Pages

Saturday, July 30, 2011

Jangan Dustai Nikmat ALLAH

aku akui hidup ini sememangnya perit,pedih dan meletihkan
kadang kita terpaksa hidup dalam position kehidupan yang kita tak inginkan
tapi bagaimana?
kerdilnya kita
sebab kita sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri

seringkali kita marah..memalingkan hati dari kebenaran semata-mata kita down dengan dunia ini
tapi kenapa kita butakan mata kita dengan nikmat lain yang ALLAH dah sediakan untuk kita..

bila kita diuji kita marah lantas marahkan takdir
tapi bila kita diberikan gembira bahagia adakah kita mengingatiNYA?

aku berkata ini kepada diriku...
dalam aku ketawa aku lupa sebentar deritaku
tapi dalam aku sunyi aku menangis mengenangkan dosa silamku

mana kah yang terbaik untuk ku
bersendirian atau berteman........

biar apa pun dugaan yang melanda
lihatlah dunia ini terus berjalan
dan
tidak akan terhenti selagi nafas belum terhenti
tapi mengapa kita harus terus mendustai nikmat ALLAH

bangunlah wahai hatiku
berdoalah kepada ALLAH agar KAU sentiasa mengurniakan hati yang sabar kepada ku

dan akhir kalam ku

Kerna Mu YA ALLAH
AKU BERSABAR~

tak bisa kah

tak bisa kah cintai ku
tak bisa kah sayangi ku
tak bisa kah rinduiku

tak bisa kah kita melukis impian bahagia bersama
tak bisa kah kita bermimpi bahagia
tak bisa kah kita merenung langit membiru
tak bisa kah kita sentiasa berpegang tangan
tak bisa kah kita menangis bersama
tak bisa kah kita berdua

tak bisa kah cintaiku
tak bisa kah sayangi ku
tak bisa kah rindui ku

kerana ku manusia..
itu adalah fitrah ku

salah kah ku miliki perasaan itu
salah kah ku impian perasaan itu
salah kah ku mencintaimu

jika segalanya satu dosa..
mengapa dicipta rasa ini.........

biar ku seperti debu-debu kosong
biar ku seperti patung

biar ku hidup
tapi jiwa ku sebenarnya telah mati

mungkin ini'
Kifarah dosa-dosa silam ku

salahkah aku mengeluh.. dek kerana keletihan
sungguh di mana hentinya segalanya ini

Sunday, July 24, 2011

mencipta keikhlasan

apa itu ikhlas?

Apa itu ikhlas?

IKHLAS adalah, sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,

AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!

Lalu apa sahaja yang kita buat kerana Allah, itulah ikhlas.
Dan apa sahaja yang kita tak buat kerana Allah, itulah ikhlas.

Senang cerita, apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!
Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.


dan mengapa harus ikhlas

dalam setiap amalan kita, berikhlaslah, tanpa ikhlas, segala amal menjadi sia-sia..

dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar. InsyaAllah..

Manakala orang islam yang tidak iklahs, Allah akan cabut hidayat dari dirinya..

Kita selalu dengar cerita paderi kkritian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad.. OH!

Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidatyat kepada dua UMAR, satu adalah anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?

Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.

Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..

Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..

Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.

ada apa dengan ikhlas..

ikhlas datangnya dari niat dalam hati kita
sucikan hati kita barulah niat yg baik itu wujud

ikhlas itu walaupun kita buat baik tapi orang tetap kutuk kita kita tetap istiqomah buat kebaikan itu kerana ALLAH

ikhlas itu walaupun kita menyayangi sahabat kita itu sendiri tapi sahabat kita itu tetap melukai kita, kita tetap terus sayangkan dia itulah ikhlas...

tanya diri anda

sanggup tak anda buat kebaikan dengan orang yg pernah menghancurkan hati anda?

last...
katanya jika ingin bahagia lakukan ini kerana ALLAH..

‘Ingatlah 2 Perkara, Lupakan 2 Perkara’

•Ingatlah kebaikan orang kepada kita
•Ingatlah Kesalahan kita kepada orang
•Lupakan kebaikan kita kepada orang lain
•Lupakan kejahatan orang kepada kita

Cipta keikhlasan sejati


Keikhlasan merupakan pangkal yang menjadi sebab amal diterima. Kerananya, jarang sekali majlis pengajian Syeikh yang tidak menyebutkan tema ini.

Di antara pesannya,

“Kalian harus ikhlas dalam beramal. Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian lakukan. Jangan pernah mengharap ganti dari pemberian kalian itu. Beramallah kerana Allah. Jadilah orang yang mengharap redha-Nya.” (hlm 82)

Menurut Syeikh, niat merupakan petunjuk rasa ikhlas. Tuturnya,

“Ketika kalian berbicara, berbicaralah dengan niat yang tulus. Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus pula. Kerananya, setiap amal yang tidak diawali niat, amalnya akan sia-sia.” (hlm 119)

Kemudian, Syeikh menunjukkan ciri-ciri ikhlas.

“Di antara tanda ikhlas, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain.” (hlm 190)

Ikhlas itu juga tidak disertai dengan rasa sombong.

“Sedikit pun kalian jangan sombong terhadap amal, kerana kesombongan itu dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian itu,” katanya suatu kali. (hlm 201)

Mengapa? Seandainya tidak ada pertolongan-Nya, kita pasti tidak akan pernah mampu bersabar, melaksanakan solat dan berpuasa. (hlm 179)






sedikit sumber dari kereta mayat : apa itu ikhlas

dan sedikit sumber daripada mutiara hati

selebihnya datang kebaikan itu daripada ALLAH swt..

Saturday, July 23, 2011

majlis ilmu

jika kita tidak menghadiri majlis ilmu
selama 40 hari
hati kita akan menjadi gelap

sesungguhnya dunia kini semakin laju menderas..
kadang kejap je dah berganti bulan baru..
tapi apa sebenarnya yang kita berjaya kumpulkan?

berapa majlis ilmu yg kita berjaya hadiri?
tapi kenapa kita masih ada masa melepak
tengak wayang.. main fb.. update blog
tapi menghadiri majlis ilmu kita malas..

sejujurnya..
sejak aku berhijrah di kuala lumpur ini
aku jarang menghadiri majlis-majlis ilmu
bukan kerana aku busy tapi aku takut..
takut keseorangan menghadiri majlis ilmu

ini kuala lumpur
bukan desa damai ku parit raja
seorang perempuan tidak digalakkan menghadiri majlis bimbing menimbulkan fitnah

maka.. masa ku banyak di habiskan dirumah..

namun adakah itu alasannya tidak boleh menimba ilmu
maka.. rajin2lah mendengar majlis ilmu secara online..
zaman dah berubah.. islam itu tidak sempit
ilmu itu ada di mana-mana
maka rajin2lah dengar takzirah agama..
walaupun melalui you tube.. melalui belog agama
agar hati kita tidak menjadi gelap..

sekian.. rindu kamu semua..

selamat datang keindahan ramadhan