Pages

Saturday, October 30, 2010

Kisah sepasang kurung hijau berbutang dua



Kisah ini mengisahkan sepasang jiwa seorang di Malaysia dan seorang lagi di Korea dengan takdir ALLAH secara tiba-tiba si jejaka ini melamar si gadis itu..dek kerana terpikat dengan penampilan si jejaka yang sangat beragama..mungkin memberi sinar kepada gadis tersebut kembali mencari jalan yang lurus menuju cinta yang satu...dan ketika itu berputik lah cinta kedua mereka..perasaan saat bahagia..oh indahnya cinta..masing2 saling mengingatkan supaya jangan lalai..tanpa pernah ada sebarang pertemuan.masing-masing hanya berhubung menggunakan teknologi maya..tapi hebatnya kuasa ALLAH cinta itu lahir tanpa memerlukan sebarang pertemuan fizikal..oh subanallah..

Bila masa sedang menganyam cinta barulah jejaka ini sedar..bahawa bercinta sebelum nikah itu haram hukumnya..dan mengambil keputusan untuk berpisah..berpisah tanpa menjelaskan sebab pada gadis tersebut..bayangkan gadis tersebut yang masih naïf tentang agama dibiarkan sendirian mencari jalan..padahal pada mula jejaka itu berjanji untuk membimbing gadis tersebut..tapi gadis ini tetap tabah melalui kehidupan..dia teruskan kehidupan..buat orang sekeliling gembira kerana itulah kebahagiaan buat si gadis itu..tapi hatinya yang luka berdarah dipendam..gadis tersebut hanya mengadukan kepada ALLAH...dan sinar kesabaran dalam jiwa gadis itu semakin menyerlah...dia semakin sabar dan tabah melalui kehidupan itu sendiri..dan pada satu hari si jejaka tersebut kembali semula dalam hidup jejaka itu..dan mahu mencintai gadis itu kembali..gadis itu sangat luhur dan percayakan jejaka itu..percaya pada janji-janji jejaka itu tapi akhirnya sayang sekali lagi jejaka tersebut meninggalkan gadis tersebut..benar apa yang penah di ungkapkan oleh jejaka itu kepada gadis itu.bila kita letakkan harapan pada manusia kita akan hampa tapi bila kita berharap pada ALLAH kita tidak akan dikhianati..

Dipendekan cerita pada hari raya yang lepas gadis tersebut..telah menghantar sepasang kurung hijau cekak musang kepada kekasih hatinya di Korea..dan pada butangnya dia hanya meletakkan dua pasang butang..dan gadis itu mengambil keputusan untuk menyimpan 2 lagi butang baju itu... kerana gadis itu berharap semoga satu hari nanti dia sendiri akan ketemu bersama kekasihnya itu untuk menyerahkan dua lagi butang baju tersebut untuk menglengkapkan baju kurung tersebut.. simbolik pada butang itu adalah si gadis itu berharap dialah akan menglengkapkan hidup si jejaka itu..hari terus berlalu..walaupun jejaka itu sibuk dan tidak ada masa untuk gadis itu..tapi gadis itu tetap tabah menantinya..dan di sebalik penantian gadis itu...jejaka itu secara tiba-tiba meminta supaya jangan menunggu lagi dia kerana dia merasakan perbezaan dalam hubungan itu..dan jejaka itu berkata kerana mencintai gadis itulah dia terpaksa meninggalkan gadis itu..

Gadis tersebut membaca mesej tersebut dengan tabah..hati kembali berdarah2 dihiris2..dalam benak hatinya apakah salah ku,,adakah kerana aku ingin menyayanginya itu satu dosa.?persahabatan itu satu dosa?...mesej jejaka itu tidak terbalas..tapi gadis itu tidak pernah berhenti mendoakan jejaka itu..selalu dalam doanya mengharapkan kesejahteraan lelaki itu..hati gadis itu berkata..mencintai itu dan menyayangi itu bukan bermakna kita harus memiliki..asalkan orang yang kita cintai dan sayangi itu bahagia..dia gadis itu berkata..kerana mencintai awaklah saya akan tetap tunggu awak..kali ini lebih lama mereka berdua berpisah dan membawa haluan masing2..tapi gadis itu masih tidak dapat melupakan jejaka itu..setiap hari tidak pernah tinggal nama jejaka itu dalam doanya...

Dan benarlah kata Saidina Ali..jika kamu bersabar kamu tetap akan dapat dan kamu mendapat pahala tapi jika kamu tidak sabar marah,kamu akan tetap dapat tapi kamu tidak mendapat apa-apa.

Berkat kesabaran gadis itu,akhirnya jejaka itu secara tiba-tiba menghubungi gadis itu..Allahuakbar..bayangkan masing-masing menghilang diri tanpa kabar berita dan jejaka itu kembali untuk menagih cinta gadis itu...ibarat mimpi yang indah..betapa berbunganya hidup gadis itu..tapi sayang...akhirnya jejaka itu meninggalkan kembali gadis itu..hancur luluh hati gadis itu..tapi dia masih sabar dan tabah..katanya ini semua dugaan dari ALLAH untuk menguji tahap kesabarannya..sedikit pun tiada rasa marah dan benci kepada lelaki itu..malah masih tabah lagi gadis itu bertanya apakah yang jejaka itu mahukan di hari lahirnya..tapi sayang tiada respon daripada jejaka itu..kejadian ini sudah lali kepada gadis tersebut..diberikan harapan kemudian dipermainkan..tapi kenapa gadis itu langsung tiada perasaan benci kepada jejaka tersebut...dan apakah motif jejaka tersebut mempermainkan perasaan si gadis itu?..gadis itu tidak berdendam malah berdoa kepada ALLAH janganlah ada sesiapa yang akan melukakan hati jejaka itu biarpun berkali-kali jejaka itu mempermainkan perasaannya..kerana gadis itu beranggapan dialah yang bersalah..mungkin gadis itu yang terlebih berharap kepada jejaka itu..oh..........hati gadis itu sangat tabah..sangat kuat..

Akhirnya setelah puas berpikir..gadis itu mengambil keputusan..apa yang dilalui bersama jejaka tersebut adalah sebuah mimpi..mimpi yang sangat indah..sekalipun indah apabila tersedar segalanya hanyalah angan-angan...lalu gadis itu mengambil keputusan..mungkin jejaka itu telah menemui 2 lagi butang untuk melengkapkan baju kurung hijaunya itu..dan gadis itu merasakan jejaka itu tidak memerlukannya lagi dalam kehidupannya..lalu mengambil keputusan untuk berpijak di bumi yang nyata..2 butang baju yang masih ada pada gadis tersebut,dibuang dan kesan-kesan kenangan yang terpahat dalam hati gadis itu dimusnahkan..

Hingga sekarang..jejaka itu masih tidak mengetahui mengapa gadis itu hanya memasang dua sahaja butang di baju kurung hijau..kerana..bila masa gadis itu mahu menceritakan nya..jejaka itu akan mengambil keputusan untuk hilang dan berpisah..andainya jejaka tersebut membaca warkah ini..ketahuilah.. gadis itu ingin sekali memberitahu kepada jejaka tersebut..awak telah menglengkap hidup saya..tanpa kata,tanpa suara,tanpa kepastiaan..saya tetap menanti cinta awak..kehilangan awak langsung tak mengubah cinta saya..tapi bila saya lihat awak tak memerlukan saya sudah sampai masannya kita terus berpisah untuk selama-lamanya...akhir kata gadis itu masih tetap tidak berhenti putus-putus mendoakan kesejahteraan jejaka tersebut..biarpun itu..mungkin ruang hati untuk jejaka tersebut sudah tiada lagi..dan harapan gadis itu..jagalah baik-baik baju kurung hijau tersebut..dan jika ketulusan hati benar-benar ada..jejaka itu akan merasai pada baju kurung hijau itu penuh kasih sayang daripada seorang gadis itu..dan sekalipun perpisahan itu berlaku lagi gadis itu tetap tidak dapat melupakan jejaka tersebut..mana mungkin gadis itu dapat melupakan jejaka tersebut..sebabnya dahulu jejaka tersebut suka menyuruh si gadis ini memakai stokin tangan..tapi gadis tersebut sangat benci stokin tangan..tapi manusia itu berubah kini gadis itu tidak mampu lagi meninggalkan stokin tangan..dan setiap kali memandang stokin tangan pasti bayangan jejaka itu terlintas di pikiran gadis itu..oh...

Jika kamu membaca kisah ini..doakanlah gadis itu menemui kebahagiaannya kerana dia terlalu tulus untuk di sakiti..gadis itu selalu berkata hidup ini terlalu singkat untuk membenci..dan cubalah menjalani hidup tiada hari tanpa kasih sayang...

Saya harap saya mampu menjadi seperti gadis itu..amin..


No comments:

Post a Comment