (Jamiah Yarmuk, Urdun). Berikut adalah petikan sebahagian tulisan beliau:



Menurut Fatwa Majlis Majma Fiqh, hukum mengenai isu berkaitan derma dan pemindahan organ adalah seperti berikut:

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga. Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorang pesakit pesakit lain. Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-

i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilang-upayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya. Hukumnya : HARAM, kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia Hukumnya: HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya Hukumnya: HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.


2. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas Hukumnya:

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-

i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

1 comment:

  1. kasihan..abes camne?..kalau kita dah tahu ada penyakit camtu jgn lah menderma.. huhuhuhu.. tiba-tiba sgt sedih..sedih...bersyukur

    ReplyDelete