Pages

Saturday, April 30, 2011

bukan kerana memilih

cuti i mei..ku ambil kesempatan pulang ke kampung halaman
waktu berjalan-jalan melawat kawasan kampung terserempak dengan kawan-kawan lama..
di akhir perbualan sempat dia berpesan nanti kalau kawin jgn lupa jemput dia..

aku ~ insyALLAH..tapi tak tahu bila../ takde calon lagi..akk carikanlah leh tak? (nada bergurau)

dia ~ urmm tak kan org cantik dengan comel cam ni takde sapa nak.. mesti MEMILIH ni..

aku ~ tersipu2..ish mana ada akak ni.. dan aku terus berlalu..

MEMILIH CALON???

urmm..aku tanya diri aku sndiri betul ke aku memilih......

dan hati ku berkata..

sudah tentu..

aku rasakan aku seperti bunga yang cukup indah.. ye..semua wanita ciptaan ALLAH adalah sekuntum bunga yang indah..dan bunga yang indah jika diberikan pada monyet ianya akan dihancur2kan tapi jika kita beri bunga yang indah itu pada yang pandai menghargainya bunga tersebut akan kekal mekar sepanjang zaman.. (seseorang pernah memberitahu perkara ini)

jika kita adalah bunga yang indah...relakah diri kita diberikan kepada mereka2 yang hanya mahu mempermainkan/menghirup madu/merosakkan dan menghancurkan kita?..

hidup ini adalah pilihan bukan perjudian..

ALLAH berikan kita banyak pilihan dan kita harus bijak memilih yang terbaik..

bohong kalau aku cakap tiada kumbung yg sudi untuk mendekati..tapi aku memilih aku memilih tentang agama...

kau tak perlu tunjukkan kereta kau
kau tak perlu highlight perkerjaan kau
kau tak perlu beli aku dengan kemewahan

aku cuma mahu satu..

kau menjaga solat kau seperti kau jaga nyawa kau..

dan itu sudah cukup pada aku..

dan lebih istimewa kalau kau sudi bangun sama-sama di tengah malam kita dating sama-sama dengan ALLAH..

tapi..

yang basic jaga solat pun tak lepas.. camne aku nak bersama kau..

bila aku rasa kau bukan untuk ku.. hubungan kita fullstop.
tapi bila hati aku kuat katakan kau untuk ku.. hubungan kita terpisah jauh tapi harapan nak bersama itu aku letakkan pada ALLAH..

bila aku biasa reject org..org yang aku sayang kerana agama reject aku pula..

KArma orang kata..tapi aku tak kisah.. aku tak kisah direject sebab agama.sebab dia takut dia terlibat dengan maksiat..

malah aku bangga bila kau menolak cintaku kerana ALLAH

sampai sekarang aku masih hormat akan dia..walaupun tiada lagi harapan untuk kami bersama tapi..aku tetap bangga ada jua lelaki yang sanggup pilih cinta ALLAH berbanding perempuan..walaupun aku tahu dia derita..aku derita kami derita..dia tak payah tipu..dia derita..kami derita..

akhir kalimah kata-katanya..

awak jaga diri awak saya jaga diri saya..dan ALLAH akan jaga kita.. kalau bersama itu terbaik untuk kita walaupun terpisah sekalipun ALLAH akan satukan kita..

dan aku fahami

Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,
apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang Maha Esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang ,
tak semestinya perlu dipegang,
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...


aku tak memilih..tapi jika dalam hati kita ini sudah kita pilih cinta kerana ALLAH kenapa kita harus cemari dengan cinta nafsu semata-mata.. dan kerana itulah tiap kali aku berharap..

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku memilihnya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa

Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya

Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

No comments:

Post a Comment