Pages

Saturday, April 23, 2011

CINTA KERANA ALLAH

Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata
“Cinta kerana Allah”
Aku baru mendengarnya
saat aku mengenali mu
Lalu seperti apa
“Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan
“Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …

Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….

Amin.

Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)

Wahai sahabatku yang sangat ku cintai kerana ALLAH..aku terlalu merindui

1. mendengar bacaan Al-Quran mu
2. kata-kata hikmah nasihat mu
3.kata-kata pujukan kamu membimbingku
4.saat - saat kita bertemu di lewat-lewat malam
dan
5. senyuman serta smile eyes kamu bila kamu ketawa

Sungguh aku rindu kamu demi ALLAH..tapi aku takut bicara ke semua itu...

aku takut ALLAH akan murka..

Yakinlah aku mencintai mu kerana ALLAH..dan ALLAH masih menganugerahkan perasaan ini dalam hati ini..

namun usah kau risau..telah ku tetapkan had dan batasan..

kerana cinta yang utama dalam hati ini..adalah kepada ALLAH semata-mata...

semoga kamu jua begitu...

kelak di akhir waktu...kita kan dipertemukan..

jika bukan di dunia ini... di saat seluruh manusia mengharapkan perlindungan di hari akhirat..

saya berdoa..walaupun awak telah jauh..semoga rahmat ALLAH sentiasa di sisi awak..

AMIN

2 comments:

  1. Saya sangat tertarik dengan hoby anda, sama dengan saya. By the way. Saya maennya Senin Malam. Futsal That my hoby too

    ReplyDelete
  2. maaf saya dah lama tinggalkan futsal..
    rasanya tiap manis seorang gadis berlarian-larian di tengah khalayak ramai untuk mengejar sebiji bola..

    sekarang hobi saya buat kek.

    ReplyDelete