Pages

Saturday, June 11, 2011

dunia mu/duniaku

semua manusia ada cara penghidupan diri masing-masing..
tiba-tiba keadaan berubah.
ada masa ketika
akan ada seseorang yang cuba hadir untuk memasuki dunia kita..

"assalamualaikum"
saya tertarik kepada kamu
boleh kita berkenalan atas dasar persahabatan

kamu
walaikumusalam
boleh apa salahnya

maka
masing-masing cuba untuk masuk dunia masing-masing
selepas itu kamu mula rasa tak selesa dengan kehadiran insan asing dalam dunia kamu
di samping itu pula si dia cuba mendidik kamu untuk memasuki dunia dia yang
nyata berbeza dengan diri kamu sebelum ini..

maka
kamu rasa rimas lemas dan mengambil keputusan menyingkirkan dia dari dalam dunia kamu
dan dia menyalahkan kamu dengan pelbagai tomahan dan taksiran tentang diri kamu
betapa kamu pentingkan diri sendiri dan sebagainya..

dan kamu
kelihatan tenang menerima tomahan tersebut dan mengambil keputusan untuk berdiam diri

kemudian dunia kamu kembali seperti dulu...

Sunyi sepi dan air mata tapi hati kamu tenang dan bahagia
di bandingkan ada insan lain yg cuba memasuki dunia kamu
membuat kamu rimas lemas...

dan kerana itu nasihat ku buat semua..

carilah pasangan jiwa yang dapat hidup dalam dunia kita dan kita dapat hidup dalam dunia dia.. bukan kita mengubah diri kita kerana kita ingin selesa dalam dunia dia
jika tiada persefahaman.. jangan cuba teruskan..

Berhenti dan teruskan kehidupan dalam dunia kamu sendiri
jangan rasa menyesal bila kita melepaskan sesuatu yang ALLAH dah sediakan untuk kita
tapi Yakinlah sekiranya ALLAH dan tuliskan untuk kita..

berpisahlah beberapa kali atau bawa lah diri kamu sejauh2nya..
di akhirnya nanti ALLAH tetap temukan jua
semua kuasa di tangan ALLAH
usah ragu dengan takdir..

-- aku
cuma insan lemah lagi hina
ku menerima anugerah dari Mu Ya ALLAH selapang-lapangnya
ku menolak nya kerana ku takut kemurkaan MU
restuilah aku..
andai karma menghampiri ku
dek kerana terlalu menolak anugerah cinta tiada tanda halal darimu
aku redha seredhanya
kerana ku lebih takut kemurkaan Mu berbanding segala apa yang akan aku hadapi selepas ini
kuatkan hati mu sekelian.. tak mengapa kita menghampakan manusia berbanding kita menghampa kan Pencipta yang Agung..
sesungguhnya manusia itu selalu dalam keadaan lupa..

Friday, June 10, 2011

Cinta Kerana ALLAH episod 2


_ Sambung pada Cinta Kerana ALLAH

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, ”Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta. “Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.


Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana,”jawabnya.

“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.

“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?”, tanya pemuda lagi.

“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku,” jawab si gadis.


Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.


Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.


Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.


Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.


Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.


Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin



Sumber: Cinta Kerana Allah Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-kerana-allah/#ixzz1OqZd43QK


_ tanda bila cinta itu kerana ALLAH

1.tanpa bicara kata atau sebuah pertemuan tapi hati tetap bertaut..


aku janji perasaan ini aku bawa sampai aku mati..