Pages

Monday, January 31, 2011

RIMAS


Dedikasi untuk awak

Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini

Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
caraku memujukmu

Pernahkah kau hargai
caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas

Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang

Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang

Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang

Lari lari aku
lari tinggalkan
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi..kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

saya dah sangat rimas..tolong lah kali ini benar-benar pergi..atau saya akan lebih yakin bina tembok besaw halang awak..

Sunday, January 30, 2011

belajarlah bersungguh2

malam yang indah sambil melihat hujan rintik-rintik air bergelumbang..

terkenang zaman pengajian dahulu kala..berusaha gigih menuntut ilmu menghafal setiap fakta dunia pemasaran..all about marketing.rindunya zaman belajar..bila hidup saat itu ada matlamat..esok exam esok kuiz esk last date asigement kena hantar,esk ada pembentangan itu soal jawab ini..nampak cam busy kan?..

dan pastinya tiap kali keluar result sapa paling highest dia paling glemer..dulu i study jenis y cool or nama poyo nyer last minit..esk esok malm ni baru keluarlah macam2 nota..somtimes smpai pukul 6.30pagi baru jumpa bantal dan 8.00 pagi bangun pergi jawab pekse..tapi i still dalam barisan yang highest(alhamdulilah)nasib je kot..(amaran..jangan amalkan teknik ini ok)

dan lebih bijak pandai..malam sebelum exam..merayau gumah membe,,cari hint esok keluar soklan apa..(tapi i tak pernah pun gunakan toyol ok)takut siot kalau kantoi tak masal hitam masa depan..

berkat usaha itu...keputusan pun tak berapa teruklah sgt..orang cakap jgn study hard tapi study smart..i lah ni..dan i memang tak boleh fokus study kalau time study sunyi sepi..mmg tak akan masuk lah fakta-fakta itu..i suka bising..i suka hingar bingar..baru i aman..dan success menghafal..

sejujurnya i rindukan time study dahulu..di mana di situ kehidupan i bermula..i kenal hidup kat situ..i kenal pershabatan kat situ dan i kenal cinta pertama i pun kat situ..

dalam melayari usia remaja itu i bersyukur..tiada kesilapan terlalu besar yang i lalukan sehingga mengelap masa depan i..

dan kini saya telah semakin dewasa meninggalkan segala kenangan sama ada manis atau pahit itu dalam lipatan kenangan ini..

hidup ini datang dan pergi.. sometimes better haved the loved n lost then better not have love at all..

biar...datang dan pergi tapi kesan itu tertinggal di hati..seumur hidup pasti bersemi di hati..

pada korang yang tengah study strugle lah all out..sebab itulah penentu masa hadapan kamu..

sekarang..saya tengah menikmati apa yang saya korban dahulu..masa belajar banyak yang kita kena korban masa,tido,duit dan segala-galanya..

apa bila kita dah dewasa sudah ada karier..kita pasti akan terkenang time kita dok santai-santai..dahulu time-time ni aku tak tido lagi..plan untuk program marketing,discus about asingment..

sekarang..saya dah berkerja..tiada apa yg perlu difikirkan..cuma jalankan tangungjwab..dan saya akan bercuti selama seminggu..rehat akal fikiran yang diperah2..saya taknak pikir pasal dunia dalam seminggu ni.

bersyukur..dan pada yg tengah belajar itu sama ada di universiti,poli,ilp dan mana-mana pengajian..korang dengar nasihat orang tua sikit ni..

belajarlah sungguh..time pekse jawab soklan betul2..korban apa yang tidak berapa penting sekarang..lebih2 cinta..jgn korang musnah masa depan korang failed study sebab cinta..memang sangat rugi..bercinta boleh tapi jangan letak itu sebagai keutamaan..

akk yang tamat belajar dgn 3.52 ni pun kalau bagi peluang nak study balik sungguh2 supaya dapat 4.00..sungguh 3.52 itu study main-main..cuba lebih fokus 4.00 itu bukan angan2 lah..

jangan merungut letih menuntut ilmu ini sebab korang akan tuai balik hasilnya dalam beberapa tahun kemudian..jadi sekarang tanamkan tekad di dalam..kejar kejayaan dengan cemerlang..

sebab bila dah cemerlang dapat kerja yang bes2..dapat cuti rehat 25 hari setahun..dan boleh rehat - rehat santai..main bloger smapai tengah malam..boleh buat apa je korang suka tapi dengan syarat korang kena cemerlang time study.

rasa tertekan? ~ layan maher zain in malay

Maher zain oh maher zain..
bila nyanyi lagu insyALLAH in malay..rasa cool pulak..
i likee sgt..

Maher akan adakan konset february ini,,,tapi kalau i pergi...nanti akan menimbulkan fitnah dunia al-rijal.so dengar jela lagu dia..

korang yang stress,drespres,sesat jalan..layan je..insyALLAH akan tenang..

PEMINDAHAN ORGAN MENURUT ISLAM

Seorang doktor (pensyarah) bertanyakan saya tentang hukum pemindahan atau derma organ. Agak sukar untuk saya menjawab kerana ia isu yang agak rumit dan banyak berlaku khilaf di kalangan ulama'. Doktor berkenaan memberitahu saya bahawa penerima organ kebanyakannya adalah di kalangan orang Islam.

Untuk menjawab persoalan ini, saya tertarik dengan kertas kerja yang disediakan oleh saudara Zaharuddin Abd Rahman (Jamiah Yarmuk, Urdun). Berikut adalah petikan sebahagian tulisan beliau:



Menurut Fatwa Majlis Majma Fiqh, hukum mengenai isu berkaitan derma dan pemindahan organ adalah seperti berikut:

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga. Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorang pesakit pesakit lain. Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-

i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilang-upayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya. Hukumnya : HARAM, kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia Hukumnya: HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya Hukumnya: HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.


2. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas Hukumnya:

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-

i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

Mari-mari derma ORGAN

post sebelum ini Mari-mari derma baju..

kini mari-mari derma KITA BERSAMA derma organ..

selama kita hidup ini apakah pengorbanan terbesar yang kita lakukan dalam hidup ini?
adakah sebesar mana pengorbanan kita andai dengan mata kita ini,kita mampu memberi insan lain melihat keindahan alam anugerah ALLAH..

tak moh bebel banyak-banyak..rahsiakan setiap kebaikan anda..dan mari kita sama rahsiakan pengorbanan kita ini..

Ini borang pendaftaran.. klik http://www.agiftoflife.gov.my/eng/pdf/donationform-ENG.pdf

kita daftar dah..andai kita mati hari ini..InsyALLAH malaikat telah mencatit niat kita..
sedarlah apa yang kita ada ini bukan milik kita..rasanya kita berkongsilah..
buka hati anda sekarang..derma organ anda..

saya seorang perabun silau tegar

untuk makluman tuan/puan, pemilik belog yang saya sayangi..terimakasih melawat belog saya insyALLAH saya kan selalu melawat kembali belog anda..

tapi saya ada masalah sebenarnya saya adalah seorang perabun silau tegar yang enggan memakai speak mata..jadi maafkan jika saya hanya melawat ala kadar belog yg latarbelakang dia kaler putih..silau sangat dan pada yang belog yang serabut dgn iklan pun maafkan saya..

saya amek course marketing tapi jiwa tiada ke arah perniagaan..saya suka kehidupan yang simple2 dan tidak memerlukan saya berkorban masa saya..

cukuplah saya memakan gaji setiap bulan..no need perniagaan MLM or something lah about bisnes..

pasal MLM apa kata buat MLM untuk akhirat nak tak..kita buat amal jariah banyak2 di akhir nanti kita cash kan kat akhirat..

jadi jutawan kat dunia tak bess..tak boleh bawak pergi ke akhirat..mati kita kena tinggalkan kete misdes,keter bmw,rumah banglow besow ko..dan apa-apa barang dunia kita kena tinggalkan jua akhirnya..dunia ni taman permainan sebusy mana pun cari harta dunia bawak harta yang ke sana..Jangan lupa ok..

untuk ilangkan kepeningan kalau rabun silau..baiklah..baiklah saya akan pakai speak selepas ini..

pada yang belum rabun..jaga mata anda..jangan pandang yang bukan milik anda..

Friday, January 28, 2011

learn what is real LOVE

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Rindu ~ Tolong Pergi Jauh


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.


Deep inside say... kalaulah rindunya boleh nampak..boleh pegang.. lebih mudah untuk dilupuskan dalam kotak hati..

Kenapa masih SINGLE

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Inside in my life ~ belakang ni ada seorang sahabat sepengajian telah berkhawin tapi rumahtangga mereka ibarat dalam satu kapal yang banyak sangat nakhodanya..aku yang mendengar cerita beliau pun naek pening..keserabutan hidupnya..semoga dia tabah mengharungi dugaan alam perkhawinan itu..dan aku mulai sedih bila isu penceraian mula dibincangkan..kesilapan dalam perkhawinan jua diperbesarkan..kadang isu yang kecil diperbesarkan ditambah lagi campur tangan keluarga masing-masing..mengapakah ALLAH meminta aku mendengar keluhan sahabatku itu?

Aku yakini setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..bila sesuatu perkara berlaku tiada redha ILAHI segalanya nampak serabut..tapi jika kita sentiasa mengharapkan keredhaanNYA insyALLAH jalan itu akan mudah walaupun penuh duggan berduri..

Mendengarkan luahannya aku terimbas kenangan kepada sesuatu "Awak sekali kita langgar batas perhubungan kita ALLAH akan tarik nikmat kebahagiaan rumahtangga kita"..

awak..ingat lagi tak?.adakah penderitaan yang sedang saya lalui ini akan membahagiakan kita pada suatu hari nanti?

entahlah awak..biarlah waktu menentukan takdir kisah cinta kita yang penuh tragik ini..


Ayat suci Al-quran bukan hiasan

kebiasaanya kalau kita pergi ke rumah orang beragama islam..mesti ada frame ayat-ayat suci Al-quran..Surah yang paling popular adalah 3 Qul..Ayat Kursi..dan Ayat Seribu Dinar..

Tapi kita sedar tak,kita hanya menjadi ayat suci tersebut adalah hiasan semata-mata..ada yang menjadikan pendiding..dan lain-lain lagi..sedangkan untuk mengamalkannya langsung kita leka?

Mengapakah?

Bila kita pampang kan ayat-ayat Quran kita dah di bolehkan di nilaikan sebagai oh pengamal Ayat suci Al-Quran sedangkan hanya memandang sepi ayat tersebut..

Al-Quran kala ini hanya dijadikan sebagai hiasan cantik di barang hantaran perkhawinan,perhiasan di gobok rumah,dijadikan sebagai alat sumpah..

Wahai manusia sekelian alam dan juga diri ini..sedarlah sejauh mana kita pergi, Nabi pernah pesan kita tidak akan sesat jika kita amalkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Al - Sunnah..

Tapi sekarang..adakah generasi Al - Quran..menjadikan Al-Quran sebagai panduan,sebagai makanan roh..?

Berubahlah wahai manusia..AL-Quran itu sedih dan kecewa bila manusia memandang sepi kepadanya..sedangkan Al-Quran tersebut dapat temankan kita kala kegelapan dan ketakutan di dalam kubur kelak..

Berubahlah..cintailah AL-Quran kerana di situ adalah Ayat-Ayat Cinta ALLAH,janji2 ALLAH..

deep inside me~rumah dekat kampung ada hiasan ayat Quran.tapi rumah kat Kl..langsung tiada..sebab simpan ayat tersebut dalam sudut hati...

Thursday, January 27, 2011

A Letter for my Lover


Mungkin engkau sering bertanya-tanya dalam hati atau mungkin menerka-nerka mengenai perasaanku kepada dirimu untuk saat ini.

Inilah jawaban atas pertanyaanmu itu………….

Kekasihku yang aku cintai karena Allah,

Andaikan engkau tahu seandainya memandang mu tidaklah dosa maka aku akan terus memandang mu.

Andaikan rindu ini adalah halal maka aku akan menghubungimu hingga berjam-jam dan meminta mu untuk datang menemuiku.

Andaikan di saat engkau memegang tanganku, memelukku, dan menciumku ini adalah halal bagi kita berdua. Maka akulah orang yang paling bahagia.

Tetapi ketika kau memegang tanganku dan memelukku dalam hati ku bercampur baur antara bahagia dan takut akan dosa, Andaikan aku bukan orang yang paham akan hukum Allah maka akulah orang yang ingin selalu engkau sentuh dan engkau peluk. Tapi aku sudah tahu hukumnya:

“Janganlah seorang laki-laki berkholwat (berduaan) dengan seorang wanita kecuali bersama mahromnya…”[HR Bukhori: Muslim]

“Seandainya kepala seseorang di tusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadits hasan riwayat Thobroni dalam Al-Mu’jam Kabir 20/174/386 dan Rauyani dalam Musnad: 1283, lihat Ash Shohihah 1/447/226)

Apakah engkau tahu setiap hari, setiap menit aku ingat padamu dan berharap engkau menghubungiku.

Tapi yang aku bisa hanya menatap wajahmu dari sebuah foto yang terpajang dalam jejaring social.

Mungkin engkau menganggapku kolot, tapi aku mengetahui satu hal :

”Melepaskan pandangan kepada yang haram akan mengakibatkan kecemasan, kesedihan dan luka di hati. Orang yang bahagia adalah orang yang dapat menundukkan pandangannya dan takut kepada Tuhannya”

Mungkin engkau merasa aku bukanlah orang yang romantis, aku tidak perhatian dan kau tidak pernah aku perdulikan.

Mungkin untuk saat ini aku memanglah begitu karena aku takut akan hukum Allah, bukan hanya aku yang akan Allah beri balasan tetapi kita berdua dan kedua orang tua kita yang membiarkan kita.

Sudah seminggu ini engkau sulit menghubungiku dan ketika engkau tahu nomer telepon ku yang baru, engkau bertanya kenapa aku tidak memberitahumu…

Aku berusaha agar kau tidak menghubungiku sehingga engkau bosan dan dapat meninggalkan aku cepat.

Tapi apakah engkau tahu di dalam hati kecilku….engkaulah orang pertama yang paling ingin aku beritahu. Dan memberikan solusi kenapa nomerku tidak aktiv lagi.

Hari jumat aku sakit demam dan flu,

Tahukah kamu aku ingin sekali engkau datang dan menghawatirkan aku.

Malam itu engkau mengirimiku sebuah pesan bahwa kau tidak datang,…

Tahukah kau, aku ingin sekali membalas pesan mu dan mengatakan aku sedang sakit.

Dan berharap engkau akan datang cepat dengan mencemaskan aku atau setidaknya engkau akan mengirimiku atau menelepon mencemaskan aku.

Berkali-kali aku baca pesanmu dan mencoba membalasnya. Ketika aku mengetik sebuah kata kemudian aku menghapusnya dan terjadi berulang-ulang.

Apakah engkau tahu mengapa aku tidak membalas pesanmu

karena dua buah kata yaitu tidaklah halal. Ya karena hubungan kita tidak halal jadi aku takut Allah akan marah.

Inilah jawaban atas tanyamu………

Engkau datang memberikan aku kebahagiaan dan sekaligus memberikan aku sebuah kecemasan.

Oleh karena itu aku menuliskan surat ini untuk mu kekasihku…….

Dan inilah yang ku rasakan………..

Untuk kekasihku mungkin aku tidak tahu seberapa besar cintamu kepadaku dan apakah aku lah seorang yang berada di hatimu.

Tetapi aku sangat tahu bahwa aku cinta padamu, aku rindu padamu, dan untuk saat ini engkaulah seorang yang berada di hatiku.

Aku berterima kasih kepada Allah telah mempertemukan kita berdua. Dan aku berterima kasih kepadamu sudah menjadi bagian yang menempati ruang kosong di hatiku. Semoga allah merahmati kita berdua. Dan apabila kau tidak bisa bersabar untuk menungguku, mungkin itulah jalan terbaik yang diberikan oleh Allah sehingga kita berdua akan menemukan pasangan yang terbaik untuk kita.

Semoga Allah mengganti kecemasan dan kekecewaan ini dengan sesuatu yang dapat menenangkan di kemudian hari. Amin..

Inilah surat dari hatiku untuk kekasihku yang aku cintai karena Allah.

An-Nisa’...



Fitrah hiasan dunia
Fitnah dunia Ar-Rijal
Halus perasaanmu
...Ingin disayangi, dibelai, dimanja
Dan kutahu dia juga begitu
Cinta itu fitrah
Jangan cemari dengan fitnah!

Jika benar kau mencintainya kerana Allah
Takkan kau bisa melunakkan suara
Tusukkan panahan menggoda
Kerana kau tahu
Itu bisa menggoyah iman Ar-Rijal
9 akal 1 nafsu
Namun nafsu yang sentiasa beraja
Takkan kau jadikan sang nafsu itu
Raja nafsu yang menggila
Kerana kau tahu
dia akan terjerumus dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila
Adakah benar kau mencintainya kerana-Nya?

Ar-Rijal...!

Andai kau mencintainya
Cintalah kerana-Nya
Letakkan Dia melebihi cinta si dia
Andai kau menyayanginya kerana-Nya
Kau takkan bisa menggodanya
Kerana kau tahu
dia punya 9 nafsu 1 akal
Mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu

Andai kau mengasihinya kerana-Nya
Kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan
sebelum pernikahan
Ber“abang-sayang”
Menyentuhnya walau yang “ringan”
Kerana kau tahu
Itu menghampiri zina
Dan kau tahu
Tempatnya di api menjunam
Na’uzubillahiminzalik

Apakah benar kau mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

An Nisa’…Ar Rijal...!

Ku mengasihimu lillah
Pesanku ikhlas lillah
Cinta tak salah
Fitrahnya suci
Anugerah Allah
Peliharalah ia
Dengan malu akan Allah
Dan takut akan murka-Nya

Andai Allah kau utamakan
Kau takkan gelisah
Andai dia lumpuh tanpa berita
Bisu tanpa suara

Walau teknologi di depan mata
Kau takkan rindu
Walau tak bersua
Kau takkan kecewa apatah gundah
Andai bait cinta tak terluah
Kerana kau tahu
dia menyimpannya khusus
Untuk yang dipertemukan
buat pertama kalinya!
Kerana kau yakin Allah yang terbaik
Akan Allah temukan yang terbaik jua untukmu

Andai dia yang terbaik untukmu
Akan Allah satukan jua hatimu dan hatinya
Hanya dengan aqad yang sah
Menghalalkan yang dulunya haram
Meniup barakah
Dalam redha Allah
Terurai lafaz kian tersimpan
Buat pertama kali dan arakiannya

Andai benar jodoh kau dengannya
Yakinlah!
See More

Surat Cinta Untuk Diriku

Sebenarnya surat ini ingin kukirimkan kepadamu wahai engkau yang mampu melumpuhkan hatiku. Surat ini ingin kuselipkan dalam satu kehidupanmu, namun aku hanya lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan-percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, aku hanya merasa seperti itu.

Assalamu’alaikum wahai engkau yang melumpuhkan hatiku

Tak terasa dua tahun aku memendam rasa itu, rasa yang ingin segera kuselesaikan tanpa harus mengorbankan perasaan aku atau dirimu. Seperti yang engkau tahu, aku selalu berusaha menjauh darimu, aku selalu berusaha tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku ingin tetap berlaku dengan normal walau perlu usaha untuk mencapainya.

Takukah engkau wahai yang mampu melumpuhkan hatiku? Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tak kucintai namun kepadamu, lisan ini seolah terkunci. Dan aku merasa beruntung untuk tidak pernah berkata bahwa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit saat mengetahui bahwa aku bukanlah mereka yang engkau cintai walaupun itu hanya sebagian dari prasangkaku. Jika boleh aku beralasan, mungkin aku cuma takut engkau akan menjadi “illah” bagiku, karena itu aku mencoba untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam, mendorong lagi, dan lagi hingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin tidak mengerti.

Sakit hatiku memang saat prasangkaku berbicara bahwa engkau mencintai dia dan tak ada aku dalam kamus cintamu, sakit memang, sakit terasa dan begitu amat perih. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik saat aku mengerti bahwa senyummu adalah sesuatu yang berarti bagiku. Ketentramanmu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku, dan aku mengerti bahwa aku harus mengalah.

Wahai engkau yang melumpuhkan hatiku, andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengedit saat-saat pertemuan itu hingga tak ada tatapan pertama itu yang membuat hati ini terus mengingatmu. Jarang aku memandang wanita, namun satu pandangan saja mampu meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.

Banyak lembaran buku yang telah kutelusuri, banyak teman yang telah kumintai pendapat. Sebahagian mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentangmu tentang dia karena sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan,mereka memintaku untuk membuka tabir lisan ini juga untuk menutup semua rasa prasangmu terhadapku. Namun di titik yang lain ada dorongan yang begitu kuat untuk tetap menahan rasa yang terlalu awal yang telah tertancap dihati ini dan membukanya saat waktu yang indah yang telah ditentukan itu (andai itu bukan suatu mimpi).

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, mungkin aku bukanlah pejantan tangguh yang siap untuk segera menikah denganmu. Masih banyak sisi lain hidup ini yang harus ku kelola dan kutata kembali. Juga kamu wahai yang telah melumpuhkan hatiku, kamu yang dengan halus menolak diriku menurut prasangkaku dengan alasan belum saatnya memikirkan itu. Sungguh aku tidak ingin menanggung beban ini yang akan berujung ke sebuah kefatalan kelak jika hati ini tak mampu kutata, juga aku tidak ingin BERPACARAN denganmu.

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, mungkin saat ini hatiku milikmu, namun tak akan kuberikan setitik pun saat-saat ini karena aku telah bertekad dalam diriku bahwa saat-saat indahku hanya akan kuberikan kepada BIDADARI-ku. Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadari-ku bila dia bukanmu.

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu betapa saat-saat inilah yang paling kutakutkan dalam diriku, jika saja Dia tidak menganugerahi aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah meminangmu bukan sebagai istriku namun sebagai kekasihku.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu. Kadang aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik yang berarti harus mengorbankan ukhuwah diantara kita atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi hal yang tampak sepele yang demikian itu.

Aku yang tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepadamu, sudikah engkau menungguku hingga aku siap dengan tegak meminangmu dan kau pun siap dengan pinanganku?! Namun wahai yang telah melumpuhkan hatiku, kadang aku berpikir semua pasti berlalu dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu, tetapi ada ketakutan dalam diriku bila aku melupakanmu. .. aku takut tak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, ijinkan aku menutup surat ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu-mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingat kisah kita yang tragis ini. Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk merajut jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama betapa akhirnya kita berbuka setelah menahan perih rindu yang begitu mengguncang.

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan-mu, Tuhan-ku, dan Tuhan semua manusia akhir yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepada-Nya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepada-Nya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.

Wahai engkau yang sekarang kucintai, semoga hal yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.

Jika kita Yakin

Untuk mendapat iman sangat susah berbanding dengan menghafal. Iman sebenamya campuran di antara percaya dan yakin. Ramai orang percaya Zat Tuhan. Tidak ada orang yang tidak percaya. Bahkan orang kafir pun percaya wujudnya Tuhan. Orang Islam percaya tentang adanya zat yang Maha Agung tetapi itu tidak cukup. Kita hendaklah yakin. Orang tidak yakin kerana dua sebab iaitu; tidak belajar dan susah menerima sesuatu yang dipelajari.

Yang tidak diyakini itu bukan zat Tuhan tetapi tidak yakin dengan peranan Tuhan. Bila tidak yakin dengan peranan Tuhan boleh dilihat cara hidup seseorang itu. Tentu banyak cacat celanya terutama bila Tuhan uji kita. Bagi yang yakin dia akan bersyukur dengan ujian itu dan menganggap Allah hendak menghapuskan dosanya. Terasa Tuhan memberi ujian istimewa kepadanya.

Contoh lain, bersedekah dalam ajaran Islam, bukan sahaja diberi pahala bahkan hidupnya diberkati. Orang yang pemurah, walaupun tidak kaya, tetapi dia tidak akan papa sebab ada berkatnya. Sebagaimana Rasulullah yakin tentang berkat bersedekah. Ada seorang perempuan menjadi tetamunya. Baginda tahu lahir dan batin seseorang. Rasulullah beritahu isterinya supaya perempuan itu tidak tinggal di rumah Rasulullah kerana tidak ada berkat. Perempuan itu diminta meninggalkan rumah Rasulullah dengan dibekalkan sebiji tamar.

Dalam perjalanan, dia sedekahkan tamar itu kepada orang lain. Belum pun perempuan itu pergi jauh, Tuhan beritahu Rasulullah supaya dipanggil semula perempuan itu ke rumah Rasulullah kerana dia telah diberkati Tuhan. Ertinya Tuhan suruh orang bersedekah agar orang itu diberkati. Itu peranan Tuhan.

Ramai orang tahu tentang perkara ini tetapi dia hanya boleh bersedekah apabila disuruh, digesa atau waktu sesekali naik semangat setelah mendengar ceramah. Kita tahu memberi sedekah itu berkat tetapi kita seperti tidak yakin dengan peranan Tuhan memberi berkat kepada sedekah. Sebab itu dia tidak bersedekah. Tuhan memberi kekayaan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang itu dapat membuat kebajikan. Orang yang belajar tahu tentang perkara ini tetapi bolehkah dilaksanakan?

Kekayaan seseorang itu hanyalah saluran. Tuhan menyuruh kita mengagih-agihkannya. Kekayaan tidak boleh dinikmati seorang diri. Peranan Tuhan, itulah yang kita tidak yakin. Zat-Nya kita yakin. Percaya dicampur yakin barulah dikatakan beriman.

Hendak yakin peranan Tuhan, itu yang payah. Tuhan berjanji di dalam Al Quran, barang siapa yang takut kepada-Nya, Allah beri rezeki dari sumber yang tidak diduga. Kita selalu ragu dengan janji Tuhan. Kalau berniaga pun kita ragu dengan bantuan Tuhan. Kalau kita berdakwah pun kita tidak yakin pertolongan Tuhan. Bila tidak yakin dengan Tuhan, datanglah sangka jahat dengan Tuhan.

Haram hukumnya bersangka jahat dengan manusia. Bersangka jahat dengan Tuhan lagilah besar dosanya kerana ia berkait dengan aqidah. Kalau seseorang itu kuat ibadahnya sekalipun tetapi bersangka jahat dengan Tuhan, ini amat berat.

Saiyidina Abu Bakar diangkat oleh Tuhan kerana keyakinannya yang kental di hatinya. Bukan kerana ibadah yang banyak atau pengorbanan yang hebat. ltulah kemuliaannya di sisi Tuhan. Kalau setakat percaya mudah tetapi hendak yakin payah.

Itu baru yang kecil-kecil tetapi kalau yang besar-besar, contohnya atas nama negara atau bangsa, bagaimana? Seorang Perdana Menteri mungkin tahu kalau dia membawa negara kepada taqwa, negara akan aman makmur. Kemudian dia berubah dengan tidak mengambil Islam tetapi berpaling kepada ideology seperti komunis, sosialism dan pragmatism. ltupun kerana dia ragu.

Sekarang ini, tidak ada negara umat Islam yang hebat yang mendapat perlindungan Tuhan. Semua ada masalah sedangkan semua sudah merdeka.

Tuesday, January 25, 2011

“Tuhan mabukkanlah aku”

Tuhan mabukkanlah aku..
Dengan anggur CINTA-Mu..
Rantai kaki erat-erat..
Dengan belenggu penghambaan..
Kuraslah seluruh isi diriku..
Kecuali CINTA-Mu..
Lalu recai daku..
Hidupkan lagi diriku..
Laparku yang maha pada-Mu..
Telah membuatku..
Berlimpah karunia..”

Wednesday, January 12, 2011

tahajud cinta

hari yang indah ini..saya cuma nak berkongsi sedikit ilmu..

sapa yang hati dia kena pijak-pijak..harapan dia dipermainkan dan dia merasai kehidupan ini sudah berakhir??..sapa-sapa-- sila angkat tangan walaupun saya tak nampak..

ok..nasihat saya atau tips untuk membendung pendarahan di dalam hati yang tidak nmpak dgn mata kasar.. adalah..

bangunlah tengah malam jam 4.00pagi waktu malaysia..di saat sume insan sedang enak dilambung mimpi-mimpi basah..
basahilah wajah anda dengan wuduk dan ubatilah luka di benak hati itu dengan solat tahajud 6 rakaat..solat taubat..dan solat hajat.pohon apa sahaja untuk kebaikan..

Nescaya ALLAH mendengar kerana di saat itu ALLAH sedang turun ke langit dan mencari kekasihnya..sayangkan jika kita terlepas peluang itu..

so..cubalah..jadikan solat tengah malam ini makanan seperti dadah yang buat korang sume ketagih atau setim je kalau tak laksanakan..

ok..sama-sama kita..mengejar cinta yang kekal abadi..

percayalah luka dalam hati yang tak nampak dengan mata kasar tak boleh diubati dengan tampalan plaster tapi kena guna ketakwaan kepada cinta yang satu.

Monday, January 10, 2011

"kau"

walau KAU tidak pernah nampak luka itu mengalir darahnya..

Kau di atas ini tidak merujuk sesiapa..dia adalah umum kepada si peluka hati manusia..buat manusia yg menganggap manusia lain itu robot tiada perasaan.

boleh jadi aku sendiri adalah kau itu...mungkin aku jua pernah membawa pisau tajam dan menikam seseorang tanpa aku sedari..oh..ye tanpa aku sedari..

what u give u get back ~

5 tahun yang lalu..flash back kembali..aku bukan diri aku yg sekarang..
dahulu aku sangat penting diri sendiri sume org salah aku yg terbaik akulah terhebat...

dalam masa yang sama tanpa aku sedari aku melukai seseorang yang pernah menyayangi aku sebaik-baik manusia..yang menjaga aku yang melindungi aku..tapi aku perlakukan hatinya seperti dinding papan yang aku suka-suka je ketuk time aku marah..

Dia semulia-mulia manusia yang penuh kesabaran...dialah seseorang yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup aku..dia..dia terlalu...............oh..

tapi walaupun kami pernah mewarnai dunia ini bersama-sama..kini aku tak tahu di mana dia..
mungkin sedang terlalu bahagia..barangkali or sebaliknya........................

dia pernah melukai atau aku malah menikam aku daripada belakang..
bencikan dia?adakah itu cukup untuk ubati luka tikaman itu?tidak bukan
ceritakan keburukan dia..dedahkan keaiban dia pada awek dia?mereka berantakan........adakah itu akan memuaskan hati ini?

oh tidak..itu bukan cara ku..buat dia walau kau tidak pernah menagih maaf itu ku berikan dengan penuh hati ini semoga kau berbahagia.

dan buat dia..

aku sendiri sedang melalui balasan dosa-dosa kita dahulu.. 5 tahun kita bukan menyulam cinta tapi menyulam dosa..

baru setahun kepedihan itu aku rasakan...jangan lah wahai hati kau mengeluh..sedangkan dahulu kau gembira ingatkan kau pada ALLAH?..

kesimpulannya..........

keperitan dan pedih yang aku sedang lalui ini adalah munasabah cintaku..Betapa ALLAH itu sangat menyayangi hambaNYA itu..

Barangkali kau membenci sesuatu itu sedangkan itulah terbaik untuk kamu..

pada yang sedang berdarah..biarkan darah itu mengalir..usah berlakon menutup kelukaan itu...be yourself...kadang-kadang yang dilahirkan cuma senyum palsu..ketawa tipu.....

dan yang benar-benar tulus...titisan air mata yang panas mengalir gugur ke pipi..

sabar hati..ALLAH sedang kifarah dosa-dosa dahulu...

saya janji dalam hati..tikamlah saya dalam-dalam tapi saya tidak akan kotorkan hati saya dengan titik hitam untuk membenci kamu.......

Friday, January 7, 2011

~Thru' my window..~

saya rasa ALLAH selalu mendengar doa-doa saya..i guess..
now i not alone cause my parent overthere with me at KL..

i boleh rasa memang kita memerlukan manusia lain dalam melayari kehidupan ini..CiNTA kepada ALLAH tetap yang utama..

tapi untuk buka pintu hati i balik pada manusia bernama lelaki it not easy like u open your window evermorning..

bermula tahun 2011 ini.. i akan paparkan apa yang i lalui,see,or rasai.dan kita sama-sama nikmati perjalanan sebagai hamba ALLAH..

bermula tahun baru 2011..catatan hidup i di mulakan dengan my hunnny bunny niece kena oprate di bahagian bawah dagu because have a cysst..mujor ALLAHMDULILAH it not dangerous like CA.or canser..

but, hani it notty punya budak..dah kena masuk air pun stil active lagi bukan sahaja active 5 malah 100% active..alhamdulilah sume selamat selamat pun dah keluar hospital.

the pic i will upload later.


n this the picture




Saturday, January 1, 2011

Karena Hati Bicara



Oki:
Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Oki & Andy:
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Oki & Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Oki & Andy (3x):
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


Awak..bila hati kita dah merasai...tidak perlu kata-kata mengungkapkannya
karena hati kita telah bicara