Pages

Saturday, May 19, 2012

menulis itu satu keindahan

telah lama blog in terbiar bersawang.. tiada lagi kedengaran suara-suara hati terlayar di sini..
telah mengambil terlalu banyak masa mengejar dunia yang tiada henti..
kadang ku bicara dengan diri sendiri
aku kah insan seperti semalam
atau sebenarnya aku telah berubah menjadi insan lain
yang terhakis hanyut dalam arus dunia penuh kepura-puraan

aku menyayangi diriku
aku bersyukur atas takdir ini
betapa segala nya indah ALLAH menulis takdirku
menguatkan aku
semalam tinggal kenangan
yang kekal bersemadi dalam ingatan
biar jauh ke mana ku terbang pergi
aku masih sedar bumi ku pijak..
aku pergi aku merubah
agar landasan itu tidak aku langgari
sedang aku cuma hambaNYA
yang kadang terpesong dari landasan ku

aku cuba tidak membenci
tetapi fitrah manusia ku
ALLAH tetap mengirimkan perasaan itu dalam ruang hatiku
aku harus kuat..
perjalanan ku semakin jauh
tanggungjawab di bahu semakin ku sisip kemas

aku sebagai hambaNYA
aku sebagai seorang anak
aku sebagai seorang pekerja
aku sebagai seorang manusia

banyak sungguh tugasan yang terpikul di bahuku
kini aku mahu terus berlari
tiada ruang untuk ku renung kisah semalam

semoga tulisan ini adalah dari hatiku
yang aku sendiri muskil
adalah hati ini masih setulus dahulu

masa tak pernah berubah,,tapi manusia yang berubah
begitu jua aku