Pages

Saturday, July 31, 2010

mandi wajib

ok..sebgai manusia.. mesti setiap hari kita akan mandi atau dalam erti kata lain WAJIB mandi..
jika tak mandi my be kamu bukan spesis daripada manusia..haiwan barang kali tak pun gobok baju ke.. hangbeg ke..

sebelum melalut atau ke laut atau berpatah arah atau tertinggal flight nak balik kampong..

jom kita baca atau kaji apa kah itu MANDI WAJIB.. kenapa dia diwajibkan kan dan apa kebaikan jika kita mandi wajib ini.... :-) (dengan nada cam ustazah pendidikan islam yg lembut n sopan)

permulaan nya kenalah terbitkan dalil dulu tak ~ jom cek de out

مينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)..

paham idak?..meh i yg kurang bijak ni ringkaskan ye

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki....


Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

sunat adalah perkara yang kalu kita buat dapat pahala tak buat tak dapat dosa.. tapi mesti nak pahala lebihkan .. bukan susah sgt pun nak wat kan..so buatlah..

selalu bahan yang perlu ada untuk mandi wajib adalah CONFIRM LAH airkan..takkan nak guna tuala je lap2kan..tapi kalu tiada air anda jgn sedey atau kerisauan..anda boleh guna

Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.

Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

TAYAMUN PAHAM TAYAMUN...GUNA DEBU2 TUH..YG MASE FORM3 ADE UJIAN PAFA TUH ~~ so gi chek sendiri kalu nak tahu teknik tayamun gi mana..

sekian anda paham tak cara-cara nye?

skang tak belajar lagikan KENAPA kita kena mandi wajib..

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

  • melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
  • Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
  • Mati
  • Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
jika ada terjebak dalam perkara yang tersebut di atas..SILA AMEK TINDAKAN OK..

tapi biasanya kalu takde buat seperti perkara di atas pun tak dosa atau tak salah kita mandi wajib setiap hari setiap pagi..SEYES..apa yang kita ase adalah diri kita lebih bersih dan suci murni..try ler..alang2 dah mandi tuh..apa salahnyer niat sekali n korek2 mane yg patut kan..

sejujurnya saya suka mandi wajib setiap hari..IS DIS MEAN I ADE WAT PERKARA DI ATAS K..tapi dah alang2 mandi,.niat jelah sekali..gipun rambut i yg pendek senang untuk di uruskan..
rambut pendek sgt awesome walaupun rambut panjang mmg mengoda dan hebat..tapi mana nak..CANTEK DAN BERSIH KAT SISI ALLAH KE ATAU HANYA JELITA DI MATA MANUSIA..

korang pikir sendiri..yg baik datang dari ALLAH yang buruk datang dari saya yg tak pandai tapi gatal nak syer ilmu



the new launch belog ku terbaek dari hati

Bismillahirahmannirahim.......

Pergh..ase cam dah 14 tahun je tinggalkan belog kesyangan hati ini..
Maaf syg..kesibukan memikirkan dan menjalankan tangungjawab sebagai manusia menyebabkan i terpksa pandang dingin padamu..tapi di naluri hati ini meronta-ronta pelbagai cite nak luahkan di sini..

sAYA telah melawa kamu wahai belogku..sesejuk mata memandang dan sebaik tangan untuk bercerita mengenai hidup yang sementara ini..

saya mungkin memandang seperti org lain telah hati saya pasti mentafsirkan kelainan dan VARIASI itulah yang akan ku coretkan di sini..

YEAHHHHH ~ saya bersyukur kerana saya tahu bersyukur ALHAMDULILAH

Wednesday, July 28, 2010

seriusly saya seorang yg pengeli

geli ..geli..geli..

sgt geli hati..i suka ketawa.senyum dan sengeh... ada tahap i akan ketawa mengikut tahap frenkusi kelawakan yg i saw.suka tgk citer hagemaru,spongebob,sinchan dan raja lawak..

sgt geli bulu ~ i tak suka segala spesis bulu..bulu,bulu dan berbulu..i sangup sheper hari2 ok..

sgt geli benda yg bersepah ~ automatik i akan susun..smpai jadik teratur

sgt geli dgn bau ~ try me yg i ok.. i akan muntah jika bau yg pelik or pekasam pendam dah lama

sgt geli dgn serangga ~ maafkan saya lipas,cicak,katak.bukan niat saya membenci kalian sume tapi naluri hati i tak leh tima kamu...kamu sgt awesome..maaf ye..

sgt geli bila kena raba ~ ini sgt tepat..seriusly geli tahap dewa..ade tmpt larangan yg berani lah try nak cuba ase..kawan pompuan tahu ini kelemahan i.. suka pegang leher i kan.. n cucuk pingang..pergh..ase tak suka..tk suka..tu baru perempuan pegang..if lelaki..??..kawan kakak yg dah kawen cakap sedap..i tak penah mencuba lagi..dan sememangnya larangan kan..mane leh geli siot..

KESIMPULANNYA i sgt penggeli..even my mum nak peluk2 i pun i tak selesa...
kenapa post menda ni erk..

entah tetiba terpikir if i dah kawen nanti camne..
mampu ke i nak hidup bersama dgn org lain dalam dunia i..
yang penuh keselesaan,kewangian,kebersihan,tak pegang2..tapi dah kawen kena kasik pegang2..
hish3..nantilah pikirkan..

Tuesday, July 27, 2010

buku baru azam baru

hati saya merindui dia..
tapi tahu dia sedang berjuang demi masa depannyaso..saya pun view lah belog musafir di bumi sonata kesayangan saya ini ~penulis nya yg telah berjaya menawan hati saya..

Belog dia mmg sgt memberi inpirasi pembangunan diri ummah~
puas saya view satu2..saya sgt tertarik dengan post dia yang ini ~


Buat semua muslimah umumnya, & buat yg tersayang khususnya.


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.



2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.



3. Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.



4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.



5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.

Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.



6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


Hati kecil saya amat tertarik yang ke 4 itu..
Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

saya mahu berubah sempena buku baru saya ini..saya mahu menjadi muslimah sejati..perempuan yg menjaga adab bahasa serta akhlak yg mulia..saya tidak mahu lagi mengeluarkan kata-kata yg sia-sia..seperti jua mengeluarkan perumpamaan yg kadang2 tak masuk akal dan menyalahi syariat islam..

saya tak tahu..kenapa ni hati saya benar2 ingin berubah..saya taknak buat lawak2 yg sengal lagi..saya mahu selepas ini saya boleh berpikir panjang sebelum menuturkan kata-kata..

tapi masalah saya..adakah orang disekeliling saya dapat menerima perubahan saya nanti..dapat menerima kelembutan tutur kata saya.tiada lagi kata-kata,atau perkataaan pelik yang akan saya gunakan?..

di sini delima hidup saya..tiap kali saya mahu berubah ke arah kebaikan masyarakat yg akrab sendiri dgn saya tidak mampu atau berlapang dada menerima perubahan saya.. saya sedih.tapi tulah sebenarnya dugaan..sama ada saya benar mahu berubah atau sekadar saja2 nak berubah.

tapi dalam pada itu ada seorang insan yang sgt baik hatinya.. dia sentiasa menyokong malah menyokong dan menyokong perubahan yang saya nak lakukan..mulanya saya pikir saya berubah kerana dia..tapi bila dia pergi meninggalkan saya .. naluri hati saya semakin kuat mahu ke arah NYA.. mungkin ALLAH sengaja mahu menguji saya..

bersama dia saya benar-benar tenang..

segala TITAH ARAHAN dia saya terima dengan redha dan rela..
saya sangat menghormatinya dan mengharapkan dia jua dapat menghormati saya
bila dia mahu lagi saya berjanji jangan lagi membuang masa menulis perkara lagha di FB
(saya patuh arahannya)
bila mana dia minta saya menunggu nya sehingga habes study
(saya tunggu dengan penuh sabar)
bersama dia segala arahan serta permintaan nya yg tidak melanggar syariat agama saya akan buat..tanpa banyak soal..

Saya sendiri tak paham..saat org lain gelakkan saya bila nak buat perubahan, TAPI dialah org pertama yang akan mengeluarkan kata-kata hikmah buat menguatkan saya untuk berubah..

ALLAH takdirkan dia buat saya..tapi saya tak pasti lagi takdir kami berdua..
SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI AWAK,KESAYANGAN SAYA..

ramadhan yang dirindui

ase tak sabar nye menanti kedatangan ramadhan tahun ini..kerinduan di rasakan ibarat seorang anak yang jauh diperantauan yg tidak dapat pulang berhari raya bersma keluarga

apa yg best part ramadhan ni..pergh...mmg bulan ajaib sebab saya mmg pernah merasai betapa barakahnya bulan islam ni...syes...dah setat nak berlinang ni air mata..

ramadhan tahun lepas..saya diserang sakit misteri..tak leh nak berjalan..seyes mase tuh dah pasrah..berkat bulan ramadhan..doa tiap2 hari ... YA ALLAH AGUNGNYA KEKUASAAN ALLAH TUH TERJADI KAT DIRI SAYA...doa senang nak makbul bulan ramadhan..bulan ramdhan pun kita ase malu nak wat dosa..seyes..ni tepat..!!

maka ramadhan tahun ini saya mahu balas dendam yang dah lama terpendam dalam naluri diri ini..saya berazam nak beramal - seamalnya..bayangkan tahun lepas solat sume..duduk,baring..
tahun ini ALLAH kasik kesempatan kesihatan yang baik..selagi bertenaga nak solat..nak solat..nak solat..nak solat..MAKA TAHUN NI..SIAP AH KAU .. mmg nak kejar gila2 barakah bulan ramadhan ni...

urmm..saya dah setat plan kat nak wat solat terawih...siap plan tuh..hehehehe..plan make perpectkan..abes tak kan plan nak wat baju raya je kan...baju raya sudah berjalan lancar 3 pasang..belum termasuk beli yg dah siap punya lagi tuh...hahahhaa...ok ni pun nak balas dendam raya tahun lepas punya...

apa yang saya suka ttg ramadhan ni ~

1. malam2 bulan ramadhan ni kita akan rasa ketenangan jiwa hati dan nurani
2.bulan ni mmg sesuai untuk menyucikan jiwa dan noda silam
3.bulan yang ada byak makanan sedap2,kueh2 yang hanya ada setahun sekali kewujudan dia..
4.kena bangun sahur..saya suka bangun sahur walaupun takdelah makan yg heavy2 pun..kadang just minum air je..tapi suka sgt bangun..sebenarnya bukan tak tahan kalu tak sahur..apa yg membezakan puasa org islam dengan org agama lain adalah kita ade sahur..meka mana ada sahur..tuhlah beza puasa bulan ramadhan..
5.DOA-DOA ORG YG MENGHARAPKAN SENANG JE ALLAH NAK LULUSKAN
6.ADA MALAM LAILATULQADAR
7.YANG PALING SUKA BULAN INI BULAN NAK HAPUSKAN SUME DOSA..KITA MANUSIA BIASA.TAK LEPAS DARI DOSA..NI IGT DUK TAIP DEPAN LAPTOP NI IGT TAK LAGHA KE.?..LAGHA NI...


cepatlah bulan ramadhan datang...

OK2..DAH2...baik sambunk ngaji...

buat kamu..Ye benar buat KAMU

aku tidak tahu apakah ini ~
menyayangi mu..menginginkan mu
ada satu sudut perasaan yang kau sendiri tak mampu
untuk mentafsirkan
dalamnya kesabaranku ini untuk bersamamu..
aku tidak tahu kesakitan ini
hanya bahagia kerana mu..

Malam nifsu syabaan ni..bersama doaku harapanku dan impianku menadah tangan memohon kepadaNYA ~


jika benar YA ALLAH kau pilih dia untuk ku maka satukan hati kami ini..

dan ini adalah dedikasi buat kamu..ye kamu..kamu yang ALLAH pilih untuk saya

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu memuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka pimpin tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah penghuni yg indah, yang kokoh…dalam taman hatiku
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penunjuk hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


Tulus dari sisi hatiku...yang daif lagi naif..
Ya ALLAH permudahkan jalan ini
AMIN

Monday, July 26, 2010

salam 15 syaban

Shaaban ke-15.
Saya harap saya tak pernah sakiti awak
dengan perkataan (tulisan & tutur kata) saya,
dengan tingkahlaku saya, dengan lagak saya,
dengan pandangan jujur saya.
Tapi saya pasti pernah lakukan itu semua sebab saya jauh dari seorang manusia sempurna.
Kalau awak maafkan saya, Tuhan sahaja yang boleh beri ganjaran atas keikhlasan hati awak.
Saling memaafkan dan bersihkan hati
jom, untuk buku baru!
SAYA , AWAK ,ADA RASA SAYANG DALAM HATI MASING-MASING.. MARILAH KITA SUBURKAN DIA AGAR KITA @ SAYA DAN AWAK BAHAGIA

kita buka buku baru kita ~ awak dan saya

lulus dalam kepayahan

Alhamdulilah saya berjaya berpuasa dgn jaya walaupun tak sure lah cemerlang atau tak..biar Allah sahaja yg tahu walaupun dugaan yg ditempuhi hari ini boleh tahan gak hebatnya..mana taknya hari ini my opiz di audit oleh pihak pengurusan tertinggi..sepatutnya pekerja kebanyakkan seperti saya ini tak terlibat,,,tapi apa bila pihak yg sepatutnya di audit hilang tanpa kabar berita memaksa saya membantu bagi memastikan kelulusan cemerlang di terima oleh opiz saya..

seyes sgt..letih dah tuh kondisisi badan pula kurang stebil...larva hingusan sudah mula memuntahkan isi kandungannya..lelehan hingus dapat dilihat mengalir dgn lajunya...dah tekak kian gatal2 cam anak dara nak kawen cepat2..ok.sabar..sabar...dugaan..

separuh hari dilalui penuh keletiihan mengalah kan budak 8 tahun baru belajar nak pose..(melepek je)..buat malu..(ngehh)....pening kepala..sik baek bos yg sepatutnya dijaga dengan manja ketiadaan di opiz akibat outstation...(Allah Maha Adil)..

membawa ke petang..badan semakin selesa mendengar kata..YE kita akn makan dengan banyaknye pada jam 7.24malam..so silalah sabar...takdenye terus je melepek..sambil kawan baik berkata...apa kata u gi ikat perut tuh guna batu..dulu Rasullah gunakan teknik tuh masa berlawan di medan perang ketika bulan Ramadhan...i sambunk seyes je akk nih,,tak baik taw memain2?....YElah,...betul tulah cara yg Rasullah amalkan...

i TERKEDU..nak dibandingkan keadaan i yg selesa menikmati lewat petang sambil dihiburkan dengan dinginnye belaian aircond..pun melepek cam apa je.. sedangkan zaman Rasullah dulu siap berperang mengangkat senjata ketika bulan puasa sebab nak sebarkan agama islam...

dengan TIBA2 I JADIK GAGAH..(hahahahahaha) ~

apapun..esk lah sebenarnya yg lebey afdal untuk berpuasa..kepada yg kantoi expisiali kawan baik perempuan i..sian dah tengahari tetiba...terus uzur tanpa diduga..takleh puasa..anggapla takde rezeki anda untuk berpuasa nifsu syabaan tahun ini...jgn putus asa..sebab ALLAH tahu niat kita..kan niat yg baik terus AUTOMATIK dapat pahala walaupun kita tak dapat nak laksanakan...darurat..

pesanan..

MALAM NI SILA BERAMAL LEBEY BANYAK DARIPADA BIASA SEBAB NANTI DAPAT GANJARAN BEBALOI-BALOI ~ igtkan diri sendiri...

HAJAT SAYA ~

1. ~~weeeee malu .. sume org nak benda ini.. (saya nak kawen).. smbil tersipu2 malu.. dan besarlah harapanya ALLAH jodohkan saya dengan org yg beriman atau kekasih DIA jua..AMIN

2. Saya nak sihat sejahtera...tubuh badan,akal pikiran,jiwa hati dan perasaan

3. saya nak rezeki yg melimpah ruah untuk saya kongsikan bersama mak ayah,kucing,family,kesayangan saya,kawan saya,musuh saya serta sapa2 je yg nak pertolongan saya

4. saya nak hubungan saya dengan seseorang skang tengah belajar kat KOREA tuh kekal aman damai permai sentosa tanpa ade sebarang konflik rumahtangga... (hehehehe)

5. saya nak apa yg dirasakan terbaik yg ALLAH dah tuliskan kat takdir hidup saya...

TERBAEK DARI SUDUT HATI SAYA... ~~ saya bersyukur ke hadrat NYA

nifsu syabaan - what is thisz

mungkin nifsu syabaan ini terlalu asing untuk kita dgari..seriusly..sebagai remaja i mmg tak penah kisah pun hari2 istimewa dalam kalendar islam..tapi syukurkan ALLAH maseh memberi hidayah untuk kembali ke pangkalan jalan..dan i tak penah menyesal i menrasai saat i maseh muda bergini..ALhamdulilah..

i jujur..i telus..i bukan baek atau alim warak..remaja seusia i mungkin hanya mengingati hal2 keseronakan dunia..yang mesti dirasakan tak benti nak pikir hal dunia..hal seronok..berjimba-jimba..berfoya-poye..akhirnya..i feel lost..n akhirnya i sedar..i kena baiki diri ini dan bawak bekalan sebab hidup ini cuma sementara..

so kat sini biarlah i share bersama apakah itu nifsu syabaan yg sering kita dgr dari mak2 kita..atau org yg lebey berusia dari kita...


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:

1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.


SYG ~ I HARAP KITA TAK BERKELAHI HARI INI SEBAB NANTI KITA AKAN TERGOLONG DALAM ENAM GOLONGAN DI ATAS...


Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujuD.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

PERHATIAN..AMARAN

BERALAMLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.

saya tak sempurna jauh sekali baik .. kita sama2 baiki diri selagi ALLAH kasik peluang ini..

penjual iKAN / SHELFISH

tak paham zaman masakini..
bila tgk org dalam kesusahan
mcm tgh tgk wayang amal
memandang,melihat dan hanya memerhati..
paling konon cam suci dan concern
just cakap
KASIHAN NYER>>

Tapi bila something depan mata kau berlaku kau buat tak nampak tak paham tak reti..ko khusyuk keje ko je..ko idup dunia kau jer..

Tapi bila kau dalam kesusahan kau perlukan tangan untuk menolong kau pamerkan muka suci kau yang bernilai cam seposen duoposen..

Tak paham lah..kadang2 nak gak hati camtuh,,buat bodoh bila org minta tolong..
tapi asal tak kesampaian erk..

urm...
PEGANG NI SATU DALAM HATI SENDIRI

LUPAKAN KEBAIKAN YANG KITA BUAT KAT ORANG
LUPAKAN KEBURUKAN YANG ORANG BUAT KAT KITA.

YE nampak cam weak.lemah kena buli...kena suh cam kuli..tapi seyes sgt..BILA DALAM KESUSAHAN OR SAAT GETIR>>PERTOLONGAN ITU DATANG SENDIRI>>

TRUST ME ~~~ BERSIHKAN JIWA PUTIHKAN HATI .. WALAUPUN MMG TERKADANG SAKIT HATI TGK MANUSIA PATEN HATI PENTINGKAN DIRI SENDIRI NI..

sabar..sabar..

permulaan hari

Bismillahirahmannirahim........

Mulai hari anda hari ini dengan zikir

Laa Haula Walaa Quwwata illaah billahil ‘aliyul ‘adzim ( Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung), 1000 kali


pas setiap solat fardu ~ buat 200x..5 kali solat maka cukup lah 1000x

HAri mmg suma tak suka mmg sume tak daya..kerana ianya di gelar ISNIN YG ITAM..sian isnin..tak masal kena cop itam..padahal manusia tuh yg malas segalanya mencipta alasan hari ini senin adalah hari yg gelap..jangan2..jangan gelap isnin anda..ada kajian mengatakan kalu isnin anda cerah maka minggu anda akan berlalu dengan baik.. (ion positif)..

Seriusly hari ini i pun mmg tak daya...hahahha..i ngtk ni..malam tadi bangun lebey awal daripada biase..kerana si dia mahu ke temu jam 2.00 pagi..tapi dia lewat...kul 3.30 baru carik i..nmpak cam terpaksa ke or berkorban ke kena bangun awal??..

NOT..NOT..KALU si dia ini tak berjanji pukul 2.00 pun i mmg akan BANGUN AUTOMATIK pada kul 3.00 pagi setiap hari kerana BERTEMUJANJI dengan SI DIA yg lagi MAHA berkuasa...

i sudah kan dahulu kewajipan i..kemudian i pergi menyulam kaseh sayang i bersama si dia yang ke2 ini...mood pagi ni slow je..DAPAT DIRASAKAN HUBUNGAN KAMI MACAM DINGIN JE??...SETAN JAAT NI HASUT..DIA SUH I MINTA LEBEY2 KAT SI DIA..jauh kat sudut hati ni teringin nak bermanja2 bagai baby kecik minta perhatian kat ibu dia..tapi i istifar dalam2...BATAS2 PERGAULAN KENA JAGA..BIAR DINGIN SKANG..JANGAN TERBAKAR KAT DALAM NERAKA JAHANAM...

Sudahnya...dia minta izinkan nak tido 5 minit..kemudiaan layan i balik..i mmg sgt naif i menanti dia dengan kesabaran..masuk 5 minit..dia takde..masuk 29minit..dia takde..aik mmg dah ke laut ah tuh..

MATA i yg indah ni mmg dah ilang nafsu nak tido..APA nak wat ni?..nak kacau dia?..conpem mmg takkan ada tindakbalasanyer..so..i buat apa?.. I ASE LEBEY BAIK I MENGAJI AL-QURAN..I SAMBUNK SOLAT TAHAJUD BALIK DENGAN SOLAT TAUBAT..BYK DOSA-DOSA SILAM YANG TERTINGGAL MINTA DISUCIKAN...

KEMUDIAAN..i terpikir dia..ye dia..kesayangan i..MASA KAMI BERPISAH..I TAKDE BAPE SEMANGAT NAK TERUSKAN IDUP I..I BANYAK ABESKAN MASA TIDO..SEBAB I ASE TENANG..TAPI BILA DIA DAH KEMBALI IDUP I BERBUNGA CERIA..DAN ALHAMDULILAH I TAKNAK LALAI LAGI..

SEBAB DIA I TAK LEH TIDO BALIK..I TAK SALAHKAN DIA.DIA DAPAT SHER PAHALA I ADALAH..
SEBAB TUH I SUKA BERCINTA DGN DIA..I TAKKAN PERNAH ASE UNTUK MENDESAK DIA MEMBERIKAN APA YG I MAHUKAN..BERSAMA DIA I CAM JADIK RELA N REDHA JE DIA SUH WAT APA..I MEAN BUAT BENDA YG BAIK LAH..PADAHAL..DULU DEGIL YG AMAT .. ITULAH KUASA CINTA..KUASA SAYANG..SAMA GAK KALU KITA SAYANG KAT ALLAH KITA AKAN IKUT SEMU PERATURAN DIA..KAN..KAN..

KESIMPULANNYA..I JADIK MENANGTUK DI WAKTU SUBUH DAN MATAHARI TERBIT..paginya dia mesej CAM suci sGT..sayang sori..terlajak tido..kita jmp petang nanti ea..love u..
SIMPLE JE KAN MSJ DIA..

DIA TUH MMG SELALU BUAT I LAGU GITUH..BILA DIA NAK DIA DATANG BILA DIA TAKNA DIA PERGI..TAPI I SENDIRI TAK TAHU APA ALASANNYA KENAPA I MMG SAYANG DIA..

CINTA DIA BUAT DIRI I ASE SGT COOL....TIADA MARAH..TIADA SIMPAN DALAM HATI..YANG MENAMBAH ADALAH ASE SAYANG..
SETAN LAK TAK HABES KAU NAK HASUT ERK..SUH..SUH..SIBUK JE..

ok sudah mahu berkerja..semoga semuanya dipermudahkan urusan..

SAYANG MAK AYAH,KUCING N DIA.. muahhh

harapanku

YA ALLAH,
KURNIAKANLAH PERASAAN CINTA KEPADAMU
DAN CINTA KEPADA ORANG YANG MENGASIHI MU
DAN APA SAHAJA YANG MEMBAWA DAKU MENGHAMPIRI CINTAMU
JADIKANLAH CINTAMU ITU LEBIH AKU HARGAI DARIPADA
AIR SEJUK BAGI ORANG YANG KEHAUSAN

akhirnya yg tak pernah berakhir

akhirnya
setelah puas memikirkan mengenai hubungan terlarang ini..
hati saya berkata mengapa hanya perpisahan sahaja jalan penyelesaian nyer?
tidak kan?..hanya org yg takut sahaja memilih jangan perpisahan..

saya tak rasa bersalah...menyayangi itu tidak dosa..mencintai itu tidak dosa..jika tidak masakkan perkahwinan menjadi lesen halalnya sebuah perhubungan itu..jadi mengapa tidak didoa hubungan terlarang ini dihalalkan dengan ikatan pernikahan....

sama seperti memandu kereta tanpa lesen memandu..berani buat beranilah tanggung..jika kena saman or eksiden...mmg dah salah sendiri..sape suh taknak amek lesen ketakan?...

sama juga perhubungan sebelum kawen...kenapa kita tak berdoa pada ALLAH,jika kasih sayang kita suci n ikhlas..hapuskan benteng yang menghalang sebaliknya satukan jiwa dua insan terlarang ini...

MASALAH SKANG..YANG MEMILIH PERPISAHAN ADALAH DISEBABKAN RASA TAKUT DAN TAK YAKIN DGN PILIHAN YANG ADE..


jalan penyelesaiannya..jangan putus..tapi kita sama-sama cuba n tengok TAKDIR CINTA MAINKAN PERANAN BELIAU...

AMACAM SAYANG..ADE BERANI???....NAK SAHUT CABARAN INI?

HATIKU

lepas ini kena kejam
lepas ini harus bunuh rasa sayang
lepas ini harus racun sume simpati
lepas ini bersikap penting diri sendiri
lepas ini jangan biarkan ianya berbunga cinta lagi..

KERANA

MENYAYANGI ITU HARAM
MENGASIHANI ITU HARAM

ANdai aku berada di atas satu bukit..
ingin ku jerit sekuat hatiku...
biar keluar seluruh rasa sakitku
KERANA HATIKU TIDAK MAHU BEGITU...
HATIKU PENUH RASA SIMPATI,RASA SAYANG YG MEMBUAK2,RASA CINTA YG TULUS..

TAPI SUME ITU DOSA..AKU TERSEPIT..APA YG AKU HARUS LAKUKAN ~~~

Sunday, July 25, 2010

couple sebelum kawen ~ part 3

lagi2 isu ini..entah mengapa saat bgia itu datang menjelma..dugaan kembali semula..buat saya pikir..apakah yg sedang kita lalui ini satu dosa?...

AWAK..SAYA KELIRU..HUBUNGAN KITA INI HARAM TAPI...salah ke awak bila awak ade saya rasa gumbira..saya ase berbunga-bunga bagia..saya sedar saya salah..saya hanya manusia biasa..saya ade perasaan..saya ingin menyayangi dan di sayangi..bila awak baca post kat bawah ini..dan kalau hati awak berubah untuk menamatkan hubungan kita saya dah tak berdaya lagi nak buat apa2..pada saya..semakin saya ingin ke arah NYA..semakin hebat saya di duga..sejak awk pergi siang malam saya berdoa pada ALLAH..kalu awak milik saya..kembali kan awak pada saya..dan akhirnya awak kembali..tapi kita bersama hubungan kita adakah direstui olehNYA?


untuk renungan awak~


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang
saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm

surah Al-A'raf,
surah ke 7, ayat ke 164:

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tazkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..

"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..

"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, setan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. aNta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau anta janji taknak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?"

Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. aNta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripadaa nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. aNta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal die pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. aNta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..

surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gak yang stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..

"Kena tegaskan rasanya".


Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .


hati saya berkata untuk awak
PERCAYALAH BILA MEMBACA NYA MUDAH UNTUK BUAT KEPUTUSAN BERPISAH TAPI UNTUK MENGHADAPI PERPISAHAN ITU..MAMPU KE KITA?..

KENAPA ADE PERASAAN SAYANG DALAM DIRI KITA KALU SUME INI DOSA..
SAYA TAK TAHU..TAPI KALU AWAK MAHU PERGI LAGI SEBAB INI..SAYA DAH TAK BERDAYA LAGI..SAYA DAH PENAT..KENAPA KAWAN2 SAYA YG LAIN MELALUI SUME INI TANPA RASA BERSALAH TAPI SAYA..TERSEPIT..TERSEPIT AWK..SAYA PERLUKAN AWK..SAYA NAK AWAK PAHAMI SAYA..

SENANG NYA MEMBERI HARAPAN..HARAPAN ITU IBARAT KITA MEMBERI NAFAS KEPADA ORG LAIN..HATI SAYA TAK SETEGAR ITU UNTUK MENGHANCURKAN HARAPAN ORG..KENAPA HATI SAYA TAK BERSIFAT PENTINGKAN DIRI SENDIRI?..
AWAK TOLONGLAH JAWAB..SAYA SEDIH

Saya yg malu pabila

saya malu..
bila kamu membaca isi hati saya yg tulus dari ulu hati saya ini
seriusly...
saya merasa mahu sorok muka saya yg comel ini dari kamu..
~~~~~~~~~~~~~

SEJUJURNYA

SAYA SUKA KAMU
SAYA SUKA KAMU
SAYA SUKA SENYUMAN KAMU
SAYA SUKA NASIHAT KAMU
SAYA SUKA SUME PASAL KAMU

DAN

SAYA TAK SUKA KITA GADUH
SAYA TAK SUKA KAMU KELIRU
SAYA TAK SUKA KAMU MARAH
SAYA TAK SUKA KAMU PERGI
SAYA TAK SUKA KAMU PERGI
SAYA TAK SUKA KAMU PERGI

saya tak pasti ini
tapi SAYA TAK TAKUT LAGI KALAU KAMU LUKAI SAYA LAGI ~
KERANA KALAU KAMU MELUKAI LAGI
KAMU JUA AKAN TERLUKA SENDIRI..

KITA AKAN SAKIT SAMA2..TERBAKAR BERSAMA...LET PLAY TOGETHER..

hajat/permintaan/

hari ini hari ahad

yang sepatutnya menjadi hari2 santai sedunia..hari untuk menghindari segala urusan dunia yang tak akan berhenti sampai ler nafas berhenti..tapi hari ini berlalu dgn membosankan kerana, tahap kesihatan yg kurang baek..adeh ase skg dah jadik penagih dadah tak bertauliah kerana asek membaham paracetomal tak sudah bagi menghilang sakit pale yg suka mendtang sesuka ati je nak dtg..mood bersantai2 terhenti seketika bila mana kena menghadiri ke tmpat keje sebagai tanda sokongan program hiburan yg tak sudah2 menghabeskan duit rakyat...hish2..bila ah meka2 ni sedar...

time rehat sudah terusik dan tercurik
mood nak layan insan tersayang pun suam2 kuku..disebabkan kepala n pikiran dah cam drugadicted tgh stem pas amek dadah..lalok memanjang..tekak lak bagai digaru2 dengan mesin pembajak sawah..ok..sabarkan hati menghapus dosa2 silam serta akan dtg..

lewat petang sedang i duk dalam dunia lalok i sendiri..my mum dgn muka seribu pengharapan...jom kita mamam piza peta
ng nih..i dengan nafas yg berat..ok..i kuatkan semangat n kepala yg berat ini untuk memenuhi hajat my mum yg mmg dari dulu asenya dah berzaman minta i bawak dia gi mamam piza..selalu mmg gituh ah..mak kalu minta anak , anak suka pending2 tapi bila anak nak minta something time tuh gak nyer..kaseh ibu ini mmg terbaek..dahulu ketika i remaja i tak sedar sume ini..i ase i selalu jadik pihak yg menerima je sume suapan mak n ayah i..i tak pikir dari mane meka penuhi sume permintaan i..kalu i tak dapat .. i cuma tunjuk tanda mogok or muncung bibir comel i tanda i mahu apa yg i mahu..
ok itu zaman remaja...tapi bila sakang saat i dah ham
pir m
emasuki dunia kedewasaan i mulai sedar makna idup ini..kita takkan selamanya jadik pihak yg menerima di satu masa kita akan menjadi pula pihak yg memberi..itu lah cycle kehidupan..skg dah sampai masenya pula i penuhi sume permintaan mak ayah i..yg kadang mmg remeh temah tuh perkara biasa yg kadangkala mmg menguji norma-norma kesabaran i..

i pon dgn gagahnya bangun..solat asar n terus membawa my mum n dad gi menjamu piza hut..i bise je .. sebab dah jemu dgn piza nih... hehehehe..tapi disebabkan masalah peribadi cinta menyebabkan nafsu makan kebelakang ini seolah2 mati..maka tgk piza tuh berseleralah balik seolah2 tak penah pun makan piza sebelum nih


ye..inilah dia yg dinantikan seperti seorang ibu menanti anak nye yg berada diperantauan untuk pulang berhari raya...bapak pnye lembab servisnye..norma-norma kesabaran i seolah2 tergugat dek kelembapan sampainya piza ini di meja hidangan...


bila tgk piza ni..tak masal selera i terus berkembang maju padahal semejak empat menjak DITINGGALKAN tak bertali oleh BELIAU..selera makan seolah2 sepi memandang makanan yg enak2 bagai..sume tak lalu..hasilnya turunlah 4 kilo berat badan ini..n selim ah sikit..leh seksi2..mungkin berkat kembalinya BELIAU telah meningkatkan nafsu makan saya..hehehehe..
ye je..tak kot..padahal mmg tgh lapar..

So.my mun n dad pun gembira menikmati hidangan seperti di ats..di pengakhiran cite..maka terbanglah duit i sebanyak RM62.10..ALAH baru 62.10 kan..sebelum ini i shoping terbang RM200LEBEY..takde rase bersalah pun.. ngehhh.. so jgnlah ase berkira dengan ibubapa expesialynyer,,,maka hidup pun lebey diberkati..sekian.. terima kaseh ~~~



tiada tajuk 3

saya gila
bila masih terima kamu
saya tak tahu
cinta mmg gila
saya benci cinta
tapi ttp mahu cinta KAMU
cinta buat saya tak takut keciwa
cinta ini gila
cinta ini buat saya malas nak layan

LALALALALALALALALALALAA

tiadatajuk2

tgk dia dtg secara tiba-tiba
then pergi secara tiba2
harus sampai bila hati kau mahu biar kejadian ini berlaku
hati kalu lah kau boleh ucapkan
HOW MUCH THAT U MISS HIM THAT TIME HE GO

Saturday, July 24, 2010

tiadatajuk

saya kalah..
saya rindu awak
saya tanya hati saya dia cakap,
awak maseh ada lagi tinggal dalam hati saya..
awak dengar tak?
awak nak datang singgah lagi?
saya tak daya awak.
tapi kalu awak rasa saya tinggal lagi dalam hati awak
apa yg kita berdua patut lakukan...

KENAPA NIH>>>HATI KAN KO DAH KUAT SEBELUM NIH>>HATI NAPE KAU SERING BERUBAH-BERUBAH..
HATI .. KAU MAHU DIPERMAINKN LAGI KE..
HATI KAU MAHU DISAKITI LAGI KE

DAN HATIKU BERKATA...

YA.. KU INGIN KAMU

romance - ku ingin kamu



demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa


di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku


selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu


selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas

YA ALLAH musik ini memang melalaikan ku..lindungi hati ini..jangan KAU biarkan aku lalai lagi mengejar cinta isani...

CUKUPLAH HANYA CINTAMU YA ALLAH ya TUHAN ku

tersentuh hatiku

Segumpal darah adanya rasa,
Getaran rasa di relung jiwa,
Bermain di jiwa bukan di bait kata,
Menyingkap rahsia Seribu makna.

Tidak terhitung maknanya seribu,
Selagi datangnya ilham yang kau perlu
Tersentuh hatinya mengenang sesuatu,
Di sebalik sifat pendiam dan pemalu.

Pendiam itu bukanlah bisu,
Pemalu itu bukanlah kayu,
Di kolam hati siapa yang tahu?
Setiap individu mencorakkan sesuatu.

Hina di mata kasar itu,
Kasar tafsirannya menilai sesuatu,
Pintu hati di ketuk tanpa arah dan tuju,
Rasa berbeza di setiap masa dan waktu.

Pedih hati terhiris,
melihat diri mu menangis,
Tersentuh hati mendengar kisah tragis,
Menerima suratan yang sudah tertulis.

Andai di rimu di hargai,
Bergetar rasa diri ku ini,
Menyelinap bahagia di sudut hati,
Doa di alun menyuburkan hati.

Buih di lautan,
Air mata kesyukuran,
Dengan Amal dan perwatakan,
Moga diri mu bertemu keridhaan.

hati berbisik ~ actualy i bukanlah tergolong dalam golongan yg jiwang bawang begini..tapi disebabkan seorang sahabat telah mengirimkan buat kekuatan diri ini..hati jadik terharu pula..
tak sgka...huhuhuhuhu....doaku..aku hanya insan biasa...usah kamu sume risaukan,,,aku pasti baik2 sahaja... kredit buat _ mohamad nazar..ALLAH tolong rahmati beliau.. amin

hampa

dah balik shoping tapi hasil nasib kurang baik..tiada hasil tangkapan...ini kerana di sebabkan..
tgh setim2 duk pilih bra sekali ada couple ni..tak sure ah laki bini ke tunang ke pakwe makwe ... dia nye lelaki..duk asik pandang i kan..i jadik segan ah nak beli...

walaupun i nih ganas bukan muslimah lemah lembut..naluri malu i tuh maseh menebal lagi..segonjeng2 i pon i segan lah kalu pasal bab ni...malu deh..yg dah tuh bagiaan wanita..ko duk nak jejalan kat situ nape??.. hish2..bajet macho ah kan..kunun care ah sgt pasal wanita....juijik tahu tak...

ok..dah jgn marah2..angap ler takde rezeki harini..maka duit pun selamat..yeke duit selamat??..hahaha...malam ni ade temujanji dengan kawan2 tersayang pula...n tido bersama2 mereka....WAH..ladies nite..sudah lama tak menghirup udara malam..

SEE....I DUN HAVE TIME UNTUK MERATAPI PEMERGIAAN BUDAK ITU...ALLAH ITU ADIL..JIKA KITA IKHLAS OR BAEK HATINYA ALLAH AKAN TOLONG KITA...BILA KITA KESEDIHAN DIA AKAN TUNJUKKAN JALAN UNTUK UBATI HATI KITA YG LARA...maka org yg rugi je nak meratapi dalam bilik,emo,royan nages giler...for what kan...

cuma i tahu ALLAH adil..wahai budai rini kau takrasa hampa mainkan perasaan org tapi satu hari nanti..kau tahu hampa tuh apa...hati kau tenang ke skang??....tania...kalu tenang...

hari ini hari yg indah

sabtu ~

hari yg dirasakan terbaik dalam hari2 biasa..kerana tidak perlu berkeja tidak perlu masuk meting yg berjela-jela pnjang..tidak perlu terlibat dalam masalah dunia apatah lagi negara..dalam erti kata lain sabtu adalah hari untuk diri sendiri.... DIRI SENDIRI??.. urmm tak gak sebab i tak duk sorang dalam dunia ini... hari inilah nak kemas umah kemas bilik sapu smpah...belai2 kucing, layan makayah i n layan kawan2 yg ajak gi berlibur....actualy selagi maseh idup kat dunia ni..mmg selfish if kita hanya berfungsi utk diri kita sendiri...

petang ini sahaja, i nak kuar bershoping bagai..hahaha..(shoping?..again?...bukan minggu lepas dah tabur duit ke kat butik baju kat BP mall nun?...hahaha..bak kata i idup kena teruskan..so teruskan jelah kan..gi pun i mmg ade benda nak beli..

thiz week i nak cari lingrie..wah?...sgt terus terang...did i care?..not body know who im i..cuma budak hingusan tuh je..tapi i berani ah gerenti takdenye berani nak view my belog terbaek..emang dasar pengecut...kalu ko tak suka or benci dah perlu ke remove2 kat fb..juijik ah beb...tu sume hipokrit je..kat ati conpem dah remove i..?ok my be dah gaknya..tapi i ttp cool je..i ngku i tak delete lagi gambo2 beliau..maseh lagi jadik wallpaper nfon n lappy i..nota-nota cintanya maseh ade tersimpan lagi..mmg i nak buang..tapi i nak buang dulu dalam ati i,..baru lah buang sume2 tuh...kan..kan..barulah profisional...i tahu i akan buang..MATLAMAT UTAMA BUANG KAT ATI DULU..baru buang kat luaran..i tak nak seksa hati i paksa dia..sian hati i nih..so biar perasaan bongok ini pergi sendiri...buat apa nak paksa kan cinta datang dgn sendirinya biarlah dia pergi sendiri..jgn memaksa hati mu untuk menyingkirkan perasaan itu....itu yg buat diri sendiri merana...bak kata kawan i relaks2 sudah..wah .. i miss my pren... mari2 kita buat pertemuan..buat party liar ade bueh2 ke sempena meraikan diriku yg single semula..

hehehe...i mmg dah hilang pedoman ke apa nih ~ lantak lah wey.. jiwa ku selama ini bergolak gadai..bersimpang siur..cukup lah sebelum ini i mcm org bongok erk...merendah2kan diri kerana cinta..YA ALLAH..pelissss jgn biarkan diriku gituh lagi..jijik lah aku tgk post2 aku sebelum ini... itu mmg bukan aku kot..jin bengong mana tah...singal..

enough sudah about cite lama yg bengong tuh..mmg kisah silam ah...bukan untuk di ingati...buang je dalam tong sampah..


my heart ~ lalalalalahati ku berbunga - bunga teratai ..

bukan warak bertopengkan riak

Yang kelihatan sampah,
Janganlah di sumpah,
Dalam istilah falsafah,
Ada haluan yang berubah

Melihat ke arah wajah,
Dalam lorong indah,
Dikau merasakan gundah,
Ku tahu hati mu pasrah,

Usah bersedih wahai teman ku,
Ku tahu hati mu sayu,
Seperti bunga yang semakin layu,
Anggaplah mereka tidak mengenali diri mu

Keikhlasan bukanlah sebuah iklan,
Keikhlasan bukanlah bahan pameran,
Kasih sayang dalam titisan ihsan,
Walau tidak terpamer melalui luaran

Walau bukan berpurdah,
Walau bukan berkopiah,
Wajah yang sering bermuhasabah,
Di sebalik jernih mata yang basah

Luarannya biasa sahaja,
Tapi ku rasa keikhlasan hatinya,
Kebaikannya dalam sifat yang terbuka,
Dikau akan lebih baik dari yang sebelumnya

Oleh: Mohamad Nazar

dedikasi sahabat i buat diri i....u so awesome ok..knowing about me ~ knowing who i'm....thanks sahabat ~~

MY HEART SAY ~ NAPE NAK SEDEY RAMAI JE LAGI YAYANG KAT KO