salam semua..
kesibukan hal dunia terkadang buat belog ini tidak terupdate
bukan tidak sayang belog ini
cuma kalau betul nak menulis
hanya mampu tulis yg isi bukan sampah sarap
walaubagaimanapun
anda sume boleh membaca pekikan suara hati saya di sini
Tiada cinta di sini
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." (Al-Hijr : 98-99) Cinta bertasbih untuk misi mencari cinta abadi
Wednesday, September 28, 2011
Monday, September 5, 2011
kitab cinta kita bermula
Ini adalah senaskhah kesedihan yang saya tuliskan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain.
Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna.
Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia.
Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku.
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.
Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya.
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka.
Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita.
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud.
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..
Salam dari gembala rindu,

Friday, September 2, 2011
Kau boleh memekak apa sahaja
bila time raya ni sebenarnya ada time berjumpa dengan sanak saudara yang memang dah jarang2 jumpa..
dah lah nak jumpa setahun sekali
then bila jumpa .. wajib ada soalan yang kita taknak jawab atau sejujurnya tak tahu nak jawab apa..
dan lebih teruk sesi kutuk mengutuk umpat mengumpat banding membanding pun akn berlaku..
kau dah makin hebat kau dah makin lawa kau dah keja besar ko dah keta besar..
kau bila nak tunang kau ni busy memanjang kau ni belahalalalaha.. suck siot
dan aku?
aku tak tahulah tahun ni genap tahun kedua aku beraya dengan status single.. CONFIRM single.. sebab aku dah tak de nak harap or wait sapa2 la
tentang perasaan aku tentang hari raya..
sejujur nya sama sahaja.. tiada yang teruja or istimewa
pada aku hari raya hari kemenangan... pegertian syawal itu tidak hanya mengambil kira memakai baju cantik2 kasut berjenama prada.. handbeg berjenama guess.. n so on lah..
tapi tengok sekarang bagaimana syawal di sambut..
pada aku syawal aku kini kian bermakna sebab aku dah duduk jauh daripada family so ada lah mood exticed nak beraya tu..
hari raya tahun ini disambut indah bila kami adik beradik yang masing bersepah2 di serantara malaysia berkumpul satu meja dan makan bersama2 di pagi..
perasaan itu indah sangat.. YA ALLAH aku bersyukur..
dan kemudian sebelah tengahari wajib aku dan keluarga pergi ke rumah sanak saudara..
dalam hati dah berbunga bahagia.. yelah jumpa setahun sekali kan..
tapi bila sampai... perkara utama aku ditanya "MANA PAKWE KO"...1 SOALAN Aku jawab dengan senyuman manis..
masuk ke area dalaman sikit.. WEY mana PAKWE ko?? 2 soalan haram yang kedua.. aku dah start macam bengang pun ada.. tapi berkat aku teringat aku sedang beraya aku tabahkan hati.. aku senyap... dan menghadiahkan senyuman...............................
dan sampai di kawasan dapur...
oi cakap nak tunang.. mana pakwe ko>??...
aku senyap.. dan bersalaman then korang pikir apa aku buat?
blah camtu nak terus nak balik gumah nagis??
oh2.. silap2... aku duk relaks n sempat makan mee soto lagi.. masing2 dok pakat duk sebelah aku ushar apa yang terjadi antara aku dan si dia...
BAYANGKAN.. BENDA YANG AKU MEMANG DAH LUPA YELAH DAH DEKAT 2 TAHUN.. DI UNGKIT DAN MINTA JELASKAN..
aku jawab dengan nada orang yang bersabar.. dah tade jodoh.. dah lama dah putus..
masing2 diam tujahan terus tujahan soklan kenapa mengapa dan bagaimana..
aku senyap dan hadiahkan senyuman..
dan paling best sepupu aku sorang tolong jawabkan..
AKAK NAMPAK DIA KAT TESCO MELAKA TENGAH TOLAK STROLL BABY DAN WIFE DIA TENGAH BUAT SUSU..
aku sengih lagi.. aha he already married..
itulah dugaan terindah aku di pagi hari raya tahun ini........
korang sume boleh memekak apa sahaja.. tapi aku dah janji dengan diri aku, kenapa aku nak down diri aku..
DIA BAHAGIA..ALHAMDULILAH PERGORBANAN AKU BERBALOI BILA TAHU ORANG YANG PERNAH AKU SAYANG BAHAGIA..
kenapa aku harus menangis.. ok tipu nages banyaklah gak kan...
1. terasa diri sangat hina.. ex dah kawen dulu.. ye.. aku ditinggalkan bukan meninggalkan..
2. prasangka buruk orang ramai tentang aku..
3.niat nak berjumpa saudara mara terbantut dan hati jadi kotor dengan kebencian..
menangis itu wajib sebab apalah daya aku mampu lakukan.. aku sedar dahulu aku salah terlalu show off my ex di khalayak saudara mara... dan si ex ni pula terlalu baik hati mengambil hati saudara mara.. aku sedar dulu aku banyak buat salah.. banyak buat dosa.. tapi itu dulu..
kenapa korang hukum sejarah aku sedangkan aku dah berusaha menjadi yang lebih baik..
entah.. kadang aku rapuh.. manusia ini dan dunia ini terlalu kejam untuk aku..
tapi inilah yang aku kena tempuh..
mereka menyangka aku pelbagai perkara
mereka mentertawa atas kegagalan hubungan aku
mereka arghhh...
aku rapuh terjatuh luluh dan seerti dengan nya.. air mata jadi teman kembali,.
malamnya aku bangun biarpun sungguh keletihan..
aku mohon pada ALLAH jika bahagia itu tiada untuk ku di dunia ini cukuplah hadiah kan aku kekuatan untuk hadap semua ini...
jangan palingkan hatiku kerana aku tetap memilih jalan MU..
pagi2 nya aku bangun dengan tenang.. dan aku merasakan
PANDANGAN MANUSIA ITU SELALU SALAH.. BERBAU PRASANGKA DAN DUSTA
TAPI PANDANGAN ALLAH ITU LEBIH UTAMA..
harus aku peduli pandangan manusia itu padaku?
harus aku rapuh dengan kutukan2 itu?
ye mungkin aku masih hina.. tapi biarlah ALLAH sahaja yang menilaiku..
Indeed, aku memang sedar aku hamba yang HINA.. ALways be mine..

Thursday, September 1, 2011
kita yang selalu membuat salah
manusia di jadikan dari tanah
manusia itu lemah dan kadang hina
manusia itu memiliki nafsu
yang membuat manusia itu sentiasa tidak bijak dalam membuat sebarang keputusan
aku jua begitu
biar seberapa kental dan kukuh aku membina tembok pertahanan dalam hati ku
tapi aku rebah jua dalam jatuh cinta...
berdosa aku bila mana aku merasai perasaan jatuh cinta atau sayang kepada yang selayaknya ia jua manusia
aku tidak tahu
andai ini satu dosa.. aku mohon keampunanNYA
aku cuba.. aku tipu dan aku berlari perasaan itu tetap terbit
cinta insan ini anugerah ILAHI.. tidak berlaku segalanya tanpa izinNYA
disebabkan kelemahan aku
kadang aku melampaui batasan ku
kadang aku menrindu dia lebih dari aku penciptaKU hinanya aku bukan
kadang aku meningati dia lebih dari aku berzikir memuji penciptaKU hinanya aku bukan
hati ini kadang melampuai batasan..
nafsu turut membuak
mujur iman yang tipis bergolak gadai membimbing aku
kadang aku rebah.. sakit tapi aku tetap nak bangun
aku telah jauh dalam perjalanan ini
doaku
YA ALLAH jangan kau palingkan hatiku ini setelah kau tunjukkan aku jalan yang lurus
jangan kau biarkan kelemahan ku ini.. menjerumuskan aku ke lembah kehinaan..
tarik aku dan bimbing aku YA ALLAH

Tuesday, August 16, 2011
Dedikasi terakhir buat kamu
berakhirnya sudah kisah kamu dalam kehidupan ku
Demi ALLAH yang MAHA mengetahui
tiada penyesalan sepanjang ukhwah ini..
ALLAH takdirkan kamu pasti ada hikmah nya
dan aku bersyukur aku nampak hikmah itu
Ini adalah entry terakhir untuk mu
Dedikasi terakhir untuk kamu
Dan utk setiap helaan nafas,
yang selalu ada kamu,
aku matikan.
Dan untuk seluruh hati,
yang diisi oleh kamu telah aku kosongkan.
Dan untuk memori fikiran,
yang penuh dengan kamu aku padamkan.
Dan utk segenap jiwaku,
yg penuh dgn beribu harapan telah aku kuburkan.
pergilah dgn laju, dan jangan menoleh aku lagi.
Buat kamu ..
aku menyayangi mu kerana ALLAH
aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu
telah kau hilangkan agama itu
maka telah hilanglah cintaku padamu
Selamat tinggal..selamat segalanya2..
aku tidak pernah pergi..
tapi cukuplah..telah ku berikan terbaik untuk kamu
izinkan pula aku menyebarkan kasih sayang ku kepada yang lebih memerlukan..
maafkan..
ini yang terakhir dan aku pasti yang terakhir
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday, August 10, 2011
Harapan sempena Ramadhan ini
Bismillahirrahmanirrahim,
“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri.” Doa nabi Zakariya Surah Al-Anbiya, ayat 89
Kemudian, baca pula
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah, aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisi-Mu Ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu Ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisi-Mu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisi-Mu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
NamunYa Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah, maka Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutan-Mu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memakbulkan Doa, Tuhan Yang Maha Penentu Jodoh, jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah.”
Lepas tu, dengan hati yang penuh rasa harap dan tawaddu’, bermunajatlah dengan munajat di bawah ni pula
“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.”
Lepas tu, baca pula doa
“Ya Allah, Engkau berikanlah hamba-Mu ini seorang suami/isteri yang soleh/solehah sepertimana telah Engkau jodohkan Kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah dan ‘Aisyah, Ali dengan Fathimah, Ibrahim dengan Sarah dan Hajar, Adam dengan Hawa dan Yusuf dengan Zulaikha.”
Diikuti pula dengan bacaan doa
“Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, cukuplah Engkau saja Ya Allah, yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan hamba-Mu ini sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu akan menjuruskan hamba-Mu yang lemah ini ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, berikanlah hamba-Mu ini seorang pasangan yang beriman, supaya hamba-Mu ini dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan berikanlah pada hamba-Mu yang hina ini keturunan yang soleh dan solehah lagi mulia. Perkenanlah wahai Tuhan yang Maha Pemurah, makbulkanlah wahai Tuhan yang Maha Pengasih, kabulkanlah wahai Tuhan yang Maha Penyayang.”
Amalkanlah doa dan munajat di atas, insya Allah, Saadah akan bertemu dengan seseorang yang akan membahagiakan Saadah di dunia dan Akhirat, insya Allah.
Apabila sudah bertemu, berkenan atau bercinta dengan seseorang, amalkan pula membaca doa
“Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Melindungi, Maha Benar, seandainya telah Engkau catatkan (sebut nama pasangan) akan menjadi teman hidupku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengasih., seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi, Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan untuk melontar jauh bayangannya agar hambaMu ini bisa berbahagia walau tanpa dia.
Dan Ya Allah yang Tercinta, gantikanlah yang telah hilang dariku dengan yang lebih baik, Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat hamba-Mu ini kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.”
Semoga saya dan sahabat-sahabat tershayan bertemu jodoh yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Friday, August 5, 2011
Kerana Diri Mu Begitu Berharga.. Wanita..
Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Juga
buat perempuan-perempuan yang masih terluka.
Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!
Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat. Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!
Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.
Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah.
Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.BEKAS? Tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.
Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi.Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya. Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya!
Juga saya mahu kongsikan nasihat daripada teman sekelas.Buat yang masih menderita kecewa kerana kisah silam jahiliyyah. Katanya:
'Saya fikir cara untuk lupakan kenangan silam yang menyedihkan hati hanyalah dengan mewujudkan lebih banyak kenangan manis yg menggembirakan hati. Semakin banyak kenangan manis dalam ingatan, maka semakin kurang signifikan kenangan pahit tersebut. Hakikatnya,kenangan pahit itulah yg menjadikan kita lebih kuat dan tabah.Bagi manusia biasa seperti kita, ternyata kita tak boleh delete kenangan pahit tersebut namun kita mampu meletakkan memori tersebut ke sudut minda yg paling dalam. Salah satu caranya ialah dengan berkongsi kisah sedih tersebut dengan orang lain. Mungkin kenangan pahit itu terperangkap dalam minda separa sedar kita, sehinggakan kita merasakan bahawa kenangan itu sering menghantui diri kita. Dengan menceritakan kenangan itu kepada orang lain, penjara minda kita seolah-olah terbuka lalu membebaskan banduan kenangan silam yg menyedihkan itu, bagaikan burung yg dilepaskan dari dalam sangkar, terbang bebas di angkasa lalu masuk ke dalam awan dan terus hilang. Setelah itu, memori pahit itu akan terperosok jauh ke dalam minda dan tidak akan menghantui kita lagi.'
(Muhammad Syaman)

Subscribe to:
Posts (Atom)