Pages

Thursday, September 23, 2010

Perubahan itu perlu ~ Penghijrahan itu sempurna

Sempena berakhirnya ramadhan bermakna satu penghijrahan perlu di lakukan. Maka dengan itu maka belog kamu dijenamakan semula berdasarkan peribadi tuan milik belog ini iaitu aku..aku yang bukan sesiapa pun Cuma hambaNYA yang lemah di sisi ALLAH.

Bulan ramadhan yang pergi meninggalkan 4 juta kesan dalam hidup aku.banyak sudah aku rasakan aku perlu berubah dan mulai berakhirnya ramadhan yang lalu aku dengan ini berjanji tidak mahu lagi berbicara mengenai soal duniawi semata-mata.biarlah belog ini menyimpan segala himpunan nota-nota agama buat panduan diriku sendiri sebagai pedoman hidup menuju jalan terakhir nanti..

Dan yang pasti aku menulis bukan kerana nak duit,gelemer,publisiti or kasih sayang manusia.,,tapi apa yang akan aku tulis dalam belog ini selepas saat ini adalah berkaitan apa yang manusia pandang tapi aku akan cuba rungkai melalui apa pulak yang aku lihat…
Dan yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk huduh,sengal, itu datangnya dari diri yang hina ini…



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN

2 comments:

  1. mcmana lau yg brubah dri yg baik kepada yg lebih teruk?hurm

    ReplyDelete
  2. Wahai …………………………… binti ……………………………
    mudah-mudahan Allah Taala memberi rahmat akan kamu,
    ingatlah, bahawa dunia dan segala perhiasanya telah hilang daripadamu,
    dan sekarang kamu telah masuk ke alam barzakh,
    inilah dia tempat permulaan tempat masuk ke alam akhirat,
    maka jangan lah kamu lupakan janji yang mana kamu telah keluar daripada dunia,
    dan kamu telah masuk ke dalam bahagian negeri akhirat,
    iaitu menyatakan dan menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
    dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya,
    maka datang kepada kamu dua orang malaikat,
    iaitu Munkar dan Nakir yang diperintahkan Allah untuk memeriksa kamu,
    ketahuilah kamu, bahawa keduanya itu makhluk Allah,
    sebagaimana kamu jua adalah makhluk-Nya.
    Dan apabila bertanya keduanya siapa Tuhanmu?
    Dan siapa nabimu?
    dan apakah pegangan kepercayaanmu?
    dan atas apakah kematianmu?,
    maka jawablah dengan terus terang, iaitu,
    Allah Tuhanku,
    Nabi Muhammad penghuluku,
    Islam agamaku,
    kitab Quran ikutanku,
    Kaabah kiblatku,
    sembahyang fardu kewajipanku,
    dan sekalian orang islam itu saudaraku,
    aku hidup dan aku mati di atas kalimah:
    LAILAHAILALLAH.

    Berpeganglah kamu wahai…………………………………………,
    dengan ini hujjah,
    dan ketahuilah bahawa kamu akan tetap di alam barzakh ini hingga hari kiamat,
    dan ketahuilah pula, mati itu perkara yang sebenarnya,
    dan mesti ditemui oleh tiap-tiap makhluk
    dan soal Munkar dan Nakir di dalam kubur itu sebenarnya,
    demikian juga bangkit semula daripada kubur,
    dihisab amalan melalui titian siratalmustaqim
    semuanya benar,
    dan hari kiamat tetap akan datang dengan tiada syak lagi,
    dan Allah Taala akan membangkitkan semua orang yang di dalam kubur,
    dan dihitung akan segala kerja dan amalan mereka itu
    apa yang telah mereka buat di dalam dunia.

    p/s ~ apa kata u sedekahkan talkin ni kat org yang berubah dari baik itu kepada jahat.sesesungguhnya mati itulah penasihat yang terbaik sekali..

    ESOK BELUM TENTU LAGI MILIK KITA..kita adalah milik ALLAH yang DIA lebih berhak atas kita..SEDARLAH apa yang kita miliki sume ini adalah PINJAMAN..ye pinjaman..dah pinjam mesti kena pulang balik...ok..

    SEMOGA ORG ITU TAK JADI lah berubah jadik jaat,,amin..

    ReplyDelete