Pages

Saturday, April 30, 2011

bukan kerana memilih

cuti i mei..ku ambil kesempatan pulang ke kampung halaman
waktu berjalan-jalan melawat kawasan kampung terserempak dengan kawan-kawan lama..
di akhir perbualan sempat dia berpesan nanti kalau kawin jgn lupa jemput dia..

aku ~ insyALLAH..tapi tak tahu bila../ takde calon lagi..akk carikanlah leh tak? (nada bergurau)

dia ~ urmm tak kan org cantik dengan comel cam ni takde sapa nak.. mesti MEMILIH ni..

aku ~ tersipu2..ish mana ada akak ni.. dan aku terus berlalu..

MEMILIH CALON???

urmm..aku tanya diri aku sndiri betul ke aku memilih......

dan hati ku berkata..

sudah tentu..

aku rasakan aku seperti bunga yang cukup indah.. ye..semua wanita ciptaan ALLAH adalah sekuntum bunga yang indah..dan bunga yang indah jika diberikan pada monyet ianya akan dihancur2kan tapi jika kita beri bunga yang indah itu pada yang pandai menghargainya bunga tersebut akan kekal mekar sepanjang zaman.. (seseorang pernah memberitahu perkara ini)

jika kita adalah bunga yang indah...relakah diri kita diberikan kepada mereka2 yang hanya mahu mempermainkan/menghirup madu/merosakkan dan menghancurkan kita?..

hidup ini adalah pilihan bukan perjudian..

ALLAH berikan kita banyak pilihan dan kita harus bijak memilih yang terbaik..

bohong kalau aku cakap tiada kumbung yg sudi untuk mendekati..tapi aku memilih aku memilih tentang agama...

kau tak perlu tunjukkan kereta kau
kau tak perlu highlight perkerjaan kau
kau tak perlu beli aku dengan kemewahan

aku cuma mahu satu..

kau menjaga solat kau seperti kau jaga nyawa kau..

dan itu sudah cukup pada aku..

dan lebih istimewa kalau kau sudi bangun sama-sama di tengah malam kita dating sama-sama dengan ALLAH..

tapi..

yang basic jaga solat pun tak lepas.. camne aku nak bersama kau..

bila aku rasa kau bukan untuk ku.. hubungan kita fullstop.
tapi bila hati aku kuat katakan kau untuk ku.. hubungan kita terpisah jauh tapi harapan nak bersama itu aku letakkan pada ALLAH..

bila aku biasa reject org..org yang aku sayang kerana agama reject aku pula..

KArma orang kata..tapi aku tak kisah.. aku tak kisah direject sebab agama.sebab dia takut dia terlibat dengan maksiat..

malah aku bangga bila kau menolak cintaku kerana ALLAH

sampai sekarang aku masih hormat akan dia..walaupun tiada lagi harapan untuk kami bersama tapi..aku tetap bangga ada jua lelaki yang sanggup pilih cinta ALLAH berbanding perempuan..walaupun aku tahu dia derita..aku derita kami derita..dia tak payah tipu..dia derita..kami derita..

akhir kalimah kata-katanya..

awak jaga diri awak saya jaga diri saya..dan ALLAH akan jaga kita.. kalau bersama itu terbaik untuk kita walaupun terpisah sekalipun ALLAH akan satukan kita..

dan aku fahami

Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,
apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang Maha Esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang ,
tak semestinya perlu dipegang,
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...


aku tak memilih..tapi jika dalam hati kita ini sudah kita pilih cinta kerana ALLAH kenapa kita harus cemari dengan cinta nafsu semata-mata.. dan kerana itulah tiap kali aku berharap..

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku memilihnya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa

Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya

Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

biarlah dia pergi

it is ok to let go.
ada yang kata,
kalau jumpa seseorang yang tepat,
jangan lepaskan.
kalau lepaskan, mungkin dia tak akan datang kembali.
mungkin yang datang kemudian hari tak akan sama lagi.
tapi,
bila seseorang yang mungkin tepat itu datang,
bukan pada masanya.
it is ok to let go.
sebab kamu tak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.
pada saya, tak apelah untuk melepaskan..
siapa kita mahu memegang hati seorang insan?
kita cuma manusia.
perasaan itu mungkin cuma mainan.
sedang jodoh sudah pasti suatu ketentuan.

apa guna mengikat andai bukan dengan akad?

apa erti menyimpan andai bukan perkahwinan menjadi matlamat?

lepaskan. serahkan pada DIA. rahsiaNYA, ketentuanNYA.


ya Allah,
bantulah kami melepaskan..
bantulah kami melupakan.

Wednesday, April 27, 2011

Falsafah cinta

kalau aku tulis pasal C.I.N.T.A... trafic belog ini memang mendadak secara tiba-tiba..
cinta memang tak dapat di pisahkan dalam hidup kita tapi..

post paling tinggi in ketika cinta bertasbih adalah entry bertajuk ku cari cinta hakiki

Alhamdulilah..niat ku tercapai.. misi hidup ini jika kita memburu sebuah cinta adalah cinta kepadaNYA..cinta kepada ALLAH akan kekal buat selama-lamanya..

tapi sudah menjadi lumrah hidup manusia..disemai dalam diri sebuah perasaan yang dinamakan cinta sesama manusia..

itulah cinta manusia.. dan cinta yang ALLAH redha adalah cinta yang halal dengan menikahi..
dan kerana itu aku ingin menikah

tapi cinta itu membuta kan manusia sehingga menggadaikan kesucian sebuah cinta itu membuatkan aku terpikir.. perluke cinta sebelum nikah

maka ingin ku beritahu kepada kamu semua tentang erti sebuah cinta untuk mu seorang gadis
agar kamu sume fahami sebenarnya itu cinta..

sedar kah kamu cinta yang terindah itu adalah CINTA KERANA ALLAH

dan biarpun cinta kamu di tolak.. jangan rebah dan terus membenci cinta

kerana cinta itu

datang kepada mereka yang berharap walaupun pernah dikecewakan..kepada mereka yang masih mempercayai walaupun dikhianati..kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..

cinta itu sebenarnya kekal dalam hati kita..yang berubah adalah manusia itu sendiri..

dan pada yang anggap cinta itu mainan atau bahan uji kaji.. just stop it ok..

love is hope.. hope is life..

bayangkan kalau kehidupan ini tiada harapan..adakah kita ingin teruskan perjalanan..

hari ini kita mainkan cinta seseorang dan diri ku jua punyai cinta bukan?

bagaimana jika cinta kita dipermainkan kelak..

mengapa perlu menyakiti..mengapa perlu merampas..

sedangkan di sekeliling kita penuh dengan rasa cinta..

dan jika aku berbicara tentang cinta sesama manusia


Bagi aku - cinta itu adalah seperti seekor burung merpati - tak patut dikurung.Kalau dia sayang - dia akan datang kembali.Kalau tak - biarkan dia terbang pergi - lebih gembira jika melihat seseorang yang kita sayang hidup gembira.Aku tak fikir seorang yang kita cinta harus dipenjarakan.Cinta seharusnya bukan satu hukuman.Sebab itu - aku tak bersetuju dengan cinta "status in a relationship Facebook".Kau sendiri akan terikat dengan dogma yang kau cipta.

Sekarang,kau takut kehilangan dia?Aku ingin bertanya - yang mana kau lebih takut - kehilangan kasih sayang dia atau kehilangan kasih sayang dari Tuhan?Kau tak tahu apa perasaan bila kau kehilangan kasih sayang dari Tuhan - barangkali kau tak pernah berfikir atau menyelami perasaan itu,kau tahu?Kau tak tahu macam mana perasaan bila kau rasa seluruh alam dan seluruh atom-atom di dalam alam maya ini menyumpah seranah ke atas kau kerana kau sudah tidak dikasihi Tuhan.Ke mana sahaja kau pergi pasti akan rasa ingin mati dan tak mahu hidup lagi.Mungkin kau tak pernah merasa perasaan itu.Lagi kau genggam perasaan itu - lagilah perasaan itu menyeksa diri.

Aku juga pernah punya perasaan yang sama seperti kau.Jangan kau bicara aku tak faham kau.

Aku faham - kau mahukan jaminan cinta kau berbalas - mungkin faktor usia kau yang semakin lanjut dan kau masih takut untuk berseorangan..menjadikan kau menggadai apa yang kau miliki atas alasan kesunyian..ingin berteman sebab tengok orang lain ada couple..

buat masa sekarang aku selesa bersendirian..poyo kalau aku cakap aku taknak ada couple..tapi kalau couple sekadar jadi teman wat jalan-jalan shoping complex,teman tengok wayang..pastu teman wat benda tak senonoh.. WHAT FOR??..

lebih baik sendiri bukan..

perasaan terpelihara dan maruah terjaga..

aku pencari cinta..tapi aku ingin mencari CINTA yang Hakiki..dan biarlah ALLAH yang mencarikan cinta untuk aku kerana pilihan ALLAH adalah terbaik..

benda yang baik biasanya memakan masa yang lama..tapi hasilnya berkualiti dan tahan lama..

bersabar jika kamu belum memiliki cinta..tunggu lah cinta itu datang dari pada NYA..

betul org cakap..kena jgk berusaha..tapi bukan berusaha dengan tayang sume gambar jual diri..pelease lah kawan sedar...

Saya memang lebih cantik kalau tak bertudung..

Seorang lelaki mengepos status ni pagi semalam.

“Wanita muslimah, cuba bandingkan diri anda pakai tudung dan freehair. Mana satu lagi lawa?”

Saya senyum sendirian.

Of course la free hair saya lagi lawa.

“Astaghfirullahalazim

Eh, betul la, free hair saya lagi lawa. Kekadang saya bangun pagi dengan rambut paling serabai pun, saya akan datang kepada cermin dan berkata “Hai beautiful.”

Sungguh, rambut saya cantik sangat..dan bila saya lihat cermin selepas mandi..auwmmm basahan titisan dari rambut saya menambahkan ciri-ciri kewanitaan saya..

Eh, perasan la you ni.

Siapa nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan? Lagipun saya jaga rambut ini dengan baik, tahu?

Habis tu kenapa saya membeli syampu dan sikat dan menyisir rambut setiap hari, kalau tidak kerana mahu kelihatan elok.

Jangankan kata saya bertudung di luar, maka saya boleh biarkan rambut saya hensem seperti singa Afrika.

Eh, pakai tudung pun jaga rambut ke?

Mestilah. Ada kawan saya dua minggu sekali akan membuat treatment rambut di salon. Sapu syampu selalu, sisir elok-elok, dan trim dengan kerap. Jadi dia tumbuh elok.

Saya bukanlah anak orang kaya, setakat mandi air panas bolehlah. (eleh kaya jugak tu kan ada water heater).

Rambut kan mahkota seorang wanita. Mestilah jaga. Mesti cantik, mesti berkilat, mesti wangi. Tudung ke tidak, jaga rambut itu wajibalghunnah.


Eleh, kamu cover rambut. Boleh la buat statement macam ni. Entah-entah rambut macam bulu hidung panda.

Siapa kata? Orang bertudung la rambut paling lawa. Tak terkena sedikit pun cahaya matahari Malaysia yang penuh UV-A dan UV-B ni.

Lagi satu, kalau rambut freehair cepat rosak. Mana taknya, kejap hujan kejap panas. Kena sapu lembapan tambahan, kena ada multivitamin tambahan. Orang free hair hari-hari ada bad hair day. Kami tak ada pun.

Kalau simpan elok-elok bawah tudung, bila balik rumah , turunkan rambut cantikkkk je dia jatuh. Ala macam iklan sunsilik tu. Guna jari pun boleh.

Jaga rambut baik-baik, tapi tidak ada siapa boleh menghargai. Kesian kamu.

Eh, saya tidak pernah kasihan kepada diri sendiri. Malahan saya lagi bangga.

Benda yang special dan cantik haruslah dieksklusifkan, macam rambut saya.

Takkan lah saya nak bagi orang sesuka hati tengok.

Nanti bila ada pasangan yang sah , saya bagi la dia tengok puas-puas. Nanti tiap hari bila saya balik rumah, saya menarik tudung secara dramatik lalu berkata,

“Abang rambut saya macam Jessica Alba tak?

Dan dia akan menjawab “Jessica WHO?”


La, tunggu kahwin baru nak freehair, itupun dalam rumah?
Rugi ke?


Tak saya tak rasa rugi. Itulah nilai eksklusiviti aurat Muslimat dalam Islam.

Aurat yang terlalu cantik dan menarik perhatian, sampaikan ia terpaksa disimpan hanya untuk tatapan orang-orang istimewa sahaja.

Skandal? Boyfriend? Teman tapi mesra? Eh, tak cukup layak lagi tengok keJULITAAN rambut saya yang aum ini. Biar suami sah saja tengok, oke tak.

Kalau dia tak suka?

Ah, sukati dia la. Mesti dia jeles rambut dia tak lawa macam rambut saya.

Sejak bertudung secara full time ni dan lebih istiqamah menjaga aurat..saya tiba-tiba teringatkan seseorang yang membuka jalan kepada saya tentang kepentingan menjaga aurat..

Dia dah pergi jauh..tapi dia tinggalkan ilmu saya akan amalkan sampai saya mati kot..

saya semakin suka bertudung..walaupun saya memang lagi jelita tanpa tudung..

dan saya yakin sume perempuan lebih jelita tanpa tudung..kan rambut mahkota wanita..

tapi just perempuan yang bijak yang smart cam saya,macam anda..macam korang yang bertudung menutup yang indah itu hanya untuk yang berhak..

dulu saya free hair..tapi bila dah semakin tua ini..hidayah ALLAH semakin dekat..

so..anda yang tak bertudung..jgn putus asa.. kita sembunyikan kecantikan kita barulah lebih bernilai...

review post lalu... rambut ku mahkota ku

bila baca tulisan lalu..saya rasa semakin matang!!

Sunday, April 24, 2011

saya memang tak " HOT" kat dunia sebab saya tak nak " HOT" dekat Akhirat

wahai gadis seluruh dunia
tundukkan pandangan mu
tutuplah aurat mu
jadikan malu itu pakaian mu..
walaupun kita sembunyikan kecomelan kita..
walaupun saham kita di dunia tidak setinggi mana..
biarlah..
jangan kita glamour kat dunia..dinobatkan wanita melayu terindah...
tapi di akhirat kelak..tubuh badan kita menjadi bahan api neraka..

masih tak terlambat lagi..

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu hanya kepadaku semata-mata.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan berapinya jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai sama ataupun tidak dengan kehendak hati, Insya Allah ku redha kemahuan pilihan Illahi…

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian… Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Amin.

Saturday, April 23, 2011

CINTA KERANA ALLAH

Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata
“Cinta kerana Allah”
Aku baru mendengarnya
saat aku mengenali mu
Lalu seperti apa
“Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan
“Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …

Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….

Amin.

Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)

Wahai sahabatku yang sangat ku cintai kerana ALLAH..aku terlalu merindui

1. mendengar bacaan Al-Quran mu
2. kata-kata hikmah nasihat mu
3.kata-kata pujukan kamu membimbingku
4.saat - saat kita bertemu di lewat-lewat malam
dan
5. senyuman serta smile eyes kamu bila kamu ketawa

Sungguh aku rindu kamu demi ALLAH..tapi aku takut bicara ke semua itu...

aku takut ALLAH akan murka..

Yakinlah aku mencintai mu kerana ALLAH..dan ALLAH masih menganugerahkan perasaan ini dalam hati ini..

namun usah kau risau..telah ku tetapkan had dan batasan..

kerana cinta yang utama dalam hati ini..adalah kepada ALLAH semata-mata...

semoga kamu jua begitu...

kelak di akhir waktu...kita kan dipertemukan..

jika bukan di dunia ini... di saat seluruh manusia mengharapkan perlindungan di hari akhirat..

saya berdoa..walaupun awak telah jauh..semoga rahmat ALLAH sentiasa di sisi awak..

AMIN

cinta agung adalah cinta yang gagal

jangan cari cinta yang agung
pada manusia
sebab ia akan gagal
di akhirnya

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..



-Yang Terakhir- "

terlepas pandang

dalam kehidupan seharian kita di dunia ini
sering kali kita terlepas pandang sesuatu perkara yang
kita anggap ianya adalah remeh temeh dan ianya boleh dipostpone..

kalau kita perasan kita sering melukai orang yang sayang pada kita
dan kita sering menjaga perasaan orang yang kita sayang tanpa menyedari ianya melukakan diri kita sendiri..

Baiklah..

selalu kita tak pernah perasaan kita ada di dunia ini disebabkan apa?
dah tentunya kita bermula daripada ibubapa kita..
siapa yang mengasuh,mendidik dan memberi kita kasih sayang sehingga dewasa lantas berjaya?...

sudah tentu
ibu bapa kita..

tapi adakah kita sedar semakin kita dewasa dan miliki kehidupan sendiri
kita terlepas pandang perkara ini..
maka..
dimana ibubapa kamu..masih adakah ibu kamu di hati kamu..masih terkenang ke seorang bapa yang melindungi kamu..

kini mereka telah uzur..tua..tak bermaya..dimana kamu???..

pandang lah balik perkara itu...

dalam kehidupan kita melayari kehidupan dunia ini..
selalu ALLAH akan takdirkan kita dengan pelbagai pertemuan yang kita tidak sangka..
ramai kenalan.sahabat..kekasih yang telah kita kenali...

dalam seketika..kita terlepas pandang siapa sahabat sejati kita...
tanpa kita sedar kita melupai mereka-mereka dan mengingati mereka ketika mereka senang sahaja..

adakah diri kita lupa bahu siapa yang kita pinjam untuk melepaskan beban di dada..
adakah diri kita lupa bicara siapa yang memberi kekuatan di saat kita rebah..
ianya adalah sahabat kita..

biasanya..orang yang dahulu single then friend is everthing..bila dah ada couple fried is nothing..

ramai gile type camni..maka jika anda perasan anda bertype ini..pandang balik perkara ini..

dalam kehidupan ini kita jua selalu diuji..dengan kegembiraan dan kedukaan..
ada yang merungut cam apa bila baru diuji sedikit dan terlepas pandang mengenai nikmat ALLAH yang telah diberikan..

contoh diri sendiri..

5 tahun hidup berbahagia.gembira..lupa diri..then ALLAH baru uji 2 tahun alone..kadang-kadang merungut,give up cengeng..sedangkan diri terlepas pandang oh..dulu masa berbahagia..adakah diri ingat pada ALLAH..

pada yang type camni..jom kita pandang dan kutip balik apa yang kita dah terlepas..


dalam kehidupan ini jua...kita selalu terlepas pandang perkara yang indah dalam hidup kita..contoh seseorang yang istimewa dalam hidup kita..dia ada..dia beri kita semangat..erti sebuah persahabatan dan erti cinta maybe..tapi kita selalu buat-buat tak pandang dia..n even worse kita menyakiti dia tapi dia tetap memberikan yang terbaik untuk kita..

tapi kita sibuk pandang benda lain yang kita rasa lebih indah lantas kita pinggirkan dia..

jika anda bertype ini...pandanglah balik saat pertama dia berjaya menyentuh hati anda..pandanglah pada setiap pengorbanan dia yang langsung tidak pernah dia minta untuk balas..

sebab..dia adalah sesuatu yang indah untuk kita lepaskan pandangan kita kepada benda lain...

kita pun selalu terlepas pandang kebaikan seseorang tetap memandang dengan fokus setiap kejahatan seseorang itu


baiklah..
selagi ada kehidupan setiap benda yang terlepas kita boleh kejar balik..jika dia tetap milik kita dia tetap akan jadi milik kita..tapi adakah kita sedar untuk kejar balik sesuatu benda yang kita telah terlepas...

maka..

pandanglah sisi kiri,kanan dan belakang anda yang lepas..lihat apa yang ada telah terlepas selama ini..

jika peluang itu masih ada..kejar balik apa yang dah terlepas itu sebab yang ada kat hadapan belum tentu seindah pandangan yang pernah ada lihat sebelum ini...


deep inside my heart..selalu terlepas pandang..camni diri ini boleh ada di tahap ini..

Wednesday, April 20, 2011

benda simple

just want sharing with all of u

**Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge.
Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-
Eleven cuma RM1 je...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

**Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free
bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap² silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...***

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.
Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,
siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!!!***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok,
abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap,
tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Susahnya Nak Buat Dosa...

Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun
terabai,
dunia tak gak dapat².***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk² tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, l
angsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Susahnya Nak Buat Dosa...

Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,
manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap² kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang
Lapok)***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Senangnya Nak Buat Pahala...

Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,
malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni,
tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih.
Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.(Hadari kot)
Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat,
bukan duit sendiri. Hehe...
Dahla hidup kena laknat,
siap booking name sendiri kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!***

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


***Senangnya Nak Buat Pahala...

Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah...***


Renung-renungkanlah...


Wallahu a'lam...

sumber maklumat daripada belog Indahnya Islam ku

Cintailah Al-Quran

belakang ini...hidup bagai ditekan-tekan dengan masalah dunia
something rasa lebih baik layan haiwan berbanding manusia yang miliki akal
dan
lebih kecewa melayan golongan-golongan yang lupa bahawa mereka pinjam je darjat kat dunia ini...

bos kita cakap kita kena lepaskan kemarahan kita baru kita rasa puas daripada pendam dalam hati menimbulkan penyakit..

aku tak setuju..marah tu eksperisi melepaskan apa yang kita rasa..tapi bukan penyelesaian masalah..

aku bila marah...ditekan...dikecewakan...inilah ubat terbaik..

Jom kempen study AL-Quran...


"Wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan (depression). Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan manusia kembali kepada Al Quran."



Punca Penyakit Jiwa

Kegagalan manusia menangani kesusahan/tekanan/musibah dalam hidup (stress) seharian punca penyakit jiwa. Dan tekanan ini kian meningkat dalam kehidupan manusia 'moden' kini.

Kesusahan adalah sunatullah:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad 90:4)

Allah telah memberi dua jalan untuk manusia menangani kesusahan ini:

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad 90:10)

Satu jalan membawa kejayan dan satu lagi menyebab wabak penyakit jiwa.


Dua Jalan menangani tekanan hidup

ALlah Maha Mengetahui. Dia memberi tahu hamba-hamba-Nya dua cara menangani tekanan hidup:

"Kami berfirman: 'Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kebimbangan atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati'" ( Al Baqarah 2:38)

Cara keduanya ialah:

"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha 20:124)

Manusia 'moden' memilih cara kedua . Akibatnya tercetuslah wabak penyakit jiwa yang sedang melanda seluruh dua.


Wabak Penyakit Jiwa

Penyakit jiwa, terutama sekali kebimbangan (anxiety) dan kesedihan/kesyugulan (depression) kini sudah menjadi wabak penyakit nombor satu di seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 25% dari 5 billion penduduk dunia, iaitu 1.25 billion orang, mengalami penyakit jiwa, jauh mengatasi jumlah pesakit jantung, barah dan kencing manis (diabetes).

Di Malaysia, mengikut Kementerian Kesihatan, 30% pesakit yang berjumpa doktor mengalami penyakit jiwa. Bagi rakyat Malaysia umumnya, lebih kurang 25% mengidap penaykit yang sama.

Dan jumlah ini kian meningkat dengan pesat, tanpa nampak penyelesainnya


Al-Quran ubatnya

Maksud firman ALlah:

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus 10:57).

Soalannya, bagaimanakah hendak kita aplikasikan Al-Quran dalam mengatasi wabak penyakit jiwa ini?


Cara Penyelesaian Masalah Wabak Penyakit jiwa

Islam lebih menekankan pencegahan dari rawatan kepada satu-satu masalah.

1. Bila berdepan masalah

Masalah hidup sunatullah. Bila bedepan masalah/musibah, ALlah mengajar manusia

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)

Ini khusus bertujuan supaya manusia ingat kepada Allah semasa berdepan dengan masalah.. Kerana hanya dengan mengingati Allah hati manusia jadi tenteram.

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)


2. Apa yang hendak diingat tentang ALlah untuk menangani musibah?

* Semua milik Allah. Dan kerajaan mutlak adalah kepunyaan ALlah. Tidak akan berlaku apa-apa tanpa izin-Nya.

"Kepunyaan ALlah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi " (Al Baqara 2:284)

"Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi kepunyaan ALlah? (Al Baqarah 2:107)

* ALlah Maha Pemurah dan Maha Penyang. Atas sifat-sifat ini ALlah melakukan apa saja ke atas hamba-hamba-Nya. Semua yang Dia lakukan ialah untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.

* Semua yang Dia lakukan ke atas hamba-hamba-Nya ialah hanya ke tahap yang mampu dipikul oleh hamba-Nya. Sekiranya Dia lakukan lebih dari pada itu, ini bererti ALlah zalim, sedangkan Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang.

''ALlah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah 2: 286)

* Setiap kesusahan akan berakhir dan diganti dengan kesenangan.

"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." (Alam Nasyarah 94: 6)

* Bila berdepan denga musibah, hendaklah kita bersabar dan solat hajat minta pertolongan dari ALlah. Di dalam Al-Quran ahlak manusia yang paling banyak Allah sebut ialah "sabar", lebih dari 70 kali. Nabi Muhammad saw menghayati perintah Allah ini setiap kali Baginda saw berdepan dengan musibah.

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang sabar." ( Al Baqarah 2:153)

* Dalam keadaan penuh kesabaran, kita hendaklah menganalisis musibah kita. Semua musibah berlaku ke atas kita kerana tiga sebab:

1. Apakah ia satu hukuman dari ALlah? Hukuman Allah di atas dunia berlaku kerana tiga sebab: i) melakukan kezaliman ii) durhaka kepada ibu bapa dan iii) Memutuskan hubungan silaturahim dengan waris-waris terdekat.

Dengan hukuman ini ALlah mengharapkan manusia bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya. Kalau tidak Allah akan menghukum dengan neraka di akhirat nanti. Jadi hukuman ALlah di dunia inilah ialah Dia sayang kepada hamba-hamba-Nya dan untuk menyelamatkan hamba-hamab-Nya dari seksaan neraka di akhirat nanti.

2. Apakah ia satu pengajaran? Hidup manusia menempuh dua jalan:

"Untukmulah agama mu, dan untukulah agama ku". ( Al Kaafiruun 109:6)

Bila kita terjerumus ke jalan yang salah, ALlah membuat sesuatu supaya kita sedar tentang kesilapan kita, bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Kalau tidak hidup kita susah, sempit dan kita jadi hina di dunia dan akhirat. Allah sayangkan kita dan mahu menyelamatkan kita dari segala kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat.

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan kepada mereka sebahagaian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"( Ar Ruum 30:41)

3. Apakah itu satu ujian? Sekira nya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian. Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamb-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.

Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2: 155)

Untuk masuk syurga:

"Apakah kamu mengira habawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah 2:214)



Tentang Kebinbangan/Kekhwatiran (Anxiety) dan Kesedihan (Depression)

Kebimbangan tercetus oleh ketakutan tentang masa depan. Manusia takut jadi miskin, sakit, mati, dirompak, dirogol, hilang harta dll.

Islam senang menghapus ketakutan tentang masa depan. Masa depan hak ALlah. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku se saat kemudian.

Islam mengajar hamba-hambanya hanya takut kepada ALlah. Berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup mengikut petunjuk Allah dan berserahlah kepada ALLah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Penyakit membawa keuntungan besar. Sesiapa yang bersabar menghadapi penyakit yang dideritanya, maka Allah akan menggugur dosa-dosanya.

Tentang kematian, semua akan mati. Yang hendak kita bersedia ialah jangan mati katak, tetapi mati yang terbaik, iaiatu mati dalam keadaan beriman.


Tentang Kesedihan

Kesedehan berlaku bila terjadi kehilangan. Ada dua jenis kehilangan: kehilangan sebenar dan kehilangan yang difikirkan (actul loss dan imagined loss).

Kehilangan yang sebenar ialah kehilangan harta benda akibat dari kebakaran, kecurian, bah dll. Bila berdepan dengan kehilangan jenis ini, kita hendaklah ingat bahawa benda atau harta itu milik ALlah dan bukan milik kita. ALlah hanya memberi pinjam kepada kita untuk kita mengurus dengan baik. Dia beri kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia ambil bila-bila masa Dia mahu.

Bila berlaku kehilangan jenis ini, hendaklah kita buat analisis ke atas kehilangan itu berdasarkan kosep di atas: adakah ia hukuman, pengarajan atau ujian. Kta bertaubat dan bersabar dan berusaha memperbaikan cara mengurus amanah ALlah itu.

Kehilangan yang difikirkan (imagined loss). Ini berlaku bila kita fikir kita hilang sesuatu. Sebenarnya, kita tidak hilang apa-apa pun, tetapi dalam fikiran kita kita rasa kita telah hilang benda itu.

Keadaan ini sering berlaku dalam perhubungan antara manusia (Inter-personal relationship). Ini jelas berlaku kepada orang pencen.

Orang pencen yang sebelumnya mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa berasa dia hilang semua itu bila dia pencen. Orang lain tidak lagi memerlukannya. Dia meletakkan harga dirinya kepada pangkat dan kuasa.

Begitu juga dengan orang-orang yang tua. Anak-anaknya sudah besar dan meninggalkannya untuk mencari sara hidup. Orang tua fikir dia tidak berguna lagi kepada anak-anaknya.

BIla manusia meletak harga dirinya dalam keadaan begini dia akan bersedih. Inilah punca utama kenapa kadar kesedihan paling tinggi di kalangan orang-orang pencen dan tua di seluruh dunia. Kesedihan ini boleh mebawa kepada membunuh diri. Sebab itulah kadar membunuh diri tertinggi di kalangan golongan ini di mana-mana pun, melainkan di kalangan orang-orang Islam.


Harga Diri manusia

Allah tidak menetapkan harga diri kepada harta, kuasa dan kedudukan. Manusia terbaik dalam pandangan Allah dan Nabi Muhammad saw manusia paling tinggi taqwanya kepada ALlah.

" Sesunguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat 49:13).

Tanda orang yang tinggi taqwanya:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALlah." (Ali Imran 3:110)

"Mereka melakukan amalan-amlan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut kerana (mengenangkan) mereka kelak akan kembali kepada tuhan mereka. (Al Mu'minun 23:60)

Tafsiran ayat ini: Daripada Aisyah r.a, dia bertanya: "Wahai Rasullullah, adakah (maksud ayat-ayat) 'Orang-orang yang melakukan amalan-amalan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut (kepada-Nya) itu' ialah orang yang mencuri, berzina dan minum arak dan kerana itu mereka takut kepada ALlah Azzawajalla?" Jawab beliau" "Tidak begitu! Wahai puteri Abu Bakr As-Siddiq! Tetapi itulah orang yang sembahyang, berpuasa dan bersedekah tetapi masih merasa takut kepada ALlah Azzawjlla" (HR at- Tarmizi)

Semua orang boleh berikhtiar mendapatkan kedua benda ini. Ia bergantung kepadaa usahanya dan kurnia Allah:

"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(Alam Nsyarah 94:7-8)

Inilah cara-caranya Islam mendidik pengikutnya bagaimana berdepan dengan kesusahan /tekanan/musibah dalam hidup, yang merupakan sunattulah, supaya sesiapa yang beriman dapat mengecapi kemanisan kesihatan jiwa di dunia dan di akhirat.

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Al Fajr 89:27-30).

Inilah caranya untuk mendapat kesihatan dan ketengangan jiwa tanpa perlu kepada ubat atau rawatan psaikoterapi. Caranya ialah meningkatkan keimanan seseorang. Apa itu IMAN:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALlah, mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujuraat 49:15)

Iman di lidah dan di hati diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh (jihad) dengan harta dan nyawa di jalan ALlah, itulah ubat paling mujarab bagi wabak penyakit jiwa.

Saya sering melalui jalan ini bila berdepan dengan musibah dalam hidup. Dan saya dapati memang benar ALlah selalu memenuhi janji-janji-Nya.

Tuesday, April 19, 2011

jadilah diri sendiri

setiap manusia yang ALLAH cipta ada keistimewaan sendiri
ada yang cantik,menarik,jelita dan sempurna

sebaik-baik ciptaan ALLAH adalah manusia
yang memiliki akal fikiran dan hati serta perasaan

tapi

hati-hati manusia itu berbeza
tapi setiap ada hati-hati itu miliki cahayanya tersendiri
sama ada cahaya itu mencerminkan kebaikan atau kejahatan

kadang kala manusia itu cuba berlakon
menjadi mulia walhal hatinya penuh segala kebencian

sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran untuk membuat pilihan
pilihan yang menuju ke jalan yang lurus.

jadilah diri sendiri..

aku percaya..tiada manusia yang sempurna
walaupun sesempurna mana seseorang itu tetap ade celanya
fitrah manusia itu saling menglengkapi....

jadilah diri sendiri

dalam badan manusia ada segumpal darah bernama hati
jika baik organ itu maka sucilah keseluruhan badannya..
bersihkan lah hati-hati kita..

dan

berhentilah menjatuhkan hukuman sesama manusia..

boleh tak kita adakan setiap hari yang tiada benci,dendam dan hasad dengki
cuma ada kaseh sayang
ye kaseh sayang.......

dunia pasti indah