Pages

Sunday, July 24, 2011

mencipta keikhlasan

apa itu ikhlas?

Apa itu ikhlas?

IKHLAS adalah, sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,

AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!

Lalu apa sahaja yang kita buat kerana Allah, itulah ikhlas.
Dan apa sahaja yang kita tak buat kerana Allah, itulah ikhlas.

Senang cerita, apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!
Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.


dan mengapa harus ikhlas

dalam setiap amalan kita, berikhlaslah, tanpa ikhlas, segala amal menjadi sia-sia..

dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar. InsyaAllah..

Manakala orang islam yang tidak iklahs, Allah akan cabut hidayat dari dirinya..

Kita selalu dengar cerita paderi kkritian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad.. OH!

Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidatyat kepada dua UMAR, satu adalah anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?

Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.

Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..

Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..

Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.

ada apa dengan ikhlas..

ikhlas datangnya dari niat dalam hati kita
sucikan hati kita barulah niat yg baik itu wujud

ikhlas itu walaupun kita buat baik tapi orang tetap kutuk kita kita tetap istiqomah buat kebaikan itu kerana ALLAH

ikhlas itu walaupun kita menyayangi sahabat kita itu sendiri tapi sahabat kita itu tetap melukai kita, kita tetap terus sayangkan dia itulah ikhlas...

tanya diri anda

sanggup tak anda buat kebaikan dengan orang yg pernah menghancurkan hati anda?

last...
katanya jika ingin bahagia lakukan ini kerana ALLAH..

‘Ingatlah 2 Perkara, Lupakan 2 Perkara’

•Ingatlah kebaikan orang kepada kita
•Ingatlah Kesalahan kita kepada orang
•Lupakan kebaikan kita kepada orang lain
•Lupakan kejahatan orang kepada kita

Cipta keikhlasan sejati


Keikhlasan merupakan pangkal yang menjadi sebab amal diterima. Kerananya, jarang sekali majlis pengajian Syeikh yang tidak menyebutkan tema ini.

Di antara pesannya,

“Kalian harus ikhlas dalam beramal. Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian lakukan. Jangan pernah mengharap ganti dari pemberian kalian itu. Beramallah kerana Allah. Jadilah orang yang mengharap redha-Nya.” (hlm 82)

Menurut Syeikh, niat merupakan petunjuk rasa ikhlas. Tuturnya,

“Ketika kalian berbicara, berbicaralah dengan niat yang tulus. Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus pula. Kerananya, setiap amal yang tidak diawali niat, amalnya akan sia-sia.” (hlm 119)

Kemudian, Syeikh menunjukkan ciri-ciri ikhlas.

“Di antara tanda ikhlas, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain.” (hlm 190)

Ikhlas itu juga tidak disertai dengan rasa sombong.

“Sedikit pun kalian jangan sombong terhadap amal, kerana kesombongan itu dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian itu,” katanya suatu kali. (hlm 201)

Mengapa? Seandainya tidak ada pertolongan-Nya, kita pasti tidak akan pernah mampu bersabar, melaksanakan solat dan berpuasa. (hlm 179)






sedikit sumber dari kereta mayat : apa itu ikhlas

dan sedikit sumber daripada mutiara hati

selebihnya datang kebaikan itu daripada ALLAH swt..

No comments:

Post a Comment