Pages

Saturday, September 25, 2010

ikhlas

apa itu ikhlas?
kau orang leh explain kan tak?
bila buat baik kalu heboh-heboh pun tak guna tak ikhlas..ALLAH tak terima pun?..
ish2 mana lah kau orang manusia leh take over tugas ALLAH nak nilai ALLAH terima ke tak amalan korang.
Tapi itulah sentiasa bisikan syaitan yang bisik kat telinga korang bila korang nak buat baik..

apa kata korang PERSETANKAN jelah sume itu..ikhlas ke tak..itu bukan tugas kita sebagai hamba,khalifah kat muka bumi ini,

yang penting kat sini adalah ISTIQAMAH..bila korang dah setat buat benda yang baik.contoh menderma...menderma mengikut kadar bayaran yang ditetapkan..korang bising2 jgk tapi kau orang tetap bayar..

Jangan risau kebaikan yang kita buat walaupun sebesar zarah ALLAH tetap akan balas dengan kebaikan..

berbalik kepada contoh tadi jika menderma,hari-hari kau orang derma..mula terpaksa derma..tapi sebagai manusia ini jika kita dan terbiasa buat sesuatu benda itu kalu kita tak buat kita akan rasa serba tak kena..dan saat itu sebenarnya kebaikan itu telah mula sebati dalam hati kamu..dan itulah namamnya kemanisan imam sudah mula terpancar dalam hati sanubari korang.

1. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA HATI TAK SUKA?

bila di suruh buat sesuatu, contoh pergi solat jemaah, atau baca al-quran,bayar derma sambutan hari raya dan apa sahaja perintah Allah, mereka nak tunggu hati ikhlas dulu, baru boleh buat. iaitu hati suka untuk buat amal tu, jika hati tak suka dan mengerjakan dalam keadaan terpaksa, maka mereka faham itu adalah tak ikhlas.

Selalu ungkapan mereka:

“Kalau paksa, tak guna juga, sebab tak ikhlas”..ye inilah yang golongan berpangkat besar mempersoalkan dalam meting semalam mengenai kadar bayaran kena bayar derma..meraka kata tak guna menderma kalu TERPAKSA....oh malunya aku..melihat kamu semua bakal mayat yang sombung..yang riak yang berlagak yang menjadikan alasan IKHLAS untuk beramal..kalulah hati korang boleh nampak nikmat pahala yang korang derma kan itu...mesti korang nak bayar 10 kali derma yang korang BERAT sgt nak bayr lebih.


Hampeh! Siang malam kena tipu syaitan.

Woi orang kampong! DIRI SENDIRI pun

Tunaikanlah perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi ikhlas, walaupun hati kita tak suka melakukannya.

Adakah korang ingat mereka yang pergi masjid berjemaah tu dah hoby mereka pergi masjid macam korang punya hoby kumpul stem?

Adakah korang ingat mereka yang baca al quran tu dah hoby mereka baca quran macam korang punya hoby suka baca blog?

Adakah korang ingat mereka yang pergi berdakwah tu dah hoby mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hoby pergi mancing tinggal anak bini?

Padahal..
Mereka telah bermujahadah menetang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam amal..

Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah..,

Moralnya disini, syaitan akan buat usaha untuk kita rasa beban dalam amal, bila rasa beban dan malas muncul, adakah itu tanda tidak ikhlas? Jangan jadi bodoh, teruskan buat amal baik, sama ada suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah kita buat, dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan bila dah istiqamah tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..

Aku ulangi:

Taatlah perintah Allah sama ada suka atau tak suka, sama ada ringan atau berat.
dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan di waktu tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu....

No comments:

Post a Comment