Pages

Wednesday, August 4, 2010

GIVE UP ITU SEBENARNYA YANG MEMBUNUH



Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa tersengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk itu tetapi tidak berdaya. Dia menjerit tidak ada siapa yg mendengarnya.

Kedinginan mula menyerap ke dalam tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yg akan menyelamatkannya?

Setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yg datang. Kali ini pekerja itu benar-benar putus asa. Dalam hatinya terdetik kali ini matilah aku.

Dirasakannya kedinginan bilik itu semakin menggigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada sesiapa pun yg akan datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping note dan dia mula menulis...surat wasiat!!

Dalam surat wasiat itu dengan sedih dia berpesan dan memberi amanat kepada isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yg dirasakannya saat itu, termasuk sejuk menggigil yg mencengkam hingga ke tulang.

Keesokkan harinya, apabila pintu bilik sejuk itu dibuka oleh beberapa pekerja yg lain, mereka terkejut melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat ditangan. Dan mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? Kerana kesejukkan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin dibilik itu sejak semalam telah dimatikan!

PENGAJRAN : Putus asa menyebabkan ramai manusia mati sebelum mati. Malah ada yg mati berkali-kali sebelum mati yg sebenar. Hiduplah selagi hidup. Berusahalah, berjuanglah berbekalkan satu harapan. KEEP HOPE ALIVE !!!!!

No comments:

Post a Comment