tulus, masih segar dalam ingatan aku..
'abang tak kisah kalau dia khianati cinta abang selepas ini'
baby terlalu setia sangat..
setia.. adakah itu satu dosa sayang..
cerita ini untuk kamu..
Berikut luahan hati seorang suami yang kecewa mengingatkan kisah
silam isterinya yang kelam. Walaupun begitu dia begitu mencintai
isterinya dan mengharapkan rumah tangga mereka bahagia biarpun hatinya
dibelenggu kerunsingan.
Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun
kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum
berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang
besar dan jarang bergaduh.
Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah
terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan
terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya
dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya
berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.
Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya
pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan
sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya
dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali
datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya,
dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa.
Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah
berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk
melakukan semua itu.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan
pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan
pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki
dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya
saya ketahui setelah kami berkahwin.
Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk
menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa
mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah
rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama
mereka berjumpa.
Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk
memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas
masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia
selalu.
Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan
begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan
saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia
melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu?
Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini
telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan
lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah
dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan
sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya
sepenuh hati.
Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah
kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami
tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama
kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut.
Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan
kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka
bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.
Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak
menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang
kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami,
saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia
tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.
Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini
kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya?
Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam
masa sama, tidur dengan lelaki lain!
No comments:
Post a Comment