Pages

Sunday, October 31, 2010

mari-mari derma baju anda

sebgai anak gadis sudah pasti kita akan banyak stok baju..oh sangat banyak..satu gobok(bahasa johor) penuh dengan baju saya sahaja..saya tiada adik perempuan untuk syer..saya cuma ada ibu sahaja..anak sedara pun tecik2 lagi..mak selalu bising baju-baju saya banyak..sampai takde tempat nak letak lagi..

cerita lain plak..ofice mate saya tingal di kawasan kampung sebab husband dia kena jaga rumah warisan keluarga dia..ofice mate saya dinamakan akak lela..berkata jiranya sangat menyedihkan anak-anaknya pun baju tak berganti..sedihkan..sedang saya???............................syukur..

maka dengan itu saya bercadang untuk mengambil keputusan untuk menderma sume baju-baju saya yang saya jarang2 sangat memakainya..oh nak cover padahal dah tak muat..

ketika sedang mengemas dan melipat2 pakaian itu..tiba-tiba rasa taknak plak nak bagi..baju lawa-lawa lagi..cuma saya tak tahu bila nak pakai..(hati berbelah bagi)..syaitan ni...dan kemudian saya melihat balik..saya ada baju baru yang lebih lawa daripada baju lama mengapa saya sedih nak lepas baju yang memang saya dah tak muat?..

di samping itu.inilah masa saya membuang @ melupuskan baju-baju saya ketika zaman jahililah dahulu..al maklum lah jiwa tengah remaja...trendy bagai..oh berdosanya dahulu...tak jaga aurat dengan baik..ni punn berat hati jgak sebab...pakaiannya berjenama.dah ler mahal..tapi singkat tak cukup kain...oh...pembaziran dahulu..memang tak nampak semua kerugian ini..oh tetap sayang jgk nak lupus my jeans lebis ku..kuatkan semangat anda..pergorbanan..memberi yang hak itu perlu..tapi jika kita memberikan apa yg kita ada untuk orang lain itulah pengorbanan..

diringkaskan begini..

memberi makan kepada orang susah itu - hak = memang kita kena bagi orang makan memberi makanan kepada orang susah sedang kita belum makan = itulah yang pangil pengorbanan..
so jangan sedih bila buat pengorbanan..

citer sejarah islam - ingat lagi kisah nabi ibrahim yang ALLAH perintahkan untuk sembelih anak kesayangannya nabi ismail...itulah pengorbanan...

contoh pengorbanan lain

sembahyang dan taat perintah ALLAH - itulah hak seorang HAMBA kepada TUANnya
sangup bangun di tengah malam bertahajud mencari cinta dan keredaan ALLAH~ itulah dinamakan pengorbanan..

maka...bila kita sayangkan sesuatu kita kena lepaskan atau kongsi nikmat itu dengan orang lain..supaya nikmat yang lain pula kita akan perolehi..

sedekahlah..sesungguhnya apa yang kita miliki itu bukan milik kita tapi ALLAH memberikan pinjaman..pinjaman itu lebih indah jika dikongsi bersama-sama..sharing is caring rite..



baju zaman jahiliah..tanpa keraguan untuk dilupuskan


gobok pertama

gobok kedua

gobok ketiga

ni belum masuk sebakul lagi yang tidak bergosok..ish2..ni baru 2 tahun kerja ni..kalau tidak memberi pada orang yang memerlukan alamatnya..pasti lepas ni ada gobok ke 4,5.,6...

maka dengan itu saya menyeru..marilah kita memberikan baju-baju kepada mereka yang memerlukan..sekian

tasbih kifarah ~

berhati-hati ketika mengoreng

hari ahad..satu mesia tahu hari bersantai-santai kan..bagi menghabis masa santai yang ada..di rumah..sambil melawat dapur rumah..sambil memandang dalam peti ais jenama samsung..oh ada kepok lekor...faveret nih..

maka dengan lincahnya segeralah menggorengnya..

1.letakkan kuali di ats gas..open suis gas.tunggu api sampai menyala
2.masukkan minyak tunggu sehingga panas atau dia dah kuar asap..it mean dah panslah itu..adalah tindakan yang slow MENGGUNAKAN jari sendiri untuk merasai minyak itu dah panas ke belum..tapi if kamu sume nak try..teknik itu dipersilahkanlah ye..
3.masukkan kopok lekor yang telah dikerat-kerat..masukkan pelahan2 kerana takut minyak akn mercik ke diri anda selaku tukang goreng..
4.tunggu ler sampai garing..ok dah garing...booommm..popopo..mak aik..kopok lekor itu meletoplah pulak.ni kepok lekor ke kuih boom ni...dah minyak itu telah singgah ke muka ku...

maka berlarilah anak ini ke ibunya untuk merai simpati akibat kena minyak panas..ok ibunya memang simpati dengan lincah mencari minyak gamat dan tidak ketinggalan jua memarahi anaknya itu kerana kena minyak panas..puas ditazkirah anaknya itu..mengapa boleh kenalah..ni mesti sudip nya ada airlah..huwawwwkaaaaa...mak sakitlah pipi kita..nak marah lagi ke..dah kopok lekor itu meletop tetiba.2...sumenya di luar kawalan kita...kita sebagai hambaNYA kena redha,,mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa yang ada..(baiklah..anaknya telah mentakzirah ibunya balik)tapi dalam hati sebab jerk..sebab taknak jadi anak derhaka...huhuhuhu

sekian..berhati-hati lah ketika mengoreng..walaupun kita dah berjaga-jaga kejadian di luar kawalan kita..so kalu kena minyak panas itu redha jelah..toksah lah membebel.,.memarahi takdir kejadian..bayangkan ada orang lagi kena simbah dengan cuka getah..iishhhh..syukur..syukur...

takpelah..wajah pun dah tak comel lagi..harap-harap..ada lagi orang yang mahu..

tangan berperanan mengCOVER kesan ciuman minyak itu...huhuhuhu...

ok..sambung maman kopok lekor..sedap..lazat..nikmat..rezeki ALLAH..syukuran..

Saturday, October 30, 2010

bagaimana nak rasai kebahagiaan?

baiklah pada malam yang indah ini?...what do you feel?..sorrow..sadness..kerinduan tahap melampau??..

firstly..kenalpasti..nak rasa bahagia macamna?..

ok baiklah..

menderita merindui si dia..
cuba..baca kisah seorang isteri yang baru berkhawin tak sampai 6 bulan..kemudian takdir ALLAH telah mengambil suami dia..buat selama-lamanya..YA SELAMA_LAMANYA..dah takde nak harap datang balik..Bandingkan dengan perasaan rindu kat dia..Insyallah KALU berdoa banyak2 mahu tahu dia datang balik..itu pun kalu si dia tu tak jadi mayat lagi..kata kunci kat sini sabar..nikmati masa menanti ini dengan keindahan..anggap perpisahan sementara itu ujian..bukan seksaan..di akhir nanti bahagia...ALLAH sajer nak kasik perpisahan supaya time2 dok tunggu dia datang balik tu..isilah masa lapang hafaz al-qurAN,gi buat keje amal..jadik rakan masjid..gi kursus solat..gi tanam pokok bunga..pendek kata time nilah kembalilah pada ALLAH sebelum ALLAH yang mengambil kita..ish2..syukur2 kena ditinggalkan

citer sejarah islam. ~ ingat tak dlu lagi Nabi Adam terpisah dengan siti hawa dekat 50 tahun..kerana cinta mereka setia bertemu jua di dunia...oh..50 tahun..relaks beb setakat baru tunggu sebulan..dah merana nak cam apa dah..insyALLAH akan datang jua..sabar..sabar..

rasa takut?..

senang je nak ilangkan..bayangkan apa yang kita takut itu semua daripada ALLAH..maka konsep di sini adalah kembali semula kepada yang memberi rasa takut itu..iaitu kembali kepada ALLAH..sujudlah taubat banyak2..insyALLAH ketakutan itu akan hilang dan kedamaian itu akan melambai-lambai..

rasa sedih @ kehilangan..

senang je nak ilangkan..korang goggle kat you tube buka citer pasal palestin..pasal gaza..pasal tsunami pasal gempa bumi...ada lagi manusia yang di uji ALLAH lagi hebat..takat hilang kekasih hati tu..nak dibandingkan dengan kesengsaraan mereka2 yang ALLAH uji itu..sebesar kuman jerk kesedihan korang itu..

pokok pangkal sume yang berlaku pada diri kita ini datangnya dari ALLAH..tidak ada kejadian yang berlaku tanpa izinNYA>.maka dengan itu untuk memperolehi sesuatu yang kita inginkan keinginan kita perlulah sama dengan keinginan ALLAH..ALLAH mahukan hambaNYA taat kepadaNYA..jadilah hamba yang taat..nescaya segala keinginan kamu akan tercapai selagi tidak melanggar batas2 perintahNYA..sekian..

tasbih kifarah.. ;-)

Kisah sepasang kurung hijau berbutang dua



Kisah ini mengisahkan sepasang jiwa seorang di Malaysia dan seorang lagi di Korea dengan takdir ALLAH secara tiba-tiba si jejaka ini melamar si gadis itu..dek kerana terpikat dengan penampilan si jejaka yang sangat beragama..mungkin memberi sinar kepada gadis tersebut kembali mencari jalan yang lurus menuju cinta yang satu...dan ketika itu berputik lah cinta kedua mereka..perasaan saat bahagia..oh indahnya cinta..masing2 saling mengingatkan supaya jangan lalai..tanpa pernah ada sebarang pertemuan.masing-masing hanya berhubung menggunakan teknologi maya..tapi hebatnya kuasa ALLAH cinta itu lahir tanpa memerlukan sebarang pertemuan fizikal..oh subanallah..

Bila masa sedang menganyam cinta barulah jejaka ini sedar..bahawa bercinta sebelum nikah itu haram hukumnya..dan mengambil keputusan untuk berpisah..berpisah tanpa menjelaskan sebab pada gadis tersebut..bayangkan gadis tersebut yang masih naïf tentang agama dibiarkan sendirian mencari jalan..padahal pada mula jejaka itu berjanji untuk membimbing gadis tersebut..tapi gadis ini tetap tabah melalui kehidupan..dia teruskan kehidupan..buat orang sekeliling gembira kerana itulah kebahagiaan buat si gadis itu..tapi hatinya yang luka berdarah dipendam..gadis tersebut hanya mengadukan kepada ALLAH...dan sinar kesabaran dalam jiwa gadis itu semakin menyerlah...dia semakin sabar dan tabah melalui kehidupan itu sendiri..dan pada satu hari si jejaka tersebut kembali semula dalam hidup jejaka itu..dan mahu mencintai gadis itu kembali..gadis itu sangat luhur dan percayakan jejaka itu..percaya pada janji-janji jejaka itu tapi akhirnya sayang sekali lagi jejaka tersebut meninggalkan gadis tersebut..benar apa yang penah di ungkapkan oleh jejaka itu kepada gadis itu.bila kita letakkan harapan pada manusia kita akan hampa tapi bila kita berharap pada ALLAH kita tidak akan dikhianati..

Dipendekan cerita pada hari raya yang lepas gadis tersebut..telah menghantar sepasang kurung hijau cekak musang kepada kekasih hatinya di Korea..dan pada butangnya dia hanya meletakkan dua pasang butang..dan gadis itu mengambil keputusan untuk menyimpan 2 lagi butang baju itu... kerana gadis itu berharap semoga satu hari nanti dia sendiri akan ketemu bersama kekasihnya itu untuk menyerahkan dua lagi butang baju tersebut untuk menglengkapkan baju kurung tersebut.. simbolik pada butang itu adalah si gadis itu berharap dialah akan menglengkapkan hidup si jejaka itu..hari terus berlalu..walaupun jejaka itu sibuk dan tidak ada masa untuk gadis itu..tapi gadis itu tetap tabah menantinya..dan di sebalik penantian gadis itu...jejaka itu secara tiba-tiba meminta supaya jangan menunggu lagi dia kerana dia merasakan perbezaan dalam hubungan itu..dan jejaka itu berkata kerana mencintai gadis itulah dia terpaksa meninggalkan gadis itu..

Gadis tersebut membaca mesej tersebut dengan tabah..hati kembali berdarah2 dihiris2..dalam benak hatinya apakah salah ku,,adakah kerana aku ingin menyayanginya itu satu dosa.?persahabatan itu satu dosa?...mesej jejaka itu tidak terbalas..tapi gadis itu tidak pernah berhenti mendoakan jejaka itu..selalu dalam doanya mengharapkan kesejahteraan lelaki itu..hati gadis itu berkata..mencintai itu dan menyayangi itu bukan bermakna kita harus memiliki..asalkan orang yang kita cintai dan sayangi itu bahagia..dia gadis itu berkata..kerana mencintai awaklah saya akan tetap tunggu awak..kali ini lebih lama mereka berdua berpisah dan membawa haluan masing2..tapi gadis itu masih tidak dapat melupakan jejaka itu..setiap hari tidak pernah tinggal nama jejaka itu dalam doanya...

Dan benarlah kata Saidina Ali..jika kamu bersabar kamu tetap akan dapat dan kamu mendapat pahala tapi jika kamu tidak sabar marah,kamu akan tetap dapat tapi kamu tidak mendapat apa-apa.

Berkat kesabaran gadis itu,akhirnya jejaka itu secara tiba-tiba menghubungi gadis itu..Allahuakbar..bayangkan masing-masing menghilang diri tanpa kabar berita dan jejaka itu kembali untuk menagih cinta gadis itu...ibarat mimpi yang indah..betapa berbunganya hidup gadis itu..tapi sayang...akhirnya jejaka itu meninggalkan kembali gadis itu..hancur luluh hati gadis itu..tapi dia masih sabar dan tabah..katanya ini semua dugaan dari ALLAH untuk menguji tahap kesabarannya..sedikit pun tiada rasa marah dan benci kepada lelaki itu..malah masih tabah lagi gadis itu bertanya apakah yang jejaka itu mahukan di hari lahirnya..tapi sayang tiada respon daripada jejaka itu..kejadian ini sudah lali kepada gadis tersebut..diberikan harapan kemudian dipermainkan..tapi kenapa gadis itu langsung tiada perasaan benci kepada jejaka tersebut...dan apakah motif jejaka tersebut mempermainkan perasaan si gadis itu?..gadis itu tidak berdendam malah berdoa kepada ALLAH janganlah ada sesiapa yang akan melukakan hati jejaka itu biarpun berkali-kali jejaka itu mempermainkan perasaannya..kerana gadis itu beranggapan dialah yang bersalah..mungkin gadis itu yang terlebih berharap kepada jejaka itu..oh..........hati gadis itu sangat tabah..sangat kuat..

Akhirnya setelah puas berpikir..gadis itu mengambil keputusan..apa yang dilalui bersama jejaka tersebut adalah sebuah mimpi..mimpi yang sangat indah..sekalipun indah apabila tersedar segalanya hanyalah angan-angan...lalu gadis itu mengambil keputusan..mungkin jejaka itu telah menemui 2 lagi butang untuk melengkapkan baju kurung hijaunya itu..dan gadis itu merasakan jejaka itu tidak memerlukannya lagi dalam kehidupannya..lalu mengambil keputusan untuk berpijak di bumi yang nyata..2 butang baju yang masih ada pada gadis tersebut,dibuang dan kesan-kesan kenangan yang terpahat dalam hati gadis itu dimusnahkan..

Hingga sekarang..jejaka itu masih tidak mengetahui mengapa gadis itu hanya memasang dua sahaja butang di baju kurung hijau..kerana..bila masa gadis itu mahu menceritakan nya..jejaka itu akan mengambil keputusan untuk hilang dan berpisah..andainya jejaka tersebut membaca warkah ini..ketahuilah.. gadis itu ingin sekali memberitahu kepada jejaka tersebut..awak telah menglengkap hidup saya..tanpa kata,tanpa suara,tanpa kepastiaan..saya tetap menanti cinta awak..kehilangan awak langsung tak mengubah cinta saya..tapi bila saya lihat awak tak memerlukan saya sudah sampai masannya kita terus berpisah untuk selama-lamanya...akhir kata gadis itu masih tetap tidak berhenti putus-putus mendoakan kesejahteraan jejaka tersebut..biarpun itu..mungkin ruang hati untuk jejaka tersebut sudah tiada lagi..dan harapan gadis itu..jagalah baik-baik baju kurung hijau tersebut..dan jika ketulusan hati benar-benar ada..jejaka itu akan merasai pada baju kurung hijau itu penuh kasih sayang daripada seorang gadis itu..dan sekalipun perpisahan itu berlaku lagi gadis itu tetap tidak dapat melupakan jejaka tersebut..mana mungkin gadis itu dapat melupakan jejaka tersebut..sebabnya dahulu jejaka tersebut suka menyuruh si gadis ini memakai stokin tangan..tapi gadis tersebut sangat benci stokin tangan..tapi manusia itu berubah kini gadis itu tidak mampu lagi meninggalkan stokin tangan..dan setiap kali memandang stokin tangan pasti bayangan jejaka itu terlintas di pikiran gadis itu..oh...

Jika kamu membaca kisah ini..doakanlah gadis itu menemui kebahagiaannya kerana dia terlalu tulus untuk di sakiti..gadis itu selalu berkata hidup ini terlalu singkat untuk membenci..dan cubalah menjalani hidup tiada hari tanpa kasih sayang...

Saya harap saya mampu menjadi seperti gadis itu..amin..


Friday, October 29, 2010

untuk putra dan putriku


semua orang punya impian untuk memiliki anak..anugerah dari ALLAH..bayi yang baru lahir sangat suci..saya sangat menyukai bau bayi..wangi..suci dari debu-debu liar..

orang cakap sekarang zaman dah maju tapi saya rasa sekarang adalah akhir zaman..anak-anak sekarang dah lebih pintar daripada biasa..cabaran mendidik anak masa sekarang sangatlah sukar dan payah..

mereka lebih terdedah dengan ilmu yang tidak sepatutnya mereka tahu..maka peranan ibu bapa dalam perkara ini saat penting..

zaman sekarang mereka lebih terdedah dengan hiburan dunia..ibubapa berhempas pulas hantar anak masuk audition rancangan hiburan..untuk mencari publisiti..anak-anak dihantar ke kelas tuition..kelas piano..kelas dance..dan macam2 kelas yang pelik berbanding menghantar anak ke kelas mengaji..sedihkan..ini sume corak-corak didikan sahabat-sahabat kenalan di pejabat..oh..
hantar anak ke tadika china supaya pandai cakap china..urmm bahasa arab kan bahasa syurga??..

urmmm anak-anak sekarang memang semakin jauh dgn sejarah islam..mereka tak kenal sapa Rabiatul Adawiyah...tak kenal sahabat-sahabat Nabi..dan lebih menyedihkan tak kenal sapa Rasullah..sapa yang harus dipersalahkan?

YANG HARUS DISALAHKAN adalah ibubapa..

seyes..aku ada anak sedara yang aku asuh..rapat sangat..budak kecik ni memang suka meniru perlakuan orang sekeliling..mana tidaknya tiap kali aku solat..dia pun nak ikut solat gak..mereka kan muda lagi..apa yang mereka tengok itulah mereka tiru..kalu kedua ibubapanya ke laut maka jadi nelayan lah anak2nya...

urmm..andai satu hari nanti ALLAH makbulkan harapan ku memiliki zuriat..ku akan pastikan..

1.setiap malam sebelum tidokan mereka..saya akan pastikan untuk mereka mendengar suara nabi..setiap hari anak-anakku harus mempelajari satu hadis..perkara ini akan ku lakukan sampailah aku jadi mayat...semoga kelak saat aku tinggalkan dunia ini..mereka ada petunjuk menuju ke jalan kebenaran..

2. sudah pasti cerita-cerita pengorbanan Nabi menjadi kebiasaan kepada mereka..say no pada ceritera rakyat yang merrepek2 sang kancil dan buaya ler..sinderelah,snow white ler..putera katak lah...tak kuasa aku nak story kat anak2 aku citer tuh...baik aku citerkan..tentang PENGORBANAN NABI KEPADA UMAT-UMATNYA..supaya anak-anakku nanti tidak lalai dan mesia-siakan pengorbanan nabi...urmmm..

Satu hari dalam sejarah islam…

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)

Siti aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

aku harap anak-anak aku akan belajar erti kesyukuran..erti perkongsian..moga-moga dengan kisah2 pengorbanan sebegini anak-anakku nanti tidak akan mesia2kan pengorbanan Nabi dan akan sayang pada Nabi..

aku tak menyesal langsung kalu anak-anakku tak kenal Hang Tuah ke,P. Ramlee ke Nasir Bilal Khan ke...tak perlu sumer itu..

3.akan akan trainer anak-anakku untuk tido sendiri..aku taknak tido sama-sama dengan anak-anakku..dan aku nak mereka biasakan dengan kegelapan...dan aku akan semaikan perasaan TAKUT mereka itu hanya TAKUTkan ALLAH semata-mata..bukan takut gelap,hantu ke..

4.aku sangat suka suasana kampung,dan kalu ALLAH izinkan..aku nak besarkan anak-anakku di kawasan pendalaman..mereka tak perlu kenal terlalu luas pasal teknologi ke hiburan ke..takpe biar mereka SLOW bab dunia..tapi LINCAH bab-bab agama..kerana di masa muda inilah mereka senang untuk dibentuk.di lentur..kena kukuhkan iman2 mereka daripada mereka muda lagi..

5.anak-anak kecil ibarat kain putih..suci..dan yang warnakan adalah IBUBAPANYA..maka ibu bapa kenalah kenal warna2 yang indah untuk mewarnakan kanvas putih itu agar harus molek hasil lukisannya..ibubapa kena pergi kelas menwarna..dalam erti kata lain..kelas mendidik anak2...tak soh jadi ibubapa yang sibuk berkeja tapi anak-anak bertempiran ke mana..oh..sedarkah anak itu anugerah ternilai daripada ALLAH..

6.aku tak akan hantar anak-anakku ke sekolah asrama..kerana aku mahu berikan mereka kasih sayang dan perhatian secukupnya..biar nak belajar berdikari..masa umur dah matang dan akal dah boleh bezakan yang benar dan salah..yang neraka yang syurga...kita sebenarnya hidup dengan anak kita tak lama...bajet kalu 26tahun dia nak kawen..itu maknanya kita memang dah tak akan dapat bersama-sama mereka lagi..kalu dah baru 13 tahun nak antar asrama..sampai umur 21 tahun belajar kat u..abes belajar kalu dia terus nak kawen..BILA MASA AKU NAK BERSAMA_SAMA anak-anakku..takpe sekolah menengah biasa pun boleh jadik orang jgk..INsyALLAH...

7.takdenya aku nak kasik anak-anak aku futher studi kat oversea....tapi kalu dah takdir ALLAH redha je..

8.yang pasti jika aku miliki anak-anak yang comel2..aku akan berikan didikan AGAMA,agama,agama dan barulah mengejar dunia..wat ever lah orang nak kabor aku kolot ke apa ke..yang penting DUNIA NI taman permainan je..AKhirat jua yang pasti..tak payah lah sibuk nak berjaya kat dunia gadaikan akhirat..tak payah2..anak-anak nilah saham buat kita nak lepas dalam kubur..kerana apabila seseorang anak adam itu meninggalkan dunia..hanya 3 amalan yang akan sampai kepadanya..1.amal kebaikan2.sedekah jariah3.doa daripada anak2 yang soleh dan soleha...so kalu lah kita tak didik anak-anak2 kita dengan sempurna..bagaimana esk kita nak menjawab dalam kubur..

InsyALLAH..nilah amalan2 yg akan aku pratikkan..dan yang pasti gandingan kerjasama mendidik perlulah datang daripada ketua keluarga...iaitu bapanya....

oh bakal bapa kepada anak-anakku dimana kamu?..takpe..insyALLAH kita akan ketemu di akhir perhentian nanti..

sekian..semoga ALLAH menerima harapan dan permohonan hambaNYA yang hina ini.amin

Thursday, October 28, 2010

oh...hebatnya penceritaan beliau..ohnya rindu padamu Rasullah

Dalam Sujud Cintaku by Halim

sekeping hati saya


Sekeping hati ini…

terlalu berharga bagiku

disuatu ketika dahulu aku pernah beri

kepada seseorang yang aku percayai dan sayangi

tetapi… tidak dihargai

dirobek-robekkan bagaikan tiada nilai

bila telah menemui sekeping hati yang lebih sesuai dengan jiwanya

dipulangkannya kembali kepadaku dalam keadaan penuh kelukaan

sekeping hati ini…

ku cuba berikan lagi kepada seseorang

diatas kepercayaan dia mampu merawatnya dan

mampu memberikan sinar bahagia

tetapi… sekali lagi

tidak dijaga sebaiknya

dimusnahkan dan dihancurkan

bagaikan kaca yang jatuh terhempas dan berkecai

tidak dipulangkan kepadaku walaupun aku pinjamkan

hanya seketika waktu

sekeping hati ini…

luka dengan parah

lantaran perbuatan hamba bernama insan

bermain dengan kata-kata yang penuh kemanisan

ungkapan rindu dan sayang

tidak pernah lekang dari bibirnya

sehingga terleka dan

jauhnya sekeping hati ini

dari ilahi Rabbi

sekeping hati ini…

penuh dengan luka, parut dan lubang-lubang kesakitan

lubang-lubang itu TIDAK akan tertutup seperti sebelumnya

ia jua…

TIDAK mungkin akan sempurna seperti asalnya

TIDAK mungkin akan sembuh seperti asalnya

TIDAK mungkin akan serupa seperti asalnya

TIDAK mungkin akan ceria seperti asalnya

TIDAK mungkin akan indah seperti asalnya

sekeping hati ini…

sudah terlalu letih untuk menerima kepercayaan seutuhnya

dari hamba bernama insan

ia memerlukan masa yang amat panjang

untuk menyembuhkannya seperti sediakala

lantaran kelukaannya dimasa lalu

sekeping hati ini…

ku ubatinya dengan zikrullah

agar lubang-lubang kesakitan itu dapat ‘ditampal’

walaupun PARUT tetap akan meninggalkan bekas

dan kesakitan itu pasti akan dirasai

selagi roh dikandung badan

ku yakini semua lubang-lubang itu mampu ‘ditampal’

bersama nur ilahi

sekeping hati ini…

walaupun berperang setiap hari dengan dua bisikan

dan setiap saat menyuruh kembali ke zaman silam

tidak akan sesekali aku berpatah semula kebelakang

walaupun ia terlalu letih dengan pelbagai ujian yang datang

akan ku jaga ia dengan zikrullah agar sentiasa lembut

akan ku didik ia dengan mengamalkan sunnahtullah

akan ku belai ia dengan bacaan Al-Quran

akan ku berinya makanan setiap hari dengan santapan ROHANI

agar ia tetap terang bercahaya dan tidak akan malap

kerana ALLAH melihat dan menilai sekeping hati ini

bukan kecantikan luaran mahupun harta benda

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu…” (HR Imam Muslim)

sekeping hati ini…

ku didik akan bersabar dan tabah

menerima segala ujian duniawi

ku lembutkan ia

agar menerima sekeping hati lain dari seorang insan

yang ada kalam ALLAH dalam hatinya

yang ikhlas dan tulus hatinya

agar sekeping hati ini akan lebih sempurna dan berpasangan

melalui ikatan yang sah

bersama-sama mencari keredhaan ilahi

sebagai bekalan ke destinasi kekal

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaasin: 36)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. ( Surah Ali’ Imran: 08)

Apa yg kita beri, itulah yg kita dapat balik (What u give, u get back)…

apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat balik. jika kasih sayang yang ikhlas kita berikan pada orang sekeliling kita, maka kasih sayang juga yang akan kita terima balik sbg balasan tetapi jika aniaya kita berikan maka BALA ALLAH pasti menyusul kemudian…. Allah Maha dalam dan luas IlmuNYA. jangan kita rosakkan generasi masa akan dtg sbb KESILAPAN kita dimasa LAMPAU… NAUZUBILLAH…

~***~***~***~***~***~ameklah kisah ini sebagai iktibar...bumi ini bulat..kalu kita pernah melukai orang lain..tiada sebarang alasan menafikan kita tidak boleh dilukai..

kisah ini amat tragis...

Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.

Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan lampau aku.
Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.
Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.
Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..
Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.

Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa. Sambil ayu menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.
Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..
Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih saying pada keluarga aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.

Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.
Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta ayu didepan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya.

Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,
Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah. Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan’ aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol’..terus ayu menghilangkan diri.
Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jikan benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.
Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu. Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu. Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. ‘aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol’..
Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas. ..
Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku?
Aku menangisi nasib aku, anak2 aku..
Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah tiada..
Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat…tapi bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku…
Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku…perit..sungguh perit..
ya, kisah aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian..
terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir..tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup..hidup aku,hidup family aku dan hidup insan lain..
tak kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru ..memikirkan hal anak aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu..
anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut,bingung,menangis..

aku dan isteri sangat sedih.anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu. kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..

setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku,
minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi..
isteriku menangis dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarang mungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..
anak ku juga tak berapa makan,kami risau die akan sakit..
aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi.
die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa kelak..
jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan..
berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada hubungi sepupu die Kay..kay memberitahu ayu sudah meninggal dunia. kes nya terkena buatan orang. yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri ku. selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana die nak hadapi family dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan. selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampung meminang ayu, tapi ayu menolak..ayu jelaskan pada kay, die tak layak menerima pingangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnye..aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.
jejaka tu berang bile ayu menolak pinangan ..lepas tu hidup ayu terus porak peranda.puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir.kay kata ayu terkena santau dari siam.siapa yang buat wallahualam..

selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup lain sekaligus..
mengenai anak ku ni, kejadian hitam yang berlaku atas kecuaian aku dan isteri juga.sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji.selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.pada malam tu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. pelajar lain tidak hadir kerana masih yang belum pulang dari kampung beraya. masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk beraya.kalau aku periksa dulu dan hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu.tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku geram sangat..geram pada laki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2..
aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain.. akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga..
aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil

nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau sealim mana pun..ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kite pada guru sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard..tapi kite tak pernah pun amik tau siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Saturday, October 23, 2010

sabar

bersabarlah..
mohonlah kepada ALLAH dikurniakan hati yang sabar.
sabarlah sampai jadi mayat..
kalu ada hajat yang tak tertunai di dunia ALLAH dah janji akan tunaikan kat akhirat kelak..

yang penting sabar dan gunalah senjata mukmin DOA..
tiada apa yang mustahil, kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI

Wednesday, October 6, 2010

apa yang penting

selalu kita bersedih bila apa yang kita nak kita tak mampu untuk dimiliki
tapi sedar tak?

SELAMA INI ALLAH MEMANG BERI APA YANG KITA PERLUKAN BUKAN APA YANG KITA MAHUKAN.

COntoh ALLAH beri

1. Allah berikan kita kerja tapi ALLAH belum beri kita jodoh
2. ALLAH berikan kita keluarga bahagia tapi ALLAH belum temukan jodoh
3. ALLAH berikan sahabat-sahabat yang penyayang tapi ALLAH belum temukan jodoh
4. ALLAH larang zina tapi ALLAH tak larang berkhawin sampai 4
5. ALLAH larang makan babi tapi ALLAH tak larang makan lembu
6. ALLAH larang membunuh tapi ALLAH benarkan membunuh musuh islam (berperang)

MAKA NIKMAT ALLAH MANA LAGI YANG KITA DUSTAKAN?

selalu kita mengeluh marah takdir.merungut,meprotes,,bakar bendera..baling batu..tapi kita tak pikir nikmat lain yang ALLAH dah sediakan untuk kita.

Kita depres,stres,bunuh diri,membunuh orang lain untuk dapatkan apa kita mahukan..
sungguh slow tahap pemikiran begitu..meh cucuk sahaja mata kamu..kerana buta nikmat yang ALLAH dah kasi.

Nikmat yang ALLAH bagi ini kalu kita hitung sampai tak terhitung2 banyak nya..

berhentilah merungut sebaliknya menyerahlah diri kepada ALLAH...tadahkan tangan memohon, tawakal kemudiaan redha..

APA YANG ALLAH BERIKAN ITULAH UNTUK KITA, JIKA TAK ADA PASTI ADA YANG LAIN YANG ALLAH DAH SEDIAKAN UNTUK KITA..


janganlah membunuh diri lantas terus hilang nikmat mahu mencium bau syurga...

~ Alhamdulilah.....aku memang tak dapat apa yang aku nak tapi ALLAH sentiasa sedarkan aku apa yang lebih penting yang aku perlukan untuk membina kehidupan di akhirat..

Sekian...tasbih kifarah..

Monday, October 4, 2010

what past is past

past is past = semalam
by past = menyambungkan
semalam = kenangan
hari ini = kenyataan
esok = harapan

past by past = yang lepas biarkan berlalu
past = lupakan
past = padamkan

Aku harap setiap hari aku mampu lupakan semalam
tidak kira perkara itu memaniskan.memahitkan,menyakitkan mengembirakan..
tapi ada kisah semalam yang masih berbekas di ruang hati..
telah gigih memadamkan kesan itu tapi ianya makin membekas..
bekas itu adalah kamu wahai kenangan..
biar semalam,semalamnya lagi..atau semalam dan semalam atau 2 tiga malam...
aku tak berkuasa menghilangkan kamu...
orang cakap semalam adalah sejarah...
tapi yang sebenarnya semalam itu bukan sejarah..sebab sejarah adalah apa yang tidak boleh diubah..semalam adalah harapan,kekuatan untuk hidup pada hari ini.
selagi hidup selagi itu masih terdapat peluang untuk mengubah semalam..
tidak kira semalam itu pahit atau manis..

sejarah hanya berlaku apabila kita tinggalkan dunia ini..ketika itu memang kita dah jadi sejarah lah buat waris-waris kita..

masa itu memang dah tak dapat ubah apa lagi.sebab kita dah jadi mayat..orang yang hidup yang akan buat pilihan untuk kita..nak kuburkan kat mana..lepas asar ke lepas magrib ke..nak gi kubur naik kereta apa..sume orang yang pilihkan kita dah jadik mayat kompen kena redha je..

dan oleh kerana itu kepada sesiapa yang masih bernafas..
hargailah semalam..kerana semalam adalah penyambung hari ini..
usah tangisi jika semalam itu melukakan kerana hari ini mungkin ianya memaniskan..
dan lihatlah langit..adakah sepanjang kehidupan ini ianya berair hujan..tidak bukan?

so..bangkitlah maniskan hari anda hari ini..