Pages

Thursday, January 27, 2011

An-Nisa’...



Fitrah hiasan dunia
Fitnah dunia Ar-Rijal
Halus perasaanmu
...Ingin disayangi, dibelai, dimanja
Dan kutahu dia juga begitu
Cinta itu fitrah
Jangan cemari dengan fitnah!

Jika benar kau mencintainya kerana Allah
Takkan kau bisa melunakkan suara
Tusukkan panahan menggoda
Kerana kau tahu
Itu bisa menggoyah iman Ar-Rijal
9 akal 1 nafsu
Namun nafsu yang sentiasa beraja
Takkan kau jadikan sang nafsu itu
Raja nafsu yang menggila
Kerana kau tahu
dia akan terjerumus dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila
Adakah benar kau mencintainya kerana-Nya?

Ar-Rijal...!

Andai kau mencintainya
Cintalah kerana-Nya
Letakkan Dia melebihi cinta si dia
Andai kau menyayanginya kerana-Nya
Kau takkan bisa menggodanya
Kerana kau tahu
dia punya 9 nafsu 1 akal
Mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu

Andai kau mengasihinya kerana-Nya
Kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan
sebelum pernikahan
Ber“abang-sayang”
Menyentuhnya walau yang “ringan”
Kerana kau tahu
Itu menghampiri zina
Dan kau tahu
Tempatnya di api menjunam
Na’uzubillahiminzalik

Apakah benar kau mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

An Nisa’…Ar Rijal...!

Ku mengasihimu lillah
Pesanku ikhlas lillah
Cinta tak salah
Fitrahnya suci
Anugerah Allah
Peliharalah ia
Dengan malu akan Allah
Dan takut akan murka-Nya

Andai Allah kau utamakan
Kau takkan gelisah
Andai dia lumpuh tanpa berita
Bisu tanpa suara

Walau teknologi di depan mata
Kau takkan rindu
Walau tak bersua
Kau takkan kecewa apatah gundah
Andai bait cinta tak terluah
Kerana kau tahu
dia menyimpannya khusus
Untuk yang dipertemukan
buat pertama kalinya!
Kerana kau yakin Allah yang terbaik
Akan Allah temukan yang terbaik jua untukmu

Andai dia yang terbaik untukmu
Akan Allah satukan jua hatimu dan hatinya
Hanya dengan aqad yang sah
Menghalalkan yang dulunya haram
Meniup barakah
Dalam redha Allah
Terurai lafaz kian tersimpan
Buat pertama kali dan arakiannya

Andai benar jodoh kau dengannya
Yakinlah!
See More

No comments:

Post a Comment