Pages

Wednesday, September 28, 2011

Saya jua di sini

salam semua..

kesibukan hal dunia terkadang buat belog ini tidak terupdate
bukan tidak sayang belog ini
cuma kalau betul nak menulis
hanya mampu tulis yg isi bukan sampah sarap

walaubagaimanapun

anda sume boleh membaca pekikan suara hati saya di sini

Tiada cinta di sini



Monday, September 5, 2011

kitab cinta kita bermula

Ini adalah senaskhah kesedihan yang saya tuliskan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain.

Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna.

Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia.

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku.

Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.
Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya.

Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka.

Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita.

Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud.

Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..

Salam dari gembala rindu,

Friday, September 2, 2011

Kau boleh memekak apa sahaja

bila time raya ni sebenarnya ada time berjumpa dengan sanak saudara yang memang dah jarang2 jumpa..

dah lah nak jumpa setahun sekali

then bila jumpa .. wajib ada soalan yang kita taknak jawab atau sejujurnya tak tahu nak jawab apa..

dan lebih teruk sesi kutuk mengutuk umpat mengumpat banding membanding pun akn berlaku..

kau dah makin hebat kau dah makin lawa kau dah keja besar ko dah keta besar..
kau bila nak tunang kau ni busy memanjang kau ni belahalalalaha.. suck siot

dan aku?

aku tak tahulah tahun ni genap tahun kedua aku beraya dengan status single.. CONFIRM single.. sebab aku dah tak de nak harap or wait sapa2 la

tentang perasaan aku tentang hari raya..

sejujur nya sama sahaja.. tiada yang teruja or istimewa

pada aku hari raya hari kemenangan... pegertian syawal itu tidak hanya mengambil kira memakai baju cantik2 kasut berjenama prada.. handbeg berjenama guess.. n so on lah..

tapi tengok sekarang bagaimana syawal di sambut..

pada aku syawal aku kini kian bermakna sebab aku dah duduk jauh daripada family so ada lah mood exticed nak beraya tu..

hari raya tahun ini disambut indah bila kami adik beradik yang masing bersepah2 di serantara malaysia berkumpul satu meja dan makan bersama2 di pagi..

perasaan itu indah sangat.. YA ALLAH aku bersyukur..

dan kemudian sebelah tengahari wajib aku dan keluarga pergi ke rumah sanak saudara..
dalam hati dah berbunga bahagia.. yelah jumpa setahun sekali kan..

tapi bila sampai... perkara utama aku ditanya "MANA PAKWE KO"...1 SOALAN Aku jawab dengan senyuman manis..

masuk ke area dalaman sikit.. WEY mana PAKWE ko?? 2 soalan haram yang kedua.. aku dah start macam bengang pun ada.. tapi berkat aku teringat aku sedang beraya aku tabahkan hati.. aku senyap... dan menghadiahkan senyuman...............................

dan sampai di kawasan dapur...

oi cakap nak tunang.. mana pakwe ko>??...

aku senyap.. dan bersalaman then korang pikir apa aku buat?
blah camtu nak terus nak balik gumah nagis??

oh2.. silap2... aku duk relaks n sempat makan mee soto lagi.. masing2 dok pakat duk sebelah aku ushar apa yang terjadi antara aku dan si dia...

BAYANGKAN.. BENDA YANG AKU MEMANG DAH LUPA YELAH DAH DEKAT 2 TAHUN.. DI UNGKIT DAN MINTA JELASKAN..

aku jawab dengan nada orang yang bersabar.. dah tade jodoh.. dah lama dah putus..

masing2 diam tujahan terus tujahan soklan kenapa mengapa dan bagaimana..

aku senyap dan hadiahkan senyuman..

dan paling best sepupu aku sorang tolong jawabkan..

AKAK NAMPAK DIA KAT TESCO MELAKA TENGAH TOLAK STROLL BABY DAN WIFE DIA TENGAH BUAT SUSU..

aku sengih lagi.. aha he already married..

itulah dugaan terindah aku di pagi hari raya tahun ini........

korang sume boleh memekak apa sahaja.. tapi aku dah janji dengan diri aku, kenapa aku nak down diri aku..

DIA BAHAGIA..ALHAMDULILAH PERGORBANAN AKU BERBALOI BILA TAHU ORANG YANG PERNAH AKU SAYANG BAHAGIA..

kenapa aku harus menangis.. ok tipu nages banyaklah gak kan...

1. terasa diri sangat hina.. ex dah kawen dulu.. ye.. aku ditinggalkan bukan meninggalkan..
2. prasangka buruk orang ramai tentang aku..
3.niat nak berjumpa saudara mara terbantut dan hati jadi kotor dengan kebencian..

menangis itu wajib sebab apalah daya aku mampu lakukan.. aku sedar dahulu aku salah terlalu show off my ex di khalayak saudara mara... dan si ex ni pula terlalu baik hati mengambil hati saudara mara.. aku sedar dulu aku banyak buat salah.. banyak buat dosa.. tapi itu dulu..

kenapa korang hukum sejarah aku sedangkan aku dah berusaha menjadi yang lebih baik..

entah.. kadang aku rapuh.. manusia ini dan dunia ini terlalu kejam untuk aku..

tapi inilah yang aku kena tempuh..

mereka menyangka aku pelbagai perkara
mereka mentertawa atas kegagalan hubungan aku
mereka arghhh...

aku rapuh terjatuh luluh dan seerti dengan nya.. air mata jadi teman kembali,.

malamnya aku bangun biarpun sungguh keletihan..

aku mohon pada ALLAH jika bahagia itu tiada untuk ku di dunia ini cukuplah hadiah kan aku kekuatan untuk hadap semua ini...

jangan palingkan hatiku kerana aku tetap memilih jalan MU..

pagi2 nya aku bangun dengan tenang.. dan aku merasakan

PANDANGAN MANUSIA ITU SELALU SALAH.. BERBAU PRASANGKA DAN DUSTA
TAPI PANDANGAN ALLAH ITU LEBIH UTAMA..

harus aku peduli pandangan manusia itu padaku?
harus aku rapuh dengan kutukan2 itu?

ye mungkin aku masih hina.. tapi biarlah ALLAH sahaja yang menilaiku..

Indeed, aku memang sedar aku hamba yang HINA.. ALways be mine..

Thursday, September 1, 2011

kita yang selalu membuat salah

manusia di jadikan dari tanah
manusia itu lemah dan kadang hina
manusia itu memiliki nafsu
yang membuat manusia itu sentiasa tidak bijak dalam membuat sebarang keputusan

aku jua begitu
biar seberapa kental dan kukuh aku membina tembok pertahanan dalam hati ku
tapi aku rebah jua dalam jatuh cinta...
berdosa aku bila mana aku merasai perasaan jatuh cinta atau sayang kepada yang selayaknya ia jua manusia
aku tidak tahu
andai ini satu dosa.. aku mohon keampunanNYA
aku cuba.. aku tipu dan aku berlari perasaan itu tetap terbit
cinta insan ini anugerah ILAHI.. tidak berlaku segalanya tanpa izinNYA

disebabkan kelemahan aku
kadang aku melampaui batasan ku
kadang aku menrindu dia lebih dari aku penciptaKU hinanya aku bukan
kadang aku meningati dia lebih dari aku berzikir memuji penciptaKU hinanya aku bukan

hati ini kadang melampuai batasan..
nafsu turut membuak
mujur iman yang tipis bergolak gadai membimbing aku
kadang aku rebah.. sakit tapi aku tetap nak bangun
aku telah jauh dalam perjalanan ini

doaku
YA ALLAH jangan kau palingkan hatiku ini setelah kau tunjukkan aku jalan yang lurus
jangan kau biarkan kelemahan ku ini.. menjerumuskan aku ke lembah kehinaan..
tarik aku dan bimbing aku YA ALLAH