Pages

Wednesday, December 22, 2010

Doaku Harapanku Impianku

Tolong ingatkan aku,

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Aku mensyukuri nikmat Tuhanku
Berusaha mencukupi keperluan
Tanpa menggadaikan akhiratku

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Pada sikap sederhanaku
cermat berbelanja, hemah membeli
memenuhi hak dan kehendak
mencukupi bagiku, juga yang memerlukan

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Pada sikap simpatiku
Sering memberi,tidak pula meminta
Dari ruang harta,masa juga tenaga,
Hanya malam, waktu ku adukan kekuranganku.

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Aku mendahulukan ibuku dan bapaku
Kerana mereka lah aku di sini
Untuk kutunaikan perananku
sebagai seorang anak yang soleh
namun tidak akan aku menidakkan hak mu.

Kekasih
Untuk mencintaiku, kamu harus tahu
Rencah sebuah kehidupan
Pasti kesabaran kan teruji, air mata kan menitis
Ku harap kamu tabah dan ikhlas
Kerana susah senang, kita bersama Allah.

Kekasih
Ketika yang lain berbangga dengan kemewahan
Tenangkan resahku,supaya aku tidak kufur
Tidak mendustakan rezeki kurniaan Tuhan
Yang tidak terhingga kepada kita.

Kekasih
Tidak dapat aku menjanjikan padamu
Melebihi apa yang ditetapkan Tuhan
Dengan berusaha dan bersyukur
Pasti bertambah-tambah nikmat Allah.

Kekasih
Ketika yang lain memuji kelebihanku
Kamu menerima kelemahanku
Melihat isak tangis dalam ketabahanku
Melihat kerisauan dalam tawaku
menjadi pendampingku.

Kekasih
Dorong jiwaku
Sebagai makmum kesayanganmu
Menghias malam dengan tahajud
Mencorak keluarga dengan taalim
Melazimi rohani dengan tilawah
Mencetus bahagia,indah keluarga diredha Allah

Kekasih
Ingatkan aku
Untuk melihat keindahan alam bersamamu
Menghayati terbit benam matahari
Berjalan berdua di pesisir pantai
Berbaring melihat hamparan bintang
Melayani segala kemanjaanmu
Ingatkan aku
Pada rasa kasihku padamu

Kekasih
Moga Allah kabulkan inginku
Hilangkan resah bimbangku
Pada pesona kasihku
Untuk kamu yang ku sayangi....

Yang ALLAH sedang rancangkan pertemuan kita..
Di mana kamu aku sendiri tidak tahu..tapi yakinlah janji ALLAH
sejauh mana kita terpisah..andai takdir tertulis kamu milikku...
kita kan bersatu pada satu hari yang indah nanti..


AMIN

Sunday, December 19, 2010

heart 2 heart

bila kali terakhir aku ketawa?
bila kali terakhir aku tersenyum manis
bila kali terakhir aku nikmati bahagia

sungguh aku terlupa...bila kali terakhir semua itu?

yang aku pasti...kali terakhir air mati menitis..

dan aku suka lagu ini



dan liriknya

Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada
Kecewanya hatiku hilangkan relung hati
Hampir saja ku mati mati rasa padamu

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyumku

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

....................................................................

bilalah aku akan tersenyum manis...
aku sendiri tak tahu....

oh..mungkin inilah hukuman buatku..5 tahun aku lalu aku jarang menangis..
lebih baik menangis di sini..dan gumbira di sana...

Saturday, December 18, 2010

Bala yang paling dasyat

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba
Bukan ditimpa bencana alam
Seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang
Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang
Bukan juga ditohmah dan difitnah
Juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum
Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara
Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat
Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman
Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal
Keyakinan yang kental kembali longgar
Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai
Ibadah yang selama ini istiqamah
Sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa
Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya
Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi
Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan
Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya
Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya
Halal haram sudah tidak diambil kira
Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung
Pintu hatinya ditutup rapat-rapat
Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi
Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya
Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya
Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula
Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat
Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula
Setelah mendapat iman dibuang pula
Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman

Kisah Cinta Hatib Dan Ummi Qais (Niat kerana....)‏

Sekali peristiwa, diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais. Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti.

Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga- moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Oleh kerana itulah, maka Hadith ini telah disabdakan, iaitu:

"Hanyasanya amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niat-niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab- sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]

Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah mencelanya secara tidak langsung dengan menyabdakan Hadith tersebut di atas tadi.

Bagi kita kaum Muslimin yang mengikuti cerita Hatib tadi, janganlah dianggap celaan itu hanya ditujukan untuk Hatib seorang saja. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Akan tetapi di sebalik peristiwa Hatib itu ada pengajaran lain yang harus kita perhatikan, supaya kita tidak menjadi seperti Hatib pula, sehingga celaan itu akan menimpa kita sama.

Dalam menjalankan perintah-perintah agama, janganlah hendaknya kita menyaingi ibadat-ibadat kita itu dengan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan keduniaan. Misalnya ibadah Haji. Ada orang yang menyaingi ibadat Hajinya dengan kerja-kerja keduniaan, seperti berniaga sewaktu dalam perjalanan ke Haji, atau dalam musim Haji, kerana keuntungannya berlipat-ganda ketika itu. Ataupun orang itu sengaja menawarkan dirinya untuk menguruskan hal-ehwal orang-orang Haji tentang keperluan-keperluannya dalam perjalanan atau sewaktu mengerjakan Haji itu, sebab seolah-olah dia bekerja dengan bakal-bakal Haji itu, dan mungkin sekali semua wang pelayarannya pun dikutip dan berasal dari bakal-bakal Haji itu samada sebagai komisen ataupun faedah pekerjaannya, yang kalau tiada kerana itu,tiadalah ia akan berangkat sama untuk menunaikan Hajinya. Amalan yang serupa ini tentu sekali tiada sepenuhnya tertumpu pada Pekerjaan ibadat terhadap Allah. Oleh kerana itu dikhuatiri tidak ada gunanya dan tidak ada pahalanya dari Allah subhanahu wa ta`ala.

Lain-lain misalan dalam perkara yang sama banyak sekali, dan semuanya adalah bergantung kepada niat masing-masing pelakunya. Maka hendaklah kita sentiasa waspada dalam hal ini, supaya ibadat-ibadat kita tiada dikongsi dengan amalan-amalan keduniaan, yang nyata sekali ditegah oleb agama, seperti dalam Hadith Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tersebut di atas.

Untuk menentukan samada ibadat kita itu 100% kerana Allah atau tidak, tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan bukan secara helah atau putar-belit, nescaya kita akan mendapati jawapannya yang betul. Seterusnya, Hadith ini, walaupun ditujukan khas kepada Hatib kerana niatnya yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya, namun hukumnya umum ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, walaupun sebabnya yang pertama kerana Si Hatib tadi. Sebab Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tidak pernah menujukan sesuatu kecelaan atau kemarahannya terhadap seseorang yang tertentu. Bahkan pengisytiharannya sentiasa umum untuk menjadi pengajaran kepada kaum Muslimin yang lain.Selain itu, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam adalah pemalu orangnya dan tidak pernah menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi untuk membocorkan rahsia orang di hadapan khalayak ramai, itu tentulah jauh sekali.

WaAllahu A'lam...

sumber rujukan:["Kuliah Subuh" oleh Syed Ahmad Semait - kitab rujukan: "Matnul-Arba'in an-Nawawiyah" oleh Imam Nawawi dan "Fathul-Mubin Li-yarhil Arba'in" oleh Ibnu Hajar]

Friday, December 17, 2010

hijrah

meninggalkan kehidupan lalu untuk mencorak kebaikan hidup di masa hadapan.
itulah yang sedang aku perjuangkan..semua yang berjalan di atas takdirNYA..

aku just follow the flow..

aku kian dewasa...meninggalkan zaman atau zon selesa ku selama abes pengajian..berpayung di bawah lembayung kasih sayang kedua ibu bapa..
oh indahnya..

tapi kini semua sudah berubah aku kian mencorak kematangan dalam naluri perjalanan kehidupanku..

aku tinggalkan mereka..yang sangat aku sayangi..benarlah hidup ini pengorbanan..bila kita miliki something kita jua akan kehilangan something..

dan kalu kita tak berani untuk memilih atau berkorban..kita tidak akan berubah atau maju..

Ye..kini aku hidup di tengah kesibukan ibu kota tempat terletaknya seribu kesibukan yang menyesakkan ruang kepala ku..Sahabat-sahabat ku yang mencintai dunia mengucapkan taniah kepada ku selamat menjadi orang KL...

uhu..apa sangat ada di KL ini..semuanya penuh kepentingan diri sendiri..sedang aku makan..ada makcik buta yang meminta sedekah..orang-orang kl buat dek jerk..wey makcik tu buta..kita yang nampak ni buat dunoo jerk..apa nak jadi dunia ini??

soal teknik pemanduan jangan cite ah..semua laju2 giler.........aku yang sengal..yelah asal dari kampung..aku tak malu mengaku memang aku duk kampung..jauh di balik penipuan dan hanya kedamaian semata-mata..

perubahan ini memberi seribu kekuatan kepada aku..korang tahu aku buat semua ini .. merantau..kerja bersendirian sume kerana Kedua ibubapa ku..mereka yang beriya-riya suh aku amek peluang ini..bukan senang nak dapat kerja kerajaan..tapi kena tinggalkan parit raja..oh..giler pikirkannya...

so aku jalani jelah hidup ini..bila tinggal kat KL ni rasa pantas berlalu..dan aku harap masa mmg akan segera berlalu..aku nak mohon tukar JB..bukan jiwa ku di KL ini..segalanya tertinggal di parit raja.

selalu aku rasa down..yelah hidup sume sendiri..single women mujor ada abang kandungku di sini.,,menjaga ku dan kepada hanya ALLAH YANG MAHA BESAR sahajalah tempat aku bergantung harap..series beb..aku memang takde sapa-sapa..aku cuma ada ALLAH je..ni memang tahap tawakal meningkat lah.

kadang2 bila aku rasa down..aku pandang orang sekeliling aku..

KORANG tahu apa aku nampak?

1. mat bangla yang tengah gigih buat jalan tengah panas
-mereka lagi merantau jauh tinggalkan negara tercinta semata-mata nak buat jalan kat malaysia..aku??setakat KL-JB..ni petang ni aku dah plan nak balik jb mana leh tak balik wey...cinta dan jiwa ku tertinggal di pt raja..

2. makcik tukang cuci..kasihan bertungkus lumus memberus lantai bilik air di malaysia..sedangkan aku..hijrah ke KL duk dalam pejabat yang selesa ada PC..oh tak akan aku nak mengeluhkan.

3. aku selalu teringatkan tentang seseorang...yang tengah merantau keluar negera tinggalkan keluarga tersayang semata-mata nak menuntut ilmu..dia tabah giler..
YE-awak lah..kalau awak baca..memang saya jadikan awak sumber inspirasi kekuatan..
awak kat mana saya pergi..saya tetap bawa awak..awak selalu ada dalam hati saya...

Aku yakin ketentuan ALLAH ini ada hikmahnya..dan aku akan tabah melaluinya..aku harap..masa ini pantas berlalu dan aku akan hidup bagia di samping ibubapaku...
cakaplah apa sahaja tentang aku..anak manja ke apa ke..tapi aku memang tak sangup berpisah lama dengan kedua ibubapaku..mereka lah harta termahal yang aku miliki sekarang....

dan aku berdoa setiap hari..aku harap aku akan terus menjadi seperti ikan yang hidup di tengah laut yang masin tapi isinya tetap tawar..so?ada kaitan ke...sila tolong pikirkan..

wey..kadang aku terkejut dengan dress up budak perempuan KL..perghhh manjang skirt pendek..rambut karat..smoking..sungguh aku terkejut dan takut..

oh..YA ALLAH pelihara diriku..

ok..lama giler tak up date blog kesayangan ini..ok..semua tahu rindu..
jumpa lagi di lain waktu jika tak jadi mayat..

SESUNGGUHNYA DUNIA INI HANYA TAMAN PERMAINAN..DAN KEJARLAH AKHIRAT YANG KEKAL ABADI
hanya imam sahaja penyelamat