Pages

Saturday, September 25, 2010

ikhlas

apa itu ikhlas?
kau orang leh explain kan tak?
bila buat baik kalu heboh-heboh pun tak guna tak ikhlas..ALLAH tak terima pun?..
ish2 mana lah kau orang manusia leh take over tugas ALLAH nak nilai ALLAH terima ke tak amalan korang.
Tapi itulah sentiasa bisikan syaitan yang bisik kat telinga korang bila korang nak buat baik..

apa kata korang PERSETANKAN jelah sume itu..ikhlas ke tak..itu bukan tugas kita sebagai hamba,khalifah kat muka bumi ini,

yang penting kat sini adalah ISTIQAMAH..bila korang dah setat buat benda yang baik.contoh menderma...menderma mengikut kadar bayaran yang ditetapkan..korang bising2 jgk tapi kau orang tetap bayar..

Jangan risau kebaikan yang kita buat walaupun sebesar zarah ALLAH tetap akan balas dengan kebaikan..

berbalik kepada contoh tadi jika menderma,hari-hari kau orang derma..mula terpaksa derma..tapi sebagai manusia ini jika kita dan terbiasa buat sesuatu benda itu kalu kita tak buat kita akan rasa serba tak kena..dan saat itu sebenarnya kebaikan itu telah mula sebati dalam hati kamu..dan itulah namamnya kemanisan imam sudah mula terpancar dalam hati sanubari korang.

1. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA HATI TAK SUKA?

bila di suruh buat sesuatu, contoh pergi solat jemaah, atau baca al-quran,bayar derma sambutan hari raya dan apa sahaja perintah Allah, mereka nak tunggu hati ikhlas dulu, baru boleh buat. iaitu hati suka untuk buat amal tu, jika hati tak suka dan mengerjakan dalam keadaan terpaksa, maka mereka faham itu adalah tak ikhlas.

Selalu ungkapan mereka:

“Kalau paksa, tak guna juga, sebab tak ikhlas”..ye inilah yang golongan berpangkat besar mempersoalkan dalam meting semalam mengenai kadar bayaran kena bayar derma..meraka kata tak guna menderma kalu TERPAKSA....oh malunya aku..melihat kamu semua bakal mayat yang sombung..yang riak yang berlagak yang menjadikan alasan IKHLAS untuk beramal..kalulah hati korang boleh nampak nikmat pahala yang korang derma kan itu...mesti korang nak bayar 10 kali derma yang korang BERAT sgt nak bayr lebih.


Hampeh! Siang malam kena tipu syaitan.

Woi orang kampong! DIRI SENDIRI pun

Tunaikanlah perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi ikhlas, walaupun hati kita tak suka melakukannya.

Adakah korang ingat mereka yang pergi masjid berjemaah tu dah hoby mereka pergi masjid macam korang punya hoby kumpul stem?

Adakah korang ingat mereka yang baca al quran tu dah hoby mereka baca quran macam korang punya hoby suka baca blog?

Adakah korang ingat mereka yang pergi berdakwah tu dah hoby mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hoby pergi mancing tinggal anak bini?

Padahal..
Mereka telah bermujahadah menetang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam amal..

Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah..,

Moralnya disini, syaitan akan buat usaha untuk kita rasa beban dalam amal, bila rasa beban dan malas muncul, adakah itu tanda tidak ikhlas? Jangan jadi bodoh, teruskan buat amal baik, sama ada suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah kita buat, dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan bila dah istiqamah tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..

Aku ulangi:

Taatlah perintah Allah sama ada suka atau tak suka, sama ada ringan atau berat.
dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan di waktu tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu....

Friday, September 24, 2010

Dedikasi Kerinduaan

YA ALLAH,
Aku rindu padamu...
Sungguh..dah masuk hari ke 5 aku TERPAKSA BERCUTI BERKOMUNIKASI DENGANMU...
hinggakan di tengah malam ku terjaga...nak berkhawat denganMU tapi aku terlupa aku sedang BERCUTI....
Oh indahnya kerinduaan ini hanya PADAMU...
rindunya hati dengan KALAM MU
setiap hari yang ku lalui adalah milikMU..
HARI INI ALHAMDULILAH MASIH LAGI BERNAFAS...UNTUK MENYUCIKAN DOSA-DOSA..untuk makan makanan yang lazat2...untuk tulis belog ini..syukur padaMU YA ALLAH...
Baiklah sume..penduduk bumi yang bakal jadi mayat...INGAT TI LAH TUHAN KAMU IAITU ALLAH LEBIH DARIPADA SEGALA2NYA..
tak kiralah ketika mandi ke tido ke drive ke..JADIKAN ALLAH CINTA YANG SATU>..

pesanan buat diri sendiri dan juga KAMU insan yang ALLAH takdirkan untuk baca post ini..sume dari ALLAH..anda sangat bertuah!!!

Thursday, September 23, 2010

mereka berkira..aku pula?

hari ini pejabat aku digemparkan dengan kutipan derma untuk sambutan hari raya.kadar derma ditentukan mengikut pangkat kerja mereka di dunia yang sementara ini. hasilnya yang berpangkat tinggi di kenakan caj lebih dan yang berpangkat rendah seperti aku dikenakan caj rendah.

yang mengejutkan aku..MEREKA yang berpangkat tinggi dengan LANTANGnya mempersoalkan mengapa kena ada kadar2 bayaran tertentu untuk menderma?....

dan yang panasnya mereka sume komplain kat aku ni?..seorang ikan bilis di dalam organisasi itu..apa yang aku leh wat???...DENGAR jelah ketidakpuasaan hati mereka itu.

jauh kat sudut hati aku..YA ALLAH sedihnya aku..andainya mereka tahu betapa besaw nya pahala menderma atau nikmat mendermanya atau nikmatnya memberi orang lapar makan..pasti kau orang sume akan rasa YA ALLAH andainya masa itu berulang kembali aku tidak mahu derma sehingit aku nak derma beribu2 ringit..tapi sayang sekarang kau orang tak nampak lagi sebab kau orang sume belum jadik mayat...

Tapi sebab korang sume tak nampak sume itu..maka sebab itulah korang mempersoalkan kenapa itu,kenapa ini...korang tak sedar sume rzeki yang korang dapat daripada ALLAH itu..korang dah anggap sume itu korang punya HAK MILIK sendiri dan taknak share dengan orang lain..PERGI JAHANAM lah korang..masing2 yang berpangkat besa itu ada elaun keraian..elaun percuma dan HANYA SETAHUN SEKALI KORANG MENDERMA LEBIH KORANG DAH BISING SAMPAI NAK BAWAK DALAM USUL MESYUARAT...

aku malu..oh malunya aku..wahai diriku jangan lah kau lupa diri dan bersikap bergitu andainya satu hari nanti di takdirkan ALLAH kau memegang jawatan tinggi..berelaun keraian...oh ALLAH tetapkan hatiku ini...INSYALLAH...

ok..esk adalah metingnya..pasti panas dalam meting tersebut pabila isu ini dibawa...

MANUSIA-manusia...andai lah korang tahu...sedikit yang korang keluar kan berganda2 ALLAH balas..

sebagai tanda pulaukan MGUMPAT>..kami ikan2 bilis yang bayar caj rendah ini..hanya diamkan diri sahaja...

dan...aku?dikecualikan bayar...kata si pengutip duit derma itu..DAH ADA HAMBA ALLAH bayarkan...

WEY..WEY sapa bayarkan ni..aku takut..tak tahu sapa bayarkan..kan jadik darah daging..apa aku nak jawab kat akhirat kelak?..aku tak kira nak bayar jugak..nak bayar jugak...ishhhhh2....SI PENGUTIP TAKNAK TERIMA plak..

LANTAS AKU TADAHKAN TANGAN..

YA ALLAH KAU BERKATILAH HAMBAMU yang telah bayarkan kadar bayaran aku itu...dan KAU BUKAKANLAH HIJAB MEREKA2 yang tak puas hati kena bayar lebih ini untuk sedar yang harta duit gaji yang meka2 sume time itu bukan milik dorang sendiri dan berkatilah MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ESK>..jgnlah duk asik bunyi2 pasal bayaran lagi...

SEGAN lah sikit dengan ALLAH...AMIN...

Perubahan itu perlu ~ Penghijrahan itu sempurna

Sempena berakhirnya ramadhan bermakna satu penghijrahan perlu di lakukan. Maka dengan itu maka belog kamu dijenamakan semula berdasarkan peribadi tuan milik belog ini iaitu aku..aku yang bukan sesiapa pun Cuma hambaNYA yang lemah di sisi ALLAH.

Bulan ramadhan yang pergi meninggalkan 4 juta kesan dalam hidup aku.banyak sudah aku rasakan aku perlu berubah dan mulai berakhirnya ramadhan yang lalu aku dengan ini berjanji tidak mahu lagi berbicara mengenai soal duniawi semata-mata.biarlah belog ini menyimpan segala himpunan nota-nota agama buat panduan diriku sendiri sebagai pedoman hidup menuju jalan terakhir nanti..

Dan yang pasti aku menulis bukan kerana nak duit,gelemer,publisiti or kasih sayang manusia.,,tapi apa yang akan aku tulis dalam belog ini selepas saat ini adalah berkaitan apa yang manusia pandang tapi aku akan cuba rungkai melalui apa pulak yang aku lihat…
Dan yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk huduh,sengal, itu datangnya dari diri yang hina ini…



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN